The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tugasan karangan cerita dengan pautan Google Form

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CATATAN MINDA CG SAM, 2021-02-25 07:58:42

melawat luar negara

Tugasan karangan cerita dengan pautan Google Form

TUGASAN PdPR BAHASA MELAYU
TAHUN 6

Seroja / Bakawali

Cg Sam @ SKTB
PdPR 2021



MOHAMAD FAHRIN DANIAL
6 Seroja

Pada hujung minggu yang lalu, saya dan keluarga pergi
bercuti ke luar negara iaitu negara Thailand. Ramai
juga orang yang pergi melawat Thailand.

Sebelum bertolak saya menyediakan baju, seluar
dan macam-macam untuk dibawa ke percutian itu.
Saya dan keluarga menaiki kapal terbang untuk pergi
ke Thailand.

Kami menaiki kapal terbang dari Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 1) . Saya
berasa sangat seronok kerana ini kali pertama saya
pergi bercuti ke luar negara.

Setelah tiba di Thailand kami menghinap di hotel
yang berdekatan dengan Bangkok. Pada petang Hari
kami pergi ke pantai untuk bermandi-manda.Setelah
malam kami pergi makan di kedai halal di bandar
Bangkok.

Pada hari kedua kami sekeluarga pergi ke Krabi
pula. Kami bersiar-siar di bandar Krabi. kami
menghinap di hotel Krabi selama satu malam.

Kami bersiap sedia untuk pulang. Saya berasa
gembira kerana dapat meluangkan masa bersama
keluarga saya.

Muhammad Iqbal Nafiz
6 Seroja

Pada cuti sekolah yang lalu, saya sekeluarga
telah makan angin di Jepun. Kami bergerak
dari rumah pada pukul 7.00 pagi. Perjalanan
kami dari rumah mengambil masa selama 2
jam.

Setelah bagasi kami diperiksa, kami terus
menaiki kapal terbang Air Asia dan duduk di
tempat yang ditetapkan. Sudah beberapa
tahun saya tidak menaiki kapal terbang.
Tempat duduknya lebih selesa, pramugara
dan pramugarinya sangat mesra. Sebaik saja
kapal terbang di udara, saya terlelap.

Beberapa jam kemudian, kami tiba di
Lapangan Terbang Antarabangsa Chitose,
Hokkaido yang sangat besar dan luas. Kami
terus menaiki teksi pergi ke tempat
penginapan. Masa yang diambil dari
lapangan terbang hingga ke tempat
penginapan ialah kira-kita masa 20 minit.

Setelah sampai di tempat penginapan,
kami berehat selama 30 minit kerana
kepenatan. Pada pukul 4.00, kami keluar
bersiar-siar ke Pulau Hokaido iaitu pulau
yang terkenal di Jepun.

Persekitaran pulau itu sangat bersih
dan nyaman. Ombak di lautan seperti
memanggil untuk berenang. Ibu
membentangkan tikar dan baring sambil
memakai kaca mata hitam, manakala ayah
pula sedang berenang bersama saya, adik
dan abang. Setelah senja kami pun pulang.

Pada keesokan harinya, kami bersiap
untuk balik ke Malaysia. Kami mengemas
bagasi kami dan menaiki van pelancongan
untuk ke lapangan terbang. Sewaktu saya
menaiki kapal terbang, saya teringat akan
semua kejadian yang berlaku di Jepun itu
dan tidak mungkin saya akan lupakannya.

Mohammad Faris Syamim
6 Seroja

Tempat yang dilawati oleh kami sekeluarga adalah
Doentown Core. Tempoh masa kami berada di
Singapura selama 8 hari 7 malam.

Semasa kami berada di Stesyen Bas Senai, kami
telah membuat persediaan. Kami memeriksa beg
pakaian, passport, tiket, mata wang, perkakasan,
kamera dan telefon bimbit.

Sebaik sahaja sampai di Singapura ayah membawa
kami mendaftar masuk hotel. Kemudian kami pergi
The Arts House, kami dapat melihat pelbagai jenis
lukisan. Ayah merakam gambar kami untuk
menjadi kenangan.

