The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KESAN NEGATIF KEPUPUSAN FLORA DAN FAUNA TERHADAP KEHIDUPAN MANUSIA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tewjieyu, 2022-10-09 11:04:49

KESAN NEGATIF KEPUPUSAN FLORA DAN FAUNA TERHADAP KEHIDUPAN MANUSIA

KESAN NEGATIF KEPUPUSAN FLORA DAN FAUNA TERHADAP KEHIDUPAN MANUSIA

Buku Digital Moral

KESAN KEPUPUSAN
FLORA DAN FAUNA
TERHADAP KEHIDUPAN

MANUSIA

NAMA:RYKEN TEW
KELAS:3 ADIL

PENGENALAN

Pada masa kini manusia masih lagi terkejar-kejar kemewahan
yang berlandaskan teknologi dan kecanggihan cara hidup.
Tetapi harga yang perlu dibayar untuk mencapai semua itu
adalah sangat tinggi. Pelbagai khazanah bumi terpaksa di
korbankan untuk memenuhi kehendah dan nafsu manusia
masa kini. Kealpaan manusia telah mengakibatkan angka
flora dan fauna yang hampir pupus semakin meningkat
angkanya. Kepupusan flora dan fauna telah berada pada
zon berbahaya dan ia perlu diambil serius selagi kita
mempunyai masa.

1)KESEIMBANGAN
EKOSISTEM TERJEJAS

■ Kestabilan ekosistem hutan
terganggu akibat berlakunya
penyahhutanan. Kawasan hutan
yang padat dengan tumbuh-
tumbuhan semula jadi dimusnahkan
untuk tujuan pembinaan dan
pembukaan kawasan ladang,
pembinaan infrastruktur dan
pembalakan.

■ Penyahhutanan menyebabkan
ekosistem hutan terganggu dan
berlaku ketidakseimbangan dalam
siratan makanan, berlaku bencana
alam seperti banjir lumpur dan tanah
runtuh serta menyebabkan kawasan
tadahan hujan terganggu.

2)HAKISAN TANAH

■ Pembalakan mendedahkan
permukaan bumi kepada hakisan air
hujan.

■ Daun pokok berfungsi
mengurangkan halaju air hujan yang
jatuh ke bumi. Kekurangan proses
infiltrasi (kemusnahan akar pokok
yang berfungsi menyerap air larian
permukaan ke dalam tanah)
menyebabkan air hujan jatuh
dengan laju ke permukaan bumi
dan meningkatkan kadar hakisan
tanih.

■ Tanih yang terhakis akan diangkut
oleh aliran air hujan dan
menyebabkan sungai menjadi
cetek.Sungai yang cetek ini akan
menyebabkan banjir berlaku dan
mengakibatkan kerosakan harta
benda.

3)KAWASAN
TADAHAN HUJAN
TERTANGGU

■ Hutan merupakan kawasan
semula jadi yang luas untuk
menadah air hujan.

■ Namun penerokaan hutan yang
tidak terancang oleh manusia
menyebabkan kawasan tadahan
hujan akan terganggu.

■ Hal ini menyebabkan empangan
untuk menakung air akan menjadi
cetek kerana kelodak lumpur masuk
ke dalam empangan.

4)KEHILANGAN
SUMBER MAKANAN

■Kepelbagain flora dan fauna boleh
digunakan sebagai sumber
makanan dan perubatan.

5)PEMANASAN
GLOBAL

■ Peningkatan suhu atmosfera bumi
secara berterusan akibat daripada
kesan rumah hijau yang melibatkan
pertambahan gas karbon dioksida ,
klorofluorokarbon dan bahan
pencemar yang lain, yang
menyebabkan peningkatan suhu
dunia.

■Menyebabkan peningkatan aras
laut,menjejaskan kestabilan
iklim,menjejaskan kehidupan
manusia dan gangguan ekologi.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI

Terdapat pelbagai langkah-langkah yang patut di ambil bagi mengatasi
masalah kepupusan flora dan fauna di Malaysia. Antaranya
ialah mewujudkan sistem pengurusan hutan yang boleh menjamin dan
melindungi flora dan fauna seperti menjalankan penanaman semula
contohnya menanam semula pokok kayu balak yang telah ditebang bagi
menggantikannya. Selain itu, dengan menghadkan kapasiti hutan untuk
mengelakkan tumbuhan dan pokok-pokok ditebang.

Kerajaan juga perlu memainkan peranan utama dalam memperketatkan
undang-undang tentang pembalakan dan pemburuan haram. Pihak
berkuasa perlu sentiasa peka dengan setiap pergerakan yang dilakukan oleh
pembalak dan pemburu haram kerana kewujudan mereka bakal
menghancurkan flora dan fauna. Dengan mengiktiraf lebih banyak kawasan
hutan sebagai Taman Negara, taman rekreasi, taman laut dan sebagainya
dengan keluasan mencukupi, habitat flora dan fauna boleh terpelihara.

RUMUSAN

Sebagai rumusan,pelbagai aspek perlu diambil kira sebelum melakukan
sesuatu perkara. Dalam hal membangunkan negara menerusi perindustrian,
alam semula jadi tidak boleh dilupakan. Jika khazanah bumi ini tidak dijaga
dengan sebaik-baiknya tidak ada lagi yang tinggal untuk generasi yang akan
datang. Dunia ini adalah pinjaman manusia tidak berhak untuk merampas
atau meragut kekayaan dunia dengan sewenang-wenangnya segala pekara
yang ingin dilakukan perlu melalui pelbagai fasa untuk mengelakkan
sebarang ancaman terhadap alam semulajadi. Kepupusan flora dan fauna
mampu menjadi mimpi ngeri buat kita semua jika tiada sikap ambil peduli
dengan anugerah Tuhan ini.

SEKIAN,
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version