Kagura ialah seorang perempuan Yang dilahirkan di Jepun. Dia ialah penguasa Seimei umbrella. Sebelum upacara bermula, anak yatim piatu yang nakal itu senyap-senyap memanjat pokok di luar kuil untuk mengintai Mazbah yang terletak di dalam kuil tersebut. Ketika tengah memanjat di atas pokok dia telah ditemui seorang budak lelaki yang kelihatan tua sedikit daripadanya. Budak lelaki itu bernama Hayabusa, dia adalah anak lelaki kepada Shadow Supreme Grandmaster dari Scarlet Shadow, dia berada di sini atas jemputan keluarganya. Dia tidak sengaja melihat Kgura memanjat pokok di kuil ketika dia sedang berjalan sekeliling kuil akibat kebosanan. ..1..
Orang dewasa di bawah pokok telah melihatnya dan semuanya mula memarahi Kagura kerana bimbang membangkitkan amarah nenek moyang. Tetapi gadis kecil itu enggan mengaku kesalahannya dan mengatakan bahawa dia memanjat pokok itu kerana terdengar suara orang memanggilnya dari Mazbah tersebut. Tiba-tiba Kagura tergelincir daripada pokok dan kepalanya yang jatuh dahulu dengan serta-merta Hayabusa menyalamatkan dengan ninjutsunya dan merangkul pinggang Kagura. Pada saat itu payung yang besar berkembang megah di atas Kagura dan Hayabusa dan kedua - duanya menggapai pemegangnya serentak dan mendarat dengan selamat seperti bunga Dendillion yang terapung. Dan semua orang terkejut kerana itu Seimei Umbrella . ..2..
Orang ramai menjerit dan terkejut, manakala Kagura merenung ke arah payung besar di tangganya lalu tersenyum. Sejak daripada itu Seimei Umbrella kekal menemani Kagura. Kagura ketika dia perlahan-lahan menjadi dewasa,dan memahami perasaannya terhadap Hayabusa yang mana telah berubah daripada sebuah persahabatan kepada percintaan rahsia. Kagura melihat hujan di luar tingkap, taktala Seimei Umbrella terbang keluar dan terbuka sendiri. Lalu kagura berkata "Baiklah Seimei Umbrella saya akan mencari dia dan mengikutnya sehingga hujung dunia" ..3..
Kagura menyelinap keluar dari rumah dan berlari menuju ke arah Hayabusa di dalam hujan yang lebat. Guruh berdentum dan Kilat menyambar sepanjang perjalanan. Tetapi Kagura tidak kisah, kerana dia boleh mengembara bersama Hayabusa dan bersama Seimei Umbrella. Di atas jalan Scarlet Shadow, Kagura menghalang Hayabusa yang mahu meninggalkan rumahnya dan berkata "Hayabusa saya akan pergi mengembara bersamamu" ..4..
..5..
..6..
..7..
PERTANDINGAN MENGARANG e-CERITA PENDEK SK TAMAN BERSATU 2023 Disediakan oleh Mohamad Hariz bin Mohamad Hafiz 6 Seroja