The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CATATAN MINDA CG SAM, 2023-01-24 04:40:29

Koleksi Cerita Pendek UK Farm 2022

Agropelancongan di UK Farm

1


2 PRAKATA Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu melalui Unit Bimbingan Dan Kaunseling telah mengadakan satu Wisata Pendidikan ke Johor Bahru pada 2 dan 3 November 2022. Lawatan tersebut disertai seramai 101 orang murid dan 11 orang guru pengiring. Tiga lokasi utama telah dikunjungi iaitu Lawatan Penanda Aras ke Sekolah Kebangsaan Simpang Rengam, Simpang Renggam, Lawatan Agro di UK Farm, Kluang dan Aktiviti Santai Ceria di Legoland. Salah satu tugasan yang perlu disediakan oleh murid-murid ialah mengarang sebuah cerita pendek tentang pengalaman mereka ketika melawat ke UK Farm. Tugasan ini disempurnakan secara individu. Tahniah kepada peserta yang telah mengarang cerita pendek ini sebagai nukilan pengalaman yang sangat berharga. Terima kasih kepada semua pihak yang telah memungkinkan program ini berlangsung dengan jayanya. S SAMPRIZAL B SELAMAT Penyelaras Wisata 2022


3 Nurien Afriena Damia Binti Mohd Aliman 6 Seroja Sekolah saya telah mengadakan lawatan ke Johor. Di Johor, kami melawat Agro UK Farm. Agro UK Farm mempunyai pelbagai jenis haiwan seperti burung unta, arnab, rusa, kuda dan sebagainya. Kami perlu menaiki sebuah bas khas untuk bergerak ke stesyen-stesyen tertentu di sana. Stesyen yang pertama ialah, Kampung Orang Asli. Di sana,kami menonton persembahan orang asli yang menari di atas pentas sambil memegang sebuah perisai dan sebatang sumpit. Orang asli itu menyumpit sebiji belon yang diikat di dahan pokok yang tinggi. Stesyen yang kedua pula ialah kandang kuda. Di sana, kami menjumpai pelbagai jenis kuda dan setiap kuda mempunyai nama yang tersendiri. Ada seekor kuda yang namanya sangat comel. Ia seekor kuda betina dan bernama Fea. Stesyen ke-3, kami pergi ke kandang kambing. Di sana, kami memberi kambing makan dan menyusukannya. Di sana juga, kami melihat bagaimana susu kambing diproses. Di stesen terakhir, kami melawat burung unta, arnab dan rusa. Kami memberi rusa dan burung unta makan. Kami mengambil gambar untuk disimpan sebagai kenangan. Saya berasa sangat gembira dengan lawatan ini. Saya amat menikmati lawatan pada kali ini. Saya akan datang semula ke sana jika mempunyai peluang lagi.


4 NURFATIN FARZANA BINTI MUHAMMAD ADAM 6 Seroja Pada hari Rabu yang lalu sekolah kami telah membuat lawatan ke UK Farm yang terletak di negeri Johor, kami pergi ke sana dengan menaiki bas. Kami tiba di sana pukul dua petang. Setelah sampai kami makan di situ, selepas makan kami mengambil gambar beramai-ramai sambil menunggu bas mini. Bas mini sudahpun tiba, kami menaiki bas mini tersebut untuk melakukan lawatan sekitar ladang itu. Terdapat banyak haiwan yang dapat kami lihat seperti kuda, ayam, burung merak, arnab, rusa dan burung unta. Pada mulanya kami berhenti di Jakun Village, di situ kami melihat persembahan tarian dan rumah-rumah orang asli. Kami meneruskan lawatan disekitar ladang itu, bas mini berhenti dan kami dapat melihat kuda-kuda dan burung merak di situ. Selepas itu bas mini bergerak ke kandang kambing. Kami memberi kambing dewasa makan rumput yang telah diberikan oleh penjaga di situ, kami juga memberikan susu kepada anak kambing. Seterusnya bas mini bergerak ke zoo mini, di sana terdapat burung unta arnab dan rusa. Kami memberikan makanan kepada haiwan-haiwan itu. Kami juga dapat belajar tentang kambing-kambing. Akhirnya bas mini bergerak pulang ke pintu utama. Kami berasa gembira kerana dapat belajar dan melihat haiwan-haiwan.


