Perpaduan
Dalam
Kepelbagaian
JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Perpaduan
Dalam
Kepelbagaian
Rukun
Negara
BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA
mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh
masyarakatnya;
Memelihara cara hidup demokratik;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya
yang kaya dan berbagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains
dan teknologi moden.
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan
menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami
untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan
atas prinsip-prinsip yang berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
i
Perpaduan
Dalam
Kepelbagaian
ISBN 978-983-54-0615-7 Sidang
Cetakan Pertama 2021 Redaksi
Hak cipta terpelihara.
Tidak dibenarkan mengeluar ulang PENASIHAT
mana-mana bahagian teks, ilustrasi dan Dato' Mohd Sukari Ab. Hamid
Ketua Pengarah
isi kandungan buku ini dalam apa jua Jabatan Penerangan Malaysia
bentuk dan dengan apa jua cara sama
ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, KETUA PENGARANG
rakaman atau cara lain kecuali dengan Wan Azizah Wan Omar
izin bertulis daripada Jabatan Penerangan
PENGARANG
Malaysia. Muhammad Mahfuz Mohamad
Diterbitkan oleh: FOTOGRAFI
Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Pusat Sumber dan Fotografi
Bahagian Komunikasi Visual
Jabatan Penerangan Malaysia, dan Seni Reka
Aras 13, Kompleks Kementerian Jabatan Penerangan Malaysia
Komunikasi dan Multimedia Malaysia,
Lot 4G9, Persiaran Perdana, Presint 4, PENGEDARAN
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Unit Stor
Bahagian Khidmat Pengurusan
62100 Putrajaya, Malaysia. dan Kewangan
Jabatan Penerangan Malaysia
Telefon: +603-8911 3440
Faksimile: +603-8911 4957 PENCETAK
Pewaris Gemilang Sdn. Bhd
Laman sesawang:
www.penerangan.gov.my
Emel: [email protected]
No. imprint:
B.015 (B.M) NOV 2021 (050.)
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Perpaduan Dalam Kepelbagaian / KETUA EDITOR Wan Azizah Wan Omar ; EDITOR
& PENYELARAS Muhammad Mahfuz Mohamad.
ISBN 978-983-54-0615-7
1. Social integration.
2. Concord.
3. Malaysia--Ethnic relations.
4. Government publications--Malaysia.
I. Wan Azizah Wan Omar. II. Muhammad Mahfuz Mohamad.
302
ii
Perpaduan
Dalam
Kepelbagaian
Isi
Kandungan
Asas Perpaduan 01
Rukun Negara Mukasurat
Perlembagaan Persekutuan
Nilai Murni 05
Dasar Perpaduan Negara Mukasurat
Rangka Tindakan Perpaduan 08
Negara 2021-2030
Mukasurat
Komponen Perpaduan
10
Perayaan
Makanan Mukasurat
Sukan
Seni
Bahasa
Pendidikan
Sukarelawan
iii
Perpaduan
Dalam
Kepelbagaian
Asas
Perpaduan
Rukun Negara
Rukun Negara diisytiharkan pada 31 Ogos 1970
sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia
yang ke-13 oleh Yang di- Pertuan Agong Ke-4,
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
Al-Marhum Tuanku Ismail Nasiruddin
Shah ibni Al-Marhum Sultan Zainal
Abidin
Rukun Negara digubal pasukan
diketuai Tan Sri Ghazali Shafie dan
diperkenalkan berikutan peristiwa
13 Mei 1969. Ia dibentuk bagi
mewujudkan perpaduan
yang kukuh dan lima prinsip
Rukun Negara diterima
menjadi ideologi negara.
Terbahagi kepada dua KDYMM Seri Paduka Baginda Yang
bahagian meliputi matlamat di-Pertuan Agong IV Al-Marhum
pembentukan masyarakat Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni
Malaysia yang ideal dan lima Al-Marhum Sultan Zainal Abidin
prinsip Rukun Negara.
