The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN SEKOLAH SKFI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurlaniqah98, 2021-06-12 02:45:08

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN SEKOLAH SKFI

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN SEKOLAH SKFI

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN
SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA INAS 2021

SKFI Memacu Transformasi Kemenjadian Murid

MUKADIMAH

• Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha
Penyayang, bahawa ini adalah undang-undang dan
peraturan Sekolah Kebangsaan Felda Inas,81440 Bandar
Tenggara, Johor Darul Ta’zim. Undang-Undang dan
peraturan ini hendaklah diketahui oleh semua guru, kaki
tangan dan murid-murid sekolah ini.Murid-murid tidak
mematuhi atau melanggar undang-undang dan peraturan
ini akan dikenakan tindakan mengikut Ordinan Pelajaran
1957.

IKRAR Bahawasanya kami

Pelajar Sekolah Kebangsaan Felda Inas

berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usha kami untuk mencapai cita-cita

Rukunegara berdasarkan kepada prinsip-prinsip berikut:

• KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

• KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

• KELUHURAN PERLEMBAGAAN

• KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

• KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Kami juga berikrar akan meningkatkan usaha kami

Bagi mencapai kejayaan yang cemerlang

Dalam setiap ujian dan peperiksaan

Sentiasa berakhlak mulia

Taat kepada kedua ibu bapa

Menghormati guru-guru,pengawas-pengawas

Berkerjasama dengan rakan-rakan

Menjaga disiplin dan nama baik sekolah ini.

FALSAFAH SEKOLAH

Pendidikan di sekolah berhasrat untuk
melahirkan murid yang cemerlang dari
segi akhlak, ilmu pengetahuan,
bertanggung-jawab terhadap kemajuan
diri, sekolah, masyarakat, agama dan
negara serta mempunyai kepercayaan
kepada Tuhan

VISI & MISI SEKOLAH

VISI MISI

• Pendidikan Berkualiti Insan • Melestarikan Sistem
Terdidik Negara Sejahtera Pendidikan Yang Berkualiti

Untuk Membangunkan
Potensi Individu Bagi
Memenuhi Aspirasi Negara

OBJEKTIF SEKOLAH

• Mewujudkan peluang yang optimum untuk
memperolehi pelbagai disiplin ilmu melalui proses P &
P yang berkesan.

• Peningkatan penglibatan yang menyeluruh dan
pencapaian yang terbaik dalam pelbagai aktiviti
kokurikulum.

• Meningkatkan kualiti disiplin kendiri murid.
• Meningkatkan amalan nilai-nilai agama dan nilai-nilai

murni dalam kehidupan.
• Meningkatkan rasa cinta,taat dan bangga akan sekolah.
• Meningkatkan sikap bertanggungjawab, cinta dan taat

kepada Negara.

1.Masa Persekolahan

1.1 Masa Persekolahan sesi pagi-
Ahad hingga Khamis – 7.30 pagi hingga 1.30 tengah hari.

1.2 Semasa SOP Covid-19

2. Kehadiran

2.1 Kehadiran ke sekolah –
2.1.1 Setiap pelajar DIWAJIBKAN hadir ke sekolah pada hari persekolahan dan hari-hari
diisytiharkan sebagai hari persekolahan.
2.1.2 Setiap pelajar dikehendaki berada di sekolah 10 minit sebelum sesi persekolahan
bermula.
2.1.3 Kehadiran akan diambil oleh guru kelas pada masa pertama setiap hari
(jam 7.30-8.00)
2.1.4 Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebarang kenyataan bertulis
dianggap sebagai ponteng sekolah.

2.1.5 Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah kerana sebab-sebab tertentu hendaklah
memaklumkan kepada pihak sekolah dengan surat pada hari yang berikut :

a.Menggunakan sijil akuan sakit/ sijil rawatan dari Pusat Kesihatan atau Klinik Swasta
sekiranya tidak hadir atas sebab-sebab kesihatan.

b.Mengemukakan surat kenyataan dari ibu/ bapa. Penjaga sekiranya tidak hadir atas
sebab keluarga / selain sebab kesihatan.

