INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KAMPUS DARULAMAN, 06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN Nama : AINUL HUSNA BINTI MOHAMMAD Angka Giliran : 2022182440028 No. K/P : 040319-10-0836 Unit/ Program/ Ambilan : PISMP / BAHASA MELAYU 2 / OGOS 2022 Kod & Nama Kursus : PSVK3473 PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL Tajuk Tugasan : E-PORTFOLIO RPH PSV Nama Pensyarah : NORAZIZAH BINTI MOHD TAJUDDIN Tarikh Hantar : 12 FEBRUARI 2025 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar: _______________________ Tarikh: 12 Februari 2025 PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar: _________________________ Tarikh:
Isi Kandungan 1.0 Pengenalan........................................................................................................................1 2.0 Rancangan Pengajaran Harian 4 Bidang Kegiatan Pendidikan Seni Visual......................2 2.1 RPH Bidang Menggambar 2.2 RPH Bidang Membuat Corak dan Rekaan 2.3 RPH Bidang Membentuk dan Membuat Binaan 2.4 RPH Bidang Mengenal Kraf Tradisional 3.0 Penutup............................................................................................................................26 Rujukan
1.0 Pengenalan Pendidikan abad ke-21 menekankan pembangunan insan yang holistik, seimbang, dan berdaya saing dalam pelbagai bidang. Seni visual merupakan salah satu aspek penting dalam sistem pendidikan, bukan sahaja untuk mengasah kreativiti tetapi juga untuk membentuk pemikiran kritis, inovatif, dan ekspresif dalam kalangan murid. Melalui Pendidikan Seni Visual (PSV), murid diberi ruang untuk meneroka bakat, mengembangkan daya imaginasi, serta memahami seni sebagai medium komunikasi dan apresiasi budaya. Kurikulum PSV KSSR dirangka untuk merangkumi empat bidang utama, iaitu menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan, serta mengenal kraf tradisional. Setiap bidang ini berperanan dalam memperkaya pengalaman pembelajaran murid dengan menggalakkan eksplorasi idea, kemahiran tangan, dan pemahaman terhadap unsur serta prinsip seni. Selaras dengan keperluan pendidikan abad ke-21, PSV turut mengintegrasikan elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), pembelajaran berasaskan projek, serta penggunaan teknologi digital bagi memastikan murid dapat menyesuaikan diri dengan perkembangan dunia moden. Pendekatan yang digunakan dalam PSV bukan sahaja memperkukuh pemahaman murid terhadap seni tetapi juga membentuk mereka menjadi individu yang lebih kreatif, inovatif, dan peka terhadap keindahan serta warisan budaya. Dengan itu, PSV berperanan sebagai platform penting dalam melahirkan generasi yang memiliki keseimbangan antara intelek, emosi, dan estetika, selaras dengan aspirasi pendidikan negara.
2.0 Rancangan Pengajaran Harian 4 Bidang Kegiatan Pendidikan Seni Visual 2.1 RPH Bidang Menggambar RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual Tarikh 25. 2. .2025 Masa 11.30 - 12.30 pagi (60 minit) Kelas 2 MENTARI Bilangan Murid 24 ORANG Bidang Menggambar Unit 10: Segarnya Air Terjun Tajuk Suasana hidupan laut Standard Kandungan 1.1 Bahasa Seni Visual 2.1 Kemahiran Seni Visual 3.1 Penghasilan Karya Kreatif 4.1 Penghayatan Karya Seni Visual Standard Pembelajaran 1.1.1 Mengenal dan menerangkan bahasa seni visual dalam Bidang Menggambar berdasarkan: (iv) garisan, warna, kontra serta ritma dan pergerakan yang ada pada resis. 2.1.1 Mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual melalui media dan proses untuk menghasilkan karya dalam Bidang Menggambar menggunakan: (iv) teknik resis 3.1.1 Menghasilkan karya yang kreatif dengan: (i) Memilih dan memanipulasi media secara kreatif. (ii) Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya secara kreatif (iii) Mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya secara kreatif. (iv) membuat kemasan pada hasil karya. 4.1.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan. 4.1.2 Membuat apresiasi karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, teknik dan proses serta menghubungkaitkan seni dengan diri sendiri dan alam sekitar.
