BERBALAS
PANTUN
PdPR
Diselenggara oleh
Cg Sam @ SKTB
Pengaran dan Pembelajaran di
Rumah (PdPR) Bahasa Melayu
melaksanakan Aktiviti berbalas
pantun (membeli pantun) melalui
pautan Google Form.
Syarat-syarat.
1. Pantun 4 kerat
2. Dua baris pembayang dan dua
baris maksud
3. Menggunakan bahasa Melayu
dengan susun kata yang yang sopan.
4. Pantun ciptaan sendiri.
5. Menepati format penulisan pantun
Banyak penyertaan diterima, namun
hanya jawapan berikut yang menepati
syarat seperti yang dinyatakan.
Tahniah kepada murid yang telah
mengambil bahagian.
Syabas.
++ 1 ++
5 tema pantun dijual
1. Meneladani Ulat Buku
2. Seronoknya Beriadah
3. Kesihatan Sepanjang Hayat
4. Terima Kasih Ibu
5. Warisan Sejarah
++ 2 ++
++ 3 ++
Syazana Uzma bt Shamsul Faizal
Kelas : 6 Seroja
Jawapan Tema 1
Menumbuk cili hingga lumat
Diletak pula rempah di tepi
Zaman IT teknologi maklumat
Si ulat buku Makin disegani
Jawapan Tema 2
Cantik nak dara berselumpuri
Jatuh terduduk mulut terlopong
Riadah dan sukan menyihatkan diri
Padang tidak sentiasa kosong
++ 4 ++
Jawapan Tema 3
Pegang sehelai daun pandan
Sambil melihat wajah di cermin
Makanan segera jarang dimakan
Kesihatan diri pasti terjamin
Jawapan Tema 4
Cantiknya sungguh puteri melaram
Sambil menyanyi tepi telaga
Kasihnya ayah siang dan malam
Kasihnya ibu sampai ke syurga
Jawapan Tema 5
Anak bebilis terbangnya rendah
Hinggap seekor di dahan kenanga
Perak negeri warisan sejarah
Adakan kempen itu caranya
++ 5 ++
Muhammad Amirul Haiqal
B Muhd Najib
6 Teratai
Jawapan Tema 1
Darjah satu darjah dua
Jadikan buku teman berdua
Teknologi maklumat sentiasa setia
Menjadi peneman di kala bersua
Jawapan Tema 2
Beramai-ramai bergotong-royong
Jadikan amalan kita sekampung
Padang jangan dibiarkan kosong
Kelak kita yang melopong
++ 6 ++
Jawapan Tema 3
Keropok goreng keropok ikan
Rasanya sedap makan selalu
Makanan ringan kerap dimakan
Kelak kesihatan tidak menentu
Jawapan Tema 4
Burung terbang hingga ke malam
Terbangnya burung singgah telaga
Kasihnya ayah siang dan malam
Kasihnya ibu hingga ke syurga
Jawapan Tema 5
Pelbagai negeri pelbagai daerah
Pelbagai warisan dan sejarah
Zaman it dan teknologi terserlah
Itulah cara menghebahkan sejarah
++ 7 ++
Izzul
Kelas : 6 Seroja
Jawapan Tema 1
Kerja rumah perlulah dijawab,
Kita mestilah sentiasa membaca,
Ibu bapa bertanggunjawab,
Mendidik anak untuk membaca.
Jawapan Tema 2
Ayah di luar leka menyabit,
Ibu pula menyiang bawal,
Awas dengan telefon bimbit,
Agar kelakuan dapat terkawal.
++ 8 ++
Jawapan Tema 3
Waktu malam waktu berehat,
Esok pagi ke Tasik Cermin,
Jika amalkan makanan sihat,
Kesihatan kita akan terjamin.
Jawapan Tema 4
Ayah kerja hingga malam,
Di akhirat juga akan jumpa,
Kasihnya ayah siang dan malam,
Kasihnya ibu hingga ke syurga.
Jawapan Tema 5
Setiap murid ada jawatan,
Jangan hanya pandai mengarah,
Pihak sekolah anjur lawatan,
Supaya kenal warisan sejarah.
++ 9 ++
Mai Qistina Damia
Kelas : 6 Seroja
Jawapan Tema 1
Mahu pergi pusat sumber,
Pergi bersama rakan-rakan,
Membaca dari pelbagai sumber,
Ulat buku tentu bertahan.
Jawapan Tema 2
Ambil buah dipotong-potong,
Mahu dihidang untuk Ah Met,
Mana tidak padang kosong,
Leka bermain dengan gajet.