2.1.6 Surat amaran ponteng akan dikeluarkan kepada ibu / bapa penjaga sekiranya,

AMARAN PERTAMA - Ponteng 3 hari berturut atau 10 hari tidak berturut-turut.
AMARAN KEDUA - Ponteng 10 hari berturut atau 20 hari tidak berturut-turut.

AMARAN TERAKHIR - Ponteng 17 hari berturut atau 40 hari tidak beturut-turut.
BUANG SEKOLAH - Ponteng 31 hari berturut atau 60 hari tidak berturut-turut.

2.1.7 Pelajar tidak dibenarkan keluar atau meninggalkan kawasan SK Felda Inas
semasa sesi persekolahan . Pelajar yang hendak meninggalkan kawasan
sekolah mestilah mendapatkan kebenaran daripada Guru Besar / GPK HEM /
GPK KoKurikulum dan guru bertugas dengan merekodkan nama dan tujuan
di dalam buku yang dikhaskan.

2.1.8 Pelajar yang sakit dan hendak mendapatkan rawatan ke klinik mestilah
membawa Surat Rawatan Klinik, dan merekodkan nama dalam Buku
Rawatan Klinik. Pelajar dilarang pergi berseorangan kecuali dihantar oleh
guru. Pelajar boleh dibawa semula ke sekolah atau dihantarpulang ke rumah
mengikut keadaan.

2.2 Kehadiran Di Dalam Kelas
2.2.1 Pelajar mestilah berada di dalam bilik darjah setiap masa mengikut jadual
waktu yang telah ditetapkan.
2.2.2 Pelajar dilarang meninggalkan kelas termasuk untuk tujuan ke tandas tanpa
kebenaran guru.

2.2.3 Pelajar dikehendaki beratur dan bergerak dengan kemas serta senyap
2.2.4 apabila hendak ke bilik-bilik khas.
Pelajar tidak dibenarkan berada di dalam kelas pada waktu rehat dan
semasa pelajar- pelajar sekelasnya berada di bilik-bilik khas.

2.3 Kehadiran Perhimpunan

2.3.1 Kehadiran pelajar dalam perhimpunan mingguan setiap hari Ahad dan
2.3.2 perhimpunan lain yang ditetapkan oleh pihak sekolah adalah WAJIB .
2.3.3 Pelajar mestilah berhimpun di dataran Kejat jam 7.15 pagi.
2.3.4 Pelajar hendaklah beratur mengikut kelas dengan kedudukan pelajar yang
rendah berada di hadapan.
2.3.5 Semua pelajar hendaklah berada dalam keadaan tenang dan senyap.
Sentiasa berada dalam keadaan SEDIA semasa menyanyikan lagu Negaraku /
Bangsa Johor / Sekolah dan lain-lain.
Pelajar tidak dibenarkan membuat bising / bersorak / menjerit / dan
bertepuk tangan yang keterlaluan semasa perhimpunan.

2.3.6 Pelajar yang lambat hadir ke perhimpunan akan berdiri di belakang dan akan
2.3.7 dikenakan tindakan mengikut alas an yang menasabah.
Pelajar akan beratur balik ke kelas setelah tamat perhimpunan mengikut
laluan yang telah ditetapkan.

2.4 Kehadiran Kelas Pendidikan Jasmani & Kesihatan (PJK)

2.4.1 Kehadiran kelas Pendidikan Jasmani adalah WAJIB bagi semua murid.
2.4.2 Pelajar yang tidak dapat mengikut aktiviti kelas PJ atas sebab-sebab
kesihatan hendaklah mendapatkan surat pengesahan doktor atau surat dari
2.4.3 ibu bapa / penjaga yang telah disahkan oleh Guru Besar, GPK 1 / GPK HEM /
2.4.4 GPK KoKurikulum.
Pelajar hendaklah memakai pakaian yang telah ditetapkan oleh pihak
sekolah.
Pelajar tidak dibenarkan ke kantin selepas PJ dan digalakkan untuk
membawa air minuman sendiri.

