R GENG 1KLIK
e Cetakan Pertama 2016
d Jabatan Penerangan Malaysia 2016
a Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang
k mana-mana bahagian artikel, gambar dan isi kandungan
s buku ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada
i elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman atau cara lain
sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit.
Diterbitkan di Malaysia oleh:
Jabatan Penerangan Malaysia
Aras 12, Kompleks Kementerian Komunikasi dan
Multimedia,
No. 49, Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62100, Putrajaya.
Penasihat
YBhg. Dato’ Haji Ibrahim Abdul Rahman
Ketua Pengarah
Jabatan Penerangan Malaysia
Ketua Pengarang
Masnoor Ashaari
Penyunting
Yosri Abu Mahsin
Penulis
Faisal Wahid
Pelukis
Nozaiman bin Noor Rosni
Dicetak oleh
D’Fa Print Sdn. Bhd.
Dari Meja Pengarang
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah, bertemu sekali lagi dalam edisi terbaharu Komik Geng
1Klik, keluaran 2016. Walaupun banyak tugasan penerbitan lain yang
lebih serius, penerbitan komik ini tidak pernah dilupakan. Dengan
menyasarkan golongan pelajar dan kanak-kanak, walaupun berbentuk
santai, komik ini diharapkan mampu memberi maklumat berkesan
kepada masyarakat umum.
Dengan bertemakan ‘Sehati Sejiwa’ pada hari Kebangsaan tahun
ini, diharap komik ini dapat menyemarakkan semangat patriotisme
yang seharusnya dipupuk dalam kalangan belia dan generasi muda
di samping menerapkan nilai-nilai positif yang perlu ada dalam kalangan
masyarakat, terutamanya semangat perpaduan dan cintakan negara.
Tahun lepas, penerbitan komik ini cukup mendapat sambutan
terutamanya daripada generasi muda yang dahagakan maklumat. Pada
edisi kali ini, komik Geng 1Klik akan menyelitkan isu-isu semasa yang
hangat seperti Wabak Denggi, Virus Zika, Fenomena El-Nino dan Strok
Haba. Namun, ia disampaikan dalam bentuk infografik yang santai
supaya dapat memberi kefahaman yang jelas kepada semua
lapisan masyarakat.
Akhir kata, saya berharap agar masyarakat menerima bahan-bahan
penerbitan Jabatan Penerangan Malaysia sebagai bahan bacaan yang
bermutu, khususnya komik Geng 1Klik ini walaupun generasi muda
pada zaman kini dilihat lebih meminati media sosial berbanding
media konvensional seumpama ini. Kami berjanji akan terus berusaha
menerbitkan bahan-bahan bacaan berkualiti seterusnya membantu
memupuk minat membaca dalam kalangan generasi muda. Terima
kasih kerana memilih komik Geng 1Klik ini.
MSalam harmoni daripada saya,
asnoor Ashaari
3
amboi... LEFTENAN
lekanya
cucu-cucu ADNAN
atuk ni
membaca ye. penulis : Jai
pelukis : zayman
amin tengah
bacakan buku
kisah-kisah
perwira tanah air
kepada ana
ni tok.
atuk
pun ada kisah
pejuang kita
dahulu.
siapa
pejuang tu
tok?
leftenan
adnan. nak
dengar tak cerita
tentangnya?
nak..nak..
ceritakanlah
tok..
4
adnan bin saidi atau lebih dikenali sebagai leftenan adnan dilahirkan
di kampung sungai ramal, kajang, selangor pada tahun 1915. adnan
saidi merupakan anak sulung dalam keluarganya dan menerima
pendidikan di pekan sungai ramal dalam aliran inggeris.
Pada tahun 1933, ketika berusia 18 tahun, Adnan Saidi
menyertai Rejimen Askar Melayu (Malay Regiment) dan
terpilih sebagai rekrut Melayu terbaik. Adnan seterusnya
dilantik ke pangkat Sarjan pada 1936, kenaikan
pangkat yang pantas bagi seorang tentera muda.
Tidak lama selepas itu, Adnan Saidi sekali lagi dinaikkan
pangkat kepada Kompeni-Sarjan-Major dan dihantar ke
Singapura untuk kursus latihan pegawai. Setelah
menamatkan kursus sebagai Leftenan Muda, Adnan Saidi
dilantik sebagai ketua Platun ke-7, Kompeni ‘C’ .
5
Pendaratan Jepun di
Tanah Melayu dan
tindakan pantas tentera
Jepun memaksa Tentera
British berundur ke
Singapura.
Pertempuran-pertempuran
mempertahankan
Singapura termasuklah
pertempuran di Pasir
Panjang yang lebih
dikenali sebagai
Pertempuran Bukit Candu.
Bukit Candu dinamakan
sempena kilang
memproses candu yang
dahulunya terletak di kaki
bukit tersebut.