5 Fya Fareesya binti Firdaus 6 Seroja Pada rabu minggu lepas, saya telah menyertai satu lawatan sekolah ke Johor Bahru. Seramai 100 orang murid dan 11 guru yang turut sertai lawatan tersebut. Kami diberi taklimat ringkas oleh guru-guru supaya utamakan keselamatan. Kami bertolak pada hari Rabu, pukul 4:00 am supaya cepat sampai ke destinasi. Kemudian lepas beberapa jam kami berhenti di R&R untuk membuang air kecil atau besar. Setelah sampai ke Johor Bahru kami pergi ke UK Farm. Apabila sampai ke UK Farm kami menikmati makanan tengah hari yang disediakan oleh syarikat UK Farm itu. Selepas selesai makan kami pergi ke kampung asli dengan menaiki mini bas yang telah disediakan. Kami menonton persembahan orang asli, tarian tersebut sangat menarik. Kemudian kami pergi ke destinasi seterusnya iaitu melihat merak dan burung unta. Selepas itu kami memberi makan kepada kuda. Selepas memberi kuda makan kami memberi kambing makan dan minum susu dan kami juga meminum susu kambing yang segar. Pada pukul 9:00 pm kami pergi ke pusat membeli-belah utuk membeli makanan atau barang keperluan. Pada pukul 10:00 pm pula kami mendaftar hotel untuk makan malam dan berehat.


6 Ahmad Amirul Munir bin Ahmad Redzuan 5 Seroja Pada Khamis yang lalu saya telah pergi ke UK Farm yang terletak di Johor bersama rakan-rakan dan guru-guru. Saya dan rakan-rakan bergerak ke UK Farm pada pukul 3 pagi dengan menaiki bas. Saya menaiki bas A dengan rakan rakan saya. kawan saya yang lain pula menaiki bas B dan bas C. Kemudian, kami tiba tempat berehat di Sungai Buloh untuk solat dan pergi ke tandas. Selepas itu, kami bergerak ke UK Farm yang mengambil masa kira-kira 5 jam. Mula –mula kami makan di UK Farm, setelah kami habis makan kami perlu beratur untik menaiki bas yang disediakan oleh UK Farm untuk melihat haiwan – haiwan di sana. Setelah itu, kami tiba di kandang kambing untuk memberi makanan dan susu kepada kambing. Kemudian kami juga melihat bagaimana cara untuk memerah susu kambing. Kami juga minum susu yang telah diperah. Selepas itu, kami pergi ke reban ayam dan itik untuk memberi ayam dan itik makanan. Seterusnya kami pergi ke reban arnab, burung unta dan rusa untuk memberi makanan juga. Kami pergi pula ke kampung Orang Asli untuk melihat persembahan dan suasana kampung Orang Asli. Akhir sekali kami pergi sebuah kedai yang menjual air kelapa yang sungguh sedap. Kemudian kami pergi ke kedai untuk membeli buah tangan untuk keluarga. Setelah itu, kami pun menaiki bas untuk bergerak ke hotel.


7 Nor Ara Syifa binti Mohd Sharil 6 Kenanga Pada minggu yang lalu, saya telah mengikuti lawatan sambil belajar ke UK FARM di KLUANG, JOHOR. Lawatan ini dianjurkan oleh pihak Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu. Lawatan diadakan selama 2 hari 1 malam iaitu pada 2 dan 3 November 2022. Kami pergi dengan 3 buah bas. Kami bertolak pada pukul 4.00 pagi. Kami sampai di UK FARM pada waktu makan tengah hari. Selesai makan kami menaiki bas mini untuk memulakan lawatan. Tempat pertama yang kami kunjungi adalah Jakun Village yang merupakan perkampungan orang asli. Di Jakun Village terdapat banyak rumah pondok yang unik dan menarik, di situ juga kami dapat menyaksikan persembahan tarian. kemudian kami bergerak pergi ke tempat lain untuk melihat haiwan seperti merak, ayan, arnab, itik, kuda, rusa dan banyak lagi. Saya dan kawan-kawan berasa sangat teruja dan gembira kerana diberi peluang memberi makan dan minum pada anak kambing. Ini adalah satu pengalaman baru buat kami. Selepas itu, kami memberi makan burung unta. Burung unta ialah sejenis burung yang tinggi dan besar. Saya mengambil beberapa keping gambar sebagai kenangan. Terdapat sebuah kedai menjual cenderahati, saya ada membeli pemegang kunci untuk dihadiahkan kepada adik-beradik saya. Pada sebelah petang, kami semua berkumpul untuk bertolak pulang. Saya dan kawan-kawan berasa sangat gembira dengan pengalaman baru ini. Satu kenangan yang sangat Indah dan manis.