1
Perpaduan
Dalam
Kepelbagaian
Bahagian
Pertama
Menggariskan objektif masyarakat Malaysia yang mahu dibentuk:-
1 2 3 Mencipta satu
Mencapai
perpaduan yang Memelihara satu masyarakat yang adil
lebih erat dalam cara hidup di mana kemakmuran
kalangan seluruh demokratik
masyarakat negara dapat
dinikmati bersama
secara adil dan
saksama
4 5
Membentuk satu Membina sebuah
sikap yang liberal masyarakat progresif
terhadap tradisi
kebudayaan yang yang akan
kaya dan menggunakan sains
berbagai-bagai corak dan teknologi moden
Bahagian
Kedua
Menggariskan lima prinsip Rukun Negara yang berikut:-
1 Kepercayaan 2 Kesetiaan Kepada 3 Keluhuran
Kepada Tuhan Raja dan Negara Perlembagaan
4 Kedaulatan 5 Kesopanan dan
Undang-undang Kesusilaan
2
Perpaduan
Dalam
Kepelbagaian
Asas
Perpaduan
Perlembagaan Persekutuan
Perlembagaan Persekutuan Peruntukan dalam Perkara 3
merupakan undang-undang serta Perkara 11 Perlembagaan
utama dan tertinggi di negara ini Persekutuan yang meletakkan
yang menjadi tunjang kepada Islam sebagai agama rasmi
pembentukan identiti rakyat Persekutuan dan memberi
Malaysia sejak merdeka hingga kebebasan beragama kepada
ke hari ini. penganut agama lain menjadi
antara asas toleransi yang tinggi
Undang-undang rasmi negara itu antara masyarakat pelbagai
perlu difahami oleh semua rakyat agama di negara ini.
Malaysia supaya isu-isu sensitif
seperti perkauman, agama dan Manakala pengiktirafan bahasa
kedudukan Raja-Raja Melayu Melayu sebagai bahasa
tidak dipersoalkan dan kebangsaan dalam Perkara 152
dipertikaikan bagi menjaga menjadi lambang, identiti serta
keharmonian masyarakat serta jati diri nasional dalam masa
negara sekali gus memupuk sama berfungsi sebagai bahasa
perpaduan dalam kalangan penyatu bangsa Malaysia yang
penduduk berbilang bangsa. berbilang kaum.
Terdapat beberapa peruntukan Peruntukan lain yang dibentuk
dalam Perlembagaan sebagai batu asas perpaduan
Persekutuan yang perlu diberi nasional termasuk Perkara 153
perhatian masyarakat termasuk berkaitan kedudukan orang
kedudukan agama Islam, bahasa Melayu, Perkara 181 mengenai
Melayu, keistimewaan orang kedaulatan Raja-Raja Melayu
Melayu dan bumiputera, dan Bahagian III Perlembagaan
kedaulatan Raja-Raja Melayu Persekutuan yang menyentuh
serta hak kewarganegaraan mengenai hak
supaya kesepaduan rakyat dapat kewarganegaraan.
dikekalkan.
3
Perpaduan
Dalam
Kepelbagaian
Asas
Perpaduan
Nilai-nilai Murni
Nilai-nilai murni merupakan satu set prinsip atau garis panduan yang
terjalin daripada sifat-sifat baik serta positif seperti kasih sayang dan
baik hati yang ditonjolkan dalam bentuk kelakukan seseorang individu
dengan sendirinya tanpa paksaan.
Sifat-sifat baik ini perlu ada pada setiap diri manusia bagi mewujudkan
kehidupan yang harmoni dan mampu menjadi pemangkin kepada
perpaduan antara kelompok manusia lebih-lebih lagi dalam suasana
masyarakat berbilang bangsa, status sosial serta kepercayaan seperti
Malaysia.
Oleh itu, ia harus dipupuk dan diterapkan sejak dari awal usia lagi
supaya sebati dan mudah meresap ke dalam diri individu. Masyarakat
bertanggungjawab untuk menyuburkannya di peringkat keluarga atau
komuniti bagi melancarkan proses perpaduan nasional seperti yang
diimpikan semua masyarakat.
01 Baik hati Nilai-Nilai Kejujuran 09
02 Berdikari Kerajinan 10
03 Hemah tinggi Murni Kerjasama 11
04 Hormat Kesederhanaan 12
05 Kasih sayang Kesyukuran 13
06 Keadilan Rasional 14
07 Kebebasan Bermasyarakat 15
08 Keberanian
4
Perpaduan
Dalam
Kepelbagaian
Dasar
Perpaduan Negara
Dasar Perpaduan Negara (DPN) Rukun Negara serta selari
merupakan batu asas yang dengan dasar-dasar utama
dijadikan panduan kepada negara termasuk Wawasan
Kerajaan dan pihak Kemakmuran Bersama 2030,
berkepentingan dalam Rancangan Malaysia Lima Tahun
melaksanakan usaha berterusan dan dasar-dasar lain yang
untuk memupuk, mengukuh dan berkuat kuasa.
