The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CATATAN MINDA CG SAM, 2023-10-05 11:46:36

50 TEMA BERBALAS PANTUN

50 TEMA BERBALAS PANTUN

Cg Sam 2023 Berbalas Pantun S SAMPRIZAL B SELAMAT CG SAM


PANTUN DIJUAL Sungguh cendayam bertambah ayu, Anak penghulu darilah Rokan; Pantun gurindam warisan Melayu, Bagaimana mahu kita tekalkan? PANTUN DIBELI Alat perkusi bunyi mendayu, Gunakan tangan palu-palukan; Irama puisi warisan Melayu, Dalam pertandingan ayuh raikan. Cg Sam 2023


PANTUN DIJUAL Ayuh berkelah di Tanjung Pagar, Asyik perhati sekawan tupai; Siang ke sekolah malam belajar, Rehat berkualiti dapatkah dicapai? PANTUN DIBELI Gadis Dusun sopan bertutur; Sambut tetamu salam digapai, Jadual disusun bijak mengatur; Rehat mindamu nescaya tercapai. Cg Sam 2023


PANTUN DIJUAL Hinggap unggas di pohon serendah, Pohon berangan tempat beraksi; Pelajar cergas selalu beriadah, Gajet di tangan bagaimana batasi? PANTUN DIBELI Riuh-rendah kenduri-kendara, Sambil melarik kayu berduri; Kala riadah pelbagaikan cara, Irama muzik jadi penyeri. Cg Sam 2023


PANTUN DIJUAL Baju kebaya pakaian dara, Berona merah bercorak padi; Jalan raya umpama pusara, Tiada hemah mengapa terjadi? PANTUN DIBELI Indah persalinan jadi hantaran, Kerongsang disemat hiasan baju; Rancang perjalanan patuh peraturan, Pasti selamat destinasi dituju. Cg Sam 2023


PANTUN DIJUAL Kain renda pengikat ampaian, Baju kebaya bercorak satu; Tekanan minda menjelang ujian, Rakan sebaya bagaimana membantu? PANTUN DIBELI Pohon papaya di celah akasia, Buah belimbing bersilang nona; Rakan sebaya sama usia, Jadi pembimbing sentiasa cakna. Cg Sam 2023


PANTUN DIJUAL Tampak rendang pohon tembusu, Tempat beraksi jadi tarikan; Bumi tersayang kita melesu, Bagaimana solusi watan lakukan? PANTUN DIBELI Buah manggis masak serata, Pohon akasia teguh berdiri; Pasti menangis bumi tercinta, Angkara manusia pentingkan diri. Cg Sam 2023


PANTUN DIJUAL Cantik pengantin sanding di tangga, Kain meleret jalannya cermat; Makanan di kantin mahalnya harga, Bagaimana murid tekal berhemat? PANTUN DIBELI Burung serindit terbang ke bukit, Terbang tempua di waktu senja; Ada seringgit simpan sedikit, Sekupang dua kita belanja. Cg Sam 2023


PANTUN DIJUAL Cantik memikat Puteri Melati, Busana mewah manik berjurai; Jiran sepakat saling hormati, Mengapa ukhwah kian terlerai? PANTUN DIBELI Kain pelikat corak melati, Cantik berona berhias kekwa; Jiran sepakat saling hormati, Ziarah cakna merapat jiwa Cg Sam 2023


PANTUN DIJUAL Pohon dicantas letak di sisi, Daun selasih tumbuh sekata; Kertas, kaca dan juga besi Mengapa masih sepah merata? PANTUN DIBELI Sarang sepilai anak seluang, Tebar jala di Sungai Linggi; Barang terpakai usah dibuang Kitar semula bernilai tinggi Cg Sam 2023


PANTUN DIJUAL Letak di sisi anyaman rotan, Karangan puspa hiasan terendak; Kuih tradisi jadi sebutan, Jelak mengapa dijamah tidak? PANTUN DIBELI Mawar di sisi berapit melati, Pohon jati tumbuhnya subur; Kuih tradisi enak nikmati, Pasti nanti tidak terkubur. Cg Sam 2023


PANTUN DIJUAL Pahlawan kental melawan naga, Hati berkenan Puteri Parsi; Kesihatan mental perlu dijaga, Mengapa tekanan mengganggu emosi? PANTUN DIBELI Hati berkenan Puteri Parsi, Pahlawan kental cindai sehelai; Elak tekanan mengganggu emosi, Kesihatan mental wajib dibelai. Cg Sam 2023


PANTUN DIJUAL Hidangan enak pembuka selera, Nira kelapa santapan paduka; Kanak-kanak aset negara, Dicalit mengapa seribu duka? PANTUN DIBELI Merpati jinak makan di desa, Berteman angsa anak pekaka; Kanak- kanak harapan bangsa, Setiap masa belailah mereka. Cg Sam 2023


