The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ainul Mohammad, 2023-04-20 04:08:21

TUGASAN 4 BMMB1114 SEJARAH DAN JENIS TULISAN KHAT

NAMA: AINUL HUSNA
KELAS: BM2

BMMB1114 PENG ENALAN SISTEM EJAAN JAWI DAN RUMI TUGASAN 4: Sejarah Tulisan Khat dan Jenis-Jenis Tulisan Khat NAMA: AINUL HUSNA BINTI MOHAMMAD KELAS: BAHASA MELAYU 2 NO.KAD PENGENALAN: 040319-10-0836 PROGRAM: PPISMP AMBILAN JUN 2022 NAMA PENSYARAH: MOHD ZUHAIRI BIN RAFFIEN


1.0 Pengenalan 2.0 Sejarah Tulisan Khat 3.0 Jenis-Jenis Tulisan Khat 3.1 Khat Kufi 3.2 Khat Nasakh 3.3 Khat Thuluth 3.4 Khat Riq'ah 3.5 Khat Diwani 3.6 Khat Farisi 4.0 Penulisan Khat Nasakh: Pemanfaatan Digital Menjana Kompetensi Guru 5.0 Rumusan Rujukan Isi kandungan


1.0 Pengenalan Tulisan Khat merupakan sejenis kaligrafi Arab yang terkenal dan luas digunakan di merata negara. Khat juga mengalami zaman perkembangannya sama seperti tulisan-tulisan yang lain. Khat juga mempunyai banyak jenis, antaranya khat Kufi, khat Nasakh, khat Thuluth, khat Riq ' ah, khat Diwani dan khat Farisi. Seorang ahli seni terkenal di dunia dari Perancis yang bernama Picasso, pernah mengatakan "Selepas aku melihat seni yang terdapat pada Khat Arab, aku mengakui bahwa dunia seni lukis masih terkebelakang dengan kesenian itu ". Kata-kata ini bermakna, seni khat merupakan seni yang dipandang tinggi serta diangkat martabatnya.


SEJARAH TULISAN KHAT 2.0


Pada zaman Umawwiyah, telah mula percetakan mata wang, penulisan mushaf, surat-menyurat dan ukiran-ukiran di dinding. Oleh itu pada zaman ini kemahiran menulis khat menjadi suatu perkara oenting bagi memastikan kegiatankegiatan tersebut dapat dilaksanakan mengikut apa yang diinginkan. Pada zaman ini juga, tulisan khat telah mengalami penambahbaikan dari segi kaedah penulisannya iaitu Abu AlAswad Al-Duali meletakkan titik pada tulisan khat tersebut. Bukan itu sahaja, baris-baris khat juga ditambahbaik oleh AlKhalil bin Ahmad Al-Farahidi dengan menyeimbangkannya. Pada Zaman Abbasiah, Abu Ali dan Ibnu Muqlah merupakah tokoh bagi perkembangan tulisan khat pada zaman ini. Ibnu Muqlah dikatakan sebagai pencetus kepada pembaharuan tulisan khat dan Abu Ali pula telah berjaya menghasilkan sistem nisbah dalam pembentukan huruf tunggal yang berasaskan ukuran geometri. Selepas itu, perkembangan tulisan khat diteruskan lagi apabila Ibnu Bawwab meluaskan lagi sistem nisbah yang dihasilkan oleh Abu Ali tersebut. Kemudian, Jamaluddin Yaqut Al-Musta ’ simi telah mempelajari ilmu tulisan khat daripada Ibnu Muqlah dan berjaya membentuk enam gaya khat atau disebut juga sebagai Aqlam Sittah. Aqlam Sittah tersebut ialah Thuluth, Muhaqqaq, Raihani, Nasakh, Riq ’ ah dan Tauqi’.


