MAJLIS PERASMIAN PROGRAM SMART SAWAH BERSKALA BESAR (SMART SBB) ALA SEKINCHAN IADA KEMASIN SEMERAK ****Aturcara Majlis kepada hadirin bermula jam 9.30pagi*** Assalamualikum, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani, (L) Selamat datang dan terima kasih kepada tuan/puan semua yang hadir ke majlis perasmian ini. (L) Mohon semua hadirin untuk mengambil tempat dan memenuhkan tempat duduk di hadapan terlebih dahulu. (L) Diingatkan juga hadirin sekalian untuk menukarkan mode telefon anda kepada Mode Senyap disepanjang majlis ini berlangsung. (L) YBhg. Datuk akan tiba sebentar sahaja lagi. (L) Bagi makluman hadirin sekalian, Aturcara Majlis dimulakan dengan Pendaftaran dimana tuan/puan diminta mendaftar dan pihak penganjur ada menyediakan sedikit buah tangan sebagai tanda penghargaan. (P) Diminta semua hadirin berbuat demikian dikaunter pendaftaran yang disediakan. (P) Seterusnya majlis akan diteruskan dengan ketibaan dif-dif jemputan dan lawatan ke both pempamer yang disediakan. (P) Hadirin diminta untuk berdiri bagi menghormati dan menyantuni ketibaan YBhg. Datuk Azman bin Mahmood, Setiausaha Bahagian Pembangunan Industri Padi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia serta tetamu-tetamu kehormat. (P) Nyanyian lagu negaraku akan dikumandangkan dan diminta semua hadirin untuk berdiri bagi menyanyikanya bersama. (L) Seterusnya, majlis akan disempurnakan dengan ucapan dan perasmian oleh YBhg. Datuk Azman bin Mahmood serta gimik perasmian oleh beliau. (L) Majlis penyerahan aku janji diantara Petani KPA Surau Bator dengan Syarikat Rajang Sdn. Bhd dan disaksikan oleh YBhg. Datuk yang diiringi oleh Y.Brs Puan Pengarah IADA Kemasin Semerak. (L) Seterusnya, majlis penyampaian cenderahati kpd YBhg. Datuk Azman bin Mahmood oleh Y.Brs Puan Pengarah IADA Kemasin Semerak. (P) Majlis akan diteruskan lagi dengan aktiviti demonstarsi penanaman padi dengan menggunakan trasnplater di petak sawah yang telah disediakan. (P) Diminta kenderaan-kenderaan yang terlibat bersedia untuk ke tapak demonstarsi dan satu sidang media oleh YBhg. Datuk akan berlangsung di sana. (P)
Bagi petani yang terlibat diminta untuk mengikuti dan menyaksikan demonstrasi tersebut manakala hadirin yang tidak terlibat ke petak demonstrasi boleh lah menikmati jamuan yang telah disediakan (P) Majlis diakhiri dengan jamuan makan tetamu kehormat serta dif-dif jemputan dan majlis bersurai. (P) ******Ketibaan YBhg. Datuk SUB pada jam 10.15pg**** Mengumumkan ketibaan YBhg. Datuk Azman bin Mahmood, Setiausaha Bahagian Pembangunan Industri Padi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia diiringi YBrs. Puan Pengarah IADA Kemasin Semerak dan pegawai-pegawai kanan. (L) Dijemput Y.Brs Puan Pengarah IADA Kemasin Semerak untuk mengiringi YBhg. Datuk…. melawat booth pameran yang disediakan. (L) Untuk makluman Ybhg. Datuk dan semua hadirin sekalian, pempamer terdiri daripada beberapa syarikat iaitu Syarikat Seri Merbok, Syarikat Organik Kuda Hitam, Syarikat ACM, Syarikat Advansia dan Syarikat Peat Organic (M) Sdn Bhd. (L) *******lawatan booth***** Mohon YBrs Puan Pengarah mengiringi YBhg Datuk untuk ke tempat duduk yang telah disediakan.. Mohon hadirin sekalian untuk terus berdiri bagi menyanyikan Lagu Negaraku. (L) *******Nyanyian Lagu Negara Ku***** Hadirin di jemput duduk (L) Melati kuntum tumbuh melata, Sayang merbah di pohon cemara, Awal Bismillah pembuka kata, Mohon saya mulakan bicara. (P) YBhg. Datuk Azman Bin Mahmood Setiausaha Bahagian Pembangunan Industri Padi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia (P) YBrs. Puan Rohani binti Jusoh Pengarah IADA Kemasin Semerak (P) YDihormati Encik Ahmad Nawir Bin Haji Lateh Pengurus Syarikat Rajang Sdn. Bhd. (P) Yang dihormati Pegawai-pegawai pengiring, Pengarahpengarah IADA Negeri, Ketua-ketua Jabatan dan agensi KPKM, Ketua-ketua Bahagian, peserta Kumpulan Pengguna Air, rakan-rakan media serta tuan/ puan hadirin yang dihormati sekalian. (P) Daun semulur di pekan sari Batang jerami rebah ke bumi