6
bukit candu merupakan sempadan pertahanan terakhir dan pertahanan
penting di singapura. sekiranya pihak jepun mengawal permatang pasir,
ia memberikan mereka laluan langsung ke kawasan tapak depoh bekalan
peluru dan bekalan utama, hospital tentera dan kemudahan utama
tentera british.
dengan itu permatang pasir perlu dipertahankan bersungguh-sungguh.
pertahanan permatang pasir itu telah
ditugaskan kepada kompeni ‘c’, pasukan
kecil batalion pertama rejimen askar
melayu (1 melayu) yang diketuai oleh
leftenan adnan.
7
Pada pagi 13 Februari 1942, permatang pasir dibedil bertalu-talu
dengan sokongan udara, mortar berat dan bedilan meriam.
kompeni ‘c’ bersama leftenan adnan telah memberikan tentangan hebat
dan akhirnya tentera jepun terpaksa berundur disebabkan tentangan
sengit daripada kompeni ‘c’.
namun begitu,
pasukan di bawah
pimpinan leftenan
adnan yang seramai
42 orang itu hanya
berjaya bertahan
selama 24 jam
sahaja.
8
pada 14 februari 1942, tentera
divisyen chrysanthemum imperial
jepun di bawah pemerintahan
leftenan jeneral renya mutaguchi
telah melancarkan serangan
besar-besaran dalam bilangan
yang lebih besar.
serangan tersebut menumpaskan pertahanan tentera leftenan
adnan. dengan bilangan yang jauh lebih kecil dan kekurangan peluru,
askar melayu telah gugur satu demi satu.
9
akhirnya bukit candu dapat ditawan tentera jepun setelah lebih 48 jam
pertempuran.
10
walaupun semakin kekurangan anggota, leftenan adnan tetap bersemangat
melawan serangan bertali arus itu..
tiada rasa gentar langsung di
dalam jiwanya. semangat patriotik
yang meresap di dada menambahkan
kekuatan mental dalam diri dan
anggota yang lain.
dengan kekuatan
yang ramai, pihak
musuh terus mara
ke arah pertahanan
terakhir itu.
11
walaupun sedar semangat dan motivasi
askar-askarnya berkurangan, leftenan
adnan tetap terus menjerit dan meminta
askarnya untuk terus berjuang habis-
habisan sehingga mengendalikan sendiri
mesingan WALAUPUN tangannya telah
tercedera oleh tembakan dan serpihan
PELURU, kerana BELIAU telah bersumpah
untuk berdiri bersama askar-askarnya
sehingga akhir NYAWA.
walaupun leftenan adnan terkorban, namun lebih 800 askar
musuh telah dibunuh adnan bersama regimennya.
12
sedih amin sebab tu la
dengar cerita atuk ni.. kita patut bersyukur
demi tanah air tercinta,
leftenan adnan sanggup dapat hidup aman
sekarang ni..ini semua
berkorban.
hasil perjuangan
pejuang kita
terdahulu.
atuk...
ceritakanlah
kisah pejuang kita
yang lain lagi tok..
nanti kita
sambung di masa
lain pula ye..dah lewat
malam ni..amin dengan
ana pergilah
tidur.
baiklah..
selamat malam
atuk.
13
SENYUM Kak su,
1 KLIK selalu nampak isu
PELUKIS : ZAYMAN rasuah ni di
PENULIS : JAI akhbar. rasuah tu
apa kak?
rasuah tu boleh
jenayah dik. merosakkan
rasuah tu ibarat
kita beri sesuatu negara ke
untuk mendapatkan kak?
sesuatu yang peribadi.
contohnya wang,
hadiah dan lain-
lain
Ya.
Bukan sahaja
Negara, malah rakyat
dan seluruhnya akan
terkesan jika kita terus
mengamalkan budaya rasuah
ini. Jadi, sama-samalah kita
tolak budaya
ini ya dik.
Baik kak.
14
sibuk je
dengan telefon
tu. ada
apa-apa ke?
Saya sedang SENYUM
membaca artikel 1 KLIK
pendek dan cerita di
laman sosial Facebook PELUKIS : ZAYMAN
dan Twitter. Banyak isu- PENULIS : JAI
isu yang perlu kita
Oh, begitu. sahih
tahu kak. ke sumber-sumber
ni dik? jika tidak tahu
kebenarannya, jangan
disebar dik, bahaya
tu..
Betul tu..
seharusnya kita
siasat dahulu sumber
cerita ini baru lah kita
sebarkan kepada rakan
rakan lain. Ia kini boleh
menjadi satu kesalahan di
bawah Akta Komunikasi
dan Multimedia
1998.
betul tu,
kerana kita kini
berada di zaman media
siber, banyak isu
boleh diterbit dan
diputar-belit sesuka
hati. Jadi kita perlu
lebih berhati-hati.
