The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-60046047, 2021-09-25 21:57:49

M02 MENGAWAL PENYAKIT

PENERANGAN M02 1-1

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 4 - 8 BLOK E9, KOMPLEKS E
62604 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN

( INFORMATION SHEET )

KOD DAN NAMA PROGRAM / AF-031-1
PROGRAM CODE & NAME OPERATOR AKUAKULTUR
L1
TAHAP / LEVEL
NO DAN TAJUK UNIT M02 MENGAWAL PENYAKIT
KOMPETENSI / COMPETENCY
UNIT NO.AND TITLE 02.01 LAKUKAN SANITASI TEMPAT TERNAKAN
NO. DAN PENYATAAN AKTIVITI
KERJA / WORK ACTIVITIES NO. LAKUKAN KERJA SANITASI TEMPAT TERNAKAN
AND STATEMENT MENGGUNAKAN PERALATAN SANITASI, KLORIN
(SODIUM HYPOCHLORITE), GARAM, GEL PEMBERSIH
OBJEKTIF MODUL/ MODULE TANGAN, ANTI KLORIN (SODIUM THIOSULPHATE),
OBJECTIVES BAHAN PENCUCI, PAM, WATER JET, PENYAPU,
BERUS DAN PERALATAN KESELAMATAN DIRI (PPE)
NO. KOD / CODE NO. SUPAYA ARAHAN SANITASI TEMPAT TERNAKAN
DITERIMA, PERALATAN DAN BAHAN SANITASI
TEMPAT TERNAKAN DISEDIA, TEMPAT TERNAKAN
DISANITASI DAN PERALATAN SANITASI TEMPAT
TERNAKAN DISIMPAN MENGIKUT AMALAN
AKUAKULTUR BAIK (AAB).

AF-031-1/M02/P(1/1) Muka : 1 Drp : 9

TAJUK / TITLE:
AMBIL SAMPEL TANAH, PUNCA AIR, DAN UKUR PARAMETER AIR

TUJUAN / PURPOSE:

Kertas Penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada
murid tentang arahan secara bertulis atau secara lisan sanitasi tempat ternakan mengikut
tatacara ditetapkan serta menentukan jenis, fungsi, lokasi, peralatan, dan bahan sanitasi
tempat ternakan berdasarkan keperluan semasa. Pilih, periksa kondisi, dan ambil peralatan
serta bahan sanitasi tempat ternakan. Mengering, mencuci, merawat, dan membilas tempat
ternakan mengikut tatacara ditetapkan. Membersih, simpan, dan susun peralatan sanitasi
mengikut prosedur ditetapkan.

No. Kod / Code No. AF-031-1/M02/P(1/1) Muka : 2 Drp : 9

PENERANGAN / INFORMATION :

1. MENERIMA DAN MENTAFSIR ARAHAN

Bil Arahan Kaedah
1.1 Bertulis
1.2 Lisan Menerima tugasan yang diberi dengan cara :
a. Baca dengan teliti arahan
b. Faham setiap arahan yang diterima.

Menerima tugasan yang diberi dengan cara :
a. Dengar dengan teliti arahan
b. Faham setiap arahan yang diterima.

2. PERALATAN DAN BAHAN SANITASI
2.1 Peralatan dan kegunaan.
Senarai peralatan sanitasi yang digunakan adalah seperti berikut:

Bil Peralatan Kegunaan

Pam Air

Digunakan untuk mengepam air dari
i) tangki simpanan atau punca air bagi

tujuan pencucian dan sebagainya.

High Pressure Water Jet

Digunakan untuk menyembur air tekanan
ii) tinggi bagi tujuan pembersihan.

Memerlukan sambungan air paip getah.

No. Kod / Code No. AF-031-1/M02/P(1/1) Muka : 3 Drp : 9

Bil Peralatan Kegunaan

Penyapu

Digunakan sebagai alatan kerja-kerja
iii) pembersihan am.

Berus
iv) Digunakan sebagai alatan kerja-kerja

pembersihan am.

Bekas Merendam
v) Digunakan untuk merendam alatan untuk

tujuan pensterilan dan basmi kuman.

Gayung
Digunakan untuk menceduk air dan
vi) melakukan kerja-kerja am.

Topeng Keselamatan
vii) Digunakan sebagai peralatan

keselamatan semasa menjalankan
sanitasi.

No. Kod / Code No. AF-031-1/M02/P(1/1) Muka : 4 Drp : 9

Bil Peralatan Kegunaan

Kasut Getah

viii) Digunakan sebagai peralatan
keselamatan semasa menjalankan
sanitasi.

Sarung Tangan Getah

Digunakan sebagai peralatan
ix) keselamatan semasa menjalankan

sanitasi.

Getah Paip

x) Digunakan sebagai peralatan mengalirkan
air dari punca air.

No. Kod / Code No. AF-031-1/M02/P(1/1) Muka : 5 Drp : 9

2.2 Bahan dan kegunaan.

Senarai bahan sanitasi yang digunakan adalah seperti berikut:

Bil Bahan Kegunaan

Klorin (Sodium Hypochlorite)

i) Digunakan bahan pembersihan dan
pembasmian kuman.

Garam

ii) Bahan pembersihan dan pembasmian
kuman.