Selepas tamat zaman Abbasiah, iaitu apabila berlaku kejatuhan empayar kerajaan Abbasiah, perkembangan tulisan khat diteruskan pada zaman Uthmaniyyah di Turki. Semasa Kerajaan Tartar memerintah, kebanyakan Ulama ’ dan cendiakawan berpindah ke Mesir. Ada juga yang pergi ke Iraq dan Iran. Pada kurun ke-17 Masihi, Al-Hafiz Uthman Sultan Mustafa II telah memerintah dan telah menyebarkan dan menyemarakkan tulisan Khat Aqlam Sittah secara menyeluruh di tanah jajahannya. Oleh sebab itu, pada abad ke-19, penggunaan dan penyebaran tulisan khat terus cemerlang dan mengalami zaman kegemilangannya di Turki sehingga lahir tokoh-tokoh seni khat terkenal seperti Mustafa Raqim, Mustafa Izzat, Muhammad Nazif, Ismail Hakki dan banyak lagi. Pada abad ke-7 Masihi, kegiatan perniagaan dan perdagangan mula dijalankan di Sumatera.Oleh sebab itu, ia menjadi tempat tersebarnya agama Islam sedikit demi sedikit dan menjadikan tulisan khat juga mula memasuki Tanah Melayu. Pada kurun ke-15 Masihi, Melaka pula mengambil alih pusat kegiatan perdagangan di Tanah Melayu tersebut. Orang Arab merupakan bangsa yang terkenal dengan kegiatan perdagangan dan perniagaan yang menggunakan jalan laut. Hal ini kerana, sebelum kedatangan Islam lagi orang Arab dikatakan telah berulang-alik ke negeri Cina dengan belayar melalui Selat Melaka yang terletak di tengah-tengah Kepulauan Melayu. Orang Arab juga telah menjalankan urusan perdagangan di Pasai, iaitu sebuah kerajaan yang didirikan oleh Malik al-Saleh. Pada masa itu, terdapat tulisan khat yang tercatat pada batu nisan Makam Sultan Malik al-Saleh yang bertarikh 1279 Masihi. Menurut Abdul Jalil (2012) pula, tulisan Jawi telah muncul di Kepulauan Melayu seawal abad ke-13 Masihi. Terdapat juga penggunaan tulisan Jawi pada Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh abad ke-14. Berdasarkan bukti-bukti yang dinyatakan, ia membuktikan bahawa tulisan khat telah mula digunakan sejajar dengan penggunaan tulisan Jawi.


Tulisan khat kemudiannya telah digunakan dalam urusan persuratan dan dan perutusan rasmi kerajaan. Bukan itu sahaja, khat juga digunakan di zaman penjajahan British. Contohnya, surat-surat perjanjian rasmi telah ditulis dengan tulisan khat. Pada peringkat pendidikan pula, matapelajaran Jawi dan khat telah menjadi salah satu matapelajaran di sekolah-sekolah agama kerajaan negeri dan sekolah-sekolah tersebut mempunyai sekurang-kurangnya seorang tenaga pengajar yang pakar dalam bidang seni khat supaya pengajaran tulisan khat menjadi lebih berkesan, formal dan sistematik. Antara pusat pendidikan yang berjaya melahirkan ramai guru yang mengajar tulisan jawi dan seni khat ialah Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim. Antara sekolah-sekolah Arab yang telah melahirkan ramai penulis khat pula ialah Madrasah Al- Attas Johor, Sekolah Sultan Zainal Abidin Terengganu, Madrasah Muhammadiyyah Kelantan, Maktab Mahmud Kedah dan Madrasah Al-Ihya Al- Syarif, Perak. Penulis-penulis Khat tanah air yang dikenali ramai pada masa itu antaranya ialah Syed Abdul Rahman bin Hasan Al-Attas, Haji Wan Salleh Fathi bin Wan Isa serta beberapa penulis muda yang kini semakin kehadapan. Bukan itu sahaja, Terdapat juga penulis-penulis tempatan yang menyertai pertandingan di peringkat antarabangsa dan ada juga di kalangan mereka yang menjuarai pertandingan peringkat ASEAN beberapa kali.


