The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PBL e-buku skrap Bahasa Melayu & PZV 6 Seroja & Bakawali SK Taman Bersatu 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CATATAN MINDA CG SAM, 2021-09-07 21:40:17

e-Buku Skrap Iqbal Nafiz

PBL e-buku skrap Bahasa Melayu & PZV 6 Seroja & Bakawali SK Taman Bersatu 2021

Muhammad
Iqbal Nafiz

6 Seroja



Perpaduan adalah Penyatuan
antara kaum yang berbeza, atau
pun perhubungan sosial di antara
kaum yang berlainan.

Antara kaum-kaum di Malaysia
1. Melayu
2. Cina
3. India
4. Kadazandusun
5. Iban

1. Melayu

Masyarakat terbesar di Malaysia ialah kaum Melayu.
Mereka betutur menggunakan bahasa Melayu,
beragama Islam dan mengamalkan tradisi dan adat
istiadat Melayu. Dari sudut sejarah, rumpun Melayu
meliputi penduduk yang mendiami Semenanjung Tanah
Melayu dan gugusan Kepulauan Melayu.

2. Kaum Cina

Masyarakat Cina adalah warganegara Malaysia
yang berketurunan Bangsa Han. Mereka merupakan
kumpulan etnik kedua terbesar di Malaysia selepas
kaum Melayu dan kebanyakan mereka adalah
keturunan pendatang berbangsa Han yang datang
ke Tanah Melayu semasa pemerintahan Dinasti
Ming sekitar abad ke-15, Dinasti Qing dan Republik
China.

3. Kaum India

Orang India Malaysia ialah

rakyat Malaysia yang berasal dari Indi.

Kebanyakan mereka datang ke Malaysia semasa

zaman penjajahan British di Malaya. Kini, kaum ini

merupakan kaum ketiga terbesar di Malaysia

selepas kaum Melayu, Cina .

4.Kaum Iban

Kaum Iban adalah salah satu
rumpun Austronesia yang tertua di Borneo dan
terdapat di Sarawak, Kalimantan Barat, Brunei,
Sabah dan Johor.

5. Kadazandusun

Kaum Kadazandusun merupakan kumpulan
kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah. Kaum
Kadazan-Dusun juga merupakan satu kumpulan etnik
dari dua bangsa iaitu Bangsa Kadazan dan Bangsa
Dusun di Borneo yang digabungkan menjadi satu
kumpulan kaum/etnik.

Tudung saji merupakan hasil kraf tangan masyarakat
Melayu yang kebiasaannya dihasilkan daripada daun
mengkuang, pandan, rotan atau buluh. Terdapat juga tudung
saji daripada mengkuang yang disalut dengan kain baldu.
Rotan atau buluh yang dibentuk bulat akan dijadikan
kerangka tudung saji. Benangnya pula dihasilkan daripada
rotan yang telah diraut halus. Daun mengkuang, pandan atau
buluh yang telah diraut akan dianyam seperti tikar. Satu bucu
yang tajam dihasilkan dengan melengkungkan anyaman
tersebut. Bucu yang tajam inilah menjadikan anyaman
berbentuk tudung saji. Tudung saji akan dicorakkan dan
diwarnakan selepas dibentuk dengan pilihan warna yang
dikehendaki.

Anyaman tikar berkait rapat dengan kehidupan masyarakat
Melayu pada zaman dahulu. Pengunaannya begitu meluas
terutamanya golongan pesawah padi pada ketika itu. Antara
kegunaannya ialah sebagai tikar pengalas, tempat duduk,
bahan pembungkusan, alas dinding, layar membanting padi,
tikar menjemur padi dan lain-lain kegunaan lagi.

