Rie Arianna binti Mohamad Azhar
6 Seroja
Setiap orang suka akan haiwan
peliharaan. Anda juga tentu ada
haiwan peliharaan kegemaran
masing-masing sama seperti saya.
Saya memiliki 9 ekor kucing yang
sungguh comel dan gebu. Saya
menjaga kucing saya dengan penuh
kasih sayang. Tetapi, untuk menjaga 9
ekor kucing, bukanlah senang. Saya
perlu memikul tanggungjawab yang
besar untuk menjaga kucing-kucing
tersebut. Jadi, saya dan ayah saya
bekerjasama untuk menjaga mereka
dengan baik.
..1..
Pada setiap minggu, kami perlu
membeli barangan kucing berdekatan
dengan tempat membeli belah iaitu
Lotus. Setiap minggu kami juga perlu
memandikan kucing dan membersihkan
segala kotoran di kedua-dua sangkar
mereka.
..2..
Rutin saya untuk memandikan kucing
adalah, dengan mulakan membasuh dari
kaki ke tubuh badannya secara perlahan-
lahan. Kita perlulah menyabun badannya
dan menunggu selama 3minit setelah
habis menyabunkan badan kucing
tersebut. Apabila telah tamat 3 minit,
basuhkan badannya hingga tiada kesan
sabun yang tertinggal. Setelah selesai,
badannya harus dikeringkan
menggunakan tuala yang sesuai. Di
samping itu, perlulah kita memberus
bulunya supaya lembut.
..3..
Pada setiap pagi, saya akan
memastikan makanan dan minuman
mereka. Makanan yang diberi kepada
kucing perlulah sesuai dan serasi.
Saya akan memastikan kucing saya
tidak mengalami masalah seperti cirit-
birit dan muntah-muntah. Air
minuman mereka pula mestilah
ditukar setiap hari.
..4..
Jadi, kita wajib menjaga haiwan
peliharaan dengan baik dan
memberikan keselesaan yang
sepatutnya kepada mereka.
Sayangilah haiwan peliharaan
seperti menyayangi keluarga
sendiri.
..5..
Cerita pendek oleh
Rie Arianna binti Mohamad Azhar
Tahun 6 Seroja
Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu
31300 Kampung Kepayang
Perak darul Ridzuan
Julai 2022