Pembentukan Keluarga Bahagia NAMA PENSYARAH : PUAN RAFIZAH BINTI MOHAMED SALLEH MPU 3092
Ahli Kumpulan AHMAD IQBAL FIKRI BIN KHAINURI NURUL MAIZATUL SOFEA BINTI MOHD RODZI RABIATUL A'LIYA BINTI MOHD ASHRUDIN
Bagaimana Pembentukan Sebuah Keluarga Bahagia dapat Dicapai Bicara Ilmu Oleh : Iqbal, Sofea dan A'liya
Isi Kandungan Pengenalan Keluarga Bahagia Model Keluarga Bahagia Islam Langkah Mencapai Keluarga Bahagia Isu dalam Mencapai Keluarga Bahagia Penutup Rujukan 1 2 3 4 5 6
Pengenalan Keluarga Bahagia
Keluarga Merujuk Kamus Dewan, keluarga beerti seisi rumahtangga yang terdiri daripada daripada suami, isteri dan anak-anak. Def n i isi Keluarga Bahagia Def n i isi Keluarga Bahagia Bahagia Suasana tenang, aman dan gembira. Keluarga Bahagia Kehidupan keluarga yang bebas daripada gejala sosial, mengamalkan cara hidup yang berlandaskan disiplin tetapi wujud sifat kasih sayang yang amat tinggi dan saling menghormati.
Keluarga Bahagia Menurut Sarjana Islam Al-Farabi menjelaskan bahawa dalam memperoleh kebahagiaan di dunia dan akhirat, ia berkait dengan jiwa yang baik (al-fadilah) iaitu jiwa yang terlepas daripada ikatan kebendaan dan tuntutan hawa nafsu, melaksanakan amanah dan janji, menunaikan tugas-tugas syarak dengan sempurna, menjauhkan dosadosa besar, meninggalkan perkara yang diharamkan. Penghayatan terhadap Islam melalui keimanan dan ketaqwaan, kefahaman akidah, pemantapan ilmu mampu memberi kebahagiaan dan ketenangan kepada manusia. Kemuncak kebahagiaan terakhir iaitu dengan cara menyerahkan diri secara sukarela kepada Islam dengan beriman kepada Allah SWT dan mentaati segala perintah dan laranganNya Beliau melihat kebahagiaan mempunyai pertalian dengan dua dimensi kewujuduan iaitu kewujudan di dunia (duniawiyyah) dan di akhirat (ukhrawiyyah). Al-Farabi Al-Ghazali Al-Attas
"Konsep kebahagiaan ialah sesuatu keinginan yang hendak diperoleh dengan mendambakan keinginan tersebut dengan melalui proses pengorbanan usaha, kemudian membuahkan keberhasilan yang didambakannya tadi sesuai dengan petunjuk dan arahan, bimbingan yang benar. Sebagaimana dalam al-Quran iaitu memperoleh kebahagiaan dunia akhirat tidak terlepas dari bimbingan dan tuntutan Allah SWT dengan mengikuti segala yang diperintahkan. "
Model Keluarga Bahagia Islam
Elemen penggerak kepada pembinaan sebuah keluarga bahagia mengikut kehidupan berkeluarga Rasulullah SAW dan para sahabat :
Elemen dalam Keluarga Bahagia Akidah Kekuatan iman bergantung kepada keutuhan akidah dalam diri. Mendalami bab akidah yang berasaskan keyakian terhadap kewujudan Allah SWT. Ilmu pengetahuan dapat membangunkan ummat yang dihormati. Membantu manusia dalam mencapai kebahagian hidup. Insan yang berilmu akan bertindak mengikut kehendak Allah SWT. Kemahuan yang tertentu terhadap sesuatu perbuatan demi mendapatkan keredaan Allah SWT. Memenuhi keperluan manusia untuk mendapatkan ketenteranam, kebahagian rumahtangga dan keinginan mendapatkan zuriat. Ilmu Niat
Akhlak Mencipta generasi muda yang berakhlak mulia (al-akhlaq alkarimah). Melahirkan sifat yang terpuji seperti wasatiah, kealidan dan berbudi bahasa. Sosial Amanah Perkahwinan membentuk hubungan yang meluas dalam komuniti. Hubungan sosial yang baik membantu dalam pergaulan sesama ahli keluarga. Amanah dalam menunaikan kewajipan rumahtangga. Pembahagian tanggungjawab iaitu tugas suami terhadap isteri, tugas isteri terhadap suami & tugas ibu bapa terhadap anak. Keselamatan Fizikal dan Ekonomi Memelihara kesihatan fizikal dan spiritual untuk mengelakkan penyakit. Kecukupan pendapatan untuk menampung hiudp.
Perasaan cinta dan kasih sayang antara suami isteri melahirkan kebahagiaan. Membentuk keluarga yang saling melindungi. Menerima kelebihan dan kekurangan ahli keluarga. Sakinah Ketenangan, kedamaian jiwa dalam suasana yang damai. Suami isteri menjalankan perintah Allah SWT dengan tekun, saling menghormati dan toleransi. Tidak mencela kekurangan pasangan atau ahli keluarga. Perasaan belas kasihan, toleransi, lemah lembut bersama ketinggian budi pekerti. Membentuk perasaan simpati kepada pasangan untuk membantu meringankan kerja. Mawaddah Rahmah
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. “ (QS : Ar-Ruum:21)
Langkah Mencapai Keluarga Bahagia
Ibu bapa harus memastikan anakanak tidak bergaul dengan rakan sebaya yang buruk akhlak Mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan anak-anak Kesan: Anak akan dihindarkan dari melakukan gejala sosial yang lebih serius Cth : Merokok, buli, vandalisme dll.
