NUR FATINI HUSNINA BINTI
MUHAMMAD FAIRUZ
4 KENANGA
Ketika bermain di padang saya
terdengar bunyi seperti anak kucing di
tepi tempat pembuangan sampah.
Saya pun pergi ke situ. Saya nampak
ada seekor anak kucing. Tanpa
melengahkan masa, saya terus
mengambil kucing itu.
Kucing itu kelihatan sangat kotor. Di
rumah, saya membersihkan kucing itu
dan saya berfikir untuk menjaga
kucing itu. Ayah dan ibu saya
membenarkan asalkan saya
menjaganya dengan baik.
..1..
Saya memberikan kucing itu makan.
Kucing saya suka makan ikan rebus dan
makanan yang dibeli dari kedai haiwan.
Makanan itu agak mahal. Kucing saya
suka makan Royale Canin.
Sebulan kemudian kucing saya kelihatan
sangat gebu dan bulunya kelihatan
sangat bersih tidak sama seperti dulu.
Kucing ini sangat jinak dan pandai
malayan saya sewaktu saya sedang
sedih. Kadang-kadang suka kacau saya
sedang tidur.
..2..
Saya tak kisah pun sebab saya amat
menyayagi kucing tersebut. Sekarang
saya mempunyai 8 ekor kucing.
Nama 8 ekor kucing itu ialah Leo, Lola,
Lala, Luxie, Loli, Kiki Tompok dan Oren.
Dalam banyak-banyak kucing itu, kucing
yang paling saya suka ialah Oren. Itulah
kucing yang saya jumpa di tempat
pembuangan sampah.
..3..
Pesanan saya, sayangilah kucing
macam keluarga sendiri. Janganlah
memukul atau mencederakan kucing
kerana kucing boleh menggembirakan
kita bila kita sedang sedih dan susah
hati .
Kalau boleh berilah kucing di luar sana
makan kerana mereka pun macam
manusia juga yang memerlukan
makanan dan minuman.
..4..
PROGRAM BACAAN DIGITAL, e-NILAM & e-ULAT BUKU EDISI KE-4
PERTANDINGAN MENGARANG e-CERITA PENDEK TAHAP 2
Cerita pendek oleh
NUR FATINI HUSNINA BINTI MUHAMMAD FAIRUZ
4 KENANGA
Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu
31300 Kampung Kepayang
Perak darul Ridzuan
2022