The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PAKK1094 TUGASAN 2 NUR KHAIRUN NAJAH BINTI MAZLAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by khairunnajah15, 2022-04-19 04:27:45

PAKK1094 TUGASAN 2 NUR KHAIRUN NAJAH BINTI MAZLAN

PAKK1094 TUGASAN 2 NUR KHAIRUN NAJAH BINTI MAZLAN

1.0 Pengenalan

Kurikulum bagi taska dan kurikulum prasekolah menggunakan kurikulum yang
berbeza iaitu taska menggunakan kurikulum Permata manakala prasekolah dan tadika
menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Kurikulum
Permata bermatlamat untuk membantu kanak-kanak mengembangkan kemahiran
mereka dan membuat penyediaan program asuhan dan didikan awal yang kukuh
kepada kanak-kanak yang berumur 0-4 tahun. Bagi KSPK pula bermatlamat untuk
meningkatkan kemahiran dan kebolehan murid yang berumur empat hingga enam tahun
secara menyuluruh dan bersepadu dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial
melalui persekitaran pembelajaran yang kondusif dan aktiviti pembelajaran yang
dilaksanakan memberi keseronokan dan memperkembangkan kemahiran kanak-kanak
dalam menghadapi cabaran dan pembelajaran seterusnya.

2.0 Kurikulum Permata

Kurikulum Permata mempunyai 6 bidang pembelajaran iaitu perkembangan sahsiah,
sosioemosi dan kerohanian. Bidang pembelajaran ini menekankan kepada didikan jiwa
kanak-kanak untuk menghayati agama, nilai murni, kekuatan emosi dan keyakinan diri
mereka. Guru memainkan peranan untuk membimbing kanak-kanak supaya mereka mampu
untuk menerapkan agama, nilai murni yang baik dalam diri mereka serta berkeyakinan untuk
berinteraksi dengan rakan dan guru. Sebagai contoh, guru boleh melaksanakan aktiviti
bercerita berkaitan sirah Nabi bagi murid yang muslim atau memberikan dorongan melalui
kata-kata seperti “pandai anak murid cikgu”. Melalui kata-kata itu kanak-kanak menjadi lebih
yakin untuk meneruskan pembelajaran mereka.

Seterusnya, perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal adalah untuk
membina kanak-kanak yang mampu untuk menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa
Ingggeris khususnya Bahasa Melayu kepada murid berbangsa Melayu untuk digunakan
ketika berinteraksi dan melakukan aktiviti seperti aktiviti bacaan dan menulis. Bagi
meningkatkan kemahiran kanak-kanak dalam bidang ini, guru boleh melaksanakan aktiviti
membaca melalui ilustrasi atau gambar. Hal ini dapat membantu kanak-kanak untuk
berkomunikasi melalui soal jawab di dalam kelas serta dapat menambahkan kosa kata yang
baru dan dapat menanam sikap suka membaca dalam diri mereka dengan memberikan
buku bacaan yang besar dan kandungannya adalah menarik.


Selain itu, perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik adalah untuk
meningkatkan kemahiran awal matematik seperti kanak-kanak dapat mengenal asas
Matematik iaitu mengenal, membezakan, menyusun dan sebagainya dalam bentuk, saiz,
jarak, masa dan lain lain. Tambahan pula bidang pembelajaran ini membantu kanak-kanak
untuk berfikir secara logik. Contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah guru melaksanakan
aktiviti membuat padanan terhadap susunan blok iaitu dari blok yang berbentuk kecil kepada
blok yang besar. Hal ini memerlukan pemikiran logik dan kemahiran awal Matematik kanak-
kanak untuk membandingkan dan menyusun blok tersebut mengikut susunan saiz yang
sepatutnya iaitu dari saiz kecil kepada saiz yang besar atau sebaliknya.

Di samping itu, perkembangan Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran. Bidang
pembelajaran ini menekankan kanak-kanak menggunakan deria mereka iaitu mata untuk
melihat, kulit untuk merasa sentuhan, hdung untuk menghidu, lidah untuk merasa dan
telinga untuk mendengar. Deria-deria tersebut membantu kanak-kanak untuk meneroka
persekitaran mereka. Hal ini dapat mengukuhkan kemahiran berfikir, mengenal, memahami
tentang alam sekitar mereka sehingga mereka berkebolehan untuk membuat pemerhatian
dan meramal apa yang terjadi dalam persekitaran mereka.untuk mengembangkan
kemahiran menggunakan deria kanak-kanak, guru boleh melaksanakan aktiviti nature walk
supaya kanak-kanak dapat mengenal alam sekitar seperti burung, tumbuhan, serangga dan
sebagainya

Bidang pembelajaran kurikulum yang seterusnya ialah perkembangan Fizikal dan
Psikomotor. Perkembangan ini adalah untuk meningkatkan kemahiran kanak-kanak
menggunakan tubuh badan mereka dan membina fizikal kanak-kanak yang cergas dan
tubuh badan yang sihat. Guru boleh melaksanakan aktiviti sukaneka untuk memastikan
mereka berada dalam kesihatan yang baik. Selain itu, latihan kepada motor kasar dan motor
halus kanak-kanak adalah penting supaya kanak-kanak mahir menggunakan motor kasar
mereka. Contohnya guru boleh melaksanakan aktiviti menguntai manik untuk membantu
meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak supaya kanak-kanak itu mahir
memegang pensil dengan cara yang betul.