Keesokan harinya, ayah membawa kami pergi
membeli-belah di sebuah pasar raya. Keistimewan
harga barang yang dijual adalah murah. Barang
yang mahal boleh ditawar dengan penjual.

Terdapat restoran yang menjual makanan yang
halal iaitu Restoran Dim Sun. Keunikan makanan
yang dijual di Singapura adalah sedap dan harga
yang berpatutan.

Aktiviti yang tidak dapat dilupakan oleh kami
seleluarga ialah bergambar dengan patung singa
separuh ikan. Saya berharap agar dapat bercuti di
negara-negara yang lain.



Pada cuti sekolah yang lalu saya dan keluarga saya telah
melancong ke negara Australia. Kami perlu bangun awal
pagi untuk pergi ke lapangan terbang di Kuala Lumpur.

Setelah kami tiba di lapangan terbang kami terus menaiki
pesawat. Perjalanan menaiki pesawat dalam masa tiga
jam.

Setelah tiga jam berlalu pesawat kami mendarat
dengan selamat di apangan terbang Australia. Kami telah
menempah teksi dari lapangan terbang untuk pergi ke
hotel yang emak saya telah daftar.

Selepas mendaftar di hotel kami keluar semula
untuk membeli belah di pasaraya terdekat. di pasar raya
itu terdapat pelbagai barang yang menarik dan terdapat
jualan yang murah kerana promosi.

Kemudian kami pergi makan di sebuah restoran
yang menarik dan hidangan yang disajikan sangat enak
uga. Saya telah memesan udang galah yang besar.

Keesokkan harinya kami berkemas untuk pulng ke
Malaysia. Saya tdak akan melupakan pengalaman saya
yang seronok di negara Australia ini saya juga berharap
supaya boleh datang ke sini lagi.

HARIS AKMAL BIN YUHANNAS AURY
6 Seroja

Kami sekeluarga telah ke singapura pada cuti sekolah
yang lepas. Kami brada di sana selama tiga hari dua
malam.
Sebelum ke lapangan terbang kami memeriksa barang-
barangan yang hendak dibawa. Kami menukar mata
wang Malaysia kepada mata wang Singpura. Kami
mengambil passport lalu pergi ke lapangan terbang.
Setelah sampai ke singapura kami mendaftar masuk ke
hotel yang telah ditempah oleh ayah. Kami ke Universal
Studio Singapura {USS}, S.E.A. Aquarium, dan banyak lagi.
Kami pergi ke pusat membeli - belah terbesar di
Singapura. Kami membeli dengan harga borong.
Setelah penat membeli-belah kami pergi ke kedai
makanan di pusat beli belah itu. Kami dihidangkan
dengan makanan terbaik di situ iaitu roti bakar kaya,
telur masak separuh dan kopi.
Aktiviti yang kami lakukan di sana memang tiada di
Malaysia. Saya berharap kami akan ke sini lagi.

Sashi Varmaan
6 Seroja

Pada hari minggu, saya dan adik lelaki saya meneruskan
perjalanan ke Bandar Raya Glasgow. Glasgow adalah sebuah
bandar di United Kingdom. Kami akan tinggal di sana selama lima
hari.

Kami bersiap untuk mendapatkan semua barang keperluan
kami di dalam beg. Setelah itu kami juga mengambil tiket untuk
penerbangan. Kami mengemas pakaian, wang, kamera sekiranya
kami ingin mengambil gambar bandar dan yang paling penting
ialah telefon kami.

Apabila tiba di Glasgow, Kami ke hotel untuk mendaftar
masuk. Setelah mendaftar masuk, kami pergi melihat semua
perkara luar biasa di hotel. Kemudian kami pergi untuk makan
tengah hari di hotel.

Selepas itu, kami pergi membeli-belah di pusat membeli-
belah berhampiran hotel untuk membeli beberapa barang. Semua
barang yang kami beli adalah istimewa dan sangat berguna untuk
kami. Harganya juga berpatutan untuk kami beli

Makanan yang dihidangkan kepada kami dikenali sebagai
"Ayam Tikka Masala", sungguh sedap.

