The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

e-cerita pendek tahap 2
SORFINA NURAIN BINTI SHAMSOL
6 Kenanga

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CATATAN MINDA CG SAM, 2021-10-28 20:37:07

HARTA KARUN

e-cerita pendek tahap 2
SORFINA NURAIN BINTI SHAMSOL
6 Kenanga

PERTANDINGAN MENGARANG e-CERITA PENDEK TAHAP 2
Program Bacaan Digital, e-Ulat Buku, e-NILAM & Pemerkasaan PdPR SKTB 2021

HARTA KARUN

SORFINA NURAIN BINTI SHAMSOL
6 Kenanga

Di sebuah kampung ada seorang peladang
tua. Isterinya sudah lama meninggal dunia.
Dia
tinggal dengan lima orang anak lelakinya.
Anak-anaknya semua sudah besar. Anak-
anaknya
malas bekerja. Mereka mengharapkan
bapanya sahaja bekerja.

Pada suatu hari, peladang tua itu jatuh sakit.
Semakin sehari semakin uzur. Dia tidak
dapat bekerja lagi. Tanaman sayur-sayuran ,
buah-buahan dan pokok kelapa tidak dijaga
lagi. Buah-buahan, sayur-sayuran dan pokok
kelapa sudah tidak subur lagi.

Hasilnya semakin kurang. Sebelum peladang
itu meninggal dunia, dia berpesan kepada
anak-anaknya. Dia menyuruh anak-anaknya
mencari harta karun di dalam kebun.

1

Setelah peladang itu meninggal dunia, anak-
anaknya berebut-rebut mencari harta karun
tersebut. Mereka mencangkul di dalam
kebun kelapa. Mereka mencangkul di
segenap batang pokok kelapa dan tanah
disekitarnya. Mereka mencangkul siang dan
malam.

Mereka terus menggali di sana sini. Dari
sehari ke sehari, mereka terus mencari harta
karun itu. Tetapi harta karun itu tidak ada.

Akhirnya, tanaman buah-buahan, sayur-
sayuran dan pokok kelapa bertambah subur.
Pokoknya berbuah lebat. Pada suatu
petang, datang peraih ke kebun itu. Peraih
membawa lori hendak mengangkut buah
kelapa dan buah-buahan. Dia hendak
membeli buah kelapa dan sayur-sayuran

dengan banyak.

2

Anak-anak peladang itu memetik buah
kelapa dan buah-buahan. Mereka
jualkan kepada peraih. Mereka dapat
wang banyak. Mereka sedar harta karun
itu sebenarnya tidak ada. Mereka sedar,
bapa mereka mahu mereka rajin bekerja.
Semenjak itu, mereka pun rajin bekerja.
Itulah harta karun peninggalan ayah
mereka.

3


Click to View FlipBook Version