memelihara perpaduan dalam
kalangan rakyat Malaysia. Dasar yang berkonsepkan
Perpaduan Dalam Kepelbagaian
DPN digubal berlandaskan itu menetapkan tiga objektif
Perlembagaan Persekutuan dan utama yang hendak dicapai iaitu:
01 Mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional berteraskan
Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara
02 Membentuk identiti nasional dengan semangat jati diri,
patriotik, prihatin, toleransi, hormat-menghormati dan
bertanggungjawab
03 Melahirkan rakyat Malaysia yang menghargai dan
mengamalkan perpaduan.
DPN turut menggariskan tiga teras utama perpaduan serta 12 strategi
bagi mencapai matlamat melahirkan bangsa Malaysia yang patriotik,
demokratik dan berperikebadian tinggi di samping membangunkan
identiti nasional dalam diri masyarakat yang mempunyai cita-cita
sepunya serta mengukuhkan ekosistem perpaduan negara.
5
Perpaduan
Dalam
Kepelbagaian
Teras 1
(Patriotisme & Demokrasi)
Strategi 1 Strategi 2 Strategi 3
Meningkatkan literasi, Meningkatkan pemahaman Memperkukuh integrasi
pemahaman dan dan penghayatan sejarah nasional
penghayatan Perlembagaan Malaysia
Persekutuan dan Rukun
Negara sebagai asas amalan
hidup
Teras 2
(Identiti Nasional)
Strategi 1 Strategi 2 Strategi 3
Mengukuhkan peranan Mengukuhkan kefahaman Membentuk masyarakat
bahasa sebagai medium agama, budaya dan adat berkeperibadian tinggi,
berintegriti dan berakhlak
integrasi nasional resam pelbagai etnik
mulia
Teras 3
(Ekosistem Perpaduan)
Strategi 1 Strategi 2 Strategi 3
Memantapkan keberkesanan Mengekalkan, membina dan Memperkasakan jentera
komunikasi bagi mengukuhkan tapak integrasi perpaduan melalui kerjasama
meningkatkan kesedaran perpaduan strategik
sosial dalam masyarakat
Strategi 4 Strategi 5 Strategi 6
Memantapkan dan Meningkatkan Memperkukuh peranan
memperkasa institusi penguatkuasaan pemimpin sebagai
keluarga dan komuniti undang-undang serta
keberkesanan mekanisme pemangkin perpaduan
pemantauan
6
Perpaduan
Dalam
Kepelbagaian
Pemboleh Daya
Perpaduan
Sebanyak empat pemboleh daya sosioekonomi turut dikenal pasti
melalui dasar ini yang dilihat menjadi antara faktor penting dalam usaha
meningkatkan kemakmuran serta keharmonian masyarakat Malaysia
dan ia perlu diambil perhatian serius kerana memberi kesan terhadap
proses perpaduan.
01 Meningkatkan peluang ekonomi yang saksama
Agenda pembangunan yang ada diteruskan dengan
memberi tumpuan kepada golongan yang terpinggir,
wilayah terpencil serta negeri yang ketinggalan daripada
aspek pembangunan
02 Memperkasakan kumpulan minoriti dan rentan
ekonomi
Kumpulan B40, rentan ekonomi, Orang Asli, bumiputera
Sabah dan Sarawak, orang kurang upaya (OKU), belia,
wanita, kanak-kanak dan warga emas tidak tercicir
daripada arus pembangunan
03 Mengukuhkan jaringan perlindungan sosial serta
memperkasakan inovasi sosial bagi manfaat rakyat
Perlindungan dan jaringan sosial yang lebih kukuh harus
disediakan agar kumpulan yang mudah terkesan mampu
berdiri sendiri dalam keadaan sukar
04 Merapatkan jurang pembangunan dan kebolehcapaian
antara negeri dan wilayah
Prinsip ekonomi teragih, pembangunan infrastruktur yang
lebih luas dan meningkatkan akses serta kebolehcapaian
fizikal dan komunikasi digital
7
Perpaduan
Dalam
Kepelbagaian
Rangka Tindakan
Perpaduan Negara
2021-2031
Rangka Tindakan Perpaduan strategik dan inisiatif bersasar
Negara 2021-2030 dirangka yang komprehensif bagi
bagi menyokong Dasar merealisasikan aspirasi
Perpaduan Negara (DPN) perpaduan.
