CERPEN KUIH BAKUL LIMAU
MANDARIN
NUR ARINAH
DANIAL DANISH
AHMA FAHRIN
NUR QAISARA
DANISH HAFIZIE
FAZZY RIZQIN
RAFIQ ASYRAAF
AHMAD SYAFIZAL
SINOPSIS
Mengisahkan Sim Pau, seorang ibu yang gembira apabila
menerima panggilan telefon daripada Lim Meng yang hendak
pulang beraya. Namun berita gembira itu tidak disenangi oleh Lim
Pooi, si ayah yang masih menyimpan kemarahan terhadap anak
perempuannya itu. Anak bongsu keluarga berbangsa Cina
dipersalahkan atas segala musibah yang menimpa keluarga
mereka termasuklah kematian anak sulung lelaki mereka, Lim
Foong. Sim Pau yang selama ini bersabar, akhirnya bersuara
menentang suaminya. Lim Pooi terkejut melihat keberanian
isterinya. Sim Pau menceritakan segala-galanya termasuklah punca
kematian Lim Foong. Lim Pooi menginsafi kesalahannya. Sehari
sebelum Tahun Baru Cina, kepulangan Lim Meng disambut dengan
perasaan terharu. Akhirnya, mereka berkumpul sebagai sebuah
keluarga semula.
TEMA
Kasih sayang keluarga yang
kembali terjalin.
PERSOALAN
i. Kepercayaan pada perkara khurafat
Contoh: Lim Pooi mempercayai bahawa kelahiran Lim
Meng membawa malang kepada keluarga dan
perniagaannya.
ii. Keegoan seorang bapa
Contoh: Lim Pooi tidak mahu menerima kepulangan Lim
Meng kerana dia berpendapat bahawa Lim Meng ialah
punca segala kesedihannya.
iii.Keberanian menyuarakan pendapat
Contoh: Sim Pau berani menyuarakan pendapatnya
tentang perkara sebenar yang berlaku yang berkaitan
dengan Lim Foong.
Sim Pau
i. Isteri kepada Lim Pooi
ii. Ibu kepada Lim Foong dan Lim Meng
iii. Memiliki keberanian menyatakan kebenaran
Contoh : Sim Pau berani menyatakan kebenaran tentang
punca sebenar kematian Lim Foong kepada Lim Pooi.
iv. Memiliki kesabaran
Contoh : Selama ini, Sim Pau bersabar atas keegoan Lim
Pooi yang tidak mahu menerima kehadiran Lim Meng.
v. Mudah terasa / sensitif
Contoh : Sim Pau mengalirkan air mata apabila
mendengar kata-kata Lim Pooi yang tidak mahu
mengakui Lim Meng sebagai anaknya.
WATAK DAN PERWATAKAN
Lim Pooi
i. Suami kepada Sim Pau.
ii. Ayah kepada Lim Foong dan Lim Meng.
iii. Berbadan kurus, bermata kuyu dan mukanya cengkung.
iv. Memiliki sikap suka berdendam
Contoh: Lim Pooi mendendami Lim Meng yang dianggap sebagai pembawa
malang dan pembunuh Lim Foong.
v. Ego
Contoh: Lim Pooi bersikap ego dan tidak mengakui Lim Meng sebagai anaknya.
vi. Peniaga yang tamak
Contoh: Mengaut keuntungan dengan menyorokkan gula yang kemudiannya
dijual pada harga yang mahal.
vii. Pemarah
Contoh: Lim Pooi merotan Lim Meng yang mengadu tentang Lim Foong yang
mencuri wang di kedai.
viii.Menginsafi kesalahannya
Contoh: Selepas bertengkar dengan Sim Pau, Lim Pooi menyedari kesalahannya
lalu insaf.
WATAK DAN PERWATAKAN
Lim Meng
i. Anak bongsu daripada dua beradik.
ii. Bertanggungjawab
Contoh: Lim Meng mencuba menyelamatkan Lim Foong
daripada lemas sebaliknya dia pula yang hampir lemas.
iii. Suka mengalah
Contoh: Lim Meng mengalah dengan keluar dari rumah
apabila Lim Pooi mengugut hendak melaporkan bahawa
Lim Meng ialah pembunuh Lim Foong.
iv. Pemaaf
Contoh: Lim Meng memaafkan bapanya yang pernah
berlaku kejam kepadanya.
