The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SISTEM BEKALAN KUASA TANPA GANGGUAN (UPS) 3

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by haa792002, 2020-05-03 11:33:54

SISTEM BEKALAN KUASA TANPA GANGGUAN (UPS) 3

SISTEM BEKALAN KUASA TANPA GANGGUAN (UPS) 3

SISTEM BEKALAN KUASA TANPA GANGGUAN
/ UNINTERRUPTIBLE POWER SUPPLY (UPS)
BAHAGIAN 3

PRESENTED BY:

• TS. AZHAR BIN SULAIMAN
• KOLEJ VOKASIONAL SULTAN ABDUL SAMAD,

BANTING SELANGOR.

APA YANG PERLU PELAJAR TAHU?

• KOMPONEN UTAMA SISTEM UPS
• CONTOH PENENTUAN KENDALIAN BEBAN

PADA UPS

• PENYELENGGARAAN SISTEM UPS
• RUMUSAN AM BERKAITAN UPS

KOMPONEN UTAMA SISTEM UPS

• Antara komponen utama sistem UPS ialah:

a. Penerus (rectifier)/battery charger
b. Static transistor inverter
c. Electronic static switch
d. Bateri
e. Manual maintenance by-pass circuit

CONTOH PENENTUAN BEBAN KENDALIAN
PADA UPS

• Katalah satu pemasangan mempunyai beban kritikal yang berkadaran

seperti berikut: 40KVA, 30KVA, 15KVA, 10KVA dan 50KVA.

• Beban 10KVA mempunyai arus rempuh masuk bersamaan 4 x masukan (In)

selama 200ms berturut, dihidupkan sekurang-kurangnya sekali dalam sehari.
Beban-beban lain tidak menyebabkan arus rempuh masuk. Faktor kuasa bagi
pemasangan ini ialah sebanyak 0.2. Keperluan tambahan masa hadapan
yang dijangkakan adalah sebanyak 20% daripada beban maksimum
semasa.

PENENTUAN MENGENAI TATARAJAH OPTIMUM UPS

Keadaan beban stabil

• P = (40+30+15+10+50) KVA = 145KVA

• Katalah tambahan beban akan dimasa hadapan sebanyak 20%
• P = 20% x 145 = 30KVA
• Pu = (145 + 30) = 175KVA
• Muatan terpasang tidak boleh kurang daripada Pu. Pa /175KVA
• Saiz sistem UPS bagi Unitary Chain piawai yang paling hampir ialah 200KVA

RUJUKAN TAMBAHAN YANG BERKAITAN



1. https://halzen.ru/ms/monitory/raschet-vremeni-avtonomnoi-raboty-ibp-
rasch-t-vremeni-rezerva.html - RUJUKAN BAHAN TAMBAHAN (BERKAITAN
Pengiraan hayat bateri UPS. Pengiraan masa sandaran beban UPS)

2. http://my.linkagebattery.com/info/selection-and-configuration-of-ups-and-
its-pow-36508015.html – RUJUKAN BAHAN TAMBAHAN (BERKAITAN
Pemilihan dan konfigurasi UPS dan arus bekalan kuasanya)

PENYELENGGARAAN SISTEM UPS

Rectifier dan Inverter

• Sistem UPS jenis rectifier dan inverter(penyongsang) tidak memerlukan senggaraan

berkala secara khusus kerana ia adalah alat elektronik. Secara amnya alat
elektronik hendaklah dijaga kebersihannya terutama dari habuk

• Selain itu yang penting adalah suhu dan peredaran udara di dalam bilik UPS. Suhu

yang tinggi akan mengakibatkan komponen elektronik cepat rosak. Sebaiknya bilik
UPS mempunyai alat penghawa dingin bagi memastikan UPS dalam keadaan baik.

• Alat UPS moden mempunyai ‘self-diagnostic system’ dimana ia akan berfungsi

secara aotomatik jika terdapat masalah pada sistem.

PENYELENGGARAAN SISTEM UPS

Bateri

• Jika menggunakan bateri jenis tanpa senggaraan (maintenance free battery) penyelenggaraan yang perlu

dibuat pada bateri ialah dengan memastikan bateri dalam keadaan baik dan mempunyai kuasa yang
mencukupi.

• Jika bateri jenis ‘lead acid’, paras cecair elektrolid hendaklah sentiasa dipastikan melebihi paras minima,

ketumpatan bandingan elektrolid diantara 1.1 ke 1.2.

• Memeriksa keadaan cas bateri masih NORMAL, jika bacaan cas lemah hendaklah ditukar kepada yang baru.
• Sambungan kepada bateri-bateri hendaklah dalam keadaan bersih dan baik (good contact).

• Sekali sekala atau sebulan sekali ujian hendaklah dijalankan bagi memastikan sistem UPS berfungsi dengan

baik iaitu dengan memutuskan bekalan normal (TNB) dan pastikan UPS boleh berfungsi seperti yang
diharapkan.

• Untuk trouble shooting dan pembaikan komponen elektronik didalam alat UPS selalunya pembekal dipanggil

untuk kerja-kerja tersebut disebabkan kepakaran yang mereka ada serta bekalan alat ganti yang hanya boleh
diperolehi dari pembekal jenama tersebut sahaja.

RUMUSAN AM BERKAITAN UPS

Penggunaan sistem UPS adalah yang terbaik bagi menjamin bekalan kuasa bantu(backup)
yang berterusan dan stabil tetapi ada beberapa perkara yang perlu diambil ingatan
semasa membuat pemilihan serta keputusan bagi memesan dan memasang sistem tersebut.
Diantaranya ialah:
i) Oleh kerana kos sistem UPS ini adalah tinggi, keputusan untuk memasang sistem ini
perlulah mendapat justifikasi yang memuaskan. Beban-beban yang penting dan kritikal
perlu dikenalpasti. Ini sangat mustahak bagi mempastikan bahawa sistem UPS yang akan
dipasang itu nanti akan beroperasi pada tahap yang optimum.
ii) Selain daripada yang tersebut diatas, penggunaan set janakuasa tunggusedia
(genset) sebagai bekalan kuasa Bantu kedua adalah difikirkan perlu dan mustahak agar
tempoh penggunaan sistem UPS dapat dikurangkan kerana tempoh bantu sistem UPS
bergantung kepada saiz dan keupayaan bateri. Tempoh yang panjang dari yang
sewajarnya akan hanya menambahkan kos pemasangan.

SEKIAN, TERIMA KASIH

Nota tambahan

• Mohon pelajar membaca nota kursus DEA3323 Control System yang disediakan.
• Ini adalah maklumat tambahan yang disediakan untuk pembelajaran pelajar.
• Hubungi pensyarah jika mempunyai sebarang pertanyaan dan persoalan.


Click to View FlipBook Version