The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Cerita Pendek oleh Laila Madihah

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CATATAN MINDA CG SAM, 2020-11-26 00:59:17

KUCING KESAYANGANKU

Cerita Pendek oleh Laila Madihah

Keywords: cerita pendek,cg sam,sktb

KUCING
KESAYANGANKU

Johan Pertandingan Mengarang Cerita Pendek 2019

Laila Madihah Bt Mohd Rais
6 Seroja

Pada suatu hari, aku pulang ke rumah
dengan berjalan kaki selepas tamat
sesi persekolahan. Apabila aku
berjalan, aku terdengar bunyi kucing
mengiau di tepi longkang.

“Meow, meow”

Aku pun menuju ke arah kawasan
longkang itu. Alangkah terkejutnya aku
apabila ada seekor kucing yang
menggigil kesejukkan.

Mungkin kucing itu berada di dalam
longkang terlalu lama. Aku pun
mengangkatnya kerana aku berasa
kasihan terhadap kucing itu.Aku
membawa pulang kucing itu ke rumah
untuk membersihkannya.

“Ibu, adik terjumpa kucing di dalam
longkang tadi,’’ kataku di hadapan
ibuku.

Ibuku pun
bertanya kenapa kucing

ini kotor. Aku
memberitahu ibuku
bagaimana aku
terjumpa kucing ini.
Ibu berasa kesian
terhadap kucing ini.

“Mari kita mandikan kucing ini dan
bagi dia makan,’’kata ibuku
kepadaku.

Selepas selesai memandikan
kucing itu, ibuku
memberikan nasi kosong
bercampurkan ikan goreng
yang telah dihancurkan oleh
ibuku. Kucing itu makan
dengan penuh selera. Aku
menanya ibuku jika aku
boleh membela kucing ini.

“Ibu, bolehkah adik bela
kucing ini?’’, tanyaku kepada
ibuku.

“Ya, boleh ibu benarkan.
Tetapi adik perlu jaga kucing
ini dengan penuh kasih
sayang. Haiwan pun ada hati
dan perasaan.’’

Aku menamakan kucing itu Kelabu
kerana bulunya yang lebat dan
lembut diusap itu berwarna
kelabu. Aku menyediakan sangkar
untuk Kelabu supaya boleh tinggal
dengan selesa. Setiap petang, aku
akan membawa Kelabu untuk
berjalan-jalan.

Kelabu selalu mengikutku ke mana-
mana sahaja. Kelabu juga pernah
mengekoriku apabila aku hendak ke
tandas ataupun ke sekolah.
Sekarang, Kelabu semakin gemuk,
gebu dan berbulu lebat. Aku akan
memandikan Kelabu pada setiap
hujung minggu.

Banyak pengalaman
manis yang aku harungi
bersama Kelabu.
Walaupun Kelabu bukan
manusia sepertiku, tetapi
hubungan kami sangat
rapat bagai isi dengan
kuku. Aku akan menjaga
Kelabu dengan penuh
kasih sayang.


Click to View FlipBook Version