8 Adam Hafiy Bin Husrukhaizam 4 Kenanga Pada hari Rabu yang lepas, saya dan rakan- rakan berpeluang melawat UK Farm di Kluang Johor. Kami bertolak ke sana dari sekolah sekitar pukul 4 pagi dengan menaiki bas. Tibanya kami di sana, kami menikmati makan tengah hari di Restoran UK Farm terlebih dahulu. Selepas itu kami menaiki bas mini ke ladang kambing. Ladang kambing di sana sangat luas dan terdapat beribu- ribu ekor kambing. Saya berpeluang memberi makan dan menyusukan kambing. Pengalaman ini sangat manis dan menyeronokkan. Selepas itu kami berjalan kaki ke tempat proses susu kambing. Kambing-kambing akan beratur menunggu giliran. Kami sabar menanti sekumpulan kambing yang akan diperah susunya. Apabila selesai diperah, kambing bergerak pulang ke kandang. Itulah rutin hidup kambing di sini. Selepas melihat proses memerah susu, kami dihidangkan dengan susu kambing segar. Puas di ladang kambing, saya pergi melihat ayam, burung unta, rusa serta arnab. Rupa-rupanya di sini juga terdapat Jakun Village. Di situ ada orang asli Jakun membuat persembahan tarian dan menyumpit belon di atas pokok. Saya juga mengambil peluang melihat rumah Orang Asli di sini. Inilah pengalaman pertama saya ke negeri Johor. Tidak sangka saya di Kluang mempunyai sebuah destinasi percutian dalam ladang yang tidak kurang hebatnya.


9 AHMAD IZZ ULWAN B S SAMPRIZAL 6 Teratai Pada hari Selasa, 2 November 2022 yang lalu, saya telah berpeluang menyertai lawatan ke UK Farm di Kluang, Johor. Lawatan itu melibatkan seramai 102 orang murid dan 11 orang guru pengiring sekolah saya. Ketika sampai di UK Farm kami terus makan tengah hari. Makanan yang dihidangkan sangat sedap, lebih-lebih lagi kami sudah lapar. Antara menu yang dihidangkan ialah ayam, telur campur, sayur dan air jus buah markisa. Setelah makan kami mengambil kesempatan ke gerai cenderamata untuk membeli beberapa cenderamata. Setelah itu, kami dikumpulkan mengikut beberapa kumpulan. Kami dibawa menaiki sebuah bas yang telah diubah suai. Bas itu membawa kami menuju ke kandang kambing. Inilah kali pertama aku masuk kandang kambing. Bau kambing itu agak hamis. Kami memberi kambing-kambing minum susu dan makan rumput. Stesyen seterusnya ialah kandang ayam dan itik. Tidak berapa jauh dari situ terdapat pula kandang rusa, burung unta dan arnab. Aku berasa takut melihat burtung unta yang sangat besar. Takut dipatuk oleh burung itu. Rupa-rupanya, burung unta sangat jinak. Ia hanya mematuk makanan yang diberi dari tanganku. Bulu mata burung unta sangat cantik. Kami berjalan kaki ke kawasan Kampung Orang Asli. Aku melihat seorang pemuda Orang Asli membuat persembahan tarian. Dia memegang sumpit dan perisai. Pada akhir persembahan dia menyumpit belon di atas kepala kami. Aku dan rakan-rakan mengambil gambar dengan pemuda Orang Asli itu. Setelah beberapa jam, kami berasa sangat penat. Kami dibawa ke pondok. Di situ kami minum air kelapa yang sangat segar. Setelah itu kami berkumpul meniki bas menuju ke Hotel Crown Crystal di Johor Bahru untuk bermalam.


10 Mohamad Hariz Bin Mohamad Hafiz 5 Seroja Pada tanggal 2 November 2022 Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu Ipoh telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke UK Farm bertempat di Kluang, Johor. Seramai 100 orang murid dan 11 orang guru pengiring terlibat. Perjalanan memakan masa hampir 6 jam dengan menaiki 3 buah bas persiaran. Uk Farm merupakan ladang ternakan kambing biri- biri terbesar di negara ini dengan keluasan hampir 100 ekar padang ragut. Untuk masuk ke sana kami dikenakan bayaran masuk. Ia juga turut memiliki ladang buah- buahan sendiri. Selain ternakan kambing ,Uk Farm juga turut menempatkan haiwan ternakan lain seperti kuda, burung unta, ayam, arnab serta itik. Di sana juga pengunjung diberi peluang untuk memberi makan haiwan ternakan di samping boleh membeli beberapa produk keluaran UK Farm sendiri. Ada juga disediakan perkampungan Orang Asli untuk para pengunjung mengenali budaya hidup mereka . Akhir sekali. Kami semua merasa gembira dan seronok disepanjang lawatan ini dan kami juga tidak sabar untuk kembali semula ke UK Farm bersama keluarga tercinta di lain masa.