Selepas itu, kami pulang ke rumah. Ini adalah
pengalaman yang sangat baik dan menyeronokkan. Ini merupakan
perjalanan dan pengalaman tidak seperti ini di malaysia.

Syafiqa Chahya Nashuha binti Nasirudin
6 Seroja

Pada lima tahun lepas, saya bersama-sama dengan
keluarga saya pergi ke Indonesia. Kami pergi ke
sana dengan menaiki kapal terbang.

Kami yelah membuat persediaan seperti menempah
tiket, memasukkan pakaian ke dalam bagasi dan
tidak lupa juga membawa pasport.

Tujuan kami ke sana adalah untuk ke majlis
perkahwinan ibu saudara saya dan menziarahi datuk
saya. Saya berasa sangat teruja ke sana.

Setelah sampai di sana, ahli keluarga kami di sana
menjemput kedatangan kami di lapangan terbang.
Selepas itu, kami pergi ke rumah datuk dengan
menaiki kereta.

Beberapa hari kemudian, majlis perkahwinan ibu
saudara saya berjalan dengan lancar. Kami
sekeluarga bergambar bersama saudara yang lain.

Saya berharap kami sekeluarga akan pergi ke sini
lagi setelah wabak Covid 19 ini berakhir dan lesap di
dunia ini kerana saya berasa amat rindu dengan
keluarga yang berada di sana.

Muhammad Nur Al Muizz
6 Seroja

Tempat yang ingin saya lawati ialah korea selatan. Ibu kota Korea
Selatan ialah Seoul. Saya ingin pergi ke Korea Selatan kerana
ingin melihat keindahan dan menambah pengalaman bercuti di
sana. Saya ingin pergi ke Korea selama 7 hari 6 malam.

Persedian saya membeli tiket kapal terbang, menguruskan
beg dan pakaian. Passport dan mata wang juga disediakan untuk
memudahkan urusan perjalanan saya. Perkakasan seperti kamera
dan telefon bimbit diperlukan untuk memudahkan pergerakan di
sana dan dapat menangkap gambar keindahan korea.

Aktiviti saya di korea adalah makan nagin, membeli belah
dengan harga yang menarik dan berjalan mengelilingi bandar
Seoul. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan
dan terdapat pelbagai adat yang boleh dilihat.

Makanan yang disajikan tentu sangat sedap seperti
tteokbokki, sushi, ramen, green tea dan pelbagai makanan yang
jauh sama sekali tidak sama deperti di Malaysia. Makanan yang
unik menarik perhatian saya untuk pergi ke Korea Selatan. Aktiviti
yang sangat ingin dilakukan ialah mempelajari adat di Korea,
makan makanan yang tiada di Malaysia dan melakukan aktiviti-
aktiviti yang unik.

Saya berharap saya dapat berkunjung dan melawati negara
luar untuk menambah ilmu pengetahuan dan dapat belajar adat di
sana.

Muhamad Riz Haikal
6 Bakawali

Pada cuti sekolah yang lalu,saya dan keluarga
telah makan angin di negara matahari terbit
iaitu Jepun. Kami bergerak dari rumah pada
pukul 7.00 pagi. Perjalanan dari rumah ke
lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur hanya mengambil masa 30 minit
kerana rumah kami terletak tidak jauh dari
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur. Suasana di Kuala Lumpur sibuk
dengan kenderaan menyusur masuk dan
keluar. Saya dapat melihat bangunan pencakar
langit yang tinggi-tinggi belaka.

Setelah bagasi kami diperiksa kami terus
menaiki kapal terbang Air Asia dan duduk
seperti yang diarahkan. Ini adalah kali pertama
kami menaiki kapal terbang. Beberapa jam
kemudian kami tiba di Lapangan Terbang
Antarabangsa Chitose, Hokkaido yang sangat
luas.

Kami terus menaiki menuju ke tempat
penginapan. kami berehat sebentar, waktu di
Jepun sekarang pukul 4.00 petang. Ayah
bercadang untuk bersiar-siar di sekitar Jepun
termasuklah pulau pulau di sana, antaranya
pulau Shikoku, pulau Kusyuk dan pulau
Honshu.