berpandukan tiga aspirasi, 12
strategi serta 41 anjakan Pelaksanaan rangka tindakan ini
strategik yang telah ditetapkan. terbahagi kepada dua fasa iaitu
fasa satu meliputi proses
Rangka tindakan ini penyediaan ekosistem untuk
diwujudkan bagi mencapai membudayakan perpaduan
objektif seperti memahami dalam amalan seharian
konsep perpaduan dalam (2021-2025) manakala fasa dua
konteks Malaysia, mewujudkan pula menjurus kepada
visi dan aspirasi perpaduan pembinaan identiti nasional yang
yang jelas untuk dicapai dalam mapan (2026-2030).
tempoh 10 tahun akan datang
serta menggariskan anjakan
8
Perpaduan
Dalam
Kepelbagaian
Fasa1 Menyediakan ekosistem
untuk membudayakan
perpaduan dalam amalan
seharian (2021-2025)
Meningkatkan
Pemahaman
Perpaduan
(Faham)
Menyediakan
Tapak Integrasi
(Asas Kesepaduan
Sosial)
Mengukuhkan Fasa2 Membina identiti
Penghayatan Nilai nasional yang mampan
Murni (Hormat dan (2026-2030)
Toleransi)
Meningkatkan
Pemahaman
Perpaduan (Faham)
Menyediakan
Tapak Integrasi
(Asas Kesepaduan
Sosial)
Mengukuhkan
Penghayatan Nilai
Murni (Hormat dan
Toleransi)
9
Perpaduan
Dalam
Kepelbagaian
Komponen Perpaduan
Perayaan
Kemajmukan rakyat daripada Dalam setiap perayaan, tradisi
berbilang bangsa mewujudkan mengadakan rumah terbuka telah
kepelbagaian kebudayaan di memberi peluang kepada pelbagai
negara ini. Penduduk yang kaum untuk kunjung-mengunjungi
berbilang kaum ini menyambut antara satu sama lain bagi
pelbagai jenis perayaan memeriahkan satu-satu perayaan
sepanjang tahun dalam keadaan sekali gus dapat memupuk
yang meriah serta muhibah. semangat perpaduan antara kaum
di Malaysia.
Hari Raya
Aidilfitri
Disambut oleh umat Islam dengan penuh kesyukuran pada 1 Syawal
setiap tahun bagi meraikan kemenangan melawan hawa nafsu dan
menyempurnakan ibadah puasa di bulan Ramadan.
Tradisi kunjung-mengunjung
ke rumah sanak saudara,
jiran dan rakan-rakan di
samping aktiviti rumah
terbuka menjadi pengerat
ikatan silaturahim khususnya
dalam kalangan masyarakat
Islam dan rakyat Malaysia
secara amnya.
102
Perpaduan
Dalam
Kepelbagaian
Tahun BaruCina
Disambut masyarakat Cina yang
menandakan kedatangan tahun baharu
menurut kalendar Cina. Pada malam
sebelum perayaan, semua ahli keluarga
berkumpul untuk makan besar bagi
mengeratkan hubungan sesama mereka.
Pemberian angpau dalam sampul merah
yang dipercayai membawa tuah,
melambangkan kesejahteraan
berpanjangan.
Tarian singa yang dipersembahkan
dipercayai membawa tuah serta
kekayaan kepada tuan rumah dan dalam
masa sama menarik masyarakat
berbilang kaum menyaksikan keunikan
gerak tarinya.
Deepavali
Dikenali juga sebagai Diwali atau festival cahaya dan disambut
masyarakat beragama Hindu pada bulan gelap bernama ‘Aippasi’
sekitar Oktober atau November.
Acara kunjung mengunjungi
ke rumah kaum keluarga turut
dilakukan selepas selesai
upacara sembahyang.
Rumah-rumah akan dihiasi
‘kolam’ diperbuat daripada
tepung beras berwarna-warni.
11
Perpaduan
Dalam
Kepelbagaian
HariGawai
Hari Gawai disambut masyarakat Dayak di Sarawak pada 1 Jun setiap tahun
bagi menzahirkan rasa kesyukuran apabila selesai menuai.
Tuai rumah akan membahagi-bahagikan
tugas kepada penghuni rumah panjang,
manakala kaum wanita pula menyediakan
kuih-muih tradisional yang diperbuat
daripada tepung beras, gula dan santan.
