The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

CERITA PENDEK TAHAP 2
Sorfina Nurain binti Shamsol
6 Kenanga

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CATATAN MINDA CG SAM, 2021-10-26 11:25:52

RUMAH MISTERI

CERITA PENDEK TAHAP 2
Sorfina Nurain binti Shamsol
6 Kenanga

PERTANDINGAN MENGARANG e-CERITA PENDEK TAHAP 2
Program Bacaan Digital, e-Ulat Buku, e-NILAM & Pemerkasaan PdPR SKTB 2021

Rumah
Misteri

Sorfina Nurain binti Shamsol
6 Kenanga

Nama aku Anna. Umur aku 12 tahun. Rumah
aku terletak di sebelah rumah misteri tanpa
penghuni. Pada setiap petang aku selalu
bermain bersama Alia. Alia adalah rakan
karibku yang aku kenal sejak dari kecil lagi.

Pada suatu hari, aku dan Alia bermain
bersama-sama di sebuah pondok yang
berhampiran dengan rumahku. Selepas itu
aku dan Alia mendengar suara seseorang
meminta tolong. Suara tersebut datang dari
rumah misteri itu.

Aku dan Alia berasa hairan kerana rumah
tersebut tiada penghuni, tetapi ada suara
yang meminta tolong. Walau bagaimanapun,
aku dan Alia pergi juga ke rumah tersebut
dengan berani untuk menghulurkan
bantuan.

1

Setelah sampai di rumah misteri itu, aku
membuka pintu rumah tersebut dengan
berhati-hati lalu melihat sekeliling. Rumah
itu kotor dan berhabuk kerana tiada
penghuni. Rumah tersebut mempunyai tiga
buah bilik. Aku dan Alia berpecah untuk
mencari orang yang meminta bantuan
tersebut.

Setelah agak lama mencari, Alia mendengar
suara tersebut semakin dekat dengan bilik
yang diperiksanya. Bilik ketiga. Alia
memanggil aku untuk memasuki bilik itu
bersama-sama lalu, aku datang kepada Alia
dengan segera.

Aku membuka pintu bilik tersebut dan
mendengar suara itu datang dari almari yang
berwarna kuning itu. Aku dan Alia
memegang tangan bersama-sama dengan
erat dalam perasaan yang ketakutan.

2

Setelah sampai di rumah misteri itu, aku
membuka pintu rumah tersebut dengan
berhati-hati lalu melihat sekeliling. Rumah
itu kotor dan berhabuk kerana tiada
penghuni. Rumah tersebut mempunyai tiga
buah bilik. Aku dan Alia berpecah untuk
mencari orang yang meminta bantuan
tersebut.

Setelah agak lama mencari, Alia mendengar
suara tersebut semakin dekat dengan bilik
yang diperiksanya. Bilik ketiga. Alia
memanggil aku untuk memasuki bilik itu
bersama-sama lalu, aku datang kepada Alia
dengan segera.

Aku membuka pintu bilik tersebut dan
mendengar suara itu datang dari almari yang
berwarna kuning itu. Aku dan Alia
memegang tangan bersama-sama dengan
erat dalam perasaan yang ketakutan.

3

Aku dan Alia semakin mendekati arah almari
tersebut. Alia bercadang untuk membuka
almari itu bersama-sama. Sebelum
membuka almari itu, aku dan Alia membaca
doa terlebih dahulu untuk keselamatan
masing-masing. Belum sempat aku
membuka almari itu, aku mendengar suara
ibuku yang memanggil namaku.

Selepas aku mendengar ibuku memanggil
namaku, aku dan Alia segera keluar daripada
rumah misteri itu. Selepas aku keluar dari
rumah misteri tersebut, aku ternampak
ibuku dan ibu Alia mencari aku dan Alia
dengan perasaan yang risau. Aku dan Alia
berlari bersama-sama lalu memeluk ibu
masing-masing sambil menangis.

Tamat.

4




Click to View FlipBook Version