Objektif Pembelajaran Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: 1. Mengenal pasti dan menerangkan bahasa seni visual dalam bidang menggambar, seperti garisan, warna, kontra, ritma, dan pergerakan dalam teknik resis. 2. Mengaplikasikan teknik resis dalam menghasilkan karya seni kreatif bertemakan suasana hidupan laut. 3. Memilih dan menggunakan media seni yang sesuai secara kreatif. 4. Membuat apresiasi terhadap hasil karya sendiri dan rakan menggunakan bahasa seni visual. Kriteria Kejayaan i. Murid berjaya mengenal pasti dan menerangkan sekurangkurangnya tiga bahasa seni visual yang terdapat dalam teknik resis. ii. Murid berjaya menghasilkan karya seni bidang menggambar menggunakan teknik resis yang bertemakan suasana hidupan laut. iii. Murid berjaya memilih dan menggunakan alat dan bahan yang sesuai dengan teknik resis untuk menghasilkan kesan visual yang menarik. iv. Murid berjaya mempamerkan karya dan membuat apresiasi terhadap karya sendiri berpandukan bahasa seni visual, teknik dan proses. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran • Pendekatan Bertema Elemen Merentas Kurikulum (EMK) • Kreativiti dan inovasi • Teknologi maklumat dan komunikasi • Nilai murni • Keusahawanan • Kelestarian alam sekitar KBAT Mengaplikasi, menganalisis Alat Dan Bahan Kertas lukisan, berus warna, pensel, palet, lilin, oil pastel, cat poster Bahan Bantu Mengajar • Video hidupan laut • Contoh karya resis • Video Penghasilan resis • Komputer • Kad bahasa seni visual • Canva • Buku teks muka surat 88-89
Strategi pdpc abad 21 - Pembentangan - Permainan (Show your card & share) - Peta i-think Kemahiran Abad ke 21- mahir berkomunikasi, berdaya tahan, kerja sepasukan Langkah / Masa (Minit) Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan Set Induksi (3 minit) https://www.youtube.com/live/SJ 56h8orRTc?si=sNvMwqIuxJ620 dkS Perbincangan/Soal jawab: i. “Apakah yang kamu lihat dalam gambar/video ini?” ii. bagaimanakah cara kamu menjaga hidupan laut agar tidak pupus? ii. “Bagaimanakah warna dan corak yang terdapat pada hidupan laut?” Jangkaan jawapan: i.(a) ikan (b) air laut (c) pelbagai hidupan laut ii.(a)tidak membuang sampah ke dalam sungai/laut (b)tidak mencemarkan laut iii.(a) berwarna-warni (b) laut berwarna biru (c)terdapat corak pada ikan 1. Guru menunjukkan video hidupan laut seperti ikan, terumbu karang, sotong, dan obor-obor. 2. Murid menonton video dengan teliti 3. Murid bersoal jawab dengan guru 4. Guru mengaitkan set induksi dengan topik pelajaran BBM: - Projektor - Komputer - Video hidupan laut KBAT: Mengaplikasi EMK: Teknologi maklumat dan komunikasi
Langkah 1 Bahasa Seni Visual (7 minit) Pengenalan resis Unsur seni Prinsip rekaan Contoh karya resis Kad bahasa seni visual (Permainan “Show your card & share”) 1. Guru memberi penerangan kepada murid mengenai teknik resis dan bahasa seni visual 2. Guru menunjukkan contoh karya yang menggunakan teknik resis. 3. Murid diberikan kad perkataan yang mengandungi unsur seni dan prinsip rekaan 4. Permainan “Show your card dimulakan” 5. Beberapa orang murid dikehendaki menyebut bahasa seni visual yang ada pada karya tersebut 6. Murid lain yang memegang kad bahasa seni visual yang disebut itu perlu mengangkat kad dan menjelaskannya. 7. Guru memberi maklum balas BBM: - Canva - contoh karya resis - Kad unsur seni & prinsip rekaan KBAT: Menganalisis EMK: -Kreativiti dan inovasi -Nilai murni, keberanian)