Selain daripada itu, perkembangan kreatviti dan Estetika adalah untuk membina
kanak-kanak yang berkemahiran dalam mengeluarkan idea untuk menghasilkan sesuatu
yang baru. Contohnya, guru melaksanakan aktiviti melukis. Ketika aktiviti melukis itu
dilaksanakan, murid tersebut dapat melukis menggunakan kreativiti dan imaginasi mereka
untuk menghasilkan lukisan yang dikehendakinya. pada waktu ini guru perlu memberi masa
dan peluang kepada kanak-kanak untuk menghasilkan idea mereka sendiri.


3.0 Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

Tunjang yang pertama dalam kurikulum standard Prasekolah Kebangsaan ialah
tunjang komunikasi. Tunjang ini terdiri daripada kemahiran mendengar, bertutur, membaca
dan menulis yang merangkumi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa
Tamil. Hal ini adalah untuk meningkatkan kemahiran kanak-kanak untuk berinteraksi secara
lisan mengikut bahasa komunikasi mereka. Seni bahasa juga diterapkan supaya dapat
meghasilkan pembelajaran yang menyeronokkan seperti aktiviti bercerita. Aktiviti bercerita
membantu kanak-kanak untuk berinteraksi dengan guru apabila guru mengajukan soalan
atau guru juga boleh menyuruh mereka untuk bercerita tentang diri mereka menggunakan
kreativiti dan idea sendiri dalam menyampaikan penceritaan mereka.

Seterusnya ialah tunjang kerohanian, sikap dan nilai. Tunjang ini menekankan
kanak-kanak untuk menghayati ajaran agama, kepercayaan, sikap dan nilai. Bagi kanak-
kanak Islam penekanan adalah terhadap penguasaan dalam Al-Quran, jawi, akidah, ibadah,
adab, akhlak dan Sirah. Hal ini dapat membentuk kanak-kanak yang menghayati ajaran
agamanya sebagai contoh, kanak-kanak mengetahui sirah Nabi melalui aktiviti bercerita
yang dilaksanakan oleh guru di dalam kelas atau guru menerapkan nyanyian untuk
mengingati huruf-huruf hijaiyah.

Selain itu , tunjang kemanusiaan adalah untuk membina kanak-kanak yang
menghargai diri dan berkemahiran mengamalkan hubungan yang baik dengan masyarakat,
alam sekitar, negara dan global serta menghayati semangat patriotik dan perpaduan.
contohnya, kanak-kanak menghargai alam sekitar dengan memulihara alam sekitar seperti
tidak membuang sampah merata. Guru boleh melaksanakan aktiviti seperti mengitar semula
bahan dan kanak-kanak boleh menggunakan kreativiti mereka menghasilkan bahan yang
diperbuat daripada bahan kitar semula. Dengan aktiviti itu, kanak-kanak dapat menerapkan
dalam diri mereka untuk memelihara dan memulihara alam sekitar.

Di samping itu, tunjang keterampilan diri adalah untuk meningkatkan kemahiran
kanak-kanak dalam sosioemosi, interaksi, sosial dan mengukuhkan keyakinan mereka. Guru
boleh meningkatkan kemahiran bersosial kanak-kanak dengan melaksanakan pembelajaran
sambil bermain. Hal ini kerana, melalui aktiviti bermain secara berkumpulan, kanak-kanak
dapat berinteraksi dan bersosial serta berkeyakinan untuk mengeluarkan idea sendiri
semasa melakukan aktiviti bersama rakan-rakan.

Tunjang yang seterusnya ialah tunjang perkembangan fizikal dan estetika. Tunjang
adalah untuk meningkatkan perkembangan kanak-kanak dari segi jasmani dan kesihatan
untuk ketenteraman diri dan mampu berimaginasi, mempunyai kreativiti dan seni. Guru


boleh melaksanakan aktiviti senaman. Bagi meningkatkan motor halus pula, guru boleh
melaksanakan aktiviti bermain pasir atau tanah liat untuk menguatkan motor halus mereka.

Tunjang yang terakhir ialah tunjang sains dan teknologi yang membantu kanak-
kanak untuk berkemahiran dalam awal sains dan awal matematik. Kanak-kanak dapat
meningkatkan kemahiran berfikir mereka menggunakan deria seperti memerhati, membuat
inferens terhadap dunia sekeliling mereka. Untuk meningkatkan awal sains ini, guru boleh
melaksanakan aktiviti penerokaan terhadap persekitaran mereka seperti mengenal bunyi
haiwan. Manakala bagi awal Matematik, pelaksanaan aktiviti seperti menyusun nombor dari
nombor satu hingga sepuluh. Aktiviti-aktiviti tersebut dapat meningkatkan kemahiran kanak-
kanak dalam awal sains dan matematik.

4.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, bidang pembelajaran kurikuum permata dan tunjang KSPK adalah

panduan kepada guru-guru untuk membimbing kanak-kanak dalam meperkembangkan
kemahiran kanak-kanak supaya selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
memerlukan seseorang individu itu berkemahiran secara menyeluruh untuk melahirkan
individu yang seimbang dalam jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

5.0 Rujukan

(PERMATA), B. P.-K. (2013). KURIKULUM PERMATA NEGARA. Selangor: Jabatan Perdana Menteri.
Kurikulum, B. P. (2017). Pendidikan Prasekolah. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.


Click to View FlipBook Version
Previous Book
เกิดใหม่ทั้งทีก็เป็นสไลม์ไปซะแล้ว - 11
Next Book
Buku Program NILAM DAN Kempen Galakan Membaca 2022