Persekitaran pulau sangat indah dan
menarik. Kami pun bermandi-manda di pulau
tersebut. Puas kami bermain dan membina
istana pasir, bermain bola pantai. Apabila hari
senja kami pun pulang ke tempat penginapan.

Keesokan harinya kami bersarapan di sushi
bar, semua makanan di situ sedap sedap
belaka. Setelah tiga hari di sana kami pun
hendak pulang ke Malaysia. Kami sangat
berpuas hati di Jepun.

Setibanya kami Malaysia saya terus
berjumpa rakan rakan untuk bercerita
pengalaman saya. Harap-harap tahun depan
kami dapat pergi lagi keluar negara. Terima
kasih ayah kerana membawa kami sekeluarga
makan nagin.

Amieyra Nur 'Adelia binti Arzuang
6 Seroja

Pada cuti persekolahan yang lalu, ayah telah
membawa kami sekeluarga melawat ke luar
negara. Kami membawa barang keperluan
sebelum ke lapangan terbang.

Setelah sampai di lapangan terbang, kami
pergi ke restoran terdekat untuk makan kerana
kami kelaparan. Kemudian membuat persediaan
sebelum menaiki kapal terbang. Dalam
perjalanan ke luar negara, saya dan adik
memakan makanan ringan.

Apabila kami sampai di destinasi, kami
mendaftar masuk ke hotel dan meletakkan
barang-barang di bilik. Kami membaca maklumat
tempat yang menarik melalui majalah dan poster.

Kami melakukan aktiviti yang tidak akan
dilupakan di pelbagai tempat yang tiada di
Malaysia.

Saya amat gembira kerana saya dapat
melakukan pelbagai aktiviti yang seronok. Saya
berharap untuk melawat tempat ini lagi bersama-
sama dengan rakan-rakan saya satu hari nanti.

Mohamad Nur Azarif Nazhan Bin Mahamad
6 Bakawali

Pada cuti sekolah yang lalu, saya dan keluarga telah
makan angin di negara matahari terbit iaitu Jepun.
Kami bergerak dari rumah pukul 7.00 pagi. Pejalanan
dari rumah kami ke Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur mengambil masa dua jam setengah.

Setelah bagasi kami diperiksa, kami terus menaiki
kapal terbang MAS dan duduk di tempat yang telah
ditetapkan. Ini adalah kali pertama saya menaiki
kapal terbang. Keadaan di dalamnya sangat selesa
pramugara dan pramugaranya pula mesra beberapa
jam kemudian kami tiba di Lapangan Terbang
Antarabangsa Chitose Hokkaido yang sangat canggih.

Kami terus menaiki teksi menuju ke tempat
penginapan masa yang diambil untuk ke sana
hanyalah 25 minit setelah sampai kami terus
meletakkan bagasi kami berehat sebentar. Waktu
di jepun ketia itu pukul 4.00 petang.

Kami bersiar-siar di pulau yang terkenal di Jepun
iaitu pulau Hokkaido. Persekitaran pulau ini sangat
bersih dan nyaman , ombak di lautan seolah-olah
memanggil saya untuk berenang. Ibu membentangkan
tikar dan berehat sambil memakai kaca mata hitam,
sementara saya adik dan abang bermandi-manda
bersama ayah. Setelah puas bermain kami membina
istana pasir dan bermain bola pantai. Apabila hampir
senja kami pulang ke tempat penginapan.

Keesokan harinya kami bersiap untuk pulang ke
Malaysia. Kami mengemas bagasi kami lalu bertolak
ke lapangan terbang yang mengambil 25 minit
perjalanan dari tempat penginapan kami dengan
menaiki van pelancongan.

Akhinya kami tiba di lapangan terbang dan
menaiki pesawat Malaysian Airline System. Saya
duduk di tepi tingkap. Saya berazam akan datang ke
sini lagi pada masa akan datang. Penglaman
sepanjang berada di Jepun takkan luput dari ingatan
saya.

