The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Oleh

NUR NATALIA CURIE BT MOHAMAD TARMIZI
4 Seroja

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CATATAN MINDA CG SAM, 2023-07-03 12:11:07

Meraikan Cinta di Senja Kirana

Oleh

NUR NATALIA CURIE BT MOHAMAD TARMIZI
4 Seroja

NUR NATALIA CURIE BT MOHAMAD TARMIZI 4 Seroja


Pada tahun lepas, saya dan keluarga telah menghadiri kenduri perkahwinan sepupu ibu saya di Selangor. Kami bertolak dari rumah ke stesen ETS pada pukul 11:00 pagi. Sebaik sahaja sampai di sana, kami terus menuju ke kereta api kerana kereta api akan bertolak pada pukul 12:00 tengah hari. Kami sampai di KL Central pada pukul 2:00 petang. Tempoh perjalanan tersebut mengambil masa selama 2 jam. Setibanya kami di sana, kami disambut oleh emak saudara saya. ..1


Pada hari kejadian, saya mengenakan sepasang baju kurung yang cantik pada tubuhku. Dari KL Sentral, saya dan keluarga menaiki kereta untuk meraikan majlis kenduri kahwin sepupu ibu saya. Beberapa minit kemudian,kami sampai di lokasi majlis tersebut. Majlis tersebut diadakan di Senja Kirana, Sentul. Terdapat banyak khemah, kerusi dan meja di situ. Saya menikmati juadah yang disediakan seperti nasi tomato, daging masak hitam, acar buah dan lain lain lagi. Saya juga menikmati hidangan tambahan seperti ais krim, apam balik dan juga laksa. ..2


Setiap hidangan yang saya nikmati sedap-sedap belaka. Tepat pada pukul 4:00 petang, berbunyinya paluan kompang menandakan ketibaan pengantin dan pasangannya. Mereka pun duduk di atas pelamin yang cantik. Bagi saya, mereka kelihatan secocok bagai cincin dengan permata. Kemudian pasangan pengantin menikmati hidangan istimewa di meja yang disediakan kepada mereka bersama sama bonda dan ayahanda mereka. Pengantin juga saling menyuap makanan itu sesama mereka. Selepas itu,mereka memotong kek yang dihadiahkan oleh ibu dan bapa mereka. ..3


Semasa makan , mereka menyaksikan persembahan tarian zapin dari SK Seri Selayang. Saya berasa sungguh kagum menyaksikan persembahan tersebut. Semasa di majlis itu, saya berjumpa sanak saudara yang telah lama tidak berjumpa. Pada pukul 6:00 petang, majlis perkahwinan pun berakhir. Terdapat beberapa jenis lauk-pauk yang berlebihan. Jadi tuan majlis membuat keputusan untuk membahagikan lauk tersebut kepada setiap keluarga yang masih ada di situ. ..4


Setelah itu, saya bersalaman dengan saudara mara yang ada di situ. Sementara itu, saya sempat berbual dengan mereka. Saya berharap agar majlis seperti ini akan lebih menarik dan diadakan lagi. Walaupun penat, kami sangat gembira berada di majlis itu. ..5


..6


Click to View FlipBook Version