PANTUN DIJUAL Cantik terlihat pohon berangan, Daun melentik ditiup bayu; Hidup sihat jadi pegangan, Ulam dipetik mengapa layu? PANTUN DIBELI Meredah hutan cari semalu, Melihat alam luas hadapan; Terjamin kesihatan sihat selalu, Pabila ulam jadi santapan. Cg Sam 2023


PANTUN DIJUAL Buah bidara usah dipetik, Kelak ditimpa pohon perkasa; Cinta negara simbol patriotik, Digadai mengapa maruah bangsa? PANTUN DIBELI Batu permata menghias suasa, Jatuh terhumban rasa kecewa; Negara tercinta diagung sentiasa, Rela kukorban jasad dan nyawa. Cg Sam 2023


PANTUN DIJUAL Bunga dahlia disusun indah, Hiasan kerongsang tangkai melati; Sifat mulia sikap mahmudah, Mengapa gersang di sudut hati? PANTUN DIBELI Naik pedati ke Gunung Daik, Gunung Banang tinggi terasa; Pelihara hati bersangka baik, Agar tenang setiap masa. Cg Sam 2023


PANTUN DIJUAL Pohon setar batang gergasi, Tumbuh di tepi rawa dan paya; Telefon pintar sentiasa di sisi, Mengapa sepi belajar maya? PANTUN DIBELI Permata intan hiasan destar, Pabila disemat tampak berseri; Pelbagai kelebihan telefon pintar, Mendapat maklumat di hujung jari. Cg Sam 2023


PANTUN DIJUAL Bunga pakma buah berangan, Direlai-relai si daun pandan; Anugerah diterima jadi sanjungan, Bagaimana dinilai suri teladan? PANTUN DIBELI Ke Pulau Pandan mencari rotan, Singgah di Daik padi digemal; Suri teladan jadi ikutan, Contoh yang baik sentiasa diamal. Cg Sam 2023


PANTUN DIJUAL Tepian batu tumbuhnya lalang, Bunga kekwa bersilang sena; Sarana bersatu pelajar cemerlang, Murid istimewa dibela bagaimana? PANTUN DIBELI Kain satin hiasan kesuma, Simpul diikat panjang berjela; Komuniti prihatin manfaat bersama, Rakyat sejagat pasti terbela. Cg Sam 2023


PANTUN DIJUAL Kerongsang dayang indah hiasan, Dihias permata jadi idaman; Dondang sayang irama warisan, Mengapa dikata ketinggalan zaman? PANTUN DIBELI Lebah tualang di bunga markisa, Ambil manisan di rumpun jagung; Lestari terjulang pusaka bangsa, Irama warisan terus diagung Cg Sam 2023


PANTUN DIJUAL Bunga kekwa subur di desa, Pohon akasia batangnya gelap; Bakat istimewa kurnia yang esa, Mengapa persia tidak digilap? PANTUN DIBELI Bunga kekwa cantik berseri, Bunga kiambang indah terbilang; Bakat istimewa pelengkap diri, Terus berkembang pasti cemerlang. Cg Sam 2023


PANTUN DIJUAL Hang Jebat keris tersemat, Hendak belayar tiada berarah; Biar lambat asal selamat, Mengapa dikejar lampu nan merah? PANTUN DIBELI Bunga jeliti cantik tersemat, Bunga kekwa hiasan dayang; Pandu berhati jiwa selamat, Agar nyawa tidak melayang. Cg Sam 2023


PANTUN DIJUAL Ukiran tepak bercorak lintang, Berhias loket terpancar rona; Rezeki secupak jadi segantang, Duit di poket lebur ke mana? PANTUN DIBELI Daun bawang lalang bersemat, Pohon cili tumbuh dedalu; Mengurus wang secara berhemat, Harus membeli apa yang perlu Cg Sam 2023


PANTUN DIJUAL Cantik pesona anggun bermadah, Tampak menawan pulang merantau; Corak berona dicanting indah, Bagaimana ditawan pasaran serantau? PANTUN DIBELI Pohon rastali tumbuh di gurun, Dimakan sekawan anak garuda; Batik asli turun-temurun, Halus menawan tandingan tiada. Cg Sam 2023


PANTUN DIJUAL Warna merah buah pulasan, Jatuh menimpa di atas nyiru; Bakti dicurah tak minta balasan, Dirungut mengapa lelahnya guru? PANTUN DIBELI Susun gaharu bersama palas, Cuaca redup letak di anjung; Jasamu guru tidak terbalas, Seumur hidup tetap disanjung. Cg Sam 2023