Songket merupakan sejenis kain tenunan unik dalam alam Melayu
yang dihasilkan dengan mesin tradisional menghasilkan corak rumit
menggunakan benang emas atau perak. Ia kain lazim dibusanakan
dalam adat-adat perkahwinan Melayu, Palembang, Minangkabau,
Aceh dan Bali.Kain tenunan ini yang biasanya dikenakan saat
kenduri, perayaan atau pesta baik dililit tubuh seperti sarung,
disampirkan di bahu, atau sebagai destar atau tanjak menghiasi
kepala. Songket adalah kain tenun mewah yang biasanya
dikenakan saat kenduri, perayaan atau pesta; ia pada dahulunya
khusus dipakai golongan bangsawan - keluarga kerabat diraja dan
orang besar negeri. Kehalusan tenunan dan kerumitan motif corak
songket ketika itu menggambarkan pangkat dan kedudukan tinggi
seseorang pembesar. Ia telah terkenal di alam Melayu sejak abad
ke-13 yang lampau.

Seni Khat Cina dipraktikan dan dihasilkan dalam
kebudayaan Asia Timur yang meliputi Korea, Taiwan,
Vietnam, China, dan Jepun. Kaligrafi Cina ditandai dengan
orisinalitas dan kekayaan tulisan Cina. Kaligrafi Cina
memungkinkan bidang ekspresi artistik yang sangat luas.

Kolam adalah bentuk seni hiasan tradisional yang dilukis
dengan menggunakan tepung beras mengikut kebiasaan
zaman dahulu. Ia juga dilukis dengan menggunakan serbuk
batu putih, kapur atau serbuk kapur, selalunya bersama
dengan serbuk warna semula jadi atau sintetik. Asalnya
berasal dari Tamil Nadu kuno yang dikenali sebagai
Tamilakam dan sejak itu merebak ke negeri-negeri India
selatan lain Karnataka, Telangana, Andhra Pradesh, dan
Kerala. Ia boleh didapati di beberapa bahagian di Goa dan
Maharashtra. Oleh kerana Bahasa Tamil Diaspora ada di
seluruh dunia, amalan Kolam terdapat di Sri Lanka, Singapura,
Malaysia, Indonesia, Thailand dan beberapa negara Asia
yang lain. Juga Telugu Diaspora di seluruh dunia mempunyai
amalan Muggu.

Kain ini yang ditenun dalam kalangan kaum wanita
Dayak dipercayai suci; ia digunakan dalam upacara
dan peristiwa penting termasuk kelahiran anak, sampai
usia, menerima barangan penting kepada rumah
panjang, dan bagi tabir mayat yang diletakkan di
rumah panjang sebelum pengebumian.

Wakid ini adalah bakul buluh serbaguna yang berasal
dari daerah Ranau dan Tambunan di Sabah. Bakul
tradisional miniatur ini, yang dilekatkan dengan dua
tali, diperbuat daripada buluh, kulit rotan, dan kayu.
Secara tradisional digunakan oleh orang Dusun untuk
membawa buah, kayu bakar, sayur-sayuran, dan
tangkai padi. Hari-hari ini, ia juga digunakan sebagai
hiasan rumah atau untuk tujuan penyimpanan.

Nasi lemak merupakan makanan tradisi orang Melayu
yang terdapat di Malaysia, Singapura, Indonesia (terutama
di Riau, Jambi serta utara dan pantai timur Sumatera) dan
Brunei. Nasi Lemak dapat ditemui di semua bahagian
Malaysia dan juga Singapura. Di Indonesia, nasi lemak
lazimnya ditemui di pesisir timur Sumatera. Nasi lemak
merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan
santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya.
Kadangkala daun pandan wangi dimasukkan semasa nasi
lemak dimasak bagi menambahkan aromanya.

Dim Sum merupakan sejenis masakan Cina yang merupakan
hidangan ringan lingkungan luas yang dihidang bersama teh
Cina. Yum cha (yang secara harfiah "meminum teh") adalah
istilah yang digunakan untuk menjelaskan pengalaman
makanan keseluruhan, khususnya dalam Kantonis sezaman. Ia
juga dihidangkan pada waktu pagi hingga tengah hari di
kedai makan Cina dan di kedai makan dim sum khas di mana
hidangan lazim disediakan sepanjang hari. Hidangan
disediakan dalam bahagian kecil dan termasuk daging,
makanan laut, dan sayur-sayuran, dan juga pencuci mulut dan
buah-buahan. Hidangan ini biasanya dihidang dalam bakul
pengukus kecil atau di atas pinggan kecil.