11 NURFATIN FARZANA BINTI MUHAMMAD ADAM 6 Seroja Pada hari Rabu yang lalu sekolah kami telah membuat lawatan ke UK Farm yang terletak di negeri Johor. Kami pergi ke sana dengan menaiki bas. Kami tiba di sana pukul dua petang. Setelah sampai, kami makan di situ, selepas makan kami mengambil gambar beramai-ramai sambil menunggu bas mini. Bas mini sudah pun tiba, kami menaiki bas mini tersebut untuk melakukan lawatan sekitar ladang itu. Terdapat banyak haiwan yang dapat kami lihat seperti kuda, ayam, burung merak, arnab, rusa dan burung unta. Pada mulanya kami berhenti di Jakun Village, di situ kami melihat persembahan tarian dan rumah-rumah orang asli. Kami meneruskan lawatan di sekitar ladang itu, bas mini berhenti dan kami dapat melihat kuda-kuda dan burung merak di situ. Selepas itu bas mini bergerak ke kandang kambing. Kami memberi kambing dewasa makan rumput yang telah diberikan oleh penjaga di situ, kami juga memberikan susu kepada anak kambing. Seterusnya bas mini bergerak ke zoo mini, di sana terdapat burung unta arnab dan rusa. Kami memberikan makanan kepada haiwan-haiwan itu. Kami juga dapat belajar tentang kambing-kambing. Akhirnya bas mini bergerak pulang ke pintu utama. Kami berasa gembira kerana dapat belajar dan melihat haiwan-haiwan.


12 Aina Umaira bt Noor Shamsudin 6 Seroja Pada 2 November 2022 sekolah saya telah mengadakan lawatan ke Johor Bahru bersama 100 murid termasuk guru. Pada pagi itu, kami berkumpul di sekolah untuk mengambil kehadiran. Tepat jam 4:00 pagi kami bertolak ke Johor Bahru. Dalam perjalanan itu, saya banyak menghabiskan masa dengan melihat pemandangan luar. Bas kami berhenti di RnR Sungai Buloh untuk solat subuh dan ke tandas. Selesai solat subuh, bas bergerak ke Sekolah Simpang Renggam untuk lawatan Penanda Aras. Sampai sahaja di sekolah, kami bersiap-siap bagi sesi bergambar. Selepas itu, kami diberi roti dan minuman sebagai alas perut pada pagi itu. Setelah itu, kami terus bertolak ke UK Farm untuk makan tengah hari dan melawat haiwan-haiwan di sana. Setibanya di UK Farm, kami berkumpul untuk mengambil makanan. Habis sahaja makan tengah hari, kami beratur mengikut bas masing-masing untuk menaiki bas mini yang disediakan. Bas berhenti di Jakun Village. Sampai sahaja kami di situ, kami saksikan persembahan oleh Orang Asli. Saya berasa sangat teruja menyaksikan persembahan itu. Selepas habis persembahan, saya dan rakan-rakan mengambil kesempatan untuk bergambar di kawasan-kawasan rumah Orang Asli yang terdapat di situ. Bagi stesen berikutnya, kami berhenti di kandang kambing .Kami diberi peluang untuk memberi susu dan juga makanan kepada kambing-kambing tersebut. Bas mini kami pun bergerak ke stesen yang seterusnya iaitu mini zoo di mana terdapat banyak haiwan yang sangat menarik seperti burung unta, arnab, kuda dan rusa. Di sini juga kami boleh memberi makanan kepada haiwan-haiwan tersebut.


13 Selepas kepenatan, kami diberi beberapa minit untuk singgah ke kedai cenderamata untuk membeli sedikit kenang-kenangan dis itu. Selesai di situ, kami pun berkumpul dan beratur mengikut bas masing-masing untuk pulang dan ke destinasi seterusnya. Saya berasa sangat seronok dan teruja kerana dapat melihat haiwanhaiwan di situ walaupun agak kepenatan.