Amalan ini mengeratkan perhubungan
antara penghuni rumah panjang sekali gus
meningkatkan rasa hormat menghormati
dalam kalangan masyarakat setempat.
Tadau
Kaamatan
Diraikan pada bulan Mei setiap tahun oleh masyarakat
Kadazan-Dusun di Sabah dan turut dikenali sebagai Pesta Menuai.
Satu keraian yang disambut selepas selesai menuai sebagai tanda
kegembiraan serta kesyukuran dan
dimeriahkan lagi dengan pelbagai
aktiviti termasuk tarian sumazau dan
megalang.
Kemeriahan sambutan tersebut bukan
sahaja dapat dirasai masyarakat
Kadazan-Dusun, malah rakyat
berbilang kaum.
12
Perpaduan
Dalam
Kepelbagaian
HariNatal
Dirayakan penganut agama Kristian pada setiap
25 Disember. Sambutannya dimeriahkan dengan
amalan kunjung-mengunjung dan berkumpul
bersama-sama keluarga di samping hiasan
pohon krismas yang dipasang dengan lampu
berwarna-warni.
Acara rumah terbuka turut diadakan bagi
mengeratkan lagi integrasi dan
perpaduan antara kaum.
Hari
Vaisakhi
Hari kebesaran ini merupakan
perayaan tahun baharu bagi
masyarakat Sikh yang turut
dikenali sebagai Baisaki.
Disambut pada 13 atau 14
April setiap tahun, Vaisakhi
juga merupakan festival
menuai musim bunga.
13
Perpaduan
Dalam
Kepelbagaian
Hari Raya
Aidiladha
Dikenali juga sebagai Hari Raya
Haji kerana disambut ketika musim
umat Islam mengerjakan ibadah
haji iaitu Rukun Islam kelima.
Hari kebesaran umat Islam itu
disambut pada 10 Zulhijah iaitu
bulan terakhir atau ke-12 dalam
kalender Hijrah bagi memperingati
peristiwa yang berlaku antara Nabi
Ibrahim dengan anaknya, Nabi
Ismail.
Hari Wesak
Perayaan terpenting bagi penganut agama
Buddha ini disambut pada bulan Mei setiap
tahun yang melambangkan kelahiran,
pencerahan agung dan kematian pengasas
agama Buddha, Sidharta Gautama.
Penganut agama Buddha akan berkunjung ke
wat Buddha untuk bertafakur dan memberi
penghormatan kepada Buddha bagi
memperingati pengorbanan putera itu yang
sanggup hilang segalanya demi mengenali
kesusahan dunia.
Pada hari tersebut, penganut turut digalakkan
untuk melakukan derma kepada para sami dan
memberi makan kepada orang miskin.
14
Perpaduan
Dalam
Kepelbagaian
Hari
Thaipusam
Hari Thaipusam disambut masyarakat beragama
Hindu pada bulan Thai iaitu bulan ke-10 dalam
kalendar Tamil ketika waktu bulan penuh bagi
menghormati Dewa Murugan.
Pada hari tersebut, sebahagian penganut akan
membawa kavadi sebagai tanda penyucian
dosa dan menunaikan nazar agar hajat
mereka ditunaikan dan upacara yang
terbesar di Malaysia diadakan di Batu
Caves, Selangor.
Walaupun diraikan penganut Hindu,
namun masyarakat pelbagai kaum
termasuk pelancong asing turut sama
berkunjung ke Batu Caves untuk
melihat sendiri kemeriahan
sambutannya.
PestaPonggal
Diraikan pada bulan Thai dalam kalendar kaum India selama
empat hari sempena berakhirnya musim menuai bagi
menunjukkan rasa kesyukuran dengan kemakmuran yang diperolehi.
Perayaan disambut dengan upacara
memanaskan susu lembu dalam periuk tanah
liat hingga menggelegak dan melimpah yang
melambangkan rezeki melimpah-ruah.
Sambutan pesta ini secara tidak langsung
dapat mengeratkan tali persahabatan
antara masyarakat di samping
menghormati budaya kaum lain dan
menggalakkan perpaduan.