Kehadiran Datuk sangat dihargai Moga majlis bertambah seri. (L) Selamat datang ke Majlis PROGRAM SMART SAWAH BERSKALA BESAR ALA SEKINCHAN I.A.D.A. KEMASIN SEMERAK (L&P) Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kasih sayangnya dapat kita bersama-sama berkumpul di dalam majlis perasmian pada hari ini. (L) Bagi memberkati majlis marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Al-Fadil Ustaz Abduh Rouf Bin Haji Abd Hamid imam masjid mukim Bator. (L) Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan… (L) ~~~~~~ BACAAN DOA ~~~~~~~ Amin Amin Ya Rabbal alamin. (L&P) Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al-Fadil Ustaz Abduh Rouf Bin Haji Abd Hamid di atas Bacaan Doa itu tadi (L) ****pembaca doa ambil tempat duduk**** YBhg. Datuk dan hadirin sekalian, (L) Untuk makluman YBhg Datuk dan hadirin sekalian, pada julung kalinya pelaksanaan SMART SBB Ala Sekinchan ini dilaksanakan di Negeri Kelantan dalam jelapang padi dibawah IADA Kemasin Semerak dengan melibatkan KPA Surau Bator dengan keluasan sebanyak 40.57 Hektar yang mana melibatkan seramai 25 orang peserta. (L) Dengan ini tibalah masanya yang di nanti… Bagi.. meneruskan lagi majlis ini… majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan YBhg Datuk Azman bin Mahmood untuk memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan Program Smart Sawah Berskala Besar Ala Sekinchan IADA Kemasin Semerak. Dengan segala hormatnya dipersilakan. (L) ~~~ UCAPAN DAN PERASMIAN ~~~ Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada Ybhg. Datuk di atas ucapan dan perasmian itu tadi. (L) Tidak lengkap sesebuah perasmian tanpa adanya gimik pelancaran... (P) Oleh itu diminta YBhg. Datuk untuk kekal dipentas dan mengambil tempat di podium untuk melancarkan gimik pelancaran. (P) Dan dengan ini,majlis menjemput YBrs Pn Pengarah IADA Kemasin Semerak dan Encik Ahmad Nawir Bin Haji Lateh
Pengurus Syarikat Rajang serta wakil KPA Surau Bator Encik Wan Muhammad Arishah bin Wan Anuar untuk naik ke pentas bagi mengiringi YBhg Datuk. (P) Dengan segala hormatnya dipersilakan. ***Gimik Pelancaran**** Demikianlah itu tadi Gimik pelancaran Majlis Perasmian Program Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) Ala Sekinchan IADA Kemasin Semerak. (P) Diminta YBhg Datuk dan semua yang ada untuk kekal di atas pentas. (L) Dengan ini kita teruskan lagi majlis dengan penyerahan aku janji diantara KPA Surau Bator dengan Syarikat Rajang Sdn. Bhd dengan disaksikan oleh YBhg Datuk dan Puan Pengarah. (L) Untuk itu… majlis sekali lagi menjemput Puan Pengarah untuk mengiringi YBhg Datuk untuk sama-sama kita saksikan majlis penyerahan aku janji. (L) Dengan segala hormat dipersilakan…. (L) ***majlis penyerahan aku janji**** Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada YBhg Datuk, Puan Pengarah, Syarikat Rajang dan Wakil KPA diatas majlis penyerahan aku janji itu tadi (L) Sebelum mengakhiri majlis, dijemput Puan Pengarah untuk menyampaikan Cenderahati kepada YBhg. Datuk sebagai tanda kenang-kenangan daripada IADA Kemasin Semerak. (P) Dipersilakan... ***Majlis Penyampaian Cenderahati**** Dijemput YBhg Datuk, Puan Pengarah, Tuan Pengurus Syarikat Rajang serta Wakil KPA Surau Bator mengambil tempat duduk masing-masing. (P) Majlis akan diakhiri dengan satu demonstarsi penanaman padi dengan menggunakan trasplanter. (L) Dengan ini majlis memohon selepas ini YBhg Datuk dan hadirin yang terlibat untuk ke tapak petak demonstrasi bagi menyaksikan penanaman padi dengan menggunakan transplanter. (L) Kenderaan ada disediakan disebelah kanan pentas. (L) Dengan ini dijemput YBhg Datuk, Puan Pengarah dan yang lain untuk menaiki kenderaan yang disediakan untuk ke tapak petak demonstrasi. (P)
Majlis diakhiri dengan Sidang Media oleh YBhg. Datuk di tapak petak demonstrasi. (P) .Untuk itu…(P) Kami mewakili majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran tuan/ puan, ke majlis ini. (L&P) Oleh itu, majlis menjemput hadirin yang tidak terlibat ke petak demonstrasi untuk menjamu selera. (L) Dan… dipersilakan YBhg. Datuk serta hadirin yang terlibat di petak demonstrasi untuk kembali semula disini untuk menjamu selera setelah majlis demonstrasi serta sidang media berakhir. (L) Semoga kita berjumpa lagi insya allah. (L) Wabillah hitaufik walhidayah… Assalamualaikum w.b.t.. (L&P)