The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

CERITA PENDEK TAHAP 2

Syazwina Uzma
6 Seroja

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CATATAN MINDA CG SAM, 2022-01-01 21:34:38

Usaha Tangga Kejayaan

CERITA PENDEK TAHAP 2

Syazwina Uzma
6 Seroja

PERTANDINGAN MENGARANG e-CERITA PENDEK TAHAP 2
Program Bacaan Digital, e-Ulat Buku, e-NILAM & Pemerkasaan PdPR SKTB 2021

Minat Zakir terhadap sukan bola tampar
pada usia yang muda dihalang oleh ibu
bapanya kerana orang tuanya hanya ingin
Zakir tumpukan perhatian kepada pelajaran
untuk memasuki sekolah berasrama hingga
ke Universiti Malaya. Ketika hari jadinya
Zakir dia berharap Ibu bapanya setuju dan
gembira apabila dia terpilih memasuki
pelawan bola tampar, tetapi hasratnya tidak
terkabul.

Ibu bapanya memarahi beliau dengan nada
yang kasar ‘’Ibu ayah tidak benarkan, kamu
kena duduk di rumah dan belajar untuk
ujian yang akan datang!‘’ Walaupun sudah
beberapa kali memujuk, orang tuanya
bahawa dia akan menetapkan dan
membahagikan masa untuk ujian akan
datang tetapi ibu bapanya menegaskan
bahawa dia tidak boleh keluar pergi ke
gelanggang latihan dan terus pulang ke
rumah apabila tamat sesi persekolahan.

1

Zakir tetap berusaha memujuk ibu bapanya
dengan berkata , “ibu ayah berilah Zakir
kelonggaran untuk keluar pergi ke
gelanggang untuk sekali sahaja‘’ .Tetapi ibu
bapanya tidak mengendahkannya dan terus
keluar kerana ingin membeli barang
keperluan.

Walaupun tidak diendahkan oleh kedua
orang tuanya, Zakir tetap berusaha untuk
keluar pergi ke gelanggang latihan. Dia
merancang untuk keluar rumahnya secara
senyap-senyap ketika ibu bapanya keluar
negeri kerana urusan pekerjaan. Dia tahu
bahawa itu adalah perbuatan yang tidak
sopan kepada ibu bapanya tetapi dia tiada
pilihan lain, tetapi malangnya dia mendapati
ibu bapanya sudah mengupah seorang
penjaga untuk mengawasinya. Oleh itu dia
sudah membuat keputusan untuk keluar
ketika waktu rehat penjaganya itu.

2

Dia membuat perancangan yang teliti supaya
tidak tertangkap oleh penjaga. Dia bersyukur
kerana dua orang sahabat karibnya iaitu Do
Hyun Su dan Ramlan yang sudi membantunya
keluar rumah atau boleh dikatakan lari dari
rumah. Ketika dalam perbualan dalam talian
Do Hyun Su mencadangkan untuk berjumpa
bersama di taman permainan berhampiran
rumah Zakir untuk berbincang strategi
memperdayakan penjaga itu. Ramlan pula
berkata “saya setuju dengan cadangan awak
Hyun Su kita mesti boleh memperdayakan
penjaga upahan ibu bapa kamu itu Zakir.’’

Selepas berbincang dengan lanjutnya, Zakir
setuju dengan cadangan yang diberi Do Hyun
Su. Sesampainya di taman permainan
tersebut, tanpa melengahkan masa beliau
terus berbincang untuk untuk
memperdayakan penjaga itu dengan
bersepakat dengan bapa saudaranya,
sesetengah guru juga sudah mengetahui
masalah Zakir dan berasa kasihan kepadanya
dan berhasrat membantunya.

3

Bapa saudara yang prihatin itu berkata
“Zakir kamu janganlah risau kami pasti akan
membantu,” Selepas beberapa jam berlalu
akhirnya mereka mendapat rencana untuk
memperdayakan penjaga itu.

