NURNATASYA QAIREENA BINTI MOHD FIRDAUS ALHAFIS
6 Kenanga
Setiap orang pasti mempunyai
hidangan kegemarannya yang
tersendiri.Begitu juga dengan saya.
Saya juga Ada makanan saya yang
saya suka. Saya menyukai makanan
yang sedap, pedas dan masam.
Hidangan kegemaran saya ialah laksa
ibu saya. Laksa yang dibuat oleh ibu
saya sangat sedap, pedas da nada
rasa masam. Dalam banyak-banyak
laksa yang saya beli, laksa ibu juga
menjadi makanan pilihan saya. Laksa
yang dihidangkan oleh ibu saya amat-
amat menyelerakan.
..1..
Laksa ibu saya sangat mudah dimasak,
cuma menggunakan ikan sardin dan
bahan-bahan yang lain seperti daun
kesum, bawang merah, cili besar, cili
kering dan bunga kantan. Jika ingin lebih
masam banyakkan sedikit asam keping.
Kami sekeluarga menyukai laksa ibu
kerana sangat pekat dan pedas. Jika
mahu lebih pedas kami akan
menambahnya dengan potongan cili
kecil yang dipotong nipis. Jangan lupa
tambah perahan limau nipis atau limas
kasturi. Kadang-kadang ayah menambah
sesudu petis otak udang.
..2..
Sebagai penggemar laksa saya tidak akan
menolak sayur-sayuran yang bukan
sahaja menjadi hiasan malah baik untuk
kesihatan. Saya suka masukkan daun
selasih, daun selom dan potongan timun
serta bawang besar.
Saya akan makan hidangan ibu dengan
amat berselera sekali. Kami sekeluarga
amat menggemari laksa ibu kerana amat
lazat dan menyelerakan.Kerana kami
amat menyukai laksa ibu. Ibu akan
menyediakan laksa pada tiap-tiap
Minggu kerana kami tidak pernah jemu
menikmatinya.
..3..
Apapun makanan kegemaran yang
kita sukai dan makan,kita mestilah
mengambilnya berpandukan amalan
permakanan yang sihat ini adalah
untuk memastikan kita akan dapat
Menjalani kehidupan yang sihat di
sepanjang masa.dan otak kita juga
akan lebih cerdas apabila belajar dan
dapat memghafal apa yang diajar oleh
ibu bapa dan guru-guru.
..4..
..5..
PROGRAM BACAAN DIGITAL, e-NILAM & e-ULAT BUKU EDISI KE-4
PERTANDINGAN MENGARANG e-CERITA PENDEK TAHAP 2
Cerita pendek oleh
NURNATASYA QAIREENA BINTI MOHD FIRDAUS ALHAFIS
Tahun 6 Kenanga
Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu
31300 Kampung Kepayang
Perak darul Ridzuan
2022