PANTUN DIJUAL Pergi menjual kuntuman kiambang, Tampak samar pohon tembusu; Media sosial terus berkembang, Mengapa dicemar maklumat palsu? PANTUN DIBELI Daunnya lebar cantik bersinar, Itulah akasia pohon berduri; Maklumat disebar salah dan benar, Lantaran manusia pentingkan diri. Cg Sam 2023


PANTUN DIJUAL Meredah hutan mencari melati, Di celah dahan fajar menyingsing; Produk tempatan tinggi kualiti, Mengapa pilihan barangan asing? PANTUN DIBELI Buah dokong masak di hutan, Buah bidara bersilang nona; Bersama menyokong produk tempatan, Ekonomi negara terus dijana. Cg Sam 2023


PANTUN DIJUAL Sang putera anak pendita, Meredah buana tiba di kuala; Wira negara sanjungan kita, Petualang durjana mengapa dibela? PANTUN DIBELI Daun palas tepi jendela, Sangkut di tiang kuntuman kekwa; Berkhidmat ikhlas sejagat terbela, Patriot berjuang seikhlas jiwa. Cg Sam 2023


PANTUN DIJUAL Bunga dahlia warna berseri, Atas beranda susun bersilang; Peribadi mulia cerminan diri, Adab tiada ke mana menghilang? PANTUN DIBELI Sang Puteri anak srikandi, Hiasan jingga emas suasa; Ketrampilan diri cermin peribadi, Harus dijaga setiap masa. Cg Sam 2023


PANTUN DIJUAL Ke Tasik Chini terbang Si Camar, Menempuh ranjau menuju fana; Dunia kini kian tercemar, Teknologi hijau unggul di mana? PANTUN DIBELI Ingin meninjau pohon angsana, Waktu malam tampaknya samar; Teknologi hijau kita laksana, Pelihara alam elak tercemar. Cg Sam 2023


PANTUN DIJUAL Hinggap di papan di atas para, Terbang liar lebah menyengat; Barisan hadapan benteng negara, Mengapa dibiar lesu keringat? PANTUN DIBELI Tampak sopan si anak dara, Sentiasa anggun berhias kalungan; Barisan hadapan wira negara, Jasa diagung jadi sanjungan. Cg Sam 2023


PANTUN DIJUAL Terbang helang berdada merah, Singgah berhibur disaat gusar; Pahlawan terbilang bermandi darah, Jasa terkubur ke mana tersasar? PANTUN DIBELI Tegak tiang tiada beralas, Letak di anjung menahan laman; Jasa pejuang tidak terbalas, Terus disanjung zaman berzaman Cg Sam 2023


PANTUN DIJUAL Menyirat jala tepian cempaka, Gugur buah di pohon sena; Menular gejala membawa petaka, Tergadai maruah akhlak di mana? PANTUN DIBELI Ulam pegaga di bawah saji, Buat hiasan ulam halia; Adab dijaga akhlak terpuji, Pasti insan dipandang mulia Cg Sam 2023


PANTUN DIJUAL Meliang-liuk gemalai tari, Sambil berdendang sepanjang jalan; Inang, makyung, main puteri, Mengapa yang moden jadi amalan? PANTUN DIBELI Pandai besi memahat pulai; Laris niaga pasar dan pekan; Tarian tradisi lambai gemalai, Di pentas dunia ayuh sembahkan. Cg Sam 2023


PANTUN DIJUAL Habis membasuh kain tuala, Jemur bertindan kain sekodi; Murid diasuh kitar semula, Sampah dihumban mengapa terjadi? PANTUN DIBELI Bakar gegala di larut malam, Elok beradun tuan puteri; Kitar semula selamatlah alam, Sejuta tahun kekal lestari. Cg Sam 2023


PANTUN DIJUAL Memukat tilan yang dapat keli Pulang segera awan dah mendung Dalam talian asyik membeli Wang belanja bagaimana ditabung? PANTUN DIBELI Beli sepapan kain tekua, Corak rerama si kain songket, Rutin menyimpan sekupang dua; Lamalah lama menjadi bukit. Cg Sam 2023


PANTUN DIJUAL Tepi telaga tempat bertapa, Darilah gelap sampai ke dini; Jiran tetangga tidak disapa, Apakah tergilap masyarakat madani? PANTUN DIBELI Di pangkal durian tempat menjoran, Nyalakan bara di hujung muara; Kanan jiran kiri pun jiran, Ramah dan mesra jalin saudara. Cg Sam 2023


PANTUN DIJUAL Cincin suasa berbatu merah, Pakai bertemu anak teruna; Pejuang bangsa bermandi darah, Semangat juangmu sasar ke mana? PANTUN DIBELI Anak seluang jual di desa, Bendahara memikat pekaka; Terus berjuang membela nusa, Agar negara kekal merdeka. Cg Sam 2023