Langkah 2 Kemahiran Seni Visual (10 minit) Video Penghasilan resis https://youtu.be/WHoDE_8vnGk ?si=ikKa5GlSw6EyfCYE Alat dan bahan Langkah-langkah 1. Murid menonton dengan teliti video penghasilan karya resis yang ditayangkan oleh guru. 2. 1. Murid diminta mengeluarkan alat dan bahan yang perlu digunakan untuk menghasilkan teknik resis 3. Setiap kumpulan murid dikehendaki menyebut 1 alat atau bahan yang diperlukan serta menjelaskan fungsinya. 4. Guru memberi maklum balas 5. Murid mencuba teknik resis secara individu dengan bimbingan guru. BBM: - Canva - Penghasilan resis KBAT: -Mengaplikasi EMK: -Teknologi Malumat & Komunikasi -Nilai murni (kerjasama) Langkah 3 Penghasilan Karya Seni Visual ( 35 minit) Penghasilan karya resis bertemakan suasana hidupan laut 1. Murid diminta menghasilkan karya seni bertemakan suasana hidupan laut menggunakan teknik resis. 2. Guru membimbing dan memberi maklum balas serta cadangan bagi meningkatkan mutu karya murid. 3. Murid meneroka kreativiti masingmasing dan membuat penambahbaikan pada karya mereka. KBAT: Mengaplikasi EMK: -Kreativiti dan Inovasi -Kelestariam alam sekitar
Penutup Penghayatan Karya Seni Visual (5 minit) Mempamerkan hasil kerja murid 1. Murid diminta menampal hasil kerja di papan putih kelas. 2. Sesi apresiasi karya oleh beberapa orang murid yang dipilih secara rawak oleh guru. 3. Murid yang dipilih berkongsi pengalaman mereka semasa menghasilkan karya tersebut dengan menggunakan bahasa seni visual. 4.Guru memberi pujian dan maklum balas 5. Murid bersoal jawab dengan guru mengenai perkara yang telah dipelajari hari ini 6. Murid mendengar rumusan guru mengenai topik pelajaran hari ini EMK: -Kreativiti dan inovasi -Nilai murni (Keberanian) -Keusahawanan Refleksi 22/24 murid menguasai objektif dengan baik.
2.2 RPH Bidang Membuat Corak dan Rekaan RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual Tarikh 27.2. 2025 Masa 11.30 - 12.30 pagi (60 minit) Kelas 1 MATAHARI Bilangan Murid 24 ORANG Bidang Membuat corak dan rekaan Unit 8 : Lari Sang Tikus, Lari! Tajuk Tiupan Standard Kandungan 1.1 Bahasa Seni Visual 2.1 Kemahiran Seni Visual 3.1 Penghasilan Karya Kreatif 4.1 Penghayatan Karya Seni Visual Standard Pembelajaran 1.1.2 Mengenal, memahami, dan menamakan bahasa seni visual yang ada pada karya dalam Bidang Membuat Corak dan Rekaan: (i) tiupan 2.1.2 Mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, penggunaan media serta teknik dan proses dalam penghasilan karya Bidang Membuat corak dan Rekaan: (ii) tiupan 3.1.1 Menghasilkan karya melalui pelbagai sumber dan teknologi dengan mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman, serta kemahiran dengan: (i) memilih dan memanipulasi media secara kreatif. (ii) menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya. (iii) membuat kemasan pada hasil karya. 4.1.1 Membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, teknik dan proses serta menghubungkaitkan seni dengan diri sendiri.