15
Perpaduan
Dalam
Kepelbagaian
Komponen Perpaduan
Makanan
Malaysia dikenali sebagai syurga negara ini berikutan setiap hidangan
makanan kerana terdapat tersebut mempunyai keunikan dan
pelbagai sajian dan juadah daripada identitinya tersendiri selain rasanya
pelbagai kaum yang boleh dinikmati yang enak.
segenap lapisan masyarakat.
Di samping itu, ia juga dapat menarik
Makanan mampu menjadi satu minat masyarakat mengenali lebih
daripada medium pengikat dekat budaya etnik lain.
perpaduan dalam kalangan rakyat
Nasi Lemak
Makanan yang dianggap
hidangan nasional ini
sangat unik kerana ia
bukan sahaja dihidangkan
sebagai menu sarapan pagi
seperti kebiasaannya,
malah turut menjadi pilihan
masyarakat sebagai juadah
utama hingga waktu
malam.
Walaupun ia merupakan
sajian masyarakat Melayu,
namun hidangan ini turut
digemari pelbagai kaum. Di
samping itu, terdapat
masyarakat bukan Melayu
yang pandai menyediakan
menu ini dengan pelbagai
cara.
16
Roti Canai Perpaduan
Dalam
Hidangan ringkas dan
enak ini merupakan Kepelbagaian
antara makanan
terkenal masyarakat Diperbuat daripada
India yang biasanya tepung jagung, tepung
disajikan gandum dan campuran
bersama-sama kuah isi udang, daging atau
dal, kari atau gula. ayam serta sayuran,
dim sum kebiasaannya
Pada asalnya makanan dihidang pada watu
ini hanya diperbuat sarapan pagi, makan
daripada campuran tengahari mahupun
tepung gandum, minum petang.
minyak dan air, namun Makanan tradisional
ia berevolusi mengikut masyarakat Cina ini
peredaran zaman bukan sahaja
dengan pelbagai variasi dihidangkan di restoran,
dan kini ia bukan malah terdapat di pasar
sahaja menjadi juadah raya dalam bentuk
harian masyarakat sejuk beku yang boleh
India, malah pelbagai dinikmati segenap
kaum di negara ini. lapisan masyarakat.
Dim Sum
17
Perpaduan Dikenali dengan nama
Dalam Hinava Ginapan
Kepelbagaian merupakan hidangan
tradisional masyarakat
Mi Kolok Kadazan-Dusun yang
diperbuat daripada
Makanan yang sinonim campuran ikan segar,
dengan Wilayah Sarawak ini sotong atau udang digaul
dibawa masuk oleh bersama-sama parutan biji
masyarakat Cina suatu ketika buah bambangan, cili
dahulu dan kini ia menjadi merah, halia, bawang
salah satu identiti wilayah merah, limau dan garam.
berkenaan.
Nama lain mi kolok ialah mi Sering menjadi hidangan
kampua, mi rangkai atau mi istimewa semasa
kering. Menggunakan mi sambutan Pesta
sanggul sebagai bahan Keamatan dan keraian lain
utama, ia kebiasaannya termasuk majlis
dihidang bersama-sama pertunangan dan
hirisan daging atau ayam perkahwinan.
rebus dengan kuah sup dan
kicap. Hinava
Ia kini bukan sahaja menjadi
kegemaran rakyat Sarawak,
tapi semakin popular di
seluruh Malaysia.
18
Rendang Perpaduan
Dalam
Dimasak dengan
pelbagai rempah ratus, Kepelbagaian
rendang yang
merupakan makanan Sejenis kuih
tradisi masyarakat masyarakat India yang
Melayu menjadi antara diperbuat daripada
hidangan wajib ketika kacang dal sebagai
musim perayaan. bahan utama dan
digaul bersama-sama
Kebiasaannya, ia bawang besar, cili hijau,
menggunakan daging jintan putih, daun kari
lembu atau ayam serta cili kering.
sebagai bahan utama, Terdapat dua jenis
namun terdapat juga vadei iaitu paruppu dan
rendang diperbuat ulunthu vadei yang
daripada makanan laut. mana kedua-duanya
menjadi pilihan
Enak dimakan masyarakat pelbagai
bersama-sama ketupat kaum ketika menikmati
atau lemang, makanan minum petang atau
ini turut digemari sarapan pagi.
pelbagai kaum.
Vadei
19
Perpaduan
Dalam
Kepelbagaian
Mi Wantan
Hidangan kegemaran
masyarakat Cina ini
cukup ringkas tetapi enak
dengan hanya
menggaulkan mi yang
dicelur bersama-sama
kicap, minyak bijan dan
sos tiram. Dikenali juga
sebagai mi kicap wantan,
kebiasaannya ia dimakan
bersama-sama sup
wantan dan sayur sawi
celur.
