The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Oleh S Samprizal Selamat

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CATATAN MINDA CG SAM, 2023-06-11 12:16:59

BUDAK GEMUK

Oleh S Samprizal Selamat

S Samprizal Selamat


Budak Gemuk Budak Gemuk ni memang menjadi perhatian Fariha sekeluarga. Mana tidaknya, perangai Budak Gemuk yang suka mencuri perhatian dengan keletah yang bukan-bukan dan mengada-ngada tu sangat mengujakan. Kadang-kadang sakit hati juga dibuatnya. “Oi Budak Gemuk, kau ni tak ada kerja ka?” “Makan, tidur. Habis makan, tidur, tulah sebab kau gemuk gedempol,” kata Fariha kepada Budak Gemuk yang menguap ternganga luas. Giginya kelihatan bersih. ..1


“Achum….” “Hoi Budak Gemuk, yang kau bersin atas buku latihan aku ni apahal!” “Comotlah buku aku, esok nak hantar latihan Matematik ni kat Cikgu Salwati, mesti dia bebel kat aku,” Fariha membebel kepada Budak Gemuk sebelum dia dibebel oleh Cikgu Salwati esok. Budak Gemuk tu macam tak ada perasaan langsung. Dia buat tak tahu sahaja akan bebelan Fariha. “Lantak kat kaulah Fariha oi,” agaknya itulah kata-kata dalam hati Budak Gemuk. ..2


Fariha menjegilkan matanya sambil mengangkat tangan kanannya agak tinggi. Belum sempat kena punggung, Budak Gemuk lari ke dapur terkedekkedek. Macamlah boleh laju. Budak Gemuk mana boleh lari laju. Barangkali jumpa ibu yang sedang menggoreng ayam di dapur. Nak mengadulah agaknya tu. Selain Fariha, Puan Hatiah, ibu kepada Fariha pun sangat sayang akan Budak Gemuk ni. Biasanya Puan Hatiah akan membela apa sahaja kelakuan Budak Gemuk. Patutlah perangai Budak Gemuk ni menjadi-jadi. Buat salah pun ada pembela. Eleh, Fariha pun apa kurangnya. Dia pun sangat amat akan Budak Gemuk tu. ..3


Walaupun gemuk gedempol dan termasuk dalam kategori pemalas, Budak Gemuk tetap disayangi kerana Budak Gemuk sebahagian daripada ahli keluarga mereka. Keluarga Fariha tak ramai. Encik Sabri, ayahnya seorang ahli perniagaan yang sangat berjaya. Ayahnya menguruskan perniagaan perkhidmatan dobi. Syarikat dobi ayahnya berkembang pesat di seluruh negeri Perak. Di Ipoh sahaja terdapat 75 cawangan. Belum masuk di Taiping, Kuala Kangsar dan bandarbandar lain. Encik Sabri tak peduli sangat akan Budak Gemuk. Malah Budak Gemuk pun tak begitu suka akan Encik Sabri. Entahlah pelik betul keluarga ni. ..4


Ibu Fariha, suri rumah sepenuh masa. Puan Hatiah menguruskan hal di rumah dengan dibantu oleh seorang pembantu rumah dari Filifina yang bernama Anna atau lebih mesra dipanggil Kak Anna. Dan, Fariha merupakan anak kedua keluarga ini. Abangnya bernama Fadhil. Kini sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang perundangan di London. Budak Gemuk ni pula pandai mengambil kesempatan dan pandai mencuri perhatian ahli keluarga ini. Ke sana ke mari dalam rumah. Kadang-kadang termenung di hadapan pintu melihat anak burung terbang di pohon bunga. ..5


Sesekali, malah selalu Budak Gemuk mengejar anak burung di halaman rumah. Tapi tak pernah dapat pun. Mana boleh dapat. Dah lah gemuk. Punggungnya besar. Kakinya pendek. Muka pun bulat tembam. Hampir tak nampak matanya yang berwarna biru dan hijau itu. Setelah penat mengejar burung yang tak pernah dapat, Budak Gemuk pun masuk ke dalam sebuah bakul yang dilapik tilam empuk. Tidurlah budak gemuk itu beberapa jam lamanya menambahkan kegemukannya. Apabila bangun, Budak Gemuk akan mengiau meminta makan. ..6


Click to View FlipBook Version