The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by chokjbbb, 2022-05-24 22:45:58

PRODUK DIGITAL PPSJ 1132

PPSJ 1132 Tugasan 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS GAYA,KOTA
KINABALU,SABAH

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

-KERJA KURSUS -

KURSUS: KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAH

KOD KURSUS : PPSJ1132

KANDUNGAN:
i. PENGHASILAN PRODUK DIGITAL

Nama Guru Pelatih :

No. Kad Matrik 1. CHOK JING BOH

Kumpulan 2. SIMSON PERES BIN SO SUI GUM
Ambilan
Semester/Sesi 3. JIMMY NELSON VIVIAN TONSUN
No. Telefon Bimbit
:
Alamat E-mel 1. P21074435
2. P21074432
3. P21074486

: PPISMP TESL SJKC

: JUN 2021 kemasukan september 2021

: SEM 2/FEB 2022-JUN 2022

:
1. 011-21801519
2. 013-2774453
3. 016-5860708

:
1. [email protected]
2. [email protected]
3. [email protected]

Nama Pensyarah Kursus : Nor Amin Lawisau

A. Pengesahan Pelajar: ( diisi semasa menghantar tugasan)

Saya mengesahkan bahawa hasil tugasan yang dihasilkan oleh saya sendiri dan tiada unsur-
unsur plagiat didalamnya. Saya faham implikasi yang akan saya terima sekiranya pengakuan
iniadalah pengakuan palsu.

ChokTanda tangan Pelajar: Tarikh: 26 APRIL 2022

SimsonTanda tangan Pelajar: Tarikh: 26 APRIL 2022

JimmyTanda tangan Pelajar: Tarikh: 26 APRIL 2022

B. Pelajar Menerima Maklumbalas Hasil Tugasan: ( diisi selepas menerima gred dan
maklumbalas daripada pensyarah)

Perkembangan Sejarah
Institut Pendidikan Kampus
Gaya dari tahun 1963 sehingga

tahun 2022.

Dari segi aspek:
Sejarah penubuhan IPG

Disediakan oleh:
Jimmy Nelson,
Simson Peres,
Chok Jing Boh.

ISI KANDUNGAN
• Pengenalan IPGK Gaya
• Sejarah IPGK Gaya
• Pembentukan awal nama institut
• Visi, Misi & Falsafah IPGK Gaya
• Alat & Bahan bantu mengajar yang digunakan

PENGENALAN IPGK GAYA
Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya merupakan salah

sebuah institut perguruan di Sabah, Malaysia. Ia terletak di
atas sebidang tanah berbukit seluas 19.4 hektar. Berjarak
kurang daripada 2KM dari pusat bandar raya Kota Kinabalu.

Kedudukan Institut Perguruan Gaya adalah strategik, iaitu
terletak tidak jauh daripada Kompleks beli belah Karamunsing,
Bandar Luyang, Hospital Queen Elizabeth dan Muzium Negeri.

SEJARAH IPGK GAYA
Institut Perguruan Gaya telah dibuka dengan
rasminya oleh Gabenor Sir William Goode pada 4
Julai 1963.

Pada tahun pertama penubuhannya, Pengetua
IPG ialah MR J.E Tod yang dibantu oleh 6 orang
pensyarah untuk melatih 83 guru pelatih.
Institut Perguruan Gaya terletak di kawasan
bukit seluas 19.4 hektar kira-kira 2 KM dari Bandar Kota Kinabalu,
berhampiran Hospital Queen Elizabeth, Muzium Negeri dan Masjid
Negeri serta pusat beli-belah di Karamunsing dan juga Bandar
Luyang. (1 page)

SEJARAH IPGK GAYA
Institut Perguruan Gaya telah dinaiktaraf sebagai Institut
Pendidikan Guru yang boleh menganugerahkan Ijazah Sarjana
Muda Perguruan mulai tahun 2006 dalam Rancangan Malaysia Ke-
9. Institut Perguruan Gaya sebelum ini dikenali sebagai Maktab
Perguruan Gaya telah diubah namanya secara rasmi pada Jun
2006.

SEJARAH IPGK GAYA
Antara tahun 1963 hingga 1981, IPG diuruskan di bawah
pentadbiran Jabatan Pelajaran Negeri Sabah. Pada tahun 1981,
sesuai dengan usaha kerajaan untuk menyelaraskan pentadbiran
semua Maktab Perguruan di seluruh negara, tanggungjawab
pentadbiran & pengurusan Insitut Perguruan Gaya telah
dipindahkan ke Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian
Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur. Kurikulum dan sistem latihan
yang dilaksanakan di Institut Perguruan Gaya adalah sama seperti
di institut lain di Malaysia. Kurikulum perguruan ini meliputi bidang
akademik, pengkaedahan, kokurikulum dan praktikum yang wajib
diikuti oleh semua pelajar.

Jangka masa kursus Diploma Perguruan Malaysia selama tiga
tahun yang dibahagikan kepada 6 semester, Prestasi pelajar dinilai
daripada pencapaian peperiksaan, praktikum, kerja kursus dan
gerak kerja kokurikulum.

SEJARAH IPGK GAYA
Selain kursus Diploma Perguruan Malaysia, Institut Perguruan
Gaya juga mengadakan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)
bagi pelajar berijazah selama dua semester, kursus Sijil Perguruan
Khas (KSPK) selama setahun dan Program Khas Pensiswazahan
Guru (PKPG) yang dikendalikan bersama Universiti Malaysia Sabah
(UMS).

2 program baharu yang dikendalikan oleh institut iaitu Program
Bachelor Pendidikan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa
Kedua (B.Ed TESL) bermula sejak Julai 2002 (Program Kembar
bersama UITM) dan Program KUrsus Perguruan Lepasan Ijazah
(KPLI) Sekolah Rendah bermula Januari 2003.

