The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Bab 6 Kajian Empirik dan Implikasi Dasar

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Royz Ayiez, 2019-04-27 10:01:27

Ekonomi Pencukaian

Bab 6 Kajian Empirik dan Implikasi Dasar

EKONOMI PENCUKAIAN

BAB 6 : KAJIAN
EMPIRIK DAN
IMPLIKASI
DASAR

BAB 6 KAJIAN EMPIRIK DAN IMPLIKASI DASAR

6.1.1 Nisbah Cukai

 Nisbah Cukai (NH) Peratus hasil cukai (H) berbanding dengan keluaraan negara

kasar (KNK) pada satu tempoh tertentu, iaitu

= H

KNK

 NH akan berubah apabila H atau KNK berubah, atau kedua-duanya sekali dengan kadar
perubahan yang berbeza.( Kadar perubahan sama, NH malar)

 Hinrich (1966) menyokong perhubungan ini. Penyelidikan beliau menunjukkan
perhubungan positif antara bahagian hasil kerajaan dan tingkat pembangunan ekonomi
hanya bermakna apabila nisbah ini dikira di kalangan semua negara. (negara maju dan
negara membangun).

 Chelliah (1975) sokong pendapat Hinrich. Kajian beliau menunjukkan bahawa nisbah
H/KNK naik bagi lebih daripada dua pertiga negara yang disenaraikan antara dua
tempoh yang dikaji.

 Syarat pertambahan NH :
i. Ekonomi bercorak dinamik , (∆H/H) > (∆KNK/KNK)
ii. Kecendurangan mencukai sut > kecendurangan mencukai purata , (KCS >
KCP)

6.1.2 Perubahan Komposisi dan Saiz Cukai

 Dalam proses pembangunan ekonomi, komposisi, saiz dan kadar pertumbuhan asas
cukai didapati berubah. Ini memerlukan perubahan kadar dan bentuk cukai supaya
jurang antara belanjawan dengan hasil tidak keterlaluan.

 2 Jenis cukai :
i. Cukai Penggunaan ( Cukai import, cukai eksais, cukai jualan )
ii. Cukai Pendapatan ( Cukai pendapatan persendirian, cukai pendapatan
syarikat)

 Pada peringkat awal pembanguna ekonomi, negara membangun banyak bergantung
pada cukai penggunaan seperti cukai import , jualan dan eksais.

 Cukai import :
i. senang ditadbirkan berbanding cukai penggunaan kerana barang yang dibawa
masuk perlu melalui beberapa tempat sahaja. (Masalah timbul dari segi
pengawalan penyeludupan)
ii. Ia juga dapat menghalang import barang mewah dan seterusnya membolehkan
pertukaran asing digunakan bagi tujuan pembangunan negara.

iii. Pengurangan barang mewah akan menambahkan tabungan dan menambahkan
pembentukan modal dan pengeluaran dalam negara.

 Cukai Jualan :
i. Untuk menambahkan sumber hasil selain cukai import dan untuk mengatasi
kelemahan cukai eksais.
ii. Bentuk cukai berbeza di negara membangun dan negara maju (Sejumlah besar
perniagan amat kecil, yakni penjual tidak berpelajaran dan tidak menetap di
sesebuah tempat.

iii. Cukai jualan dikenakan keatas pengusaha kilang, dan sesetengah negara
mengenakan cukai pusing ganti dan cukai nilai ditambah.

 Cukai Pendapatan :
i. Sumber potensi hasil yang besar apabila pendapatan bertambah, dan hasilnya
juga akan bertambah dengan automatik.
ii. Sesuai dengan konsep kesetaraan kerana cukai pendapatan progresif dapat
mengaut sebahagian harta dan pendapatan golongan kaya.