Objektif Pembelajaran Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: 1. Mengenal dan memahami bahasa seni visual yang terdapat pada karya tiupan. 2. Mengaplikasikan teknik tiupan yang betul menggunakan cat air dan penyedut minuman. 3. Menghasilkan corak tiupan secara kreatif dan menggunakan hasil tersebut untuk membuat topi Sang Tikus. 4. Membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan menghubungkan bahasa seni visual yang dipelajari serta trknik dan proses semasa penghasilan karya. Kriteria Kejayaan i. Murid berjaya menyatakan sekurang-kurangnya dua bahasa seni visual yang ada pada karya tiupan. ii. Murid berjaya menunjukkan cara meniup cat air menggunakan penyedut minuman daripada pelbagai arah. iii. Murid berjaya menghasilkan corak tiupan yang menarik dan kreatif dan menggunakannya untuk membuat topi Sang Tikus dengan kemas. iv. Murid berjaya berkongsi pendapat tentang hasil karya sendiri dan rakan dengan menggunakan bahasa seni visual serta teknik dsn proses semasa penghasilannya. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran • Pendekatan Bertema Elemen Merentas Kurikulum (EMK) • Kreativiti dan inovasi • Keusahawanan • Sains dan teknologi • Nilai (kerjasama,peka,teliti) KBAT Mengaplikasi, menganalisis, mencipta Alat Dan Bahan Kertas lukisan, penyedut minuman, cat air, palet, berus Bahan Bantu Mengajar • Gambar tikus berwarna-warni • Contoh karya tiupan • Projektor • Komputer • Buku teks muka surat 62-65 • Papan putih mini Strategi pdpc abad 21 • Pembentangan • Peta i-think • Permainan (Kotak Misteri) Kemahiran Abad ke 21- Bersifat ingin tahu, mahir berkomunikasi
Langkah / Masa (Minit) Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan Set Induksi (3 minit) Guru mencipta cerita pendek: “Suatu hari, tikus kecil ini terjatuh ke dalam sebuah dunia penuh warna. Angin meniup warna-warna ajaib ke badannya, menjadikannya tikus paling unik di dunia!” Perbincangan/soal jawab: i.Bagaimana warna itu boleh tersebar ke seluruh badannya? Jangkaan jawapan: i. warna itu terkena badannya kerana angin terdapat yang kuat ii. Angin meniup warna hingga terkena badannya 1. Guru menunjukkan satu gambar kartun tikus yang mempunyai kesan teknik tiupan di badannya 2. Guru mencipta cerita pendek mengenai tikus tersebut 3. Murid bersoal jawab dengan guru 4.Guru mengaitkan set induksi dengan topik yang akan dipelajari BBM: - Projektor - Komputer - Gambar tikus berwarna-warni KBAT: Mengaplikasi EMK: Sains dan Teknologi Langkah 1 Bahasa Seni Visual (7 minit) Contoh karya tiupan 1. Murid melihat gambar hasil karya tiupan yang ditunjukkan oleh guru 2. Murid diberi penerangan mengenai konsep tiupan dan bahasa seni visual yang terdapat dalam hasil teknik tiupan 3. Murid membandingkan corak yang terhasil daripada tiupan kuat dan perlahan. 4. Setiap kumpulan murid diberikan papan putih mini. 5. Menggunakan papan putih mini, murid dikehendaki menghasilkan peta minda unsur seni dan prinsip rekaan yang terdapat pada karya tiupan. BBM: - Canva KBAT: Menganalisis EMK: -Kreativiti dan inovasi, -Sains dan Teknologi -Nilai murni (kerjasama)
Konsep tiupan Unsur seni Prinsip rekaan 6. Setiap kumpulan menunjukkan hasil tugasan masing-masing 7. Guru menyemak dan memberi maklum balas Langkah 2 Kemahiran Seni Visual (10 minit) Langkah-langkah penghasilan karya tiupan 1. Guru menyediakan Kotak Misteri berisi pelbagai bahan seni seperti Cat air pelbagai warna, penyedut minuman, dan kertas lukisan 2. Murid dipanggil secara rawak untuk mengambil satu bahan daripada Kotak Misteri tanpa melihat. BBM: - Kotak misteri KBAT: Mengaplikasi EMK: - Kreativiti dan novasi