Disebabkan cara
pembuatannya yang
ringkas dan keenakan
rasanya, mi wantan turut
menjadi kegemaran
masyarakat berbilang
kaum di Malaysia.
Sejenis kek yang
mempunyai tekstur
lembut dan lembap ini
cukup sinonim dengan
Bumi Kenyalang.
Menjadi juadah wajib
setiap kali musim
perayaan di Sarawak,
kini ia turut popular di
seluruh negara dan
digemari oleh
masyarakat berbilang
kaum.
Kek Lapis
Sarawak
20
Perpaduan
Dalam
Kepelbagaian
Komponen Perpaduan
Sukan
Aktiviti sukan bukan sahaja Aksi atlet negara di temasya sukan
mampu menyihatkan tubuh badan, khususnya di peringkat
malah ia boleh dijadikan medium antarabangsa sememangnya
untuk menyatupadukan dapat membuka mata dunia
masyarakat berbilang kaum tanpa terhadap kemampuan Malaysia. Ia
mengira usia dan latar belakang. juga secara tidak langsung
mampu menyemarakkan lagi
Semangat kesukanan yang tinggi semangat perpaduan antara
dalam kalangan masyarakat rakyat berbilang kaum yang
menjadi pengikat kepada bersama-sama bersorak memberi
perpaduan kaum apabila kita sokongan kepada mereka.
mampu bersorak bersama-sama di
tempat duduk penonton mahupun
di kedai makan.
Bola Sepak
Ketangkasan pasukan bola sepak
Harimau Malaya menentang pasukan
lawan sentiasa mendapat perhatian
penyokong pelbagai kaum dan agama
yang tidak jemu bersama-sama
memberikan sokongan padu di
stadium mahupun di rumah atau
restoran.
Aksi lincah pemain membangkitkan
semangat kebersamaan antara satu
sama lain yang sama-sama rasa
gembira apabila menang dan
sama-sama rasa kecewa ketika
pasukan tewas.
21
Perpaduan
Dalam
Kepelbagaian
Badminton
Lagenda sukan badminton negara,
Datuk Lee Chong Wei menjadi
lambang perpaduan dalam kalangan
masyarakat berbilang kaum di
Malaysia apabila berjaya
menyatupadukan rakyat ketika beliau
beraksi dalam sesuatu perlawanan.
Semangat perpaduan itu
turut dapat dirasai apabila
atlet badminton negara yang lain
beraksi lebih-lebih lagi ketika berjaya
merangkul kemenangan di peringkat
antarabangsa.
Berbasikal
Semangat juang yang tinggi atlet
berbasikal negara, Dato’ Azizulhasni
Awang menyemarakkan lagi
keterujaan rakyat Malaysia
untuk bersama-sama
memberikan sokongan
demi mengharumkan nama
negara di pentas dunia.
Tanpa mengira kaum, agama dan
latar belakang rakyat Malaysia
sentiasa bersatu padu
menyokong kemenangan atlet
kebangsaan.
22
Perpaduan
Dalam
Kepelbagaian
Komponen Perpaduan
Seni
Seni yang tiada sempadan membolehkannya menjadi antara komponen
perpaduan sangat bernilai.
Semangat perpaduan boleh diterapkan dalam pelbagai jenis seni seperti muzik,
filem dan tarian.
Dengan seni, perpaduan dapat disuburkan dan difahami dalam medium berbeza
seterusnya dihayati dalam kehidupan seharian.
Filem
Filem dan drama televisyen adalah satu daripada medium yang boleh
digunakan untuk memperkukuh perdaduan antara kaum di negara ini.
Usaha menghasilkan filem dan drama yang mempunyai elemen perpaduan
merupakan inisiatif yang baik dalam memberikan kesedaran kepada rakyat
untuk bersama-sama memperkukuh perpaduan kaum dan memelihara
keharmonian.
23
Perpaduan
Dalam
Kepelbagaian
Muzik
Muzik bersifat universal dan kepelbagaian seni muzik di Malaysia daripada
pelbagai kaum dapat membantu masyarakat mengenali budaya antara satu
sama lain sekali gus memupuk semangat perpaduan rakyat di negara ini.