iii. Dapat digunakan untuk mempengaruhi bagaimana pendapatan dibelanjakan.
iv. Susah untuk ditadbirkan pada peringkat permulaan pembangunan. Hanya

mereka yang berpendapatan tetap dalam bentuk upah dan gaji dapat dikenal
pasti untuk dikenakan cukai ini.
 Cukai Pendapatan Bersenggat :
i. Jumlah bayaran disesuaikan secara kasar pendapatan benar atau pendapatan
anggaran. Pendapatan dinilai berasaskan, contohnya jumlah ternakan atau
pokok tanaman.
ii. Dikenakan dibeberapa buah negara Afrika.
iii. Oleh sebab kadarnya rendah, maka kemungkinan berlaku kesan disinsentif pun
kurang.
 Cukai Pendapatan Syarikat :
i. Sangat perlu untuk mendapat hasil semasa daripada keuntungan syarikat apabila
keuntungan itu tidak dibayar sebagai dividen atau dibayar kepad pemegang
saham asing.
ii. Cukai ini senang ditadbir dan merupakan sumber hasil yang besar kepada
kerajaan. Cukai ini juga boleh digunakan bagi mempengaruhi pelaburan
mengikut pola yang dianggap penting kepada pembangunan ekonomi sesebuah
negara.
iii. Jika kadar cukai ini terlalu tinggi, pelaburan swasta akan berkurangan.
Sebaliknya, sumber hasil berpindah kepada kerajaan dan sekiranya hasil itu
tidak dilaburkan semula dalam projek pembangunan, maka pertumbuhan
ekonomi negaran akan terjejas.

6.1.3 Penentu Nisbah Cukai.

 Faktor yang mempengaruhi NH :

H/KNK = f(Y/N ; X + M/KNK ; darjah pengewangan; G/KNK; inflasi; komposisi
eksport; ∆KNK/KNK)

Y/N = pendapat berkapita M = Import

X = Eksport G = Perbelanjaan kerajaan

∆KNK = Perubahan KNK

 Pendapatan perkapita mempunyai pertalian yang positif dengan nisbah cukai.
 Hinrich (1966) membuktikan bahawa negara yang mempunyai pendapatan perkapita

AS$300 – AS$750, ada perhubungan kuat yang positif antara NH dengan pendapatan
per kapita. Beliau juga mengatakan bahawa tingkat pembangunan ekonomi yang tinggi
merupakan syarat yang cukup, tetapi tidak perlu lagi bagi menentukan bahawa sesebuah
negara itu mempunyai bahagian hasil sebanyak 18% atau lebih.
 Kenaikan pendapatan per kapita menjamin adanya tingkat pendapatan minimum yang
boleh dicukai. Begitu juga, keupayaan boleh cukai juga tinggi dan ini akan
memudahkan pemungutan cukai.
 Dalam ekonomi terbuka pemboleh ubah X + M/KNK juga penting terutama negara
yang mempunyai sektor luar yang luas. Penting dari segi menentukan NH kerana punca
hasil yang penting bagi kebanyakkan negara membangun daripada sektor luar.

6.1.4 Daya Cukai

 NH Sebenar - Dihitung daripada jumlah data yang ada pada satu titik tingkat KNK
yang diberi

 NH Potensi – Kadar NH yang dapat dicapai oleh sesebuah negara pada satu tingkat

KNk yang diberi.
 Daya Cukai – Perbandingan antara NH sebenar dengan NH potensi.

α = NH Potensi/NH Sebenar
α>1 : Cukai sebenar yang dipungut adalah kecil
α<1 : Cukai sebenar yang dipungut adalah besar

 Kelemahan :

i. Satu pengukur yang static

ii. Ambil kira bahagian SS sahaja iaitu mepersoalkan daya membayar dan daya

memungut

Soalan : Keluaran Negara Kasar (RM Juta )
40 000
Kira nilai keanjalan cukai dan takrifkan 60 000

Hasil Cukai (RM Juta )
Asal : 4000
Baru : 8000

Keanjalan cukai = KCS/KCP KCS = 8000-4000/60000-40000

= 0.2

= 0.2/0.133 KCP = 8000/60000

= 1.5 = 0.1333

Maka apabila KNK bertambah 1%, cukai akan bertambah sebanyak 1.5%


Click to View FlipBook Version