The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR AZREENA AZZREEN BINTI HANAFI IPG-Pelajar, 2025-02-24 11:03:43

KAEDAH PENILAIAN KEMAHIRAN MEMBACA

KAEDAH PENILAIAN KEMAHIRAN MEMBACA

Keywords: kemahiiran membaca,pentaksiran,kemahiran membaca

BMMB2082R PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU KKAAEEDDAAHH PPEENNIILLAAIIAANN KEMAHIRAN MEMBACA HADIAH BINTI HAMZAH NAZATUL ATHIRAH BINTI AHMAD KAMAL NIK NUR ALISA SHAHIRA BINTI NIK ZAKARIA NOR HANANI BINTI ISMAIL NOR NAZIRAH BINTI KHOLID NOR SHAHIRAH BINTI MD KAMIL NUR AFIQAH BINTI AZMAY NUR AZREENA AZZREEN BINTI HANAFI AHLI KUMPULAN


Membaca nyaring Membaca untuk menyusun maklumat Membaca untuk memahami maklumat tersurat Membaca untuk memahami maklumat tersirat Membaca untuk membanding beza Membaca untuk menaakul Membaca untuk penghayatan Membaca untuk pemikiran kritis KEMAHIRAN YANG DIUJI


1. Suara kuat dan jelas Membaca dengan intonasi yang jelas, tidak terburu-buru dan menggunakan kelantangan suara yang kuat untuk didengar oleh orang lain. 2. Penyampaian yang berintonasi Menggunakan intonasi yang sesuai dengan isi teks contohnya menaikkan dan menurunkan nada suara untuk menekankan isi tertentu. 3. Berfokus pada makna Pembaca berusaha memahami dan menyampaikan maksud atau pesanan dari teks yang dibaca kepada pendengar. MEMBACA NYARING Membaca teks dengan suara yang keras sehingga orang lain dapat mendengarnya KON S EP CIRI-CIRI


Proses memahami teks dan menyusun maklumat yang diperoleh secara logik, teratur dan sistematik. MEMBACA UNTUK MENYUSUN MAKLUMAT 5. Penggunaan Petunjuk dalam Teks Beri perhatian kepada kata hubung pertama, kemudian, seterusnya, dan akhir sekali yang membantu memandu penyusunan maklumat. 1. Memahami kandungan teks Memahami makna keseluruhan teks sebelum dapat menyusun maklumat dengan betul 2. Mengenal pasti Maklumat Utama dan Sokongan Kemahiran ini penting untuk penyusunan yang berkesan. 3. Menghubungkan idea Secara Logik Maklumat disusun mengikut hubungan logik, seperti sebab-akibat, urutan peristiwa, atau langkahlangkah dalam proses tertentu. 4. Susunan Mengikut Kronologi atau Hierarki Penyusunan maklumat boleh dilakukan berdasarkan urutan masa (kronologi), tahap kepentingan (hierarki), atau kategori tertentu. 6. Kemahiran Membuat Inferens Murid perlu membuat inferens untuk memahami hubungan tersembunyi antara maklumat. 7. Penggunaan Grafik dan Visual Buat peta minda, carta alir atau jadual untuk membantu menyusun dan memaparkan maklumat dengan lebih teratur. 8. Keupayaan Meringkaskan Maklumat Meringkaskan maklumat sambil mengekalkan fakta penting agar penyusunan lebih padat dan jelas 9. Ketepatan dan Konsistensi Maklumat tepat, jelas dan tidak bercanggah antara satu sama lain. 10. Kemahiran Organisasi Mampu mengatur maklumat secara bertema atau mengikut topik supaya mudah difahami dan relevan dengan tugasan yang diberikan. CIRI-CIRI


Membaca untuk MEMAHAMI maklumat tersurat Membaca dan memahami maklumat yang dinyatakan dalam teks dan mengambil maklumat secara langsung daripada teks tanpa tafsiran tambahan untuk mendapatkan maklumat yang jelas. 1. Jawapan jelas dan nyata Maklumat yang diperoleh daripada teks adalah secara terus dalam ayat tanpa memerlukan tafsiran mendalam. 2. Boleh dibuktikan dengan petikan teks Maklumat yang difahami boleh dirujuk kembali dalam teks sebagai bukti. 3. Berdasarkan fakta Maklumat yang diperoleh adalah berdasarkan fakta dalam teks. CIRI-CIRI KON S EP


