The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Cerita Pendek oleh Hannah Faqihah Fakhrurrozi.
6 Seroja

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CATATAN MINDA CG SAM, 2021-10-24 11:28:16

BAYANGAN MISTERI

Cerita Pendek oleh Hannah Faqihah Fakhrurrozi.
6 Seroja

PERTANDINGAN MENGARANG e-CERITA PENDEK TAHAP 2
Program Bacaan Digital, e-Ulat Buku, e-NILAM & Pemerkasaan PdPR SKTB 2021

Hannah Faqihah Fakhrurrozi.
6 Seroja

Nama aku Alora dan aku berusia 12 tahun.
Aku adalah satu-satunya anak kepada
keluarga yang sungguh kaya di kotaku. Ibuku
meninggal dunia sewaktu umurku 10 tahun.
Sewaktu kecil aku dan ibu sungguh rapat
kerana ayah selalu sibuk bekerja. Pada suatu
hari ibu pun meninggal secara misteri.
Hanya mayat ibu yang ditemukan di dalam
bilik tidur.

Aku menyalahkan ayahku atas kejadian itu,
sepatutnya aku tidak menyalahkan ayahku
kerana dia tidak bersalah. Aku berasa
sungguh sedih pada waktu itu.

Sejak kejadian itu, aku lebih suka untuk
menyendiri kerana aku tiada kawan baik
yang ikhlas untuk berkawan dengan aku.
Semuanya berkawan denganku kerana aku
anak orang kaya.

1

Pada suatu hari, ada seorang murid baru
yang datang ke sekolahku. Dia berpindah ke
sekolah ini kerana ayahnya ada urusan kerja
di sini. Dia sungguh cantik dan kelihatan
seperti orang yang sungguh baik dan lemah
lembut. Dia memperkenalkan dirinya di
depan semua murid yang berada di dalam
kelasku.

Nama dia adalah Adelle. Nama yang
sungguh cantik. Dia duduk di sebelahku dan
ternyata dia juga adalah salah satu anak
yang terkaya di kotaku sekarang. Dia
menyapaku dan berharap boleh menjadi
kawan baikku.

Aku pun memperkenalkan diriku kepadanya.
Dia berkata namaku sungguh cantik dan
sesuai dengan wajahku yang cantik. Selepas
beberapa hari kami menjadi kawan yang
rapat, dia mengajakku untuk datang ke
rumahnya kerana ingin memperkenalkan
aku dengan keluarganya.

2

Aku pun berasa sungguh bahagia pada
waktu itu kerana ini adalah kali pertama aku
diajak untuk datang ke rumah kawan. Dia
memberi aku alamat rumahnya. Aku yang
sungguh gembira memberitahu ayahku
bahawa aku mendapat jemputan dari kawan
yang sungguh baik kepadaku. Ayahku pun
menyuruh seorang pemandu kereta untuk
membawa aku.

Saat sudah sampai pemandu kereta dan aku
berasa sungguh pelik kerana alamat itu
membawa kami ke rumah yang sungguh
usang. Saat itu baru aku sedar aku telah
ditipu.

Aku berasa sungguh bodoh kerana
mempercayai kata-katanya pada waktu itu.
Dia memberi aku alamat yang salah kerana
ingin membuliku. Dia dan kawan-kawannya
yang lain merancangkan semua ini. Mereka
telah menipuku hidup-hidup tanpa rasa
bersalah.

3

Tapi sewaktu aku melihat ke dalam rumah
itu, aku melihat seperti ada satu bayangan
yang berupa seperti manusia dan sungguh
tinggi. Aku pun berasa sungguh pelik tapi
aku mengganggap itu hanyalah sebuah ilusi.

Keesokkan harinya, aku memarahi Adelle
dan berkata bahwa dia bukan lagi kawan
baikku. Tetapi Adelle tanpa rasa bersalah
berkata bahwa aku memang bukan kawan
baiknya dan semua hal indah yang aku dan
dia jalani hanyalah tipuan untuk membuliku.

Aku pun segera pergi dari situ kerana tidak
tahan melihat wajahnya seperti tidak
berbuat kesalahan langsung. Sewaktu aku
sedang menangis di dalam tandas aku
melihat bayangan hitam yang aku lihat
sewaktu di rumah usang itu. Aku pun
merasa sungguh pelik dan segera mengusap
air mataku lalu segera keluar dari tandas
untuk kembali ke kelas.

