The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SISTEM BEKALAN KUASA TANPA GANGGUAN (UPS)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by haa792002, 2020-05-03 11:19:59

SISTEM BEKALAN KUASA TANPA GANGGUAN (UPS)

SISTEM BEKALAN KUASA TANPA GANGGUAN (UPS)

SISTEM BEKALAN KUASA TANPA
GANGGUAN/UNINTERRUPTIBLE
POWER SUPPLY (UPS)

PRESENTED BY:
TS. AZHAR BIN SULAIMAN
KOLEJ VOKASIONAL SULTAN ABDUL SAMAD, BANTING SELANGOR.

APA YANG PERLU PELAJAR TAHU?

• Apa itu UPS?
• Kenapa menggunakan UPS?
• Di mana UPS digunakan?
• Kendalian asas UPS
• Jenis-jenis Kendalian UPS

APA ITU UPS? UNINTERRUPTIBLE POWER SUPPLY
OR

UNINTERRUPTIBLE POWER SOURCE

• Bekalan kuasa bantu(backup) adalah satu perkara yang sangat mustahak bagi

menjamin agar perjalanan sesuatu sistem itu tidak terganggu. Sistem bekalan kuasa
tanpa gangguan (UPS) adalah salah satu sistem kuasa bantu yang amat terjamin
dan berteknologi tinggi. Kegunaannya adalah berbeza iaitu mengikut keperluan
beban tetapi pada kebiasaannya ianya terhad kepada beban-beban yang kritikal
sahaja umpamanya komputer, PABX, dsb.

@

• Perkakasan elektrik yang menyediakan punca bekalan kuasa kecemasan untuk

beban apabila sumber kuasa masukan gagal berfungsi. Biasanya bagi utiliti
bekalan kuasa utama.

CONTOH PERALATAN UPS

KENAPA MENGGUNAKAN UPS?

• UPS berbeza daripada perkakasan bantuan kecemasan sistem kuasa atau

penjana siap sedia (genset) kerana UPS boleh berfungsi dengan serta-merta
dan dapat mengelakkan gangguan pada perubahan input bekalan kuasa.

• ‘Runtime’ pada bateri adalah sangat cepat dan mencukupi untuk memulakan

punca kuasa yang baharu sebelum mematikan sistem punca kuasa yang sedia
ada serta dapat memberi perlindungan pada perkakasan/peralatan yang
sedang digunakan.

• UPS menggunakan bekalan kuasa daripada bekalan tenaga yang di simpan

oleh bateri, super-kapasitor atau flywheels.

DI MANA UPS DIGUNAKAN?

• UPS biasanya digunakan untuk melindungi perkakasan seperti komputer,

pusat data, peralatan telekomunikasi atau kelengkapan elektrik lain di mana
gangguan kuasa yang tidak dijangka boleh menyebabkan kecederaan,
kematian, gangguan perniagaan yang serius atau kehilangan data.

• Setakat ini, diketahui UPS terbesar di dunia ialah Sistem Penyimpanan Elektrik

(BESS) di Fairbanks, Alaska dengan kapasiti simpanan tenaga bateri yang
mampu menjana sebanyak 46 megawatt (46MW).

KENDALIAN ASAS UPS

JENIS-JENIS KENDALIAN UPS

• 1-UPS Luar Talian (OFFLINE UPS)
• 2-UPS Dalam Talian (ONLINE UPS)
• 3-UPS Talian Interaktif (LINE INTERACTIVE UPS)

UPS LUAR TALIAN (OFFLINE UPS)

• Perubahan masa pertukaran di antara talian utama bekalan kuasa ke bateri

atau bateri ke talian utama bekalan mengambil masa yang sangat singkat
berbanding dengan perkakasan bantuan kecemasan sistem kuasa dan
penggunaan penjana siap sedia (genset).

UPS LUAR TALIAN (OFFLINE UPS)

• Secara umumnya, perubahan masa untuk kebanyakkan perkakasan bantuan

kecemasan sistem kuasa lain adalah dalam julat 500 ms dan masa pertukaran bagi
UPS Luar Talian pula adalah diantara 3-8 ms.

• Ketika berlaku pertukaran, inverter berfungsi dengan menyediakan voltan keluaran

sama seperti bekalan masukan utama.

• Manakala, UPS luar talian pula menyediakan Pengatur Voltan Automatik (AVR) yang

disediakan dalam sistem UPS bagi mengawal voltan keluaran hampir 220V ac.

• UPS jenis luar talian adalah diantara jenis UPS yang biasa digunakan secara meluas

untuk keperluan komputer domestik.

UPS DALAM TALIAN (ONLINE UPS)

• Untuk UPS jenis ini, sistem sentiasa bergantung kepada bateri, sama ada

bekalan kuasa utama AC/AU ada atau tidak.

• Ketika bekalan kuasa utama AC ada, sistem ini membekalkan kuasa kepada

bekalan kuasa DC/AT pada bahagian penyongsang(inverter) dan secara
serentak melakukan pengecasan pada bateri.

• Ketika bekalan kuasa utama AC tiada, sistem akan berfungsi

menyambungkan bekalan kuasa dari bateri ke beban sehingga kepada aras
kebolehgunaan bekalan bateri seperti yang di setkan atau sehingga
penyambungan semula bekalan kuasa utama AC.

UPS DALAM TALIAN (ONLINE UPS)

UPS TALIAN INTERAKTIF (LINE INTERACTIVE UPS)

• Dalam reka bentuk sistem ini, bateri ke penyongsang kuasa AC (inverter)

sentiasa disambungkan ke bahagian keluaran UPS.

• Pengecasan bateri dilakukan pada ketika sistem masukan bekalan kuasa AC

adalah normal.

• Ketika bahagian masukan bekalan kuasa AC ‘down’ atau tiada bekalan, suis

pemindahan berfungsi dan penyongsang(inverter) mula berfungsi bagi
membantu menyediakan/memuatkan kuasa bekalan secara serta-merta.

UPS TALIAN INTERAKTIF (LINE INTERACTIVE UPS)

AC input ‘down’ Suis pemindahan Penyongsang
berfungsi (inverter) ‘ON’

berfungsi

Battery type UPS Rotary @ Flywheel

CONTOH UPS

SEKIAN, TERIMA KASIH

Nota tambahan

• Mohon pelajar membaca nota kursus DEA3323 Control System yang disediakan.
• Ini adalah maklumat tambahan yang disediakan untuk pembelajaran pelajar.
• Hubungi pensyarah jika mempunyai sebarang pertanyaan dan persoalan.


Click to View FlipBook Version