Membaca untuk maklumat tersirat Membaca tersirat bukan sahaja membaca teks atau maklumat secara langsung tetapi memahami maksud yang tersembunyi dalam teks. 1.Mengenal pasti konteks Faham keseluruhan kandungan teks dan konteks yang disampaikan dengan baik. Dapat bezakan kejelasan antara penggunaan kata dan makna dalam ayat atau konteks. 2.Memahami kata kunci dan laras bahasa Teks mengandungi pelbagai laras bahasa dan kosa kata. Perlu ada kesinambungan antara laras bahasa dan kosa kata yang digunakan. 3.Perluasan bahan bacaan Dapat meningkatkan tahap kefahaman. Dapat mengaitkan pengalaman hidup dengan konteks bacaan dengan mudah. CIRI-CIRI KON S EP


Keupayaan seseorang pembaca mengenal pasti persamaan dan perbezaan antara dua atau lebih perkara berdasarkan bahan bacaan. Membaca untuk membanding beza 1.Mengenal pasti perbezaan Pembaca dapat melihat aspek yang tidak sama antara dua perkara seperti watak, peristiwa, fakta, hujah atau konsep. 2. Mengenal pasti persamaan Pembaca mengenal pasti elemen yang sama dalam teks. 3.Menganalisis maklumat Pembaca perlu memahami isi teks secara mendalam untuk membuat perbandingan yang tepat. 4.Membuat kesimpulan Setelah membanding beza, pembaca dapat membuat rumusan tentang kelebihan atau kekurangan sesuatu perkara. KON S EP CIRI-CIRI


Membaca untuk menaakul ialah keupayaan memahami, mentafsir dan membuat inferens berdasarkan teks. membaca untuk menaakul 1. Pemahaman Mendalam Memahami maksud tersurat dan tersirat dalam teks. 2. Keupayaan Inferens Membuat kesimpulan berdasarkan petunjuk dalam teks. 3. Pemikiran Kritis Menganalisis, menilai dan mentafsir maklumat dengan teliti. 4. Keupayaan Inferens Membuat kesimpulan berdasarkan petunjuk dalam teks. KON S EP CIRI-CIRI


Konsep Penghayatan Untuk Membaca Membaca untuk penghayatan merujuk kepada proses memahami, menghayati, dan menginterpretasikan sesebuah teks secara mendalam. Ia bukan sekadar membaca untuk mendapatkan maklumat, tetapi juga untuk merasai emosi, nilai, serta mesej yang ingin disampaikan oleh penulis. Memahami Maksud Tersurat dan Tersirat – Mampu mengenal pasti mesej utama dan maksud tersembunyi dalam teks. Menjiwai Perasaan dan Emosi dalam Teks – Menghayati perasaan watak atau suasana yang digambarkan dalam teks, seperti kegembiraan, kesedihan, atau ketegangan Ciri-ciri Penghayatan Untuk Membaca


Membuat Tafsiran dan Interpretasi – Mentafsir makna teks berdasarkan konteks dan pengalaman sendiri. Menghubungkait dengan Pengalaman Peribadi – Mengaitkan isi teks dengan pengalaman hidup atau situasi sebenar. Menilai Keindahan Bahasa – Menghargai gaya bahasa seperti penggunaan metafora, personifikasi, dan simbolisme dalam teks. Mengenal Pasti Nilai dan Pengajaran – Menganalisis nilai moral, pengajaran, dan mesej yang cuba disampaikan oleh penulis. Membuat Refleksi – Memberikan pandangan peribadi tentang teks, bagaimana ia mempengaruhi pemikiran dan perasaan pembaca. Ciri-ciri Penghayatan Untuk Membaca


1. Mengenal pasti idea utama 2. Menilai kesahihan maklumat Mengesan idea utama dalam perenggan atau keseluruhan teks. Menganalisis sama ada sumber maklumat boleh dipercayai atau bersifat bias Menyimpulkan sesuatu berdasarkan petunjuk dalam teks Memahami bagaimana satu idea atau peristiwa membawa kepada akibat tertentu Mengenal pasti hujah yang logik dan relevan dengan fakta atau bukti yang dikemukakan Menggunakan pemikiran analitik untuk mencari persamaan dan perbezaan antara dua atau lebih teks Memahami penggunaan bahasa persuasif, nada dan gaya penulisan untuk mempengaruhi pembaca Memberikan pandangan atau keputusan berdasarkan bukti yang dikemukakan dalam teks 3. Membuat Inferens 4. Mengenal pasti hubungan sebab dan akibat 5. Menentukan keabsahan hujah 6. Membandingkan dan membezakan maklumat 7. Mengenal pasti teknik tulisan 8. Membuat penilaian dan kesimpulan Membaca untuk pemikiran kritis Melibatkan keupayaan pembaca menganalisis, menilai dan membuat keputusan berdasarkan maklumat yang dibaca. CIRI - CIRI