2.5 Kehadiran Kelas Tambahan
2.5.1 Kelas Tambahan (sabtu) atau kelas gentian adalah wajib sebagai
waktu persekolahan rasmi dan mestilah dihadiri oleh pelajar mengikut
jadual yang telah ditetapkan dan diedarkan kepada pelajar.
2.5.2 Pelajar hendaklah memakai uniform sekolah atau pakaian yang
sesuai dengannya mengikut kehendak guru penyelaras.

3. PAKAIAN UNFORM SEKOLAH

3.1 Baju Uniform Pelajar Lelaki
3.1.1 Baju kemeja putih berlengan pendek dan berkolar, kocek sebelah
kiri sahaja dan tiada flap di bahu.
3.1.2 Seluar panjang berwarna biru tua mengikut saiz pinggang dan
ketinggian, tiada kocek bertampal.
3.1.3 Kasut kanvas putih (tidak berbelang/tidak berwarna).Bertali atau flap
dan mengikut saiz kaki.

3.2 Baju Uniform Pelajar Perempuan.

3.2.1 Baju kurung berwarna putih yang berpesak berukuran sesuai dengan badan.
3.2.2 Kain sarung berwarna biru tua berukuran sesuai dengan badan.
3.2.3 Memakai tudung mini telekung berwarna putih tidak bersulam.
3.2.4 Kasut kanvas putih tidak berbelang atau berwarna , bertali atau flap dan
mengikut saiz kasut.
3.2.5 Jika memakai stoking hendaklah pendek berwarna putih. Memakai lencana
dan tanda nama pada kain di tudung.
3.2.6 Baju pengawas perempuan ialah baju kurung berwarna biru muda. Mini
telekung berwarna biru tua seperti warna kain. Ketua Pengawas dan
3.2.7 Penolong Ketua Pengawas memakai baju yang sama.
3.2.8 Kasut Pengawas mestilah sebarang kasut berwarna hitam yang sesuai.
Pakaian PJK atau bersukan mestilah menutup aurat iaitu seluar panjang trek
berwarna biru tua / hitamdan kemeja T berwarna putih / rumah sukan atau
baju yang disediakan oleh pihak sekolah.Kasut kanvas atau kasut sukan dan
jika berstoking hendaklah berwarna putih.

3.1.4 Jika memakai stoking hendaklah pendek berwarna putih. Memakai lencana kain di
3.1.5 kocek. Manakala tanda nama hendaklah di tampal di atas kocek.
3.1.6 Sekiranya memakai tali pinggang, lebar tidak melebihi 1-5 inci dan
3.1.7 berkepala kecil.
3.1.8 Baju pelajar hendaklah dibutang dan disisipkan ke dalam seluar serta bertali leher.
3.1.9 Baju pengawas lelaki ialah baju kemeja berwarna muda dan berlengan panjang. Ketua
3.1.10 Pengawas, Penolong Ketua Pengawas memakai baju yang sama.
Pengawas dikehendaki sentiasa memakai tali leher yang disediakan oleh Badan
3.1.11 Pengawas kecuali sewaktu PJK.
Kasut Pengawas mestilah sebaang kasut berwarna hitam yang sesuai.
Pakaian PJK atau bersukan mestilah bertutup aurat iaiatu seluar panjang trek
berwarna biru tua / hitam dab baju kemeja T berwarna putih / rumah sukan atau
baju yang disediakan oleh pihak sekolah. Memakai kasut kanvas putih, kasut sukan
putih atau hitam dan jika murid berstoking hendaklah berwarna putih.
Pustakawan memakai pakaian yang ditetapkan oleh sekolah.