WATAK DAN PERWATAKAN
Lim Foong
i. Anak sulung daripada dua beradik.
ii. Anak kesayangan Lim Pooi.
iii. Suka berjudi.
iv. Mati lemas.
Sudin
i. Penduduk kampung
ii. Ikhlas
Contoh: Sudin membantu menyelamatkan Lim Meng
daripada lemas dengan ikhlas tanpa memandang
bangsa.
PLOT
i. Permulaan/Eksposisi
Sim Pau menerima panggilan telefon daripada Lim Meng yang mahu pulang beraya. Berita
kepulangan Lim Meng tidak disenangi oleh Lim Pooi. Lim Pooi tidak mengakui Lim Meng sebagai
anaknya.
ii. Perkembangan
Lim Pooi menyalahkan Lim Meng atas nasib malang yang menimpa keluarganya. Sikap Lim Pooi
diselar oleh Sim Pau yang sudah hilang sabar. Pertengkaran antara mereka berlaku. Sim Pau
menceritakan keadaan sebenar kepada Lim Pooi. Lim Pooi menyedari kesalahannya lalu memohon
maaf kepada Sim Pau tetapi Sim Pau mahu Lim Pooi meminta maaf kepada Lim Meng.
iii. Klimaks
Lim Meng pulang ke rumah dan disambut oleh Sim Pau dengan pelukan. Namun dia masih ragu-
ragu akan penerimaan bapanya.
iv. Peleraian
Lim Pooi meminta maaf kepada Lim Meng yang masih menyimpan dendam. Akhirnya, Lim Meng
tidak mahu mendendami bapanya lagi lalu memeluk bapanya. Kemudian, mereka membuat
persiapan perayaan dengan penuh gembira.
GAYA BAHASA
i. Simpulan bahasa
Contoh : Baginya hutang darah perlu dibayar dengan
darah.
Contoh : Air matanya sudah tiada nilai lagi bagi Lim
Pooi.
ii. Peribahasa
Contoh : Dia bukannya mahu menegakkan benang
yang basah tapi dia mahu menyedarkan Lim Pooi yang
terlalu mengikut perasan.
iii. Sinkof/sinkope
Contoh : “Aku tak benarkan dia jejak kaki lagi di rumah
ini.”
Contoh : “Anak aku dah mati.”
LATAR MASA, TEMPAT DAN
MASYARAKAT
Latar Masa
(a)Beberapa hari sebelum Tahun Baru Cina
(b)Sehari sebelum Tahun Baru Cina
(c)Tiga hari
Latar Tempat
(a) Dapur.
(b) Kedai.
(c) Stor di belakang kedai.
Latar Masyarakat
(a) Masyarakat yang berdendam.
(b) Masyarakat yang menginsafi kesalahan.
(c) Masyarakat yang sabar menghadapi
masalah.
NILAI
(a) keberanian
(b)keikhlasan
(c)kasih sayang.
PENGAJARAN
(a)Kita tidak boleh berprasangka
buruk terhadap seseorang tanpa
usul periksa..
(b)Kita mestilah bersikap jujur..
(c)Kita mestilah mengelakkan sikap
yang tidak bermoral..
MENGADAPTASI CERITA
Ibu, girang hatinya tidak dapat diungkap
Mendengar kepulangan anak yang dinanti-nanti
Ayah, yang menggenggam api kemarahan
Terhadap anak yang tidak bersalah
Fikiran celaru mengenangkan puteranya yang telah lama pergi
Kegembiraan seorang ibu diragut dengan kata-kata kesat
Menangis pilu hati seorang wanita
Dikatakan anak gadisnya pembawa malang
Perasaan api amarah tidak dapat lagi ditahan
Puteranya pergi kerana egois seorang ayah
Bapa tersentak mendengar pengakuan si ibu
Ayah sedar akan sifat dirinya yang tamak
Terasa diri dipukul dengan kata-kata isterinya sendiri
Termenung seorang ayah mengenangkan kisah sebenar
Puteri yang dinanti tiba di hadapan pintu rumah
Disambut gembira oleh si ibu
Maaf seorang ayah terhadap puterinya telah pun dipinta
Namun, kuih bulan menjadi sebuah persolan
Tertawalah keluarga ini kerana kuih bakul, limau mandarin