AKTIVITI UJIAN KEMAHIRAN MEMBACA 1.Membaca Nyaring 2.Kloz Pemahaman Berasaskan Bahan Visual 3. Pemahaman Berasaskan Teks Bukan Sastera 4. Pemahaman Berasaskan Teks Sastera 5.


Tajuk: Bacaan nyaring dengan sebutan dan intonasi yang betul. bacaan nyaring Objektif: Menguji keupayaan murid membaca teks dengan sebutan, intonasi dan kelancaran yang betul. 1. Mengesan tahap pemahaman murid melalui bacaan nyaring. 2. Membantu murid meningkatkan keyakinan dalam membaca secara lisan. 3. Langkah-langkah: 1. Persediaan Murid Murid diberikan masa 5 minit untuk membaca petikan secara senyap. Guru membimbing murid mengenal pasti kata-kata sukar dan membincangkan sebutan yang betul. 2. Bacaan Nyaring Setiap murid membaca petikan secara individu di hadapan kelas atau dalam kumpulan kecil. Guru menilai bacaan berdasarkan sebutan, intonasi, jeda dan kelancaran. 3. Penilaian dan Maklum Balas Guru memberikan komen serta bimbingan terhadap aspek bacaan yang perlu dibaiki. Murid lain boleh memberikan maklum balas secara positif untuk meningkatkan keyakinan pembaca.


Teknik membaca dengan menghilangkan perkataan tertentu dalam teks. Murid melengkapkan tempat kosong berdasarkan konteks untuk menguji kefahaman dan pemikiran kritis. Objektif: Menilai pemahaman murid terhadap teks. Memperkayakan perbendaharaan kata. Meningkatkan inferens dengan meneka perkataan berdasarkan konteks. Menggalakkan pemikiran kritis melalui analisis teks. k l o z Langkah-langkah: Guru menunjukkan gambar rangsangan berkaitan dengan teks untuk menarik perhatian murid dan melakukan aktiviti penyoalan bagi menggambarkan topik kepada murid. 1. Murid berbincang tentang gambar dan membuat ramalan mengenai teks. 2. Guru mengedarkan teks kloz dengan perkataan tertentu yang dihilangkan. 3. Murid membaca teks secara senyap dan memahami konteks bacaan. 4. Murid melengkapkan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai berdasarkan maklumat dalam teks. 5.


Ini ialah ____(1). Saya menamakan dia Kitty. Kitty ialah seekor ____(2). Bulunya berwarna ____(3). Setiap pagi saya memberi Kitty makan ____(4). Kitty sangat suka bermain dengan ____(5). Kadang-kadang, Kitty berlari ke sana ke mari di halaman rumah. Saya sangat ____(6) akan Kitty kerana dia comel dan manja. Arahan: Lengkapkan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai. k l o z 1.gambar rangsangan 3. contoh latihan 2. contoh soalan Apakah yang kamu nampak dalam gambar ini? Apakah nama haiwan ini? Pernahkah kamu melihat kucing? Bagaimana rupa dan sifat kucing ini? Apakah warna kucing yang kamu suka?


Bahan merujuk kepada bahan pengajaran berbentuk maujud. Bahan pengajaran ini dapat menguji kepekaan deria tubuh murid supaya bergerak aktif semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PDP) (Nasir, N. & Abu Bakar, S.N., 2019). Konsep Pemahaman Berasaskan Bahan Visual Visual merujuk kepada pelihatan. Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM), visual mampu memberi kesan terhadap deria pelihatan manusia.