Keesokan harinya, rencana pun bermula
dengan beberapa kehadiran bapa saudara
Zakir ke rumah dan berjumpa penjaga itu
dan berkata “kami mahu mengambil Zakir ke
sekolah untuk menghadir kelas tambahan,’’
dengan nada yang tegas . Tanpa memikir
panjang penjaga itu terus memanggil Zakir
berulang-ulang kali, “Zakir..Zakir..Zakir turun
sekarang kamu mesti pergi ke kelas
tambahan sekarang’’

Apabila mendengar namanya dipanggil Zakir
terus turun dan mengucapkan terima kasih
lalu terus keluar kerana tidak mahu penjaga
itu mensyakinya pula.

4

Sesampainya di gelanggang latihan sekolah,
Zakir mendapat berita bahawa perlawanan
tersebut dicepatkan beberapa hari. Do Hyun
Su, Ramlan dan beberapa guru yang lain
berkata, “Mengapa kamu terkejut Zakir ?’’

Zakir memberitahu bahawa pada hari
perlawanan itu adalah hari kepulangan ibu
bapanya ke tanah air. Zakir semakin buntu,
namun dia terus berlatih dengan gigih dan
tidak berputus asa sekalipun, Do Hyun Su
kagum melihat sikap Zakir yang tabah dan
sabar menghadapi dugaan yang di
tempuhinya.

Pada hari perlawanan, suasana di sana
begitu meriah dan riuh-rendah sekali.
Tambahan pula, terdapat ramai penonton
yang datang menyaksikan perlawanan
tersebut.

5

Zakir berasa gementar tetapi apabila melihat
ramai rakan sepasukannya menyokong,
terus naik semangat Zakir dan berkata “aku
akan terus berusaha sampai ke akhirnya, aku
tidak boleh mengecewakan rakan
sepasukanku !” dengan nada yang tegas.
Sungguh berdebar semua rakan sepasukan
Zakir untuk turun gelanggang kerana ini
pertama kalinya mereka bermain di
peringkat negeri. Mereka berusaha gigih
sebelum bermain untuk pergi ke peringkat
yang lain

Di rumah Amin pula, datang seorang jiran
yang berdendam dengan salah seorang guru
sekolah Zakir. Dia tidak mahu sekolah Zakir
menang kerana dua orang anaknya juga
bermain bola tampar tetapi di dalam
pasukan yang lain. Dia juga tahu yang Zakir
seorang pemain yang berpotensi tinggi,
kerana itulah dia tidak mahu Zakir
sepasukan menang dalam perlawanan itu.

6

Jiran tetangga Zakir mempunyai satu
rencana untuk membongkarkan apa yang
berlaku dengan berjumpa orang tuanya
Zakir. “Ha ha.. kenalah kamu Zakir dengan
ibu bapa kamu,” sebaik sahaja ibu bapa Zakir
meletakkan kereta di tempat letak kereta.
Jiran itu memberitahu semua info yang dia
tahu mengenai Zakir dan pasukannya
.Selepas mendapat tahu akan berita itu, ibu
bapa Zakir mengamuk dan terus mengambil
kunci kereta menuju ke gelanggang
perlawanan.

Sebelum ibu bapa Zakir sampai ke
gelanggang, Zakir dan rakan sudah mula
bermain dengan bersungguh-sungguh.
Sesampai pusingan terakhir ibu bapa Zakir
baru saja datang akibat kesesakan lalu lintas
ketika dalam perjalanan. Tidak terkata apa-
apa ibu bapa Zakir apabila melihat papan
mata sekolah Zakir dan pihak lawan.

7

Ibu Zakir tergamam melihat mata akhir yang
dihantar Zakir kepada pihak lawan. Mengalir
air mata kedua orang tua itu apabila
mengenang masa lalu dan perbuatan Zakir
sampai membuat rencana untuk memasuki
perlawanan.

Selepas tamat perlawanan ibu bapa Zakir
terus berlari ke arah pasukan Zakir dan
mencarinya. Ibunya terus peluk Zakir dengan
erat dan berkata “maafkan ibu dan ayah
zakir, barulah ibu ayah sedar apa yang Zakir
cuba sampaikan tempoh lalu,” sambil air
mata mengalir lalu ke pipi. Zakir juga turut
gembira dan bersyukur atas perjuangan dia
sebelum ini.

8


Click to View FlipBook Version