Anak-anak memerlukan komunikasi secara lembut dan sopan serta perhatian daripada ibu bapa Berkomunikasi Bersama Ahli Keluarga Dapat mengetahui rasa hati anak-anak serta berkongsi masalah yang dihadapi Cth: Akademik, sosial dll. Berbincang untuk menyelesaikan masalah dan anak-anak tidak berasa tertekan seterusnya mengambil jalan yang salah
Mendidik anak menjaga pergaulan dan memahami batasan pergaulan antara anak lelaki dan anak perempuan. Didikan ini perlu diajar sejak 10 tahun lagi dengan mengasingkan tempat tidur mereka. Hal ini bagi membiasakan mereka untuk tidak tidur bercampur gaul antara anak lelaki dan anak perempuan. Ibu bapa perlu memberi kesedaran kepada anak-anak untuk menjaga maruah diri bukan sahaja dengan orang luar bahkan sehingga di dalam keluarga sendiri. Membentuk dan Menjaga Maruah Diri Anak-Anak
Suami Memberi Layanan Yang Terbaik Kepada Isteri Suami seharusnya banyak berterima kasih kepada isteri yang sanggup mengikat janji melalui perkahwinan untuk berbakti kepada suaminya terutamanya dalam menyediakan ruangan yang halal untuk melepaskan keinginan syahwatnya. Contohnya, suami memberikan layanan yang baik, bersikap lemah lembut dan selalu membantu isteri melaksanakan kerja rumah. Daripada Abu Hurairah, dia berkata Rasulullah SAW bersabda: Orang-orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya, dan yang terbaik di antara mereka adalah yang terbaik terhadap isteri-isterinya. (HR Ahmad No: 7095)
Ahli keluarga mestilah memperuntukan satu waktu solat untuk dilakukan secara berjemaah. Dapat menambahkan keakraban di antara suami, isteri dan anak-anak melalui sesi selepas solat (berzikir, bermaaf-maafan dan bersalaman). Mendidik anak-anak mengenai kepentingan solat di awal waktu dan kewajipan melaksanakan rukun Islam kedua ini. Punca utama berlakunya konflik antara suami isteri disebabkan melanggar perintah Allah SWT iaitu tidak solat. Mengerjakan Solat Berjemaah
Meluangkan Masa Bersama Ibu bapa hendaklah meluangkan masa bersama dengan anak-anak walaupun dalam kesibukan. Hubungan kekeluargaan akan bertambah akrab kerana dapat melakukan aktiviti secara bersama-sama. Ibu bapa berpeluang untuk menjadi rakan kepada anakanak, dan menjadi pendengar yang setia terhadap masalah mereka. Mengekalkan kecerian dalam kalangan ahli keluarga.
Isu dalam Mencapai Keluarga Bahagia
Haruan Makan Anak Seorang bapa dijatuhkan hukuman penjara 31 tahun dan 17 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas tujuh pertuduhan iaitu merogol anak kandungnya, amang seksual dan memiliki video pornografi (Hazelen Liana, 2023). Seorang bapa dijatuhi hukuman penjara 54 tahun dan 25 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tujuh pertuduhan termasuk merogol anak kandungnya (Nor Fazlina, 2023).
PENUTUP Diriwayatkan daripada Saidatina ‘Aisyah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda, َدُعوُه َف ْم ُك ا َماَت َصاِحُب َذ ِإ ْهِلي، َو َأِل ْم ُك ا َخْيُر َن َأ ْهِلِه َو َأِل ْم ُك ْم َخْيُر ُك َخْيُر Maksudnya: Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap ahli keluarganya, dan aku adalah orang yang paling baik terhadap ahli keluargaku. Dan apabila salah seorang daripada ahli keluarga kalian meninggal dunia, maka biarkanlah dia (tinggalkanlah dia dan jangan berbicara tentang keburukannya). [Riwayat al-Tirmidhi]
PENUTUP Kesimpulan yang dapat dinyatakan disini adalah bagi mewujudkan kebahagiaan dalam berkeluarga, kita perlu berlaku baik terhadap ahli keluarga antaranya dengan saling memenuhi hak dan tanggungjawab sebagai suami dan isteri, bapa dan ibu serta anak. Kebahagiaan yang dicari oleh setiap keluarga adalah berbeza namun ianya perlulah dipupuk dari asas agama dan asas kehidupan melalui ilmu kehidupan dan ilmu kekeluargaan demi mencapai status keluarga bahagia
Hazelen Liana Kamarudin. (21 Jun 2023). Bapa rogol anak kandung dijel 31 tahun, 17 sebatan. Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/264542/berita/semasa/bapa-rogol-anakkandung-dijel-31-tahun-17-sebatan Nor Fazlina Abdul Rahim. (1 Jun 2023). Bapa rogol anak dihukum 54 tahun, 25 sebatan [METROTV]. Harian Metro. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/06/973185/bapa-rogol-anak-dihukumpenjara-54-tahun-25-sebatan-metrotv Nur Zahidah Jaapar, dan Raihanah Azahari. (2011). Model Keluarga Bahagia Menurut Islam. Jurnal Fiqh, 8, 25-44. https://ejournal.um.edu.my/index.php/fiqh/article/view/4332/2608 Rujukan
Sekian, terima kasih