3. Murid menerangkan bagaimana bahan tersebut boleh digunakan dalam teknik tiupan. Jika mereka kurang pasti, rakan lain boleh membantu memberi idea. 4. Guru memberi maklum malas 5. Guru mendemonstrasikan teknik tiupan 6. Murid mempraktikkan teknik tiupan dengan meniup cat air menggunakan penyedut minuman dalam dua arah (atas dan sisi) dengan bimbingan guru -Nilai murni (bantumembantu) Langkah 3 Penghasilan Karya Seni Visual ( 35 minit) • Penghasilan karya tiupan Alat dan bahan untuk membuat topi Sang Tikus Langkah membuat topi Sang Tikus 1. Murid diminta menghasilkan corak tiupan menggunakan pelbagai warna. 2. Setelah corak kering, murid menggunakan kertas bercorak tiupan untuk membentuk topi Sang Tikus 3. Murid dibimbing oleh guru untuk menghasilkan topi tersebut. 4. Murid menyempurnakan hasil kerja dengan kemas dan kreatif. KBAT: Mencipta EMK: -Kreativiti dan inovasi Penutup Penghayatan Karya Seni Visual (5 minit) Mempamerkan hasil kerja murid 1. Murid mempersembahkan hasil topi Sang Tikus mereka. 2. Murid yang dipilih berkongsi pengalaman mereka semasa menghasilkan karya tersebut dengan menggunakan bahasa seni visual. 3. Guru membuat refleksi dan menekankan nilai kreativiti serta kepentingan eksplorasi dalam seni. diminta menunjukkan hasil kerja di hadapan kelas. 4. . Murid bersoal jawab dengan guru mengenai perkara yang telah dipelajari hari ini EMK: -Keusahawanan -Nilai Murni (Keberanian) -Kreativiti dan inovasi
5. Murid mendengar rumusan guru mengenai topik pelajaran hari ini Refleksi 24/26 murid menguasai objektif dengan baik
2.3. RPH Bidang Membentuk dan Membuat Binaan RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual Tarikh 27.2.2025 Masa 11.30 - 12.30 pagi (60 minit) Kelas 1 CERDIK Bilangan Murid 24 ORANG Bidang Membentuk dan Membuat Binaan Unit 6: Satu, Dua, Tiga, Dayung ! Tajuk Arca Mobail Standard Kandungan 1.1 Bahasa Seni Visual 2.1 Kemahiran Seni Visual 3.1 Penghasilan Karya Kreatif 4.1 Penghayatan Karya Seni Visual Standard Pembelajaran 1.1.1 Mengenal, memahami, dan menamakan bahasa seni visual yang ada pada karya dalam Bidang Membentuk dan Membuat Binaan: (ii) Mobail 2.1.1 Mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, penggunaan media serta teknik dan proses dalam penghasilan karya Bidang Membentuk dan Membuat Binaan: (i) mobail 3.1.1 Menghasilkan karya melalui pelbagai sumber dan teknologi dengan mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman, serta kemahiran dengan: (i) memilih dan memanipulasi media secara kreatif. (ii) menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya. (iii) membuat kemasan pada hasil karya. 4.1.1 Membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, teknik dan proses serta menghubungkaitkan seni dengan diri sendiri.
Objektif Pembelajaran Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: 1. Mengenal, memahami dan mengenak pasti bahasa seni visual dalam arca mobail 2. Menggunakan bahan dan teknik yang sesuai untuk menghasilkan arca mobail 3. Menghasilkan arca mobail yang seimbang, kukuh, dan kemas. 4. Memberi pendapat tentang hasil karya sendiri dan rakan menggunakan bahasa seni visual yang tepat. Kriteria Kejayaan i. Murid berjaya menyatakan sekurang-kurangnya tiga bahasa seni visual yang terdapat pada arca mobail. ii. Murid berjaya menggunakan alat, bahan dan teknik yang sesuai untuk menghasilkan arca mobail. iii. Murid berjaya menghasilkan arca mobail mengikut langkahlangkah yang betul. iv. Murid berjaya membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, teknik dan proses. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran • Pendekatan Bertema Elemen Merentas Kurikulum (EMK) • Kreativiti dan inovasi • Sains dan Teknologi • Teknologi maklumat dan komunikasi • Nilai murni (Kesungguhan, kerjasama,bantu-membantu,keberanian) KBAT Mengaplikasi, menganalisis, mencipta Alat Dan Bahan Kertas, gunting, benang, pita pelekat, ranting kayu Bahan Bantu Mengajar • Video contoh arca mobail • Origami sampan • Projektor • Komputer • Buku teks muka surat 44-47 • Peta minda Strategi pdpc abad 21 • Permainan (“Find me”- cari origami sampan) • Think, pair, share • Peta i-think • Gallery walk • Pembentangan Kemahiran Abad ke 21- Pemikir, berdaya tahan, mahir berkomunikasi, kerja sepasukan