3.2.9 Ketika menjalani Pendidikan Jasmani murid hanya dibenarkan memakai tudung kecil
(tiga segi) berwarna hitam / putih atau biru gelap.

3.2.10 Pustakawan memakai pakaian yang ditetapkan oleh sekolah.

3.3 Pakaian Ketika Berada di Kawasan Sekolah

3.3.1 Ketika menghadiri aktiviti kokurikulum, murid hendaklah memakai uniform
yang disediakan mengikut unit masing-masing.
3.3.2 Bagi murid perempuan hendaklah memakai tudungberwarna putih, biru
gelap atau hitam.
3.3.3 Sekiranya unit tidak mempunyai pakaian seragam murid hendaklah memakai
baju T- shirt berwarna putih atau yang disediakan oleh pihak sekolah.
3.3.4 Murid-murid yang mewakili sekolah ke pertandingan sukan MSSD/ MSSZ/
MSSM hendaklah memakai pakaian yang ditetapkan oleh pihak penganjur sukan.

3.4 Lain-lain
3.4.1 Murid tidak dibenarkan memakai barang perhiasan seperti baran kemas
ketika berada di kawasan sekolah.

4. POTONGAN RAMBUT
4.1 Rambut murid lelaki
4.1.1 Tidak dibenarkan memotong rambut mengikut fesyen dan mewarnakan
rambut.
4.1.2 Bahagian belakang kepala, rambut tidak dibenarkan melebihi garisan bawah
cuping telinga.
4.1.3 Di bahagian hadapan, rambut tidak dibenarkan menutup garisan tengah
dahi.
4.1.4 Di tepi rambut TIDAK DIBENARKAN menutup kedua-dua cuping telinga dan
‘sideburn’ tidak melebihi garisan tengah hidung.
4.1.5 Tidak dibenarkan menyimpan misai dan janggut.
4.1.6 Di bahagian atas, rambut tidak melebihi 10cm panjang.



4.2 Rambut murid perempuan.

4.2.1 Tidak dibenarkan mewarnakan rambut. Rambut diikat kemas jika tidak
4.2.2 memakai tudung.
Dilarang mencabut bulu kening.

5. KUKU
5.1 Setiap murid hendaklah sentiasa memastikan kuku tidak panjang dan
sentiasa bersih.
5.2 Tidak dibenarkan mewarna kuku.

6. KAWASAN LARANGAN
6.1 Murid dilarang memasuki mana-mana bilik khas tanpa kebenaran guru, termasuklah
bilik Guru Besar / bilik GPK / bilik Pra Sekolah / bilik Pendidikan Khas , Makmal /
bengkel dan lain-lain.
6.2 Murid dilarang membuat bising di hadapan pejabat / bilik guru dan tempat meletak
kenderaan utama ( Guru Besar / GPK).

7. KEBERSIHAN
7.1 Kebersihan Kawasan Sekolah
7.1.1 Murid-murid hendaklah sentiasa menjaga kebersihan kawasan sekolah.
7.1.2 Murid tidak dibenarkan merosakkan pokok-pokok yang terdapat di kawasan
sekolah.
7.1.3 Murid tidak dibenarkan menconteng bangunan sekolah.

7.2 Kebersihan Bilik Darjah
7.2.1 Bilik darjah hendaklah sentiasa bersih, kemas dan teratur dengan pengawasan
guru darjah.
7.2.2 Bilik darjah hendaklah dilengkapkan dengan peralatan pembersihan seperti
penyapu, penyodok, bakul sampah dan kain lap tingkap.
7.2.3 Semua muid dikehendaki bekerjasama membersihkan kelas dengan mematuhi
jadual tugas yang disediakan oleh guru kelas .
7.2.4 Lengkapkan kelas dengan jadual waktu harian bertugas,keratin akhbar ,(BBM)
dan sudut bacaan yang sesuai.
7.2.5 Kemaskan kelas, naikkan kerusi di atas meja,tutup semua suiz dan tutup pintu
sebelum murid meninggalkan kelas pada akhir sesi pesekolahan.