14 Rayyan Haikal bin Mohd Rizal 6 Seroja Uk farm ialah suatu tempat yang mempunyai pelbagai aktiviti dan ia terletak di Johor. Saya telah pergi ke tempat tersebut bersama rakan-rakan saya pada hari sekolah yang lalu.Antara aktiviti yang ada di situ ialah goat feeding, animal feeding dan lain-lain. Pada mulanya, kami menuju ke sesuatu tempat untuk melakukan aktiviti iaitu goat feeding dengan menaiki bas kecil. Setelah kami tiba di destinasi tersebut, kami mula melakukan aktiviti goat feeding iaitu memberi kambing makan. Makanan untuk kambing dewasa ialah daun kering manakala bagi kambing bayi ialah susu. Seterusnya, kami bergerak ke destinasi yang kedua iaitu kilang pemprosesan susu. Kami hanya perlu berjalan kaki ke kilang tersebut. Di situ,kami dapat mengetahui bagaimana susu kambing diperah. Saya juga dapat merasa susu kambing segar dengan percuma. Akhir sekali, kami bergerak ke suatu tempat untuk melakukan aktiviti animal feeding dengan menaiki bas kecil tersebut. Animal feeding ialah memberi haiwan makan dengan makanan yang tertentu. Kami dapat memberi makan kepada pelbagai haiwan dengan makanan yang telah disediakan. Kesimpulannya, kami gembira kerana dapat melakukan pelbagai aktiviti serta dapat sedikit pengetahuan di sana. Saya amat mencadangkan untuk anda pergi ke UK Farm kerana di situ kita dapat meluangkan masa bersama keluarga dengan harga yang berpatutan.


15 Nur Qaisara Amanda binti Mohd firzal 4 Seroja Saya dan rakan-rakan pergi ke lawatan di Johor Bahru. Kami pergi ke UK farm, terdapat banyak haiwan di situ, contohnya seperti ayam, lembu ,burung dan lain-lain . Kami dapat memberi makanan kepada haiwan dan kami dapat melihat proses pengeluaran susu daripada kambing. Di situlah kami dapat melihat proses susu yang kami minum sebelum ini. Kami juga dapat melihat tanaman buah-buahan yang ditanam oleh mereka contohnya seperti ciku, mangga, durian dan lain - lain. Akhir kata, Sama -sama kita menyayangi haiwan . Terima kasih kepada pekerja agro UK Farm yang sudi melayan kami.


16 NURIEN NAZATUL AQIELAH BT MOHD ALIMAN 4 Seroja Saya dan rakan-rakan pergi rombongan ke Agro UK Farm. Di situ kami dijamu makanan oleh pekerja di situ. Di situ, terdapat banyak haiwan. Contohnya ialah kambing, lembu, ayam dan lainlain lagi. Di sana, kami melihat persembahan Orang Asli. Ini pertama kali saya melihat persembahan tradisional Orang Asli. Di sana juga, kami menaiki sebuah rumah yang tinggi. Saya agak takut ketika tiba di atas rumah itu saya berasa gayat. Setelah itu,kami memberikan makanan kepada kambing, ayam, rusa dan burung unta. Kami belajar menyusukan anak kambing di sana. Kami juga melihat bagaimana susu kambing diproses. Sebelum balik, kami singgah di kedai cenderamata di sana. Saya membeli banyak cenderamata untuk disimpan sebagai kenangan. Kawan-kawan saya mengambil banyak gambar di sana. Pemandangan di sana sangat indah. Akhir kata, sama-samalah kita menyayangi haiwan dan kami mengucapkan terima kasih kepada pekerja-pekerja di Agro UK Farm yang sudi melayani kami. Jikalau saya mempunyai peluang lagi, saya akan pergi ke Agro UK Farm semula.


17 IRSYAD HAZIQ BIN KHAIRUL IZHAN 5 Seroja Pada 1 November 2022, pukul 3 pagi beberapa orang guru dan murid-murid SK Taman Bersatu menyertai lawatan ke UK Farm Kluang, Johor. Kami telah berkumpul di pintu pagar utama sekolah untuk menaiki bas yang ditempah. Sebanyak tiga buah bas digunakan untuk membawa ke semua guru dan murid-murid yang menyertai lawatan kali ini. Pada pukul jam 4 pagi kami bertolak ke UK Farm, Kluang, Johor. Selepas beberapa jam, kami tiba di perhentian Rehat & Rawat Serdang untuk solat subuh. Selesai solat subuh kami meneruskan perjalanan dan tiba ke destinasi yang di tuju iaitu di UK Farm. Setibanya kami di UK Farm, kami terus makan tengah hari sambil melihat pemandangan. Selepas kami makan tengah hari, kami pun memasuki UK Farm dengan menaiki bas kecil. Seterusnya, kami ke kandang kambing untuk memberi makan dan susu kepada anak kambing. Selepas itu, kami ditunjukkan cara-cara memproses susu kambing. Kami dilihatkan cara-cara memproses susu kambing, kami diberi susu kambing segar secara percuma. Setelah kami menikmat susu kambing, kami dibawa ke kandang ayam dan itik. Kami memberi makanan iaitu bertih jagung untuk diberi makan kepada ayam dan itik. Seterusnya, kami dibawa ke kandang burung unta, arnab dan rusa. Kami memberi makanan berupa bertih jagung kepada haiwan-haiwan tersebut. Seterunya, kami ke Jakun Village yang mempamerkan rumahrumah orang asli yang diperbuat daripada kayu. Selepas itu, kami menyaksikan tarian orang asli yang dipersembahkan oleh masyarakat orang asli disana.