Roti canai atau roti perata ialah roti kudapan India jenis
leper yang berbentuk bulat yang boleh dijumpai di
beberapa negara di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Ia
dimakan sebagai makanan pagi, tengah hari, petang, dan
malam. Sering kali dimakan bersama dengan teh tarik,
atau teh ais. Biasanya dihidangkan dengan kuah dal atau
parpu atau kari dengan sambal ikan bilis.

Kemiding merupakan panggilan kepada sayur midin oleh
masyarakat Iban. Ia merupakan sayur yang begitu terkenal,
malah hidangan midin merupakan makanan tradisional
masyarakat Iban.Sayur ini biasanya dimasak bersama
belacan yang dikenali sebagai midin belacan. Ada juga
yang memasaknya secara rebus bersama ikan bilis sahaja.

Hinava merupakan salah satu hidangan tradisional istimewa
bagi suku kaum Kadazan-Dusun, Sabah, dan boleh dikatakan
sebagai merupakan makanan yang paling popular di
kalangan kaum Kadazan-Dusun.Ia merupakan hidangan yang
dihasilkan daripada isi ikan segar yang dicampurkan dengan
biji buah bambangan yang telah diparut, cili merah, halia,
bawang merah , limau kapas dan garam.Isi ikan tersebut
tidak perlu dimasak kerana ia akan masak dengan
menggunakan perahan jus limau samada menggunakan limau
nipis ataupun limau kasturi (menyerupai shushi).

Tabla adalah merupakan sejenis alat
muzik dalam keluarga gendang,
yang mempunyai bingkai kayu dan
bertutup dengan belulang pada satu
bukaannya. Tabla biasanya
dimainkan secara duduk. Ia
dimainkan dengan memalu secara
langsung menggunakan tangan.
Penciptaan tabla didapati di India.
Ukiran di Gua Bhaja di negeri
Maharashtra di India menunjukkan
seorang wanita bermain Tabla dan
satu lagi wanita melaksanakan
tarian, sejak 200 SM. Taals telah
berkembang sejak Veda atau
Upanishad era di India.

Kompang ialah sejenis alat muzik
tradisional berupa gegendang
bagi masyarakat Melayu dalam
kepulauan Nusantara. Selain itu,
kompang juga kadangkala
digunakan oleh suku Bajau di
pesisir Sabah, Malaysia, meskipun
tidak termasuk dalam tradisi asli
mereka. Ia tergolong dalam
kumpulan alat muzik gendang. Kulit
kompang biasanya diperbuat
daripada kulit kambing betina,
namun mutakhir ini, kulitnya juga
diperbuat dari kulit lembu, kerbau
malah getah sintetik.

Erhu dan kadang-kadang
digelar di Barat sebagai
"biola Chinese" atau "gesek
tali dua Chinese," adalah alat
muzik bertali dua-tali,
digunakan sebagai sebuah
alat solo dan juga dalam
sekumpulan kecil dan orkestra
besar.

Engkromong adalah Gong kecil
diperbuat daripada perenggu
berbentuk periok. Berbusut di
tengah permukaannya. Lapan buah
gong bagi satu set diatur berbaris
di atas para yang panjang. Semua
alat-alat muzik ini dimainkan oleh
kaum lelaki. Walau bagaimanapun
ada sebahagian kecil alat-alat
muzik ini dimainkan serta
dipratikkan oleh kaum wanita
khususnya warga tua masyarakat
Iban.

Sompoton ialah suatu alat tiup berupa
erofonyang dimainkan dalam kalangan
masyarakat Kadazan-Dusun dan Murut dari
Sabah, utara pulau Borneo.

Hari Raya Aidilfitri disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah.
Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari
Raya Fitrah atau Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan
perayaan yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia tidak
kira bangsa sama ada Arab, Inggeris, Melayu, India-Muslim,
Cina-Muslim dan lain-lain bangsa di seluruh dunia yang
beragama Islam bagi menandakan berakhirnya bulan
Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa
dengan tekun. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar
bagi umat Islam, selain Hari Raya Kurban.