Ciri-ciri Pemahaman Bahan Visual 1. Keupayan mentafsir imej Mentafsir ilustrasi, grafik, dan gambar dalam bentuk mudah fahami. 2.Gabungan warna dan simbol Menarik minat murid untuk membaca Murid seronok Murid fokus 3.Paparan infografik atau maklumat ringkas Menarik dan mudaf untuk difahami Kejelasan maklumat diperolehi Memupuk sikap kreativiti dalam diri murid 4.Menghubungkan sebab dan akibat memudahkan murid melakukan latihan mengarang berdasarkan gambar Murid mudah untuk melihat dan menyatakan sebab dan akibat terhadap konteks kemahiran berbahasa (khususnya kemahiran membaca)


AKTIVITI Pemahaman Bahan Visual Kolodii (2017), aktiviti bahan visual seperti gambar dan kad imbas dapat membantu murid mempelajari perbendaharaan kata. Selain itu, imej visual yang dipaparkan secara tak langsung dapat dikaitkan dengan pengalaman sebenar murid. Pengekodan warna pada kad imbas dapat merangsang kepekaan deria pelihatan murid terhadap suku kata. Lakaran gambar yang dilukis oleh murid juga dapat membantu murid mengingati kata abstrak (Ngui & Mohamad Nasri, 2021).


Teks bukan sastera merujuk kepada bahan bacaan yang bersifat fakta, objektif, dan bertujuan untuk menyampaikan maklumat, ilmu pengetahuan, atau panduan tanpa unsur kreatif seperti imaginasi dan emosi yang mendalam. Konsep Pemahaman Teks Bukan Sastera


Aktiviti Kloz (Isi Tempat Kosong) ✅ Pelajar mengisi tempat kosong dalam petikan berdasarkan pemahaman mereka. Contoh: Kualiti udara semakin merosot disebabkan oleh pencemaran yang berpunca daripada ________. (kilang, kenderaan, pembakaran terbuka)_ Padanan Maklumat ✅ Pelajar diberikan senarai pernyataan dan mereka perlu memadankannya dengan bahagian yang betul dalam teks. Contoh: Jika teks berkaitan pemanasan global, pelajar memadankan punca, kesan, dan langkah penyelesaian. Konsep Pemahaman Teks Bukan Sastera


1. Mengenal Pasti Idea Utama dan Idea Sampingan Mengenal pasti isi penting dalam teks yang menyokong tajuk utama. 2. Memahami Maklumat yang Tersurat dan Tersirat Maklumat tersurat → Maklumat yang dinyatakan secara jelas dalam teks. Maklumat tersirat → Maklumat yang perlu ditafsir berdasarkan pemahaman pembaca. 3. Menganalisis Fakta dan Pendapat Fakta → Maklumat yang benar dan boleh dibuktikan. Pendapat → Pandangan atau perspektif individu yang mungkin berbeza antara satu sama lain. 4. Mentafsir Data, Jadual, dan Grafik Memahami maklumat yang dipersembahkan dalam bentuk visual seperti carta, jadual, atau gambar rajah. 5. Membuat Rumusan dan Kesimpulan Merumuskan isi penting yang telah dibaca dalam bentuk yang lebih ringkas. 6. Menghubungkan Maklumat dengan Kehidupan Seharian Mengaplikasikan maklumat dalam teks kepada situasi sebenar. Konsep Pemahaman Teks Bukan Sastera


Langkah-langkah Aktiviti: 1.Pembacaan Teks: Pelajar membaca petikan daripada karya sastera yang dipilih. 2.Kenal Pasti Watak Utama: Pelajar mengenal pasti watak utama dan watak sampingan yang muncul dalam teks. 3.Analisis Perwatakan: Pelajar menganalisis sifat-sifat watak, perubahan yang berlaku sepanjang cerita, serta motivasi di sebalik tindakan watak-watak tersebut. Menganalisis Perwatakan dalam Karya Sastera Aktiviti Pemahaman Teks Sastera


Langkah-langkah Aktiviti: 1.Pembacaan Teks: Pelajar membaca teks dengan fokus pada keseluruhan tema dan mesej. 2.Kenal pasti Tema: Pelajar mengenal pasti tema utama teks (contohnya, persahabatan, perjuangan, atau ketidakadilan). 3.Mencari Mesej: Pelajar menganalisis mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang, dan apakah pengajaran yang dapat diambil. Mengenal pasti tema dan pengajaran


Langkah-langkah Aktiviti: 1. Fokus pada Gaya Bahasa: Pelajar membaca petikan dan memberi perhatian pada teknik bahasa yang digunakan oleh pengarang. 2.Kenal Pasti Teknik Bahasa: Pelajar mengenal pasti penggunaan teknik seperti metafora, simile, personifikasi, atau hiperbola. 3.Analisis Kesan Teknik Bahasa: Pelajar menganalisis bagaimana teknik ini memberi kesan kepada pemahaman teks dan perasaan pembaca. Mengenal pasti Gaya Bahasa