18 Kami semua dibawa berehat sambil minum air kelapa. Kami juga dibawa ke kedai cenderahati yang dapat dibeli dan dibawa pulang. Akhir sekali, kami bergerak pulang ke penginapan iaitu hotel Crystal Crown, Johor Bharu. Kesimpulannya, saya berasa sangat seronok dan gembira dengan lawatan ke UK Farm Kluang, Johor pada kali ini. Pengalaman ini amat berguna kerana banyak ilmu pengetahuan, merasai suasana, keakraban dan semangat kerjasama dalam satu pasukan. Ramai kawan-kawan saya yang bersama dalam lawatan ini serta guru sekolah dan pengalaman ini akan saya ingati sampai bila-bila.


19 NUR ARISSA SAFRINA BINTI YUSSOF 6 Kenanga Pada hari Rabu yang lalu, sekolah saya telah mengadakan wisata ke negeri Johor. Saya berpeluang mengikuti wisata tersebut. Lokasi pertama kami ialah di UK Farm. Setelah sampai di sana kami dihidangkan dengan makan tengah hari. Selepas itu kami dibawa dengan menaiki bas untuk meneroka dan menyusuri UK Farm. Terdapat pelbagai haiwan peliharaan seperti ayam, kambing, kuda, burung unta, arnab, lembu, dan lain lain lagi. Saya berasa sangat gembira apabila melihat semua haiwan di situ. Pekerja-pekerja di sana sangat ramah dan baik. Kami berpeluang memberi makan haiwan-haiwan peliharaan tersebut. Pengalaman memberi susu kepada anak-anak kambing menjadi kenangan indah kepada kami. Di samping itu, di UK Farm juga menawan hati pengunjung dengan tarian Orang Asli yang begitu mengasyikkan. Kita dapat kenali budaya dan jati diri penduduk pribumi di negara kita yang sejahtera ini. Kesimpulanya, benarlah kata-kata" Jauh perjalanan, luas Pemandangan Banyak pengalaman dan pengetahuan dapat ditimba dari wisata ini.


20 Rahadatul 'Aisy Adelia binti Mohd. Ridzwan 4 Seroja Pada hari Rabu, kami menyertai Wisata ke Johor Baharu. Kami datang ke sekolah pada pukul 3:45 pagi dan bergerak pada jam 4:00 pagi. Setelah masuk di dalam bas, saya menunggu kawan yang akan duduk bersebelahan saya. Seterusnya, kami bergerak ke destinasi yang pertama. Kami singgah di R&R dan menunaikan solat subuh di situ. Kemudian kami duduk di dalam bas ketika mahu sampai ke destinasi yang kedua. Destinasi kedua kami adalah ke UK FARM yang terletak di Kluang, Johor. Kami berasa sangat gembira apabila sampai ke destinasi Sesudah sampai ke UK FARM, kami makan yengah hari di sana dahulu sebelum dapat melihat haiwan–haiwan. Kami menaiki satu bas yang ada di UK FARM itu. Bas itu seperti bas kontot kerana badannya yang sangat kecil tetapi luas. Saya dan kawankawan menaiki bas itu bersama-sama. Perjalanan di sana sangatlah seronok kami jumpa kambing, kuda, merak, burung unta, kancil, ayam dan haiwan yang lain. Selepas melawat semua haiwan, kami pergi melihat proses bagaimana mereka mengambil susu kambing daripada kambing betina. Selepas itu, kami mendapat secawan susu kambing yang ada pelbagai perisa. Perisanya adalah coklat, strawberi dan susu biasa. Mereka juga menyediakan ais krim yang diperbuat daripada susu kambing.


21 Kemudian, saya membeli cenderamata di kedai UK FARM tersebut. Saya membeli rumpai laut yang berharga RM1.50. Kemudian, kawan saya belanja saya. Dia berkata kepada saya “Kamu pilihlah mana yang kamu mahu, biar saya yang bayarkan” saya terkejut dan terus mengucapkan ucapan terima kasih saya kepadanya. Akhir kata, pengalaman saya di UK FARM sangatlah bermakna, kerana ia banyak memberi ilmu yang manafaat untuk saya. Jika ada peluang saya ingin pergi ke sana lagi.