15
Info
FAKTA TENTANG VIRUS ZIKA
ZIKA ADALAH VIRUS
YANG DISEBARKAN
OLEH NYAMUK AEDES
(AEGYPTI).
tiada ubat atau
vaksin untuk rawatan
wabak ini.
BRAZIL
wabak ini bermula di brazil dan
telah merebak ke 26 buah negara.
16
JANGKITAN INI DIKAITKAN DENGAN
KECACATAN OTAK BAYI DALAM
DAN SINDROM SARAF.
gejala ini termasuklah demam ringan,
ruam kulit, sakit sendi dan konjunktivitis,
biasanya sehingga dua ke tujuh hari.
pencegahan jangkitan
virus zika adalah dengan
mengelakkan daripada
gigitan nyamuk.
gunakan repellen dan
lindungi kulit dengan
memakai pakaian lengan
panjang.
17
Zam, awak perasan tak trend belia kita kini lebih
terarah kepada budaya sukan dan pemakanan sihat.
betul, saya perasan. baguslah tu, bermakna saranan
kerajaan didengari rakyat.
SENYUM
1 KLIK
PELUKIS : ZAYMAN
PENULIS : JAI
Lagipun
sekarang terlalu
banyak penyakit yang
boleh mengancam
nyawa kita.
Betul tu,
senaman ni menjadikan
sistem peredaran darah
manusia lebih baik serta
menambah baik sistem
imunisasi badan kita.
Jadi, tunggu
apa lagi? marilah
kita bersenam.
hey,
tunggu aku!
18
SENYUM selamat pagi
1 KLIK rahman. saya nak pergi
PELUKIS : ZAYMAN ’jogging’, untuk
PENULIS : JAI kesihatan kita
hello juga. awak tak mahu
jarjit. pergi mana ikut sekali ke?
pagi-pagi ni? nampak
bersemangat
sekali.
memang eh, tak
la elok untuk perasan pula
kesihatan. tapi
kasut tu biar la saya. hehe.
bersesuaian untuk
’jogging’.
takut tercedera
nanti.
19
Info
Fenomena El Nino
Perkataan El Nino mula digunakan oleh para nelayan dalam pelayaran mereka
melalui Ecuador ke Peru dan fenomena ini merujuk kepada suhu panas laut yang
secara lazimnya berlaku untuk tempoh enam hingga lapan belas bulan. Biasanya
ia terbentuk pada pertengahan tahun, berada di kemuncak pada akhir tahun dan
menjadi lemah menjelang awal tahun berikutnya. Fenomena lautan ini disebut
sebagai El Nino.
sebelum el nino
Angin bertiup kencang dari kawasan tekanan tinggi di Timur, membawa lapisan
panas laut atas ke arah Barat.
Air laut yang panas memanaskan udara, menyebabkan berlakunya hujan.
ketika el nino
Aktiviti-aktiviti ribut petir berpindah ke Pasifik Barat ke kawasan Pasifik Tengah
dan Timur, menghasilkan keadaan kering di kawasan Malaysia, Indonesia,
Filipina dan utara Australia.
Cuaca panas dan kering di kawasan tenggara Afrika, India dan utara Brazil.
Cuaca lebih lembap berlaku di sepanjang pantai barat kawasan tropika Amerika
Selatan dan pantai teluk di Amerika Utara.
impak el nino
Kawasan Pasifik Barat (termasuk Malaysia)
Kemarau luar biasa
Kawasan Pasifik Timur
Banjir luar biasa
Fenomena iklim sejuk-panas
Kilat dan guruh yang kuat
20
Secara umumnya, cuaca panas boleh memberi tekanan secara fizikal kepada
badan kita. Kesan terdedah kepada cuaca panas boleh mendatangkan masalah
kesihatan yang ringan dan juga ada yang boleh menyebabkan kehilangan nyawa
akibat strok haba.
21
MARI MEWARNA
TANYA TOK WAN
PELUKIS : ZAYMAN
PENULIS : JAI
tok wan,
di manakah tunku
abdul rahman putra
al-haj mengumumkan
tarikh kemerdekaan
tanah melayu?
di padang
merdeka, bandar
hilir, melaka.
pada tahun
berapakah
darurat berlaku
dan berakhir di
tanah melayu?
tanah melayu
diisytiharkan
darurat pada tahun
1948 dan berakhir
pada tahun 1960.
tok wan,
siapakah ketua
angkatan tentera
jepun yang menakluki
tanah melayu?
jeneral
yamashita
tomoyuki.
23
KEMENTERIAN KOMUNIKASI
DAN MULTIMEDIA MALAYSIA
Diterbitkan oleh:
Bahagian Penerbitan Dasar Negara
Jabatan Penerangan Malaysia
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Laman Web: www.penerangan.gov.my
Portal : pmr.penerangan.gov.my
Emel : [email protected]
CERTIFIED TO ISO 9001:2008
CERT.NO: MY-AR 5240
B.B02.065(1B(.BM.)MO)GOOgSos2(001560(.)050.)