JENIS-JENIS TULISAN KHAT 3.0


Khat Kufi 3.1 Khat Kufi adalah khat tertua dan merupakan asas ataupun sumber asal yang diubahsuai sehinggalah khat-khat yang lain wujud. Khat Kufi ini diambil namanya dari nama sebuah bandar di Iraq, iaitu kota al-Kufah yang terletak di Mesopotamia. Khat kufi apda mulanya berbentuk lurus dan tegak, namun selepas itu khat Kufi mula ditulis dengan menginspirasikan tumbuh-tumbuhan yang menjalar seperti bunga dan daun. Khat Kufi mempunyai bentuk yang bersegi, tegak, dan bergaris lurus. Khat Kufi juga mempunyai unsur geometri kerana bentuknya yang lebih kepada lurus dan tegak. Oleh itu, khat Kufi ini dikatakan sesuai digunakan sebagai hiasan pada dalam ataupun luaran bangunan seperti masjid, dan sekolah. Ciri-ciri


Contoh khat Kufi Rajah 1 Rajah 2 َجَماَل ْل ِحُّب ا ِإَّن َهَّللا َجِميٌل ُي Ayat yang ditulis: يا حنان يا منان Ayat yang ditulis:


Khat Nasakh 3.2 Khat ini merupakan antara khat yang paling terkenal bukan sahaja di negeri-negeri Arab, malah di seluruh dunia tidak kiralah negara Islam mahupun bukan Islam. Kebiasaannya, khat nasakh ini digunakan untuk penulisan Al-Quran Al-Karim, surat khabar, dan majalah ilmiah. Pada kurun ketiga dan keempat hijrah, tulisan khat telah diperhaluskan dan satu kaedah khat telah dihasilkan oleh seorang menteri dari kerajaan Abbasiah bersama sahabatnya. Kaedah khat tersebut ialah Kaedah Penulisan Khat Nasakh. Dalam kaedah tersebut, beliau telah menentukan ukuran, panjang, pendek, jarak huruf, gaya dan irama. Penulisan khat Nasakh ini lembut dan mudah dibentuk hurufnya kerana proses pembentukan hurufnya tidak rumit. Khat Nasakh ini juga mudah dibaca kerana mempunyai baris. Oleh sebab itu, pada masa kini khat Nasakh digunakan dalam penulisan al-Quran al-Karim. Ciri-ciri


Contoh khat Nasakh


Thuluth merupakan perkataan Arab yang bermaksud satu pertiga. Oleh itu, penulisan khat ini ditulis huruf menegaknya dengan menggunakan pen khat yang lebar matanya satu pertiga. Jika lebar mata pena khat tersebut lebih daripada satu pertiga, orang Arab memanggilnya tuqechah thuluth yang bermakud thuluth yang dibesarkan. Khat Thuluth ini juga dikenali sebagai Ummul Khat yang bermaksud ibu tulisan. Khat Thuluth 3.3 Ciri-ciri Bentuk huruf yang ditulis dengan kaedah khat Thuluth berbentuk lembut seakan-akan ditarik dan dilepaskan hujung ekor hurufnya sehingga menjadi tajam. Contoh yang mudah dilihat perbezaannya daripada khatkhat lain ialah pada penulisan huruf ' ra ' yang beralun dan tajam dihujung. Khat ini juga mempunyai banyak kaedah dalam menulisnya. Oleh itu, seseorang yang ingin menulis khat Tuluth ini perlu mempunyai kemahiran yang tinggi.


Contoh Khat Thuluth ُه ُه، و َال ِديَن ِلَمْن اَل َعْهَد َل َماَن َة َل يَماَن ِلَمْن اَل َأ ال ِإ Ayat yang ditulis:


3.4 Khat Riq'ah Semasa zaman Uthmaniyyah, orang Turki gang bernama Turki Mumtaz Bek telah mencipta Khat Riq ' ah. Penciptaan Khat Riq ' ah ini bertujuan menyeragamkan tulisan dalam semua urusan rasmi di kalangan kakikatangan kerajaan. Huruf yang ditulis dengan khat Riq ' ah bersaiz kecil. Khat Riq ' ah ditukis secara tegak dan tidak diletakkan baris. Khat Riq ' ah ini lazimnya digunakan dalam penulisan nota kerana lebih cepat dan mudah ditulis. Ciri-ciri


Contoh Khat Riq'ah أهال وسهال Ayat yang ditulis: Ayat yang ditulis: ِحْيِم ْحٰمِن الَّر ِبْسِم ِهللا الَّر