Langkah / Masa (Minit) Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan Set Induksi (3 minit) • Permainan “Find me”(cari origami sampan) Perbincangan/Soal jawab: i. Apakah yang menyebabkan sampan ini boleh bergerak? ii. Pernahkah kamu menaiki sampan? Jangkaan jawapan: i. (a) angin (b) kipas ii. (a) pernah (b) tidak pernah 1. Murid diminta mencari beberapa origami sampan yang disembunyikan oleh guru di sekitar kelas. 2. Origami sampan yang telah dijumpai diserahkan kepada guru. 3. Guru meniup sampan di atas meja menggunakan kipas kecil untuk menunjukkan ia boleh bergerak. 4. Beberapa sampan lain diserahkan kepada murid dan murid diminta mencuba meniupnya 5. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai perkara yang menyebabkan sampan boleh bergerak. 6. Guru mengaitkan aktiviti ini dengan konsep arca mobail yang boleh bergerak apabila ditiup angin. BBM: - Origami sampan - Kipas kecil KBAT: Mengaplikasi EMK: -Sains dan teknologi -Nilai murni (Kesungguhan, kepatuhan) Langkah 1 Bahasa Seni Visual (7 minit) Video contoh arca mobail https://youtube.com/shorts/mu2f oNhii9A?si=bwkzR5PSoNrThhL K 1. Guru menunjukkan video pendek arca mobail yang berayun atau bergerak. 2. Guru memberi penerangan mengenai konsep arca mobail 3. Guru memperkenalkan bahasa seni visual dalam arca mobail 4. Beberapa murid dipilih secara rawak untuk melengkapkan peta minda berkaitan unsur seni dan prinsip rekaan dalam arca mobail 5. Secara berpasangan, murid dikehendaki berbincang tentang bentuk yang mereka ingin gunakan dalam arca mereka. 6. Setiap pasangan berkongsi idea dengan kelas. 7. Guru memberi pujian dan galakan terhadap kreativiti mereka. BBM: - video - Canva - Peta minda KBAT: Menganalisis EMK: - Teknologi Maklumat dan Komunikasi - Kreativiti dan Inovasi - Nilai murni (kerjasama)
Pengenalan arca mobail Peta minda Langkah 2 Kemahiran Seni Visual (10 minit) Alat dan bahan Slaid origami sampan Slaid langkah penghasilan arca mobail 1. Murid diminta mengeluarkan alat dan bahan yang perlu digunakan untuk menghasilkan arca mobail. 2. Murid diberi penerangan tentang kegunaan alat dan bahan tersebut. 3. Guru menunjukkan cara melipat kertas untuk membentuk sampan origami. 4. Murid mengikuti langkah guru secara langkah demi langkah. 5. Murid yang sudah berjaya diminta membantu rakan lain dalam kumpulan 6. Murid diminta menambah bentuk lain yang disukai dengan menggunting kertas. 7. Guru memberi bimbingan dalam pemilihan bentuk supaya arca seimbang 8. Guru menunjukkan cara menggantung bentuk-bentuk tersebut supaya menjadi arca mobail BBM: -canva KBAT: mengaplikasi EMK: - Nilai Murni (bantumembantu) - Kreativiti dan Inovasi - Sains dan Teknologi
Langkah 3 Penghasilan Karya Seni Visual ( 35 minit) • Penghasilan arca mobail 1. Murid dikehendaki menghasilkan arca mobail menggunakan sampan origami dan bentuk lain yang telah mereka gunting sendiri 2. Murid mempraktikkan langkah-langkah penghasilan arca mobail yang telah dipelajari 3. Guru memberi dorongan dan membantu jika perlu EMK: -Kreativiti dan inovasi Penutup Penghayatan Karya Seni Visual (5 minit) • Mempamerkan hasil kerja murid • Sesi apresiasi 1. Murid menggantung arca mobail mereka di sekitar kelas. 2. Semua murid berjalan mengelilingi kelas untuk melihat hasil karya rakan-rakan. 3. Sesi apresiasi karya oleh beberapa orang murid yang dipilih secara rawak oleh guru. 4. Murid yang dipilih berkongsi pengalaman mereka semasa menghasilkan karya tersebut dengan menggunakan bahasa seni visual. 5. 5. Murid bersoal jawab dengan guru mengenai perkara yang telah dipelajari hari ini 6. Murid mendengar rumusan guru mengenai topik pelajaran hari ini EMK: - Kreativiti dan inovasi - Nilai murni (keberanian) Refleksi 24/26 murid menguasai objektif dengan baik.
