The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

cerita pendek
Rahadatul 'Aisy Ufairah
6 Seroja

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CATATAN MINDA CG SAM, 2022-07-15 05:36:10

Bernasib Baik

cerita pendek
Rahadatul 'Aisy Ufairah
6 Seroja

Bernasib Baik

Malam itu aku tinggal sendirian di
rumah. Ibu bapaku terpaksa
bermalam di hospital kerana nenekku
sakit. Ketika menonton televisyen, aku
terkejut apabila terdengar bunyi
benda terjatuh di dapur rumahku.
Aku pun bangun dari sofa dan
berjalan ke dapur dengan alat
kawalan jauh untuk melindungi diri
daripada kemungkinan bahaya di
dapur.

Aku tengok sekeliling dapur dan
dapati ada barang dapur yang sudah
hilang, aku bergegas ke ruang tamu
untuk mengambil telefon bimbitku.
Aku menelefon ayahku tetapi
panggilan aku tidak dijawab oleh
ayahku, aku berfikir kerana hari sudah
lewat dan aku patut tidur.

..1..

Keesokan harinya, aku bangun. Apabila
sedar aku dapati aku bukan di rumah
tetapi di hotel!

Aku terkejut kerana aku perasan yang
ibuku ada berdekatan denganku
kelihatan cemas. Aku bertanya kepada
ibuku “Ibu mengapakah kita berada di
hotel?” Ibu aku kekal senyap dan aku
tanya soalan itu banyak kali.

Ibu aku akhirnya mengalah dan
menjawab “Kita berada di hotel kerana
rumah kita telah dimasuki perompak
dan juga penculik yang paling
dikehendaki semalam. Kamu bernasib
baik kerana kamu masih dalam keadaan
yang sihat dan selamat.”

..2..

Aku terkejut kerana rumah aku
dimasuki perompak dan penculik yang
boleh menculik aku semalam kerana
aku tidur di atas sofa tetapi aku masih
berasa pelik dan bertanya kepada
ibuku “tetapi... bagaimanakah ibu dan
ayah dapat tahu penculik itu datang
ke rumah kita?”

Ibu aku menjawab “kerana jiran
sebelah menelefon ayah yang dia
mendengar bunyi orang lelaki yang
bersuara garau di dalam rumah
selepas balik daripada masjid.” Ibu
aku sambung percakapannya
“Penculik itu pun sudah ditangkap.”

..3..

Aku berasa sangat bersyukur kerana
selamat daripada penculik yang paling
berbahaya di sekitar bandar kami.

..4..

Cerita pendek oleh

Rahadatul 'Aisy Ufairah

Tahun 6 Seroja

Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu
31300 Kampung Kepayang
Perak darul Ridzuan

Julai 2022


Click to View FlipBook Version