Mesej terkandung dalam lagu Negaraku sebagai contoh, harus dihayati agar
semangat patriotik yang merupakan pemangkin perpaduan dapat meresap
dalam diri setiap warganegara.
Tarian
Seni tari bukan sahaja satu aktiviti untuk tujuan hiburan, malah ia mampu
menyuntik semangat muhibah dan menghormati kepelbagaian budaya antara
masyarakat melalui keseragaman gerak tari serta pemikiran yang selari
lebih-lebih lagi kepada penggiat seni itu sendiri.
Elemen warisan dan sejarah dalam setiap gerak tari tradisional dilihat dapat
menanamkan sifat persefahaman antara kaum yang saling mempelajari budaya
antara satu sama lain.
24
Perpaduan
Dalam
Kepelbagaian
Komponen Perpaduan
Bahasa
Hilang bahasa lenyap bangsa. Peribahasa ini bermaksud apabila sesuatu
bahasa itu sudah tidak terpakai lagi maka lambat-laun hilanglah bangsa itu,
hilang budi bahasa dan hilang darjat diri.
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menjelaskan bahawa bahasa Melayu
yang dikenali juga sebagai bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi yang tidak
boleh dipertikai fungsi dan peranannya sebagai Bahasa Kebangsaan.
Pada masa yang sama, masyarakat pelbagai kaum di Malaysia bebas
menggunakan bahasa lain seperti bahasa Mandarin oleh orang Cina dan
bahasa Tamil oleh orang India.
Dengan pengukuhan bahasa Malaysia, perpaduan kaum akan menjadi semakin
utuh apabila tiada perbezaan dari segi bahasa sekiranya masing-masing
menggunakan bahasa yang satu.
25
Perpaduan
Dalam
Kepelbagaian
Komponen Perpaduan
Pendidikan
Pendidikan menjadi komponen yang sangat penting dalam perpaduan kerana
menerusi pendidikan, masyarakat akan terdidik dengan pengukuhannya sejak
dari usia muda lagi.
Subjek-subjek berkaitan perpaduan sudah ada dalam silibus mata pelajaran
bagi membolehkan generasi muda mengenali Malaysia yang menaungi rakyat
pelbagai kaum.
Penekanan mengenai perpaduan dalam pendidikan harus digembleng
bersama-sama bukan saja oleh guru-guru di sekolah, tetapi juga ibu bapa di
rumah.
Sektor pendidikan menjadi kunci kepada perpaduan kaum dengan kewujudan
sekolah kebangsaan yang menghimpunkan semua kaum dalam satu bumbung
untuk proses pengajaran dan pembelajaran.
Penerapan dan penghayatan elemen perpaduan dalam sektor pendidikan harus
diberi penekanan demi membina sebuah negara yang harmoni dan makmur.
26
Perpaduan
Dalam
Kepelbagaian
Komponen Perpaduan
Sukarelawan
Semangat sukarelawan di Malaysia wajar di pupuk kerana ia menjadi tuntutan
dalam kerangka pengukuhan perpaduan di Malaysia.
Menerusi semangat perpaduan, nilai-nilai murni dapat disemai seperti
tolong-menolong, bertimbang rasa, empati, bersatu hati dan semangat
sukarelawan.
Semangat kesukarelawanan sentiasa subur dalam negara kerana rakyat
Malaysia saling membantu ketika masyarakat dalam kesusahan.
Bantuan tidak mengenal latar belakang, warna kulit, agama dan fahaman. Ini
menjadi bukti komponen sukarelawan adalah penyubur semangat perpaduan
dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
27
Perpaduan Dalam Kepelbagaian mengetengahkan
komponen-komponen asas yang menjadi tali pengikat
kepada rakyat Malaysia dalam membentuk kesepaduan
masyarakat dan keharmonian negara.
Ia perlu dijadikan panduan kepada semua dalam
memastikan perpaduan dalam kalangan rakyat tanpa
mengira kaum, agama dan usia terus kekal terpelihara.
Diterbitkan oleh :
Bahagian Penerbitan Dasar Negara
Jabatan Penerangan Malaysia
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia
B.015 (B.M) NOV 2021 (050.)
Laman Web : www.penerangan.gov.my
E-mel : [email protected]
Portal: dbook.penerangan.gov.my
Jabatan Penerangan Malaysia @JPenerangan
Jabatan Penerangan Malaysia japenmalaysia
ISBN 978-983-54-0615-7
9789835406157