2.4 RPH Bidang Mengenal Kraf Tradisional RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual Tarikh 28.2.2025 Masa 11.30 - 12.30 pagi (60 minit) Kelas 2 MENTARI Bilangan Murid 24 ORANG Bidang Mengenal Kraf Tradisional Unit 8: Uli-Uli Tembikar Tajuk Tembikar Comel Standard Kandungan 1.1 Bahasa Seni Visual 2.1 Kemahiran Seni Visual 3.1 Penghasilan Karya Kreatif 4.1 Penghayatan Karya Seni Visual Standard Pembelajaran 1.1.4 Mengenal dan menerangkan bahasa seni visual dalam bidang Mengenal Kraf Tradisional berdasarkan: (ii) bentuk, jalinan, imbangan dan kepelbagaian yang ada pada tembikar 2.1.3 Mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual melalui media dan proses untuk menghasilkan karya dalam bidang Mengenal Kraf Tradisional menggunakan: (ii) teknik picitan dalam penghasilan tembikar 3.1.1 Menghasilkan karya yang kreatif dengan: (i) Memilih dan memanipulasi media secara kreatif. (ii) Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya secara kreatif (iii) Mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya secara kreatif. (iv) membuat kemasan pada hasil karya. 4.1.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan.
Objektif Pembelajaran Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: 1.Mengenal dan menerangkan bahasa seni visual dalam bidang kraf tradisional, khususnya tembikar, berdasarkan bentuk, jalinan, imbangan, dan kepelbagaian idea. 2. Mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual melalui teknik picitan dalam penghasilan tembikar. 3. Menghasilkan karya tembikar yang kreatif dengan memilih dan memanipulasi media secara kreatif. 4. Mempamerkan hasil karya tembikar yang dihasilkan dan membuat apresiasi. Kriteria Kejayaan 1. Murid berjaya menyebut dan menerangkan sekurang-kurangnya dua elemen bahasa seni visual yang terdapat pada tembikar. 2. Murid berjaya mengaplikasikan teknik picitan yang betul dalam penghasilan tembikar. 3. Murid berjaya menghasilkan sekurang-kurangnya satu tembikar kecil yang kreatif menggunakan teknik yang dipelajari. 4.. Murid berjaya mempersembahkan hasil karya mereka kepada rakan dan membuat refleksi terhadap penghasilan tembikar dengan menggunakan sekurang-kurangnya dua bahasa seni visual yang tepat Strategi Pengajaran dan Pembelajaran • Pendekatan Bertema Elemen Merentas Kurikulum (EMK) • Kreativiti dan inovasi • Keusahawanan • Teknologi maklumat dan komunikasi • Nilai murni(kerjasama,keberanian) KBAT Mengaplikasi Alat Dan Bahan Plastisin atau tanah liat Bahan Bantu Mengajar • Plastisin • Canva • Projektor • Komputer • Video penghasilan labu sayong • Kad imbasan tembikar • Buku teks muka surat 66-68 Strategi pdpc abad 21 • Pembentangan • Permainan (“bentukkan saya”) • Think, pair, share • Gallery walk • Peta i-think Kemahiran Abad ke 21- Bersifat ingin tahu, mahir berkomunikasi
Langkah / Masa (Minit) Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan Set Induksi (3 minit) Perbincangan/Soal jawab: i.Apakah yang boleh dilakukan dengan tanah liat? ii.Pernahkah kamu melihat objek yang diperbuat daripada tanah liat? Jangkaan jawapan: i. (a) membuat bentuk bulat (b) membentuk huruf (c) membuat apa sahaja bentuk yang disukai ii. (a) pernah (b) tidak pernah 1. Setiap kumpulan murid diberikan satu plastisin 2. Permainan “Bentukkan saya” dimulakan 3. Murid dikehendaki membentuk tanah liat mengikut bentuk yang disukai 4. Guru bersoal jawab dengan murid 5. Guru mengaitkan aktiviti dengan topik pelajaran BBM: - Plastisin KBAT: Mengaplikasi Langkah 1 Bahasa Seni Visual (7 minit) Pengenalan kraf tradisional tembikar Unsur seni Prinsip rekaan 1. Guru menerangkan elemen bahasa seni visual dalam kraf tembikar, iaitu bentuk, jalinan, imbangan, dan kepelbagaian idea. 2. Murid diberikan kad imbasan yang memaparkan contoh-contoh tembikar daripada pelbagai negeri 3. Secara berpasangan, murid berbincang dan membandingkan unsur seni dan prinsip rekaan yang ada pada tembikar yang berbeza 4. Murid menceritakan hasil pemerhatian mereka kepada rakan sekelas. BBM: - Canva - Kad imbasan tembikar KBAT: Menganalisis EMK: -Nilai murni (kerjasama,keberanian )