7.3 Tandas

7.3.1 Tandas hendaklah sentiasa dijaga kebersihannya.
7.3.2 Murid hanya dibenarkan menggunakan tandas murid dan dilarang sama sekali

menconteng tandas.
7.3.3 Jaga kebersihan sinki dan mangkuk tandas untuk keselesaan murid.
7.3.4 Jangan membazir air. Tutup paip sesudah digunakan.
7.3.5 Murid perempuan dilarang membuang tuala wanita ke dalam mangkuk tandas.
` 7.3.6 Jika ada kerosakan ila hubungi GPK HEM atau guru bertugas.

7.4 Kantin

7.4.1 Murid dikehendaki beratur ketika membeli makanan dan minuman.
7.4.2 Jangan menjerit, bercakap dengan sopan untuk mendapatkan makanan.
7.4.3 Bayar harga makanan dengan nilai yang ditetapkan.
7.4.4 Murid tidak dibenarkan membeli makan an dan berada di kantin pada waktu

PdP sedang dijalankan kecuali dengan kebenaran guru.
7.4.5 Murid hanya dibenarkan makan di kantin sahaja.

8 PERATURAN MENGGUNAKAN BILIK-BILIK KHAS

8.1 Bilik Sains Bilik penyediaan bahan dan stor menyimpan barang adalah kawasan
8.1.1 larangan.
Murid tidak dibenarkan membawa masuk beg ke dalam Bilik Sains.
8.1.2 Bahan-bahan di dalam makmal tidak dibenarkan dibawa keluar dari Bilik
8.1.3 Sains.
Semua jenis makanan tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam Bilik Sains.
8.1.4 Laporkan kepada guru jika berlaku sebarang kerosakan alatan dalam Bilik
8.1.5 Sains.
Jaga kebersihan Bilik Sains, jangan membawa alatan yang boleh
8.1.6 menyebabkan kebakaran seperti mancis.
Murid hendaklah beratur di luar bilik sains sehingga guru datang.
8.1.7

8.2 Bilik Makmal Komputer
8.2.1 Bilik penyimpanan bahan dan stor menyimpan barang adalah kawasan
larangan.
8.2.2 Murid tidak dibenarkan membawa masuk beg ke dalam makmal komputer.
8.2.3 Barang dan peralatan dalam makmal computer tidak dibenarkan dibawa
keluar.
8.2.4 Semua jenis makanan tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam makmal
komputer.
8.2.5 Laporkan kepada guru jika berlaku sebarang kerosakan pada barangan dalam
makmal komputer.
8.2.6 Jaga kebersihan makmal dan jangan membawa alat yang boleh
menyebabkan kebakaran seperti mancis.
8.2.7 Jika terdapat sebarang kerosakan, sila beritahu guru.
8.2.8 Jangan mengubah kedudukan sebarang peralatan komputer yang terdapat di
dalam makmal komputer.
8.2.9 Murid diminta menanggalkan kasut dan susun di luar bilik ketika masuk ke
dalam makmal komputer.
8.2.10 Tutup semua suiz ketika meninggalkan makmal komputer.

8.3 Peraturan Perpustakaan dan Bilik Media.

8.3.1 Bilik penyimpanan bahan atau stor menyimpan barang adalah kawasan
8.3.2 larangan.
8.3.3 Murid tidak dibenarkan membawa masuk beg ke dalam perpustakaan atau
8.3.4 bilik media.
8.3.5 Barang dan peralatan dalam perpustakaan/bilik media (kecuali dengan
8.3.6 kebenaran guru) tidak dibenarkan dibawa keluar.
8.3.9 Semua jenis makanan tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik media.
8.3.10 Laporkan kepada guru jika berlaku sebarang kerosakan pada barangan atau
buku-buku perpustakaan dan bilik media.
Jaga kebersihan bilik dan jangan membawa alat yang boleh menyebabkan
kebakaran seperti mancis.
Murid diminta menanggalkan kasut dan susun di luar bilik sebelum masuk
ke bilik tersebut.
Murid dilarang menconteng atau mengoyakkan buku-buku di dalam
perpustakaan.

