BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 4 - 8 BLOK E9, KOMPLEKS E
62604 PUTRAJAYA
KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )
KOD DAN NAMA PROGRAM / AF-031-1
PROGRAM’S CODE & NAME OPERATOR AKUAKULTUR
TAHAP / LEVEL L1
NO. DAN TAJUK UNIT M08 MELAKSANAKAN PENGURUSAN TERNAKAN
KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT NO. AND 02.06 LAKUKAN KERJA PENYEDIAAN TEMPAT
TITLE ASUHAN
NO. DAN PENYATAAN AKTIVITI 04.01 LAKUKAN KERJA MENGAMBIL PERSAMPELAN
KERJA / WORK ACTIVITIES NO. TERNAKAN
AND STATEMENT
06.02 LAKUKAN KERJA PENGREDAN TERNAKAN
06.03 LAKUKAN KERJA MEMBERI MAKAN
TERNAKAN
OBJEKTIF MODUL/ MODULE Senggara kualiti dan kuantiti makanan hidup dan
OBJECTIVES menganggar keperluan baja menggunakan alatulis,
penyauk, bikar, penimbang, mikroskop, kalkulator, pipet,
PPE, iodin, plan susunatur tempat ternakan, secchi disc,
komputer, rekod ternakan, alat pengukur kedalaman
kolam, sampling data dan stocking data supaya sampel
makanan hidup diambil, kualiti makanan hidup diperiksa,
kualiti makanan hidup dianggar dan penambahbaikan
kualiti & kuantiti makanan hidup dicadangkan, maklumat
tempat ternakan didapatkan, jenis baja dikenalpasti dan
keperluan baja dikira mengikut Prosidur Operasi Piawai
(SOP) dan Amalan Akuakultur Baik (AAB).
NO. KOD / CODE NO. AF-031-1/M08/P(3/5) Muka : 1 Drp : 5
TAJUK / TITLE:
GRED TERNAKAN
TUJUAN / PURPOSE:
Kertas Penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada
murid tentang menentukan tujuan dan masa penggredan ternakan mengikut keperluan
semasa. Menggred ternakan mengikut tatacara ditetapkan.
No. Kod / Code No. AF-031-1/M08/P(3/5) Muka : 2 Drp : 5
PENERANGAN
1. Penggredan
a. Penggredan bertujuan untuk mengasingkan benih-benih ikan mengikut piawai
tertentu seperti :
i. saiz yang sama
ii. warna yang sama
iii. berat yang sama
iv. memudahkan pemberian makanan mengikut gred yang sama
v. mengelakkan berlakunya kanibalisme sesama sendiri.
b. Benih yang bersaiz 1 inci ke bawah digred setiap tiga hari sekali.
c. Manakala bagi saiz 1 inci hingga 1.5 inci, penggredan dilakukan sekali
seminggu.
d. Begitu juga bagi benih bersaiz 1.5 inci hingga 2 inci, penggredan dilakukan
seminggu sekali.
e. Secara umumnya, benih ikan yang siap digred dibahagikan kepada tiga saiz :
i. S – saiz yang paling kecil
ii. M – saiz sederhana besar
iii. L – saiz yang paling besar
2. Masa Penggredan
a. Penggredan dilakukan pada waktu pagi atau petang kerana perbezaan suhu
air dalam tangki asuhan dan tangki penggredan adalah rendah bagi
mengelakkan ikan mengalami stress.
b. Sebelum penggredan dilakukan, ikan tidak diberi makan bagi mengelakkan
ikan tersebut memuntahkan kembali makanan yang dimakan.
3. Peralatan penggredan
a. Peralatan yang digunakan semasa aktiviti penggredan adalah seperti:
i. Tangguk
ii. Jaring
iii. Tangki
iv. Pengudaraan
No. Kod / Code No. AF-031-1/M08/P(3/5) Muka : 3 Drp : 5
v. Anti klorin
vi. Alat penggredan
b. Alatan untuk menggred benih ikan diperbuat daripada logam bulat atau bahan
netlon yang tidak mempunyai permukaan yang tajam.
c. Bahan yang berbentuk bulat ini dapat memudahkan benih kecil melepasi alat
pengred tersebut dan tidak pula mengalami kecederaan yang boleh
menyebabkan kematian ikan.
4. Kaedah Penggredan
a. Pengumpulan
i. Ikan yang diternak di dalam tangki, isipadu air dikurangkan sebanyak
80% dan ikan dikumpulkan dengan kaedah menarik pukat dan juga
tangguk.
ii. Ikan yang diternak di dalam kolam, pengumpulan dilakukan dengan
kaedah menarik pukat atau jala ke satu penjuru kolam.
iii. Kerja pengumpulan ikan dilakukan dengan cepat untuk mengelakkan
ikan stress.
iv. Ikan yang dikumpulkan akan dimasukkan ke dalam tangki simpanan
sementara dengan kepadatan yang tinggi serta diberi pengudaraan.
b. Pemindahan ikan
i. Ikan yang dikumpulkan dipindahkan ke tangki penggredan sama ada
secara automatik atau manual.
ii. Ikan dipindahkan dengan menggunakan penyauk ke tangki
penggredan.
c. Penggredan
i. Alat penggredan direndam separuh di dalam air.
ii. Benih ikan dimasukkan bersama air ke dalam bekas penggredan.
iii. Ikan yang bersaiz kecil akan keluar melalui lubang manakala ikan
bersaiz besar akan tertinggal dalam bekas penggredan.
iv. Ikan yang berbeza saiz akan diasingkan ke tempat ternakan yang
berlainan.
v. Benih ikan dikira dan dimasukkan ke dalam tangki mengikut kadar
bilangan yang sesuai.
No. Kod / Code No. AF-031-1/M08/P(3/5) Muka : 4 Drp : 5
Saiz Ikan Yang Sesuai Untuk Digred
Alat Penggredan
SOALAN:
1. Nyatakan dua tujuan penggredan benih ikan
i. ................................................................................................................................
ii. ................................................................................................................................
No. Kod / Code No. AF-031-1/M08/P(3/5) Muka : 5 Drp : 5
2. Senaraikan tiga jenis alatan yang diperlukan dalam kerja penggredan benih ikan
i. ................................................................................................................................
ii. ................................................................................................................................
iii. ................................................................................................................................
3. Nyatakan tiga proses utama yang terlibat dalam kerja-kerja penggredan
i. ................................................................................................................................
ii. ................................................................................................................................
iii. ................................................................................................................................
RUJUKAN :
Raihan Sh. Hj. Ahmad (2010), Ternakan Ikan Keli. Buku Panduan Bil 4/98.
Jabatan Perikanan, Kementerian Pertanian Malaysia.
Abdullah Abd Rahim (2014). Nota kursus kawalan mutu air. Universiti Putra
Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum (2006). Modul pembelajaran Akuakultur dan
Rekreasi tingkatan 4. Kementerian Pelajaran Malaysia. Pp 1-173
Pusat Perkembangan Kurikulum (2006). Modul pembelajaran Akuakultur dan
Haiwan Rekreasi tingkatan 5. Kementerian Pelajaran Malaysia. Pp 1-7
Huet, M. 1995. Buku teks mengkultur ikan pembiakan da pemeliharaan ikan.
Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.
Diterjemah dari English ke Bahasa Melayu oleh Faizah Shaharom, Hassan Hj.
Mohd Daud dan Siti Khalijah. 481 p.
Mohd Sidek, A (Unpublished) Pembinaan Tangki Simen Ikan Air Tawar (Keli)