22 WAN AKIL FAYYADH B. FARIL 6 Seroja Ketika lawatan sekolah yang lalu, saya dan rakan-rakan pergi ke Johor antara tempat yang dilawati di Johor ialah ke UK Farm. Sudah lama saya tidak menjejakan kaki di negeri Johor dan apabila sekolah mengadakan lawatan ke Johor saya tidak akan melepaskan peluang ini. Kami bertolak dari sekolah awal pagi bagi mempercepatkan perjalanan. Pemandu bas memandu dengan berhemah bagi menghindarkan sebarang kecelakaan. Sepanjang perjalanan, saya dan rakan-rakan banyak bercerita tentang perkara yang hendak kami lakukan di sana. Setelah menempuh perjalanan yang jauh dan memenatkan itu, kami tiba di UK Farm dengan selamatnya. Saya turun dari bas bersama rakan-rakan dan memasuki UK Farm itu. Suasana di UK Farm itu sangat meriah apabila sekolah lain juga turut menyertainya. Apabila kami memasuki ke dalam UK Farm itu, kami dijemput makan tengah hari di meja masing-masing. Saya menikmati hidangan yang disediakan. Sebaik saja kami menghabiskan makanan itu, kami menaiki bas mini untuk ke stesen pertama. Kami tiba di stesen pertama iaitu di kandang kambing. Aktiviti yang kami lakukan di situ ialah meminumkan kambing susu yang segar. Setelah habis, kami diberi pula rumput kering untuk kambing-kambing tersebut. Setelah habis ke stesen pertama, kami bertolak ke stesen kedua. Kami memberikan makanan kepada ayam dan itik.


23 Seterusnya, kami ke stesen ke ketiga iaitu ke perkampungan orang asli. Kami menyaksikan persembahan tarian dari orang asli dan dapat melihat rumah yang diperbuat daripada kayu. Seterusnya, kami menikmati air kelapa segar dan baru dikupas. Akhir sekali kami pergi ke kedai untuk membeli buah tangan. Dan Kembali ke dalam bas untuk bertolak ke hotel.


24 Nur Izzah Binti Mohd Syafiq 6 Seroja Pada 2 November 2022 saya telah menyertai sebuah lawatan ke Johor Bahru lawatan tersebut disertai seramai 101 orang murid dan 11 orang guru. Antara lokasi yang kami pergi adalah UK Farm. Di sana kami makan tengah hari terlebih dahulu. Setelah selesai makan, kami semua pergi ke kampung Orang Asli. Setelah tiba disana, kami sangat kagum melihat persembahan tarian daripada orang asli. Kami juga dapat melihat rumah dan senjata mereka. Selepas itu, kami pergi melihat haiwan seperti burung dan kuda. Kami dapat melihat pelbagai jenis kuda. Selepas itu, kami berehat seketika sambil minum air kelapa yang sangat segar. Kemudian, kami pergi pula ke kandang kambing. Di sana kami dapat memberi makanan dan susu kepada kambing. Seterusnya kami dapat melihat proses memerah susu kambing dan dapat merasa susu tersebut. Akhir sekali kami dapat melihat dan memberikan makanan kepada burung unta, rusa, arnab, itik dan ayam. Selain itu kami boleh mempelejari lebih lagi tentang haiwan-haiwan tersebut. Maka tamatlah sudah lawatan kami ke UK Farm. Saya sangat gembira keranadapat mendekatkan diri dengan haiwan dan alam semula jadi. Terima kasih UK Farm.


25 UMAR BIN CHE HANIF 6 Seroja Pada beberapa minggu yang lepas, aku dan kawan-kawanku telah pergi lawatan ke UK Farm dan Legoland selama dua hari yang diuruskan oleh Cikgu Samprizal bin Selamat. Aku pergi lawatan itu. tarikh lawatan itu ialah 2 November 2022 pada hari rabu. Kami diberi khusus persediaan untuk ke UK Farm sebanyak 4 kali. Cikgu juga mengasingkan bas. Bas diketogerikan sebagai bas A, B dan C. Aku berada di bas B. Pada dua hari sebelum pergi, cikgu minta kami berkumpul pada pukul 3:00 pagi. Cikgu juga menawarkan kami untuk bemalam di sekolah. Aku pilih untuk bermalam supaya tidak terlajak tidur. Pada pukul 11:00 malam aku ke sekolah untuk bermalam. Apabila pukul 3:00 pagi bas sudah sampai di sekolah. Aku memakai kasut dan beratur. Bas kami tiba lebih awal dari bas lain. Kami pun memasuki bas itu. Kami bergerak pada pukul 4:00 pagi. Semasa dalam perjalanan, aku tertidur di dalam bas. kawanku yang duduk sebelah aku mengejutkan aku dari tidur. Apabila aku bangun, kami telah tiba di RNR Sungai Buloh untuk solat subuh. Beberapa jam kemudian, kami tiba di UK Farm. Kami makan tengah hari di situ. Selepas makan, kami beratur untuk menaiki bas kecil. Bas kecil itu boleh muat sebanyak 30 orang. Kami pun menaiki bas itu. Di sana mempunyai 4 stesen. Kami telah tiba di stesen pertama. Di situ, kami memberi makan kepada kambing. Kambing dewasa makan rumput kering manakala kambing kecil minum susu.