3.5 Khat Diwani Khat Diwani telah dicipta oleh seorang penulis pada zaman Uthmaniyyah. Penulis tersebut ialah Ibrahim Munif. Beliau telah melakukan pengkaedahan khat iaitu dengan menentukan ukuran tulisan khat Diwani ini. Pada mulanya, khat Diwani digunakan sebagai tulisan rasmi di jabatan-jabatan kerajaan seperti pekeliling pentadbiran, urusan surat-menyurat rasmi kemudian selepas itu ia mula diterima dan digunakan oleh segenap lapisan masyarakat seperti digunakan pada watikah perlantikan dan sijil-sijil tertentu. Ciri-ciri Khat Diwani berbentuk melengkung dan bulat serta ditulis dengan lembut dan mudah dibenruk mengikut kesenian dan kehendak penulis. Penulisan khat Diwani memerlukan seorang penulis yang mahir menulis dengan lembut bagi memastikan khat Diwani mampu dihasilkan dengan baik. Antara penulis khat Diwani yang terkenal ialah Hashim Muhammad Al-Baghdadi dan Syed Ibrahim.


Contoh Khat Diwani Ayat yang ditulis: ِحْيِم ْحٰمِن الَّر ِبْسِم ِهللا الَّر


3.6 Khat Farisi Khat Farisi bermula di negeri Iran. Masyarakat Iran memang terkenal dengan budaya kesenian yang merupakan warisan turun-temurun datuk nenek mereka. Pada mulanya, nama tulisan mereka ialah tulisan Bahlawi dan ditukar namanya kepada khat al-Qirmuz sebagai nama bagi tulisan Arab yang telah ditukar selepas kedatangan Islam ke Parsi. Khat tersebut digunakan dalam penulisan al-quran yang mula dilakukan pada masa itu. Selepas itu, khal al-Qirmuz ditukar pula namanya kepada Khat Ta ’liq. Khat Farisi mempunyai bentuk yang cantik serta hurufnya yang menarik.Hal ini dikatakan demikian kerana, khat Farisi ditulis dengan tidak meletakkan baris pada hurufnya dan gaya penulisannya tidak tersusun. Khat Farisi ini juga terlihat keindahannya apabila ia berbentuk melengkung. Hurufnya pula condong ke kanan dan memanjang serta dan kurang garis menegak. Ciri-ciri


Contoh Khat Farisi ِحْيِم ْحٰمِن الَّر ِبْسِم ِهللا الَّر ُسب َحاَن ِهّللا َو ِب َحْمِدِه Ayat yang ditulis: Ayat yang ditulis:


PENULISAN KHAT NASAKH: PEMANFAATAN ILMU DIGITAL MENJANA KOMPETENSI GURU 4.0


Sebagai rumusannya, tulisan Khat adalah seni yang mempunyai keunikannya yang tersendiri. Setiap individu disarankan agar mempelajari tulisan ataupun seni khat ini. Hal ini dikatakan demikian kerana mempelajari tulisan khat mempunyai banyak kebaikan dan kepentingan. Antara kepentingannya ialah dapat menjadi sumber rezeki kerana tidak semua orang mampu menguasai dan mahir dalam menghasilkan tulisan khat. Selain itu, individu yang cinta kepada seni khat ini akan mempunyai keyakinan diri. Bukan itu sahaja, seseorang individu itu juga akan dapat memahami isi buku ataupun tulisan yang menggunakan seni khat. Maka, peliharalah tulisan khat ini dan jangan biarkan ia ditelan zaman. 5.0 Rumusan


Rujukan Rais Yatim. (2006). Pembudayaan Tulisan Jawi, Kuala Lumpur: Menteri Kebudayaan, Kesenian, dan Warisan Malaysia Mujahid Taufiq al-Jundi. (1990). al-Khat al-A’rabiy Wa Adawat al-Kitabah, Kaherah: Mausu’ah al- Funun alIslamiah. Abdul Razak Abdul Karim. (2001)."Penggunaan Kaligrafi Dalam Penulisan Warkah-Warkah Melayu: Satu Kajian. Jurnal Filologi Melayu. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia. Hashim Musa. (2005). "Peranan Tulisan Jawi Dalam Perkembangan Islam di Malaysia", Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 16.


SEKIAN, TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version