The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tugasan 3: Pembentangan Kumpulan (BMMB3123)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BM1-0619 Mak Kai Wen, 2023-03-25 04:27:56

Teks Digital SJK Tahun 2 "Cerita Sammy"

Tugasan 3: Pembentangan Kumpulan (BMMB3123)

SAMMY Nak makan apa hari ini?


Standard Kandungan Standard Pembelajaran 2.1 Asas membaca dan memahami. Murid boleh: 2.1.1 Membaca dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai; (iv) petikan KEMAHIRAN MEMBACA


Sekolah Sammy mempunyai sebuah kantin yang besar dan bersih. Sammy berkunjung ke kantin setiap hari.


Sammy suka membeli makanan di kantin kerana makanan yang dijual enak dan harganya berpatutan.


Sammy membeli sebungkus nasi lemak pada waktu rehat petang tadi. Sedap sungguh nasi lemak itu.


Namun, sekarang, entah kenapa berat sangat kelopak mata Sammy. Berulang kali Sammy minum air bagi membuatkannya segar tetapi akhirnya dia tertidur juga.


Sammy terjaga apabila terdengar bunyi Cikgu Izzudin memanggil namanya dengan begitu garangnya. Cikgu Din marah Sammy kerana tidur waktu kelas berlangsung.


“Dah makan ke? Makan apa tadi?” tanya Cikgu Izzudin. “Sudah cikgu! Saya makan nasi lemak tengah hari tadi, ” kata Sammy dengan muka mengantuk. “Patutlah! Makan makanan berat waktu petang boleh membuatkan badan kita menjadi lesu. Nasi lemak itu la makanan berat. Minum air banyakbanyak. Kekalkan hidrasi. Bagi tumpuan sikit waktu saya mengajar, ” jelas Cikgu Izzudin.


“Baik cikgu. Maafkan saya cikgu, ” kata Sammy. Cikgu Izzudin meneruskan sesi PdP. -TAMAT-


KEMAHIRAN MENULIS Standard Kandungan Standard Pembelajaran 3.2 Menulis perkataan, frasa, dan ayat yang bermakna. 3.2.3 Menyusun dan mencatat maklumat yang bermakna tentang sesuatu perkara.


Mencatatkan maklumat penting Menyusun makulmat Aktiviti:


Sammy meminta maaf. 9 Sammy membeli sebungkus nasi lemak waktu rehat petang tadi. 3 Sammy berasa letih. 4 Cikgu Izzudin menasihati Sammy untuk memberi tumpuan dalam kelasnya. 8 Sekolah Sammy mempunyai kantin yang besar dan bersih. 1 Namun Sammy tertidur juga. 6 Sammy meminum air untuk menyegarkan dirinya. 5 Sammy pergi ke kantin setiap hari. 2 Cikgu Izzudin memanggil nama Sammy dengan garang. 7 Latihan: Menyusun cerita dengan menulis angka.


RATHIGA NAIR A/P G. RAMACHANDRAN MAK KAI WEN NG SHENG WEN DISEDIAKAN OLEH:


Click to View FlipBook Version