SEJARAH IPGK GAYA

Institut Perguruan Gaya juga memulakan kursus pendek bagi
Program Latihan Perguruan Institusi Pendidikan Swasta, Calon
Persendirian dan Agensi Luar Kementerian Pendidikan mulai 2000.
Mulai 15 Disember 2003, Institut Perguruan Gaya mengendalikan
kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) Mod Latihan
Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS). Pengambilan KPLI
(sekolah rendah) j-QAF (Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu
Ain) Mod LBPS telah dilaksanakan pada Januari 2005.

Pada 6 Mei 2006, Maktab Perguruan telah dinaik taraf sebagai
Institut Pendidikan Guru (IPG). Sebagai Institut Pendidikan
Guru, institut boleh menganugerahkan Ijazah Sarjana Muda
Perguruan.

Pada 4 Julai 2013, Jubli Emas yang ke-50 tahun telah disambut
di IPG Kampus Gaya dan dirasmikan oleh Dr Lee Boo Hua, Timbalan
Rektor IPGM. Manakala Jubli Zamrud yang ke-55 pula disambut
pada 4 Julai 2018 dan sambutan kali ini dirasmikan oleh YB. Encik
Mohammad Mohamarin, Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi
Negeri Sabah.

SEJARAH IPGK GAYA

Pada 22 April 1963, kursus perguruan sekolah rendah pertama
dimulakan di MP Gaya dengan 83 orang pelatih dan 6 orang
pensyarah. Pengetua pertama MP Gaya adalah En. J.E. Tod.
Maktab Perguruan Gaya telah dinamakan & dirasmikan pada 4
Julai 1963 oleh Gabenor Borneo Utara, Sir William Goode, K.C.M.G.
MP Gaya telah bermula dengan sebuah blok asrama, tempat
kediaman pengetua dan naib pengetua. 2 blok pangsapuri untuk
pegawai dan perumahan untuk kakitangan yang lain.

PEMBENTUKAN AWAL NAMA INSTITUT
Satu jawatankuasa yang terdiri daripada Pengerusi
Jawatankuasa Pendidikan. Setiausaha Kerajaan Tempatan dan
Pengarah Pendidikan dibentuk pada 1963 untuk memberi
cadangan nama-nama yang sesuai untuk diberikan kepada
institut.

NAMA-NAMA YANG DICADANGKAN
• Maktab Perguruan Jesselton
• Maktab Gaya
• Maktab Singgah Mata
• Maktab Perguruan Sabah
• Institut Pendidikan Guru

MENGAPA MEREKA MEMILIH NAMA MAKTAB GAYA
• Pemilihan yang telah dibuat adalah bersesuaian dengan nama
yang dapat melambangkan imej negeri Sabah (Pulau Gaya)
• Semua alternatif ini telah dikemukakan kepada gabenor pada
masa itu, Gabenor Borneo Utara, Sir William Goode GCMG.
Setelah berunding dengan jawatankuasa perundangan negeri.
“Maktab Gaya” merupakan pemilihan yang sesuai.

• Pada tahun 1973, nama ini telah diubahsuai oleh Jabatan
Pendidikan Negeri bersama dengan Jabatan Ketua Menteri
sebagai “MAKTAB PERGURUAN GAYA”.

VISI & MISI IPGK GAYA

VISI: Institut Pendidikan Guru Peneraju Kecemerlangan
Pendidikan Guru

MISI: Institut Pendidikan Guru melahirkan guru yang kompeten
dan berjiwa pendidik melalui program pembangunan guru yang
dinamik ke arah pendidikan sekolah bertaraf dunia

FALSAFAH IPG KAMPUS GAYA

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan untuk
mengembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta dapat menyumbang terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan juga negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik,
bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan
kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu & memelihara
suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan
berdisiplin.

ALAT & BAHAN BANTU MENGAJAR YANG DIGUNAKAN
• MESIN TAIP
Mesin taip ini digunakan sebagai bahan pembelajaran pada
tahun 1990-an
• KAMERA VIDEO DAN PEMAIN VIDEO
Alat-alat ini telah digunakan sebagai bahan bantuan
pembelajaran pada tahun 1980-an.
• MESIN TAIP JAWI
Alat ini telah digunakan pensyarah pada tahun 1990-an.
• SCANNER/ PENGIMBAS
Bahan bantuan pembelajaran pada tahun 1980-an
• SLIDE PROJECTOR
Bahan bantuan pembelajaran pada pertengahan tahun 1960-
an
• OVERHEAD PROJECTOR
Bahan bantuan pembelajaran pada pertengahan tahun 1970-
an.
• KAMERA VIDEO & ALAT PEMAIN VIDEO@KASET
Bahan bantuan pembelajaran pada tahun 1980-an.
• SOFTWARE
Bahan teknologi pengajaran sejak tahun 1970-an
• HARDWARE
Bahan teknologi pengajaran sejak tahun 1970-an
• MASTER SLIDE
Bahan bantuan pembelajaran pada pertengahan tahun 1960-
an. Perlu disambung pada slide projector untuk mendapatkan
paparan
• SLIDE PROJECTOR
Bahan bantuan pembelajaran pada pertengahan tahun 1960-
an.
• MULTI-PURPOSE AUDIO SYSTEM
Peralatan audio teknologi pengajaran yang digunakan pada
tahun 1960-an
• ALAT KURSUS KEMAHIRAN MENDANDAN
Peralatan ini digunakan pada tahun 1960-an hingga 1970-an


Click to View FlipBook Version