26 Aku mengusap kambing itu. Selepas memberi kambing makan, kami ke tempat di mana susu kambing di proses. Aku melihat cara mengeluarkan susunya. Selepas itu, mereka adakan sesi soal jawab. aku pun tanya "Bagaimanakah kambing melihat". Abang itu menjawab "Kambing buta warna jadi penglihatan akan menjadi warna kelabu". Di situ, mereka sediakan susu kambing. Aku membeli sebotol kecil susu kambing. Susu kambing hanya bertahan selama 1 hari. Selepas itu, kami ke stesen yang kedua. Kami perlu beri makan jagung kering kepada ayam dan itik. Selepas memberi makan kepada ayam dan itik, kami ke stesen yang ke ketiga kami perlu beri makan jagung kepada burung unta dan rusa. Kami juga boleh membelai arnab. Tahukah kamu bahawa arnab boleh melompat setinggi 5 meter. Selepas memberi makan, kami pergi ke kampung Orang Asli. Kami dapat menonton sebuah persembahan yang dipersembahkan oleh Orang Asli. Selepas habis persembahan, kami menaiki rumah pokok. Rumah pokok itu hanya 4 orang sahaja dibenarkan naik. Aku melihat perangkap haiwan dan juga rumah. Kami ke stesen yang terakhir. Di sana aku memesan air kelapa muda dan melihat kuda. Selepas itu, kami semua pergi ke hotel Crystal Crown untuk menginap di situ. kami makan malam di situ. Selepas makan, kami pergi ke bilik masing-masing.


27 AHMAD ZUFAIRY MIKAIL BIN ARBAIN 6 Seroja Pada hari Rabu malam, saya dan kawan saya pergi ke lawatan ke UK Farm dan Legoland. Saya membayar duit lawatan ini dengan harga RM398. Pada hari itu, kami datang ke sekolah pada pukul 11.00 pm. Saya membawa bantal dan kawan saya pula membawa beg tidur, bantal dan selimut. Kami bermain telefon sehingga pukul 1.00 pagi. Saya mula mengantuk dan terus tidur. Setelah beberapa minit, ada orang yang kejutkan saya dari tidur. "Bas sudah sampai" kata orang itu. Saya pun terbangun dari tidur dan mengemas barang. Bas sampai ke sekolah pada jam 3.00 pagi. Saya membawa barang dan bersedia untuk pergi. Di situ saya nampak ramai kawan-kawan saya yang sudah bersedia masuk ke dalam bas. Akhirnya kami sampai ke destinasi kami iaitu UK Farm. Kami makan tengah hari di sana. Selepas makan kami dibawa untuk mengelilingi kawasan UK Farm dengan menaiki bas mini. Kami melawat Orang Asli yang menari dengan seronoknya.Kami juga melawat kandang kambing. Di sana kami dapat merasa susu kambing asli. Kami juga dapat memberi kambing makan rumput dan minum susu. Selepas melawat seluruh kawasan UK Farm dengan memberi makan binatang-binatang yang ada di dalam kawasan itu, kami pun bersedia untuk pulang ke hotel.


28 Sebelum pulang kami singgah di kedai serbaneka yang terdapat di dalam UK Farm. Saya membeli kipas sebagai tanda kenangkenangan untuk dibawa ke Ipoh. Akhirnya kami selamat sampai di hotel, dan kami juga bersedia untuk makan malam dan membeli belah di pusat bandar yang berdekatan dengan hotel kami. Tibalah masa kami untuk berehat sebelum kami akan meneruskan lagi perjalanan kami pada esok hari untuk ke Legoland pula.


29


30


31 KAMI TINGGALKAN KENANGAN MANIS DI SINI.


Click to View FlipBook Version