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik
permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun
baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali
berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang
dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi
hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada
tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru
dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-
rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah
rezeki, bunga dan pokok limau.

Deepavali ialah suatu perayaan dalam kalangan
penganut agama Hindu menandakan kemenangan oleh
kuasa kebaikan terhadap kuasa kejahatan, secara
simboliknya ditujukan dalam erti cahaya yang
menerangi kegelapan. Maksud tersiratnya ialah
menyemai nilai-nilai positif dalam diri kita untuk
menjadi individu yang lebih baik dengan mengatasi
nilai-nilai negatif dalam diri kita untuk perkembangan
rohani.

Hari Gawai merupakan pesta tahunan yang disambut
oleh orang Dayak di Sarawak, Malaysia dan
Kalimantan Barat, Indonesia pada 31 Mei dan 1 Jun.
Pesta ini merupakan cuti umum di Sarawak dan majlis
keagamaan dan sosial yang diiktiraf sejak 1957.

Pesta Kaamatan disambut oleh Kadazandusun sebagai
meraikan tuaian baik, tetapi Pesta Kaamatan juga
disambut oleh semua kaum lain Sabah seperti Murut.
Pesta Kaamatan disambut sepanjang bulan Mei
walaupun perayaan ini hanya pada 30 dan 31 Mei.

Maksud Terabai

Terabai atau perisai adalah peralatan perang milik
kaum Iban di Sarawak. Terabai juga merupakan sebagai
lambang kepahlawanan kaum Iban dan orang ulu di
Sarawak.

Kegunaan terabai pada zaman dahulu adalah untuk
melindungi diri daripada serangan pihak musuh semasa
peperangan. Namun pada masa kini, terabai telah menjadi
barang perhiasan bukan sahaja bagi kaum iban tetapi
kaum-kaum lain yang menjadikan terabai sebagai bahan
perhiasan kerana keunikan terabai itu sendiri.



Gadis
Sejenis Tarian Tradisional

Putih
Ayunan tangan ketika
berjalanan
Sambutan pesta
Pasar yang diadakan secara
mingguan
Perayaan yang disambut oleh
beberapa kaum di Malaysia
Mengingati seseorang
Organ dalam manusia

Pada pendapat saya, tarian Sumayau dapat memupuk
perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia dengan
mengikut rentak lagu secara selari. Tarian ini juga
mempunyai keunikan tersendiri seperti member semangat
muhibah dan memberi sokongan antara satu sama lain.

Tamu adalah pasar yang diadakan pada setiap
minggu.

Sekiranya diberi peluang, saya akan pergi ke Pulau
Mantanani kerana saya mungkin mendapat peluang
menjumpai ikan lumba-lumba atau menikmati
keindahan laut di sana.

Saya akan mencadangkannya untuk melawati ke Lost
World of Tambun kerana taman tema air ini
mempunyai pelbagai tempat dan aktiviti menarik yang
boleh dikunjungi dan dilakukan di sana.

Muhammad Iqbal Nafiz
6 Seroja
Lelaki
21 Februari 2009
Pemain Professional E-Sukan
Mengulas permainan e-sukan
(komentetor)

Pulau Mantanani,Sabah
Tokyo,Jepun

Saya amat berterima kasih kepada ibubapa dan guru saya
yang telah membantu saya menyiapkan buku skrap ini

Kita hendaklah memupuk perpaduan antara kaum dengan
bertolak ansur dan saling hormat menghormati agar
mencapai perpaduan dan hidup dalam keharmonian.

Selain itu, kita juga perlu mengenal kebudayaan kaum-
kaum yang terdapat di Malaysia dan juga menghormati
agama dan adat resam mereka.

Berdasarkan dapatan yang diperolehi daripada Projek e-
buku skrap ini, dapat saya rumuskan bahawa rakyat
Malaysia mempunyai semangat perpaduan yang sangat
kuat kerana adanya sikap saling hormat menghormati
agama, budaya dan bahasa satu sama lain, masyarakat
Malaysia dapat hidup bersama dalam penuh aman dan
harmoni.

Terima
Kasih


Click to View FlipBook Version