The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

OLEH

Rayyan Haikal bin Mohd Rizal
6 Seroja

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CATATAN MINDA CG SAM, 2022-08-22 12:39:47

CITA-CITAKU BERMULA

OLEH

Rayyan Haikal bin Mohd Rizal
6 Seroja

Rayyan Haikal bin Mohd Rizal
6 Seroja

Pada beberapa bulan yang lalu, saya
mendapati notifikasi daripada Cikgu
Azhar bahawa terdapat pertandingan
badminton yang akan diadakan pada
30 hingga 31 Julai.
Pertandingan tersebut juga akan
diadakan di Universiti Teknologi
Petronas, Seri Iskandar, Perak. Saya dan
kakak saya berasa teruja dan tidak
sabar untuk menyertai pertandingan
itu.

..1..

Buat pengetahuan semua, badminton
ialah sukan kegemaran saya dan juga
merupakan cita-cita saya untuk menjadi
atlet badminton Malaysia. Disebabkan
pertandingan itu akan diadakan, saya
dan kakak saya mengambil kesempatan
untuk berlatih dengan bersungguh-
sungguh bersama ayah saya agar kami
memenangi pertandingan tersebut.

Kebiasaannya,saya dan kakak saya
berlatih di dewan badminton yang ayah
saya sewa pada setiap hari Selasa dan
Khamis. Kami juga berlatih pada waktu
petang kerana kami tidak mampu
berlatih pada waktu malam atau pagi.
Sebelum hari pertandingan itu tiba,
ayah saya menghadiahkan saya
sepasang kasut badminton bagi
menggantikan kasut lama saya.

..2..

Akhirnya, hari pertandingan itu telah
pun tiba. Jadual perlawanan juga telah
diberi. Kawan saya juga turut menyertai
pertandingan tersebut bersama
akademinya. Perlawanan telah pun
bermula. Kami bermain bersungguh-
sungguh mahu mengalahkan lawan
masing-masing.

Dalam perlawanan itu saya perlu
menentang seorang pemain yang
sebaya dengan saya. Kami berentap
dengan begitu bersemangat. Tetapi
malang baginya, dia dikalahkan pada
pusingan pertama. Dia berasa amat
sedih akan kekalahannya itu.

..3..

Kami meneruskan perlawanan bagi
pusingan kedua. Jika saya menang, saya
layak ke pusingan seterusnya. Oleh itu,
saya perlu lebih bersemangat dan
bertenaga. Kali ini lawan saya itu
nampaknya lebih tangkas lagi. Dia
menyerang saya bertubi-tubi. Oh…… kali
ini tuah tidak menyebelahi saya. Saya
perlu bertarung ke pusingan ketiga pula.

Dalam pusingan ketika, iaitu pusingan
penentuan, saya telah melakukan
beberapa kesilapan. Kesilapam itu
menjadi titik kelemahan saya. Saya telah
dikalahkan lagi sekali pada pusingan
ketiga. Saya berasa amat sedih dan
kecewa terhadap diri saya sendiri.

..4..

Walaupun saya sedih dan kecewa,
tetapi saya tidak sesekali alan berputus
asa untuk menjadi atlet badminton
Malaysia. Saya tetap terus berlatih dan
menyertai pertandingan badminton
lagi.
Menang bukan senang.
Usaha sampai menang.

..5..



PROGRAM BACAAN DIGITAL, e-NILAM & e-ULAT BUKU EDISI KE-4
PERTANDINGAN MENGARANG e-CERITA PENDEK TAHAP 2

Cerita pendek oleh

Rayyan Haikal bin Mohd Rizal
6 SEROJA

Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu
31300 Kampung Kepayang
Perak darul Ridzuan
2022


Click to View FlipBook Version