Muhammad Haziq Sufian – 6 Seroja

Negara yang saya ingin lawati adalah Jepun. Salah satu
bandar yang ingin saya kunjungi adalah Tokyo.

Tokyo adalah ibu kota Jepun. Saya amat menyukai bandar
Tokyo ini kerana ada banyak tempat yang menarik
contohnya adalah Shinjuku Gyoen National Garden, Yayoi
Kusama Museum, Ginza Six dan lain-lain lagi.

Semua bandar di Jepun mempunyai empat musim iaitu
musim sejuk (bulan Disember hingga Februari), musim
bunga (bulan Mac hingga Mei), musim luruh (bulan
September hingga November) dan musim panas (bulan Jun
hingga Ogos).

Chidorigafuchi adalah tempat yang ingin saya lawati
kerana di tempat tersebut kita boleh menikmati
pemandangan pokok sakura.

Pantai yang kita boleh lawati di Tokyo adalah Odaiba
Beach. Tetapi kita tidak boleh mandi di pantai ini kerana
pantai ini adalah buatan manusia.Walaupun
kita tidak boleh mandi di pantai ini,kita tetap
boleh menikmati sukan pantai seperti bola
tampar dan juga mengagumi pemandangan
langit Tokyo.

Akhir sekali,saya berharap impian saya untuk
ke negara Jepun tercapai pada suatu hari nanti.

Muhammad Haziq Bin Kamaruzaman
6 Seroja

Pada suatu hari, saya dan keluarga pergi melancong ke luar
negara. Kami bertolak dari rumah pada pukul 8:15 minit pagi. Kami
pergi ke lapangan terbang pada pukul 10:30 pagi.

Seterusnya, kami menaiki kapal terbang Air Asia untuk pergi
ke Indonesia. Kami sudah sampai ke destinasi kami iaitu Jakarta.
Kami mencari tempat penginapan yang telah ditempah awal.

kami sudah sampai di hotel di Jakarta. Pada pukul 4:50
petang, kami sekeluarga pergi bersiar siar di dalam Jakarta.

Oleh itu,kami sekeluarga pergi ke tempat rekreasi yang
ada di Jakarta. Kami menginap di hotel yang dekat dengan pasar
malam. Kami pergi di pasar malam itu untuk membeli
cenderamata.

Kemudian, kami pergi ke tempat yang
menjadi tumpuan orang ramai. Tempat itu ada pertunjukan badut.
Kami pergi ke tempat lain. Setelah itu, kami ke hotel semula.

Setelah beberapa hari, kami balik semula ke Malaysia,
Pelancongan ini sangat seronok bagi saya kerana saya dapat
pengalaman baru.

Nur Aleez Dania - 6 Seroja

Pada bulan Disember 2019, saya Dan keluarga pergi
bercuti ke negara Belanda. Kami sekeluarga pergi
melawat ke bandar Amsterdam.

Sebelum bertolak, kami mengemaskan barang-
barang penting seperti passport, tiket, kamera,
bekalan makanan dan telefon bimbit.

Kami bertolak ke KLIA pada pukul 8:30 pagi.
Kami sekeluarga sampai pada pukul 1:35 petang.
Ayah mendaftar masuk ke hotel yang telah ditempah
oleh ibu.

Pada pukul 2:15 petang, kami sekeluarga pergi
ke membeli-belah di pusat beli-belah yang terdapat
di Amsterdam. Barang-barang yang dibeli agak
istimewa dengan harga yang berbaloi.

Pada pukul 3:37 petang, kami sekeluarga pergi
makan di restoran yang terdapat di Amsterdam.
Makanan di situ sangat sedap dan harganya
berpatutan.

Pada keesokkan harinya, kami sekeluarga pergi
berjoging di bandar Amsterdam. Kami sekeluarga
berkemas untuk pulang saya berharap agar kita
dapat datang lagi ke sini.

Syazwina Uzma binti Shamsul Faizal
6 Seroja

Saya sekeluarga telah merancang untuk
melancong ke luar negara. Kami memilih untuk
pergi ke Singapura. Kami bertolak dari rumah
pada pukul 8.00 pagi selepas barang sudah
dikemaskan dan selepas sarapan.