PANTUN DIJUAL Sirih sekapur elok diberi, Beri kepada ayah dan bonda; Banjir lumpur sering hampiri, Bumi murka apakah tanda? PANTUN DIBELI Susun jerami di laman paduka, Antara kasturi juga cemara; Sebelum bumi meraung murka, Alam lestari hijaukan segera. Cg Sam 2023


PANTUN DIJUAL Anak gembala di pangkal angsana; Kompang rebana main-mainkan; Jiwa hamba gundah gulana, Kepada siapa mahu adukan? PANTUN DIBELI Bunga muraya asal Persia, Kelopak terbuka usah ditekan; Rakan sebaya simpan rahsia, Suka dan duka elok luahkan. Cg Sam 2023


PANTUN DIJUAL Sungguh ceria nyanyi dan dansa, Sambil berhibur gendang diketuk; Warga Malaysia pelbagai bangsa, Intergrasi nasional bagaimana dibentuk? PANTUN DIBELI Bunga reflesia usah dikarang, Layu-layuan di tanah Jawa; Warga Malaysia bangsa berbilang, Kukuh perpaduan semarak jiwa. Cg Sam 2023


PANTUN DIJUAL Meletak ikan dalam tempayan, Membakar keli nyalakan bara; Produk penternakan hasil lumayan, Membantu ekonomi bagaimana cara? PANTUN DIBELI Memang enak mangga cukanan, Daun kerepot terkena bara; Haiwan diternak sumber makanan, Kurangkan import peladang gembira. Cg Sam 2023


PANTUN DIJUAL Kiri dan kanan berdua-duaan, Mengerat sayang perlahan-lahan; Piramid makanan jadi panduan, Mengapa yang segera jadi pilihan? PANTUN DIBELI Jika memilih kain di pekan, Berdiri rapat sambil menatang; Elak berlebih ketika makan, Sihat tak dapat sakit yang datang. Cg Sam 2023


PANTUN DIJUAL Terbit mentari sinarkan pagi, Malam pun pergi siang mendekat; Setiap hari bersihkan gigi, Mengapa kaviti masih melekat? PANTUN DIBELI Fajar sadik menjelang pagi, Cahaya pantul dari muara; Jika adik menggosok gigi, Pastikan betul langkah dan cara. Cg Sam 2023


PANTUN DIJUAL Cantiknya roman pabila ketawa, Mendapat laba penuh di jermal; Bukankah senyuman pengubat jiwa, Tapi mengapa susah diamal? PANTUN DIBELI Menggentas maman jari terluka, Ambil perca lalu bebatkan; Memang senyuman pengubat duka, Mari bersama kita amalkan. Cg Sam 2023


PANTUN DIJUAL Mendengar lagu sambil berdendang, Lagu rakyat berdikir barat; Hujung minggu makan di padang, Manfaat bersenam apakah dapat? PANTUN DIBELI Kerbau perkasa dalam bendang, Ekor melibas ganti jentera; Luangkan masa senam di padang, Akal cerdas minda sejahtera. Cg Sam 2023


PANTUN DIJUAL Membakar gaharu campuran halban, Harum semerbak bilik puteri; Mengapa guru sanggup berkorban, Menjadi lilin membakar diri? PANTUN DIBELI Mahu menyiat si ikan pari, Besi berkilat serong ke dalam; Bukanlah niat membakar diri, Tapi berjihad sinari alam. Cg Sam 2023


PANTUN DIJUAL Anak tenggiling tepi telaga, Termangu-mangu menanti pagi; Jam di dinding angkanya tiga, Kenapa cikgu tak tidur lagi? PANTUN DIBELI Batu kikir batu juwita, Batu akik emas tempawan; Sambil fikir lelapkan mata, Jadikan murid akal begawan. Cg Sam 2023


PANTUN DIJUAL Di Pantai Morib berpedati biru, Sampah-sarap longgok di tepi; Mengapakah murid jadi keliru, Disuruh darab tidak menjadi? PANTUN DIBELI Tanah Arab asalnya sugi, Kayu jaha potonglah sudah; Sifir darab tolak bahagi, Tekal usaha jalannya mudah. Cg Sam 2023


PANTUN DIJUAL Menanam tebu tepi telaga, Tebu ditarah berparang besi; Kasihnya ibu sampai ke syurga, Kasihnya ayah ke mana destinasi? PANTUN DIBELI Cicahan budu ulam pegaga, Sambil mengunyah sepotong nangka; Kasihnya ibu sampai ke syurga, Kasihnya ayah menghalang neraka. Cg Sam 2023


Click to View FlipBook Version