4

Aku pun berniat untuk membalas dendam
kepada Adelle yang sudah membuliku
dengan cara memberitahu ayahku apa yang
sudah terjadi semalam. Ternyata ayah Adelle
bekerja dengan ayahku. Aku pun menyuruh
ayahku memecat ayah Adelle kerana Adelle
sudah membuliku. Ayahku pun berasa
geram dan akan memecat ayah Adelle.

Pada keesokkan harinya, Adelle datang ke
sekolah sambil menangis akibat dimarahi
oleh ayahnya. Dia pun datang kepadaku
sambil meminta maaf kepadaku. Aku pun
memaafkanya dan berkata kepadanya
bahawa aku hanya akan memaafkanya,
namun aku tidak akan boleh
mempercayainya lagi atau menjadi seperti
dahulu kerana semuanya hanyalah
kepalsuan.

5

Dia pun berkata baiklah aku akan pergi.
Sewaktu Adelle akan pergi aku melihat ada
satu bayangan yang sama seperti bayangan
yang berada di rumah usang hari itu. Aku
pun berasa sungguh pelik kerana aku asyik
melihat bayangan yang pelik itu.

Selepas tiga hari kemudian, aku mendengar
khabar bahawa Adelle mati dibunuh oleh
ayahnya. Aku berasa sungguh terkejut
mendengar hal itu.

Aku melihat bayangan itu lagi. Aku pun
berasa bahwa itu bukanlah ilusi dan aku
dapat tahu bahawa dialah yang membunuh
Adelle. Aku pun bertanya kepadanya kenapa
dia membunuh Adelle, dia berkata dia ingin
melindungiku kerana sewaktu Adelle
meminta maaf kepadaku dia sebenarnya ada
niat jahat.

6

Dia ingin membunuhku. Aku sungguh
terkejut saat mendengar apa yang dikatakan
oleh bayangan itu. Dia berkata lagi, dia
merasuki ayah Adelle lalu membunuh
Adelle. Dia adalah bayangan yang akan
selalu menjagaku.

Aku baru sedar bahawa selama ini dia selalu
bersamaku. Sejak aku lahir lagi. Dia akan
membunuh orang yang membuat aku
berasa sedih. Namun, Aku tidak tahu apa
yang harus dilakukan kerana dia selalu
mengikutiku sejak Adelle meninggal. Aku
mencuba untuk berkomunikasi denganya.

Dia boleh memberitahuku orang yang
mendekatiku dengan niat baik atau niat
jahat dengan cara membisikkanya kepadaku.
Aku mula rapat denganya sejak saat itu. Dia
selalu memberitahuku niat jahat seseorang
kepadaku dahulu dan bertanya apakah dia
harus membunuhnya.

7

Aku selalu menyuruh dia untuk tidak
membunuh manusia-manusia penipu itu.
Aku hanya akan memastikan bahawa semua
rancangan jahat itu tidak terjadi dengan
bantuan bayangan itu.

Hari-hariku terus berulang seperti ini dan
aku dan bayangan menunggu saat-saat
semua ini akan berakhir. Bayangan juga
berjanji denganku bahawa semua ini akan
berakhir dengan baik jika dia tetap berada di
sampingku.

Pada keesokkan harinya, bayangan
mengajakku untuk pergi ke suatu tempat
dan dia memberitahuku bahawa dia bisa
membawa aku ke dunia lain. Aku pun
bersetuju untuk pergi denganya ke tempat
itu.

8

Dia membawaku ke suatu tempat yang aku
rasa seperti pernah berada. Aku tidak tahu
tempat ini di mana dan aku pun bertanya
kepada bayangan itu, tempat ini di mana, dia
mengatakan bahawa ini tempat tinggal
bayangan dan ibuku.

Akhirnya aku pun mengetahui kebenaranya
ibuku berkawan baik dengan bayangan ini
sebelumnya dan sebelum ibuku meninggal
dunia, dia menyuruh bayangan untuk
menjagaku. Aku berasa sungguh sedih dan
merindukan ibuku. Ibuku dibunuh oleh
seseorang yang sungguh jahat. Aku dan
bayangan akan mencari pembunuh ibuku.

Beberapa tahun kemudian, aku dan bayangan
telah berjumpa dengan pembunuh ibuku dan
kami mempunyai cukup bukti bahawa dia
adalah pembunuh ibuku. Aku pun
memberitahu pasal ini ke polis. Polis dan
ayahku berasa bangga denganku. Akhirnya,
aku, bayangan dan ayahku hidup bahagia.

Tamat.

9


Click to View FlipBook Version