The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Untuk mencapai impian dan cita-cita berpisah dengan ahli keluarga adalah perkara yang perlu. Malah wajib berlaku.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CATATAN MINDA CG SAM, 2020-12-16 07:49:36

KAKAK

Untuk mencapai impian dan cita-cita berpisah dengan ahli keluarga adalah perkara yang perlu. Malah wajib berlaku.

Keywords: CERITA PENDEK

Nur Faqihah Delisha Bt Harizul Annuar
6 Seroja

Malam itu aku bersendirian di atas
bangsal di hadapan rumahku. Aku
mahu menyiapkan tugasan dalam
talian yang diberikan oleh guru
sekolahku. Telefon bimbit di
tanganku menyala dengan terang
secara tiba-tiba.

Aku melihat telefonku. Rupa-
rupanya,
kakakku yang berada di Kuala
Lumpur menelefonku.

Aku menjawab panggilan tersebut.
Dia memberitahuku bahawa esok
dia akan pulang ke rumah kerana
dapat cuti selama sebulan.

-1-

Aku berbual-bual hambar dengan
kakakku. Selepas itu, aku
sambung menyiapkan tugasanku
yang tergendala.

Kakak memang selalu

menghubungiku. Selalu juga dia

menghantar mesej melalui

Whatapps. Kami bertukar-tukar

cerita.

Keesokan harinya, aku menunggu
kakakku dengan memasak
hidangan kegemarannya. Aku
sangat berharap agar hasrat
kakak untuk terus belajar di Kuala
Lumpur ditangguhkan.

Bukannya apa. aku tidak ingin
berjauhan daripadanya.

-2-

Pada petang hari, aku terlihat
sebuah kereta berwarna kuning
membelok masuk ke hadapan
rumahku. Kereta jenama Malaysia
itu diparkir dengan cermat sekali.

Kereta itu adalah kepunyaan
kakakku. Dia berasa sungguh
gembira lalu memelukku. Aku
menolaknya lalu masuk ke dalam
bilikku. Ibu bapaku memarahi
sikapku itu.

Selama sebulan itu, dia cuba
menceriakan dan membuatkanku
memaafkannya. Aku masih dengan
keputusanku. Entah. Aku pun tak
tahu kenapa aku begitu.

Keesokan harinya, dia pulang
dengan keaadan yang agak hiba.

-3-

Telefon rumah berdering. “jarang
ada panggilan menggunakan
telefon rumah. Aku menjawab
panggilan tersebut.

Alangkah terkejutnya aku apabila

pemanggil memperkenalkan

dirinya. Panggilan dari hospital.

Oh, tidak! Kakakku dirawat di
bahagian kecemasan kerana
ditimpa kemalangan. Aku berasa
sungguh kesal. Aku dan
keluargaku bergegas ke hospital
dimana kakakku berada.

-4-

Syukurlah, kecederaan kakakku
tidak parah. Kakak dirawat selama
empat hari di sana. Dan selama
empat hari itu jugalah aku
menemani kanak.

Kakak mendapat cuti sakit selama
tida minggu. Dia dibenarkan pulang
pulang ke rumah. Aku meminta
maaf kepadanya kerana sikap aku
sebelumnya. Namun dia telah lama
memaafkanku.

“Tak apalah dik. Tiga minggu ni
kakak tak akan ke mana-mana,”
ujar kakakku.

“Habistu… Kakak nak pergi kuliah
dengan kepala berbalut macam
pak imam tu ka?” balasku.

-5-

Sepanjang kakakku mendapat cuti,
aku selalu meluangkan masa
bersamanya.

Kini, aku faham. Untuk mencapai
impian dan cita-cita berpisah
dengan ahli keluarga adalah
perkara yang perlu. Malah wajib
berlaku. Bukan lama pun.

Satu masa nanti aku juga akan
berpisah dengan ayah dan ibu
dalam perjalanan mengejar cita-
cita. Yang penting …. “air yang
dicincang tidak akan putus."

-6-

Cita-cita perlukan pengorbanan

-7-


Click to View FlipBook Version