++ 10 ++
Jawapan Tema 3
Jikalau diri sentiasa muram,
Ayuh bercuti di Tasik Cermin,
Makanan segera banyak garam,
Tentulah kesihatan tidak terjamin.
Jawapan Tema 4
Pergi menaiki kapal selam,
Mahu pergi bersama keluarga,
Kasihnya ayah siang dan malam,
Kasihnya ibu hingga ke syurga.
Jawapan Tema 5
Pergi kedai membeli baju ,
Pilih baju beria-ria,
Zaman kini semakin maju,
Boleh hebahkan pelbagai media.
++ 11 ++
Luqman Hakim
Kelas : 6 Kenanga
Jawapan Tema 1
Tampak tinggi si Gunung Tahan,
Penat mendaki nasi dijamu,
Pasti dapat kita pertahan,
Kerana sedar berharganya ilmu.
Jawapan Tema 2
Buah rambutan rasanya manis,
Jamu tetamu datang bertandang,
Sukan dan riadah pelbagai jenis,
Bukan hanya buat di padang.
++ 12 ++
Jawapan Tema 3
Tarian Melayu gerak senada,
Menghibur pengantin atas pelamin,
Asal makan berpada pada,
Badan sihat pasti terjamin.
Jawapan Tema 4
Anak dara berjalan kaki,
Tepi paya mengutip pegaga,
Kasih ayah membawa rezeki,
Kasih ibu hingga ke syurga.
Jawapan Tema 5
Anak muda jadi kelasi,
Belayar samudera ke negeri Sabah,
Media sosial wadah komunikasi,
Hebatnya Perak boleh dihebah.
++ 13 ++
Muhammad Ryan Zafaran
Kelas : 6 Bakawali
Jawapan Tema 1
Kuntum melati di sanggul bersemat
Baunya bikin sampai tertawan
Zaman kini teknologi maklumat
Si ulat buku dapat bertahan
Jawapan Tema 2
Merebus lokan dalam kuali
Ambilkan arang berpotong potong
Riadah dan sukan menyihatkan diri
Pagi dan petang padang tak kosong
++ 14 ++
Jawapan Tema 3
Atas menara cantik pandangan
Dapat melihat Tasik Cermjn
Makanan segera bukan pilihan
Kesihatan diri dapat terjamin
Jawapan Tema 4
Terasa payah pabila kelam
Malam gelap gunakan api
Kasihnya ayah siang dan malam
Kasihnya ibu sampai ke hati
Jawapan Tema 5
Gerak hati langkah melangkah
Merdu suara hamba dendangkan
Perak negeri warisan sejarah
Sama-samalah kita hebahkan
++ 15 ++
NUR FAQIHAH DELISHA
BINTI HARIZUL ANNUAR
Kelas : 6 Seroja
Jawapan Tema 1
Hinggap pipit di balkoni
Pecah kaca piring di laman
Teknologi hebat IT Terkini
Buku dibaca seiring zaman
Jawapan Tema 2
Hutan diredah cari keranji
Kayu disorong tepian parit
Sukan riadah aktiviti terpuji
Padang yang kosong elakkan covid
++ 16 ++
Jawapan Tema 3
Aman Negara impian tercapai
Awas segala sakit berjangkit
Makanan segera pilihan ramai
Makan berpada elak penyakit
Jawapan Tema 4
Bersusah Si Labu menjala di rawa
Bajunya kelabu menggapai raga
Ayah dan Ibu gemala di jiwa
Kasihnya ibu sampai ke syurga
Jawapan Tema 5
Terperi si merak gundah berinai
Terbang tempua guruh gerhana
Negeri Perak indah dan damai
Hebahkan semua seluruh buana
++ 17 ++
Cg Sam
Jawapan Tema 1
Tepi perigi mengail keli
Berpintal-pintal tangsi di tangan
Zaman teknologi ilmu di jari
Buku digital jadi gantian
Jawapan Tema 2
Kait cempeak di tepi tanjung
Galah sebatang sedepa panjang
Padang tidak pernah kosong
Pagi petang dikunjung orang
++ 18 ++
Jawapan Tema 3
Tengah segara layar-layaran
Tiada sampan berganti rakit
Makanan segera asas sayuran
Enak dimakan cegah penyakit
Jawapan Tema 4
Di tengah-tengah bunga kenanga
Kembang satu bunga cempaka
Kasihnya ayah sampai ke syurga
Kasihnya ibu membenteng neraka
Jawapan Tema 5
Cantik merak warnanya merah
Anak kuang mengejar serama
Negeri Perak kaya sejarah
Laman sesawang promosi bersama
++ 19 ++
Syabas
Dan Tahniah
Panitia Bahasa Melayu
SK Taman Bersatu 2020
++ 20 ++