Kami sekeluarga sampai di lapangan
terbang tepat pada masanya seperti yang
dirancang. Ibu memberi tiket penerbangan
kepada salah seorang pegawai yang berada di
pintu laluan kapal terbang yang akan menuju
ke Singapura. Kami berasa sangat teruja
terutamanya adik.

Saya dan adik ada terdengar pelbagai
tempat yang menarik di Singapura yang jarang
ditemukan di negara lain. Antara tempat yang
akankami sekeluarga lawati ialah Orchard
Road dan Menara Merlion. Ibu juga mengambil
kesempatan untuk menasihati kami berdua
supaya tidak berada jauh daripadanya dan
tidak bercakap dengan orang yang tidak
dikenali kerana takut kami berdua akan diculik.

Tempat yang pertama kami lawati seperti
yang dirancang iaitu Orchard Road. Orchard
Road telah menjadi tempat berjual beli sejak
1850 lagi. Tempat ini dulu ialah tempat orang
menjual makanan dan minuman. Dulu tempat
ini juga sangat terkenal dengan permandangan
di sekelilingnya yang sangat cantik.

Selepas itu, kami sekeluarga berehat dan
mandi serta solat sebentar sebelum pergi ke
tempat lain pula. Tempat seterusnya yang kami
sekeluarga pergi ialah Menara Merlion .

Menara yang berketinggian 37 meter ini
adalah sebuah lokasi yang padat dengan
pelancong. Pemandangan di sana sangat
menarik dan mengujakan. Bukan dari depan
Menara ini tapi dari mulut Merlion itu sendiri.

Akhir sekali, sebelum kami pulang ke rumah,
ibu dan ayah membelikan cenderamata kepada
saudara-mara. Kami sekeluarga sangat
seronok menikmati pengalaman di Singapura.

SYAZWANA UZMA BT SHAMSUL FAIZAL
6 Seroja

Kami sekeluarga telah pergi bercuti ke Glasgow
pada 23 hingga 24 Disember selama dua hari
satu malam. Sehari sebelum bertolak kami
sekeluarga menyediakan semua barang
keperluan seperti pakaian, beg dan lain-lain.
Kami sekeluarga berasa sangat teruja untuk
pergi ke sana.

Kami sekeluarga bertolak pada pukul 10.00
dengan menaiki kapal terbang. Di sepanjang
perjalanan kami semua diminta memakai tali

pinggang untuk memastikan semua
penumpang dalam keadan selamat.

Setibanya di sana kami sekeluarga pergi
ke hotel lima bintang yang ditempah

oleh ibu untuk berehat dan menunaikan
solat fardhu. Selepas selesai

menunaikan solat kami semua pergi
ke restoran yang berdekatan

untuk makan tengah hari. Terdapat
pelbagai makanan yang dihidangkan
seperti 'chicken chop','spaghetti'

dan sebagainya .

Setelah selesai makan kami sekeluarga pergi
melawat bandar raya Glasgow yang sangat moden
dan cantik. Bandar raya ini merupakan bandar raya
yang terbesar di Scotland. Sistem pengangkutan

di sini sangat maju .

Tidak sukar untuk bergerak ke sana sini. Setakat
ini, kami sekeluarga telah melawat ke beberapa

destinasi menarik seperti Glasgow Science Centre
dan Clyde Auditorium. Tempat- tempat ini sering

dikunjungi pelancong.

Selepas itu kami sekeluarga pergi
membeli-belah di Pusat Beli Belah
Glasgow Fort.Terdapat pelbagai pakaian
yang elegan dan cantik serta cenderamata
yang unik . Harganya juga berpatutan

dan murah.

Pada pukul 9 malam kami sekeluarga
bersiar-siar mengelilingi bandar raya
Glasgow. Pada waktu malam pemandangan
di sana sunguh cantik. Terdapat pelbagai
warna lampu yang cantik berkelipan. Pada

pukul 10.00 malam kami semua balik
ke hotel. Walaupun penat kami

sekeluarga berasa sangat teruja
dan seronok.






Click to View FlipBook Version