AHMAD IZZ ULWAN
6 TERATAI
Sebelum ini sudah beberapa kali aku
mengikuti ibu bapaku ke Pesta Buku
Antarabangsa Kuala Lumpur. Tetapi
ketika itu aku masih kecil lagi. Aku tidak
tahu banyak perkara tentang Pesta
Buku. Yang aku tahu hanyalah membeli
buku aktiviti mewarna atau buku-buku
cerita haiwan.
Tahun ini, sekali lagi aku ikut ibu
bapaku ke sana. Pesta Buku
Antarabangsa Kuala Lumpur 2022. Kata
ibu kepadaku ketika dalam kereta
sudah beberapa tahun tidak
memborong buku di PBAKL. Kali
terakhir ialah pada tahun 2018.
..1..
Ya, ibu bapaku memang suka
memborong buku. Sekali borong
berpuluh-puluh, malah mencecah
seratus buah buku dibeli. Ibu bapaku
memang ulat buku. Di rumah,
disediakan perpustakaan mini yang
jumlahnya lebih daripada seribu buah
buku.
Aku, abang dan kakak memang dipaksa
membaca buku sejak kecil lagi. Abang
sulungku pernah dapat hadiah basikal
dan telefon bimbit di sekolahnya melalui
program NILAM. Begitu juga dengan
kakakku. Dia pun terima banyak hadiah
barangan elektronik seperti kipas angin,
lampu serta hadiah-hadiah lain.
..2..
..3..
Sijil Anugerah NILAM pun diperolehi
setiap tahun. Kami empat beradik ada
sijil masing-masing. Ibu aku pun ada
menerima sijil penyertaan aktiviti e-
NILAM. Memang tidak syak lagi, keluarga
kami kaki buku. Ulat buku.
Berbalik kepada PBAKL (Pesta Buku
Antarabangsa Kuala Lumpur 2022). Kami
pergi ke sana berempat sahaja iaitu ayah,
ibu, aku dan abangku. Kakak tidak ikut
kerana dia belajar di kampus. Sebaik
sahaja sampai di sana aku lihat ribuan
manusia memenuhi kompleks Pusat
Dagangan Dunia Putra (PWTC). Mereka
semua merupakan pencinta ilmu,
penggila buku. Setiap sudut dalam
bangunan itu dipenuhi oleh manusia
yang beraneka ragam.
..4..
Setiap orang memegang buku.
Macam-macam buku. Ayah memberi
peluang kepadaku untuk memilih apa
jua buku yang aku mahu. Ayah dan
ibuku memang tidak lokek jika kami
mahu membeli buku. Minta sahaja,
tentu dibeli.
Aku mahu mencari buku tentang
sejarah perang dunia dan tentag
tamadun. Kami pergi ke reruai yang
menjual buku sejarah dan tamadun.
Antara reruai yang kami kunjungi ialah
Patriots, Karangraf, Ilham Books, PTS,
ITBM, DBP dan banyak lagi. Aku telah
memilih buku Tamadun Monggol dan
Russia.
..5..
Ayah turut membeli beberapa buah
buku sastera agung. Aku pun tak tahu
buku itu tentang apa. Nampaknya
macam buku kajian sastera dan puisi
sejarah Siti Zubaidah.
Kami bergerak ke reruai PTS. Ayah
menunjukkan kepada ibu akan
seseorang. “Prof. Abdullah Hassan,”
kata ibu. “Jom jumpa prof,”
Ayah bersalaman dan berbual dengan
seorang lelaki yang suadah berusia,
malah menggunakan tongkat untuk
berjalan. “Ni Atuk Prof, salam Atuk
Prof,” kata ayahku.
..6..
Aku bersalaman dengan seorang lelaki
yang sangat hebat ilmunya di Malaysia
ini. Beliau ialah Profesor Dr Abdullah
Bin Hassan, seorang tokoh bidang
linguistik dan pejuang bahasa Melayu.
Atuk Prof menyeluk saku bajunya lalu
menghulurkan kepada sejumlah wang.
“Nah, ni Atuk belanja. Beli buku tau,”
kata Atuk Prof kepadaku.
“Terima kasih,” ujarku dengan
senyuman yang sangat bermakna.
Dengan wang itu aku membeli lagi
buku tentang sejarah Rusia dan Perang
Dunia.
..7..
Antara buku yang dibeli
..8..
Terima kasih Atok Prof kerana belanja saya buku.
Profesor Dr Abdullah B Hassan
..9..
Duit yang Atuk Prof bagi, aku beli buku tentang Rusia
..10..
PROGRAM BACAAN DIGITAL, e-NILAM & e-ULAT BUKU EDISI KE-4
PERTANDINGAN MENGARANG e-CERITA PENDEK TAHAP 2
Cerita pendek oleh
AHMAD IZZ ULWAN
6 TERATAI
Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu
31300 Kampung Kepayang
Perak darul Ridzuan
2022