Kad imbasan tembikar Langkah 2 Kemahiran Seni Visual (10 minit) Video pembuatan labu sayong https://youtu.be/D_51mAeO4zA ?si=DoHbR0OvfTh7IiUS Teknik picitan 1. Guru memaparkan video pembuatan labu sayong. 2. Murid menonton video tersebut dengan teliti 3. Murid dipilih secara rawak untuk merumuskan kandungan video tersebut 4. Murid diberikan plastisin 5. Guru menerangkan dan mendemonstrasikan teknik picitan dalam pembuatan tembikar. 6. Murid menumpukan perhatian kepada demonstrasi guru dan cuba membentuk objek mudah seperti bebola atau silinder. 7. Murid berlatih membuat asas bentuk tembikar menggunakan teknik picitan dengan bimbingan guru. BBM: - Video pembuatan labu sayong - Plastisin KBAT: -Mengaplikasi EMK: -Teknologi maklumat dan Komunikasi -Kreativiti dan inovasi Langkah 3 Penghasilan Karya Seni Visual ( 35 minit) • Penghasilan tembikar comel Langkah-langkah 1. Aktiviti membuat tembikar comel dimulakan. 2. Murid mula menghasilkan tembikar kecil mereka menggunakan teknik picitan. 3. Murid digalakkan menambah hiasan pada tembikar dengan ukiran ringkas. 4. Guru memberikan bimbingan dan maklum balas sepanjang aktiviti. 5. Setelah siap, murid meletakkan hasil kerja mereka di satu sudut khas untuk dipamerkan. KBAT: -Mengaplikasi -Mencipta EMK: -Kreativiti dan inovasi
Penutup Penghayatan Karya Seni Visual (5 minit) Mempamerkan hasil kerja murid 1. Murid berjalan mengelilingi sudut pameran untuk melihat hasil karya rakan-rakan. 2. Beberapa murid dipilih untuk sesi apresiasi 3. Murid yang dipilih berkongsi pengalaman mereka semasa menghasilkan karya tersebut dengan menggunakan bahasa seni visual. 4. Murid bersoal jawab dengan guru mengenai perkara yang telah dipelajari hari ini 5. Guru merumuskan isi pembelajaran dengan menekankan kepentingan kraf tradisional dalam warisan seni budaya Malaysia. EMK: -Kreativiti dan inovasi -Nilai murni (keberanian) -Keusahawanan
Refleksi 24/26 murid menguasai objektif dengan baik.
5.0 Penutup Pendidikan Seni Visual (PSV) bukan sekadar satu mata pelajaran, tetapi merupakan medium penting dalam membentuk daya kreativiti, pemikiran kritis, dan kepekaan estetik murid. Melalui empat bidang utama iaitu menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan, serta mengenal kraf tradisional, murid diberi peluang untuk meneroka pelbagai teknik dan konsep seni yang dapat memperkayakan pengalaman pembelajaran mereka. Selaras dengan keperluan abad ke-21, PSV juga menggalakkan integrasi teknologi, pembelajaran berasaskan projek, dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) bagi memastikan murid dapat membangun sebagai individu yang inovatif, reflektif, dan berdaya saing. Dengan penguasaan ilmu seni, murid bukan sahaja dapat mengekspresikan diri dengan lebih berkesan, malah dapat menghargai kepelbagaian budaya dan warisan negara. Secara keseluruhannya, pengajaran dan pembelajaran PSV berperanan dalam melahirkan generasi yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga memiliki pemikiran kreatif dan nilai estetika yang tinggi. Oleh itu, usaha memperkasa pendidikan seni perlu diteruskan agar murid dapat berkembang sebagai individu yang seimbang dan berketerampilan dalam menghadapi cabaran masa hadapan.
Rujukan Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Pendidikan Kesenian Tahun 1 Sekolah Kebangsaan (KSSR Semakan). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Pendidikan Kesenian Tahun 2 Sekolah Kebangsaan (KSSR Semakan). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSR Pendidikan Seni Visual Tahun 1. Bahagian Pembangunan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSR Pendidikan Seni Visual Tahun 2. Bahagian Pembangunan Kurikulum.