Gel Pembersih Tangan
Digunakan sebagai pencuci tangan dan
iii) pembasmi kuman.

Antiklorin (Sodium Thiosulphate)
iv) Digunakan sebagai bahan nyah klorin dari

bekalan air paip.

Dipterex
v) Digunakan sebagai bahan disinfektan.

No. Kod / Code No. AF-031-1/M02/P(1/1) Muka : 6 Drp : 9

Bil Bahan Kegunaan

Bahan Pencuci
vi) Digunakan sebagai bahan sanitasi.

Kapur Abu Panas (Kalsium Karbonat)

vii) Digunakan sebagai bahan untuk
pembasmi kuman di dalam kolam tanah.

3. SANITASI TEMPAT TERNAKAN
3.1 Sanitasi Kolam Tanah
Terdapat dua kaedah sanitasi kolam tanah iaitu
i) Kaedah basah
ii) Kaedah kering

i) Kaedah Basah
Langkah sanitasi kaedah basah adalah seperti berikut:
a. Memakai pakaian keselamatan yang lengkap.
b. Menggunakan pam air untuk kerja pembersihan kolam dan tangki.
c. Bersihkan peralatan dengan menggunakan bahan sanitasi.
d. Pembuangan lumpur dilakukan supaya dapat menambah baik kualiti air
dan membasmi penyakit.

No. Kod / Code No. AF-031-1/M02/P(1/1) Muka : 7 Drp : 9

ii) Kaedah Kering

Langkah sanitasi kaedah kering adalah seperti berikut:

a. Memakai pakaian keselamatan yang lengkap.

b. Kolam dikeringkan terlebih dahulu dan dibersihkan daripada kekotoran,
siput, batu batu, lumpur, rumput, anak ikan dan organisma yang tidak
dikehendaki.

c. Kolam dibiarkan kering sehingga merekah.

d. Melakukan pemugaran tanah dengan menggunakan jentera pemugaran
tanah dan penyodok dalam tempoh sehari bergantung pada keadaan
cuaca.

e. Kolam ditabur dengan kapur abu panas.

f. Bersihkan peralatan dengan menggunakan bahan sanitasi.

Rajah: Aktiviti Menabur Kapur

3.2 Sanitasi Tangki Simen, Fiberglass, Kanvas Dan Poli
Langkah pembersihan adalah seperti berikut:
i) Memakai pakaian keselamatan diri.
ii) Bersihkan tangki daripada sampah sarap, sisa makanan dan lumut.
iii) Taburkan garam kasar atau klorin.
iv) Cuci tangki sehingga bersih.
v) Bilas tangki dengan air yang bersih.
vi) Jemur kolam tersebut selama 3 hari.
vii) Bersihkan peralatan dengan menggunakan bahan sanitasi.

No. Kod / Code No. AF-031-1/M02/P(1/1) Muka : 8 Drp : 9

a) Memberus dan b) Menabur garam dan c) Membilas tangki dan
membuang kotoran diberus untuk mengering tangki
kasar membasmi kuman

Rajah: Proses Pembersihan Tangki

4. MEMILIH, MEMERIKSA, MEMBERSIH, MENYIMPAN, DAN MENYUSUN
PERALATAN SERTA BAHAN SANITASI

4.1 Peralatan dan bahan sanitasi yang akan digunakan memerlukan pemilihan yang
betul mengikut tatacara seperti:

i) Keperluan arahan kerja yang hendak dilakukan.

ii) Menentu dan memastikan tempat simpanan peralatan serta bahan yang
akan diambil.

iii) Memeriksa kondisi alatan terlebih sebelum ianya digunakan.

iv) Memeriksa kondisi bahan terlebih seperti tarikh luput dan kuantiti yang
diperlukan sebelum digunakan.

v) Mengisi borang daftar keluar masuk barangan yang diambil.

vi) Membersih dan menyimpan peralatan serta bahan yang digunakan di
tempat yang ditetapkan.

vii) Langkah keselamatan adalah diutamakan sebelum, semasa dan selepas
melakukan tugasan.

No. Kod / Code No. AF-031-1/M02/P(1/1) Muka : 9 Drp : 9

SOALAN:
1. Nyatakan dua kaedah pembersihan kolam tanah ternakan ikan air tawar.
a. Kaedah 1
..................................................................................................................
b. Kaedah 2
...................................................................................................................
2. Senaraikan tiga langkah pembersihan kolam tangki ternakan ikan air tawar.
a. .....................................................................................................................
b. .....................................................................................................................
c. .....................................................................................................................

RUJUKAN :

1. Ahmad Shukor bin Mansor, Anuar bin Ahmad, Che Hashim bin Che Pa (2002),
Pengajian Agroteknologi Tingkatan 4, Jabatan Pendidikan Teknikal KPM.

2. Abdullah Abd Rahim (2014). Nota kursus kawalan mutu air. Universiti Putra Malaysia,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

3. Pusat Perkembangan Kurikulum (2006). Modul pembelajaran Akuakultur dan Haiwan
Rekreasi tingkatan 4. Kementerian Pelajaran Malaysia. Pp 1-173

4. Brown, E.E., dan Gratzek, J.B. 1980. Fish farming handbook. Van Nostrand Reinhold,
New York. 391 p.


Click to View FlipBook Version