9. AMARAN
9.1 Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa kejadian atau
kemalangan yang tidak diingini sekiranya pelajar tidak mematuhi peraturan-peraturan
yang ditetapkan.

10. PERATURAN KHAS LATIHAN KEBAKARAN & KESELAMATAN
10.1 Apabila berlaku kebakaran di kawasan sekolah, satu isyarat loceng yang
panjang akan dibunyikan.
10.2 Apabila mendengar bunyi loceng kecemasan semua murid diminta segera
keluar dari kelas atau bilik khas.
10.3 Sebelum meninggalkan kelas atau bilik khas , sila pastikan semua suis ditutup.
10.4 Murid tidak dibenarkan membawa barang-barang seperti beg dan buku tulis
ketika beratur.
10.4 Murid tidak dibenarkan membawa barang-barang seperti beg dan buku tulis
ketika beratur.

10.5 Murid diminta beratur berdua-dua dalam keadaan senyap dan pantas
meninggalkan kelas menuju ke tempat yang telah ditetapkan. Pergerakan murid
mengambil masa 3 minit sahaja.
10.6 Guru kelas dan guru bertugas dikehendaki membawa buku daftar
kedatangan untuk menyemak kehadiran murid.
10.7 Penyemakan buku daftar pelajar dilakukan untuk kepastian jumlah murid
mencukupi

11. PROSEDUR TINDAKAN DAN HUKUMAN

11.1 Kesalahan yang dikategorikan dalam bab ini merupakan panduan sahaja.
Walau bagaimanapun, Guru Besar boleh menggunakan budi bicara dan menentukan
kesalahan untuk tujuan menjatuhkan hukuman. Oleh itu, garis panduan ini dapat
membantu Guru Besar dan guur-guru dalam melaksanakan prosedur tindakan secara
betul dam sistematik agar tindakan tersebut akan memuaskan hati semua pihak.

12. KATEGORI KESALAHAN
12.1 Kesalahan Berat
12.1.1 Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga.
12.1.2 Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit
dalam kegiatan pengedaran dadah.
12.1.3 Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman keras
atau sebarang benda yang memabukkan atau menghayalkan.
12.1.4 Menyebabkan atau melakukan pergaduhan atau kekerasan.
12.1.5 Melawan, mengancam, memukul atau mengugut atau
mencederakan guru dan pengawas atau murid.
12.1.6 Memeras ugut guru, pengawas atau murid.
12.1.7 Membawa atau menggunakan senjata atau alat berbahaya.
12.1.8 Melakukan buli, penderaan atau paksaan terhadap murid lain.
12.1.9 Mencuri, merompak, memecah masuk dan menceroboh kawasan
larangan.
12.1.10 Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam petaruhan.
12.1.11 Mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah.
12.1.12 Melakukan hubungan yang mencurigakan.
12.1.13 Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori
ini oleh Jawatankuasa Disiplin Sekolah (seperti mengandung).