ASPEK DALAM PENILAIAN BACAAN NYARING 1.Sebutan 2.Intonasi 3.Nada 4.Kefasihan


sebutan Ketepatan Sebutan Bunyi Huruf dan Perkataan Setiap huruf vokal (a, e, i, o, u) dan konsonan disebut dengan betul Perkataan disebut mengikut sebutan baku Bahasa Melayu Sebutan Suku Kata yang Jelas Setiap suku kata disebut tanpa tertinggal atau bercampur Contoh: perkataan bermain disebut sebagai ber-ma-in, bukan ber-main. Sebutan Imbuhan yang Tepat Imbuhan awalan, akhiran, apitan dan sisipan disebut dengan jelas dan tidak diabaikan. Contoh: perkataan menyiram disebut sebagai me-nyi-ram, bukan si-ram. Sebutan Konsonan dan Diftong yang Betul Bunyi konsonan berganding seperti tr, kr, dan pr mesti disebut lancar tanpa terputus. Diftong seperti ai, au dan oi disebut dengan bunyi yang tepat. Penghindaran Pengaruh Loghat atau Dialek Bacaan mestilah bebas daripada loghat atau dialek tempatan supaya jelas difahami. Kejelasan dan kefasihan Sebutan Bacaan disampaikan dengan jelas dan lancar tanpa tersekatsekat. Konsistensi Sebutan Sepanjang Bacaan Sebutan perlu kekal jelas dan betul dari awal hinggan akhir tanpa sebarang perubahan dari segi intonasi yang boleh mengganggu kefahaman.


INTONASI PENYESUAIAN TEKANAN DAN PENEKANAN PERKATAAN Memberi tekanan kepada perkataan penting dalam ayat untuk menekankan kepada maksud ayat. Contoh, “Sila duduk di sini”. (Penekanan pada sila menunjukkan arahan sopan). EKSPRESI YANG BERSESUAIAN Membaca dengan ekspresi dan intonasi yang menunjukkan perasaan mengikut kandungan teks tersebut. Intonasi ini membantu pendengar lebih memahami maksud teks dengan lebih mendalam INTONASI YANG SESUAI MENGIKUT JENIS AYAT Ayat penyata Intonasi biasa dan tenang Ayat tanya Intonasi sedikit menaik di akhir ayat Ayat seruan Intonasi lebih tinggi dan beremosi Ayat perintah Intonasi tegas dan jelas


Nada yang digunakan sesuai dengan isi kandungan teks Contoh: nada tegas untuk ayat perintah atau nada sedih untuk cerita yang menyentuh perasaan KESERASIAN NADA DENGAN TEKS MAKNA NADA Pembaca dapat mengawal naik dan turun nada suara agar bacaan tidak mendatar atau terlalu menonton KAWALAN NADA Pembaca menggunakan variasi nada untuk menunjukkan perasaan dan menekankan bahagian penting dalam teks VARIASI NADA Perubahan nada yang dibuat membantu menyampaikan mesej dengan lebih jelas dan tidak mengelirukan KEJELASAN DALAM PERUBAHAN NADA Nada tidak berubah secara tiba-tiba tanpa sebab yang jelas dan selari dengan perkembangan idea dalam teks KESINAMBUNGAN NADA


Kefasihan Perubahan nada yang dibuat membantu menyampaikan mesej dengan lebih jelas dan tidak mengelirukan KELANCARAN BACAAN Sebutan perkataan mengikut sebutan baku dalam Bahasa Melayu Tiada kesalahan dalam menyebut vokal, konsonan atau diftong SEBUTAN YANG JELAS DAN BETUL Intonasi yang digunakan selari dengan maksud ayat Contoh: Intonasi menaik untuk soalan, intonasi menurun untuk penyataan INTONASI YANG SESUAI Berhenti seketika di tanda koma (,), berhenti penuh di noktah (.) dan menaikkan suara untuk tanda soal (?) atau tanda seru (!) KEPATUHAN KEPADA TANDA BACA Tidak terlalu laju hingga sukar difahami atau terlalu perlahan hingga kehilangan daya tarik TEMPO ATAU KADAR BACAAN YANG SESUAI


Click to View FlipBook Version