12.2 Kesalahan Sederhana

12.2.1 Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi 3 kali
12.2.2 Menyalahgunakan / menggunakan peralatan / sumber bekalan elektrik

sekolah tanpa web
12.2.3 Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran
12.2.4 Tidak amanah, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian
12.2.5 Tidak menghormati lagu-lagu kebangsaan/ bendera / jata negara
12.2.6 Fesyen rambut keterlaluan seperti punk, skin head atau berwarna
12.2.7 Ponteng sebarang acara rasmi sekolah
12.2.8 Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Jawatankuasa

displin sekolah

12.3 Kesalahan Ringan
12.3.1 Menyimpan misai, janggut atau jambang
12.3.2 Berambut panjang atau menyerupai kumpulan tertentu
12.3.3 Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan yang dilarang

12.3.4 Membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah atau peralatan sekolah
tanpa kebenaran

12.3.5 Berada di kantin pada waktu persekolahan (kecuali waktu rehat) tanpa
kebenaran guru.

12.3.6 Menyimpan dan menggunakan peralatan sekolah tanpa kebenaran
12.3.7 Menggunakan alat hiburan atau peralatan elek-tronik sekolah tanpa

kebenaran.
12.3.8 Memasuki dan tidak mematuhi peraturan bilik khas
12.3.9 Lewat datang ke sekolah, lewat menghadiri perhimpunan tanpa sebab

dan membuat bising sesuka hati.
12.3.10 Menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan sekolah dan

merayau-rayau dalam kawasan sekolah tanpa tujuan.
12.3.11 Mengganggu guru dan pelajar lain, sengaja mengotorkan kelas dan lewat

masuk kelas tanpa sebab.
12.3.12 Kesalahan yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Lembaga

Disiplin Sekolah.

KESALAHAN DAN HUKUMAN

KATEGORI KESALAHAN JENIS HUKUMAN BIDANG KUASA

Berat Rotan ( 3-7 kali) Guru Besar / Guru yang
Gantung sekolah diberi tanggungjawab
Buang sekolah

Sederhana Nasihat / kaunseling Guru Besar / GPK 1 / GPK
Amaran / denda HEM /

Rotan (tidak melebihi 2 kali) GPK Kokurikulum
Kaunselor dan guru disiplin

Ringan Nasihat Guru
Amaran
Denda

13. PERALATAN YANG DILARANG DIBAWA KE SEKOLAH

13.1 Pensel mekanikal (tekan-tekan)
13.2 Pembaris besi
13.3 "Liquid paper"
13.4 Pisau lipat
13.5 Permainan
13.6 Telefon bimbit
13.7 Barang kemas

IKRAR MEMATUHI UNDANG-UNDANG
DAN

PERATURAN SEKOLAH

Adalah
saya………………………………………………………………………………………………………………………………………….

No sijil lahir…………………………………………………pelajar SK. FELDA INAS. telah membaca dan
memahami sepenuhnya Buku Panduan ini

Dengan ini saya berjanji dan berikrar untuk menghormati guru-guru, pengawas dan pelajar-
pelajar sekolah ini,
mematuhi peraturan sekolah, menjaga dan meningkatkan kebersihan sekolah menjaga dan
memelihara harta benda sekolah,
menjaga keceriaan sekolah dan sentiasa menimbulkan suasana pembelajaran yang baik dan
sayangkan sekolah saya.
Saya juga berjanji untuk mematuhi nasihat ibu bapa saya
menjaga nama baik keluarga dan memenuhi harapan ibu bapa dan keluarga dengan belajar
bersungguh-sungguh serta berkelakuan baik
Oleh itu, saya berjanji akan mematuhi peraturan sekolah dan bersedia untuk menerima
hukuman bagi sebarang
kesalahan yang saya lakukan

Yang benar Disaksikan Oleh

……………………………………… ………………………………….
() ()
Nama ibu/bapa/penjaga
Nama murid

LAGU SEKOLAH

ILMU KARYA BAKTI
MOTTO SEKOLAH KAMI
PUNYA TEKAD SERTA CITA

SK INAS NAMANYA

ILMU DIISI PENUH DI DADA
MENYAHUT

SERUAN NUSA BANGSA
AGAMA JUGA TAK KAMI LUPA
MOGA ALLAH BERKATI KITA

CATATAN


Click to View FlipBook Version