The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PANDUAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KYS 2020

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mohd Faizal Mahmod ( IT TEACHER), 2019-12-16 11:47:55

BUKU PANDUAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KYS 2020

BUKU PANDUAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KYS 2020

Undang-Undang dan Peraturan Kolej Yayasan Saad ini
diluluskan dan berkuatkuasa mulai:
Januari 2020

Disahkan oleh:

..................................... ...........................................
Tan Cheh Li Prof. Dr. Azizan Mohd Noor
Pengetua Pengerusi
Kolej Yayasan Saad Lembaga Pengelola
Melaka Kolej Yayasan Saad
Melaka

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

OUR VISION
An institution of learning dedicated to the pursuit of excellence in

all fields of human endeavour
OUR MISSION

To develop Kolej Yayasan Saad into a Centre of Excellence in all
aspects of education, whose students are informed by sound moral

and religious values and the spirit of service
and dedication to the nation and who as such will make

active and responsible leaders.
And

To create an institution which offers all-round education
tailored to the needs of a modern and progressive society,

in which the demands of science and technology are
melded with a broad understanding of the humanities
and the arts to form the basis of a well-rounded individual.

OUR OBJECTIVES
In order to realise these goals, the Kolej seeks to inculcate the

following values in each individual student in
all ways and at all times:

1. The Development of Individual Character
A person who is God-fearing and lover of truth and who is:
• honest, responsible, self disciplined, hardworking in habit
• open-minded, critical/analytical and self-reliant in thought
• informed, knowledgeable, with a comprehensive outlook in
culture
• competent and efficient in his own field of study and
interest

2. The Development of the Individual as a Member of Society
A person who has
• team spirit, esprit de corps and a sense of loyalty
• A sense of civic-consciousness, including an awareness of
his own rights and responsibilities as well as those of
others
• The spirit of service, i.e. to help those less fortunate than
himself

2

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

Bil. Perkara M/surat

1. Kandungan 3-4
2. Pendahuluan 5-6
3. Peraturan 1 : Peraturan Am 7-9
4. Peraturan 2 : Kehadiran 10 - 12
5. Peraturan 3 : Keluar Masuk Kolej 13 - 16
6. Peraturan 4 : Majlis Rasmi dan 17 - 18

Perhimpunan Kolej

7. Peraturan 5 : Pakaian Seragam 19 - 24
25 - 28
8. Peraturan 6 : Penampilan Diri 29 - 31
32 - 34
9. Peraturan 7 : Kelas dan Loker Akademik 35 - 37
38 - 39
10. Peraturan 8 : Kawasan/Bilik Larangan 40 - 51
11. Peraturan 9 : Barangan Larangan 52 - 53
12. Peraturan 10 : Kelas Persediaan (Prep Class)
13. Peraturan 11 : Asrama/Apartment
14. Peraturan 12 : Kutipan Yuran Kelab/

Persatuan/Rumah

15. Peraturan 13 : Pelawat 54 - 55
16. Peraturan 14 : Dewan Makan 56 - 58
17. Peraturan 15 : Bilik Sakit Dan Rawatan 59 - 60
18. Peraturan 16 : Pusat Sumber 61 - 64
19. Peraturan 17 : Dobi 65 - 66
20. Peraturan 18 : Bilik-Bilik Khas 67 - 75

3
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

Bil. Perkara M/surat

21. Peraturan 19 : Kegiatan Kokurikulum 76 - 78

22. Peraturan 20 : Lawatan Rasmi 79 - 80

23. Peraturan 21 : Sukan Dan Permainan 81 - 83
24. Peraturan 22 : Penggunaan Kolam Renang 84 - 85
25. Peraturan 23 : Keselamatan 86 - 88
26. Peraturan 24 : Pengunaan Telefon Bimbit, 89 - 92

Wi-fi Kolej dan Media Sosial

27. Peraturan 25: Lain-Lain Jenis Kesalahan 93 - 98

28. Aku Janji 99

29 Hukuman dan Tatacara Menjalankan Hukuman 100 - 104

Lampiran A - Y 106 - 131

4
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

PENDAHULUAN

A. Rasional
Kolej Yayasan Saad Melaka ( kolej ) mempunyai
visi dan objektif untuk mendidik dan
membangunkan potensi para pelajar kolej
(pelajar) yang berdisiplin tinggi agar dapat
melahirkan pelajar yang cemerlang dalam semua
bidang pendidikan, berpengetahuan, mempunyai
kualiti kepimpinan yang tinggi serta sanggup
memikul amanah dan tanggungjawab. Dalam
mencapai objektif ini undang-undang dan peraturan
perlu dilaksanakan dan dikuatkuasakan.

B. Maksud Disiplin

Menurut laporan Jawatankuasa Kabinet yang
mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajar
Kebangsaan, disiplin ialah:

i. kesanggupan seseorang individu
menghormati dan mematuhi undang-
undang, sama ada disiplin itu dikenakan
dari luar atau dengan kerelaan diri sendiri.

ii. kesanggupan mengamalkan tingkah laku yang
baik dan tidak mengganggu kepentingan orang
lain.

iii. kesanggupan hormat-menghormati di antara
satu sama lain dan mempunyai semangat
tolong - menolong.

iv. kesanggupan membaiki keadaan yang sedia
ada menerusi usaha yang membina serta
sanggup berkhidmat kepada masyarakat.

5
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

C. Matlamat disiplin
Matlamat utama disiplin ialah untuk melahirkan
insan yang sedar akan tanggungjawab terhadap
diri sendiri, keluarga, masyarakat, institusi-institusi
pendidikan, sosial serta negara. Disiplin diri adalah
faktor penting dalam usaha kita untuk
mewujudkan satu masyarakat yang bertatasusila,
bersatu padu, demokratik, adil, liberal dan progresif.

D. Kepentingan disiplin
Setiap sekolah mempunyai peraturan-peraturan
yang perlu dipatuhi pelajar. Peraturan-peraturan
tersebut dikenakan dengan tujuan untuk mendidik
pelajar berkelakuan baik, menghormati orang ramai
dan mempunyai disiplin diri yang baik.
Oleh yang demikian segala peraturan di
sekolah perlu diterangkan kepada semua pelajar
supaya mereka betul-betul faham dan
mematuhi segala peraturan itu dengan penuh
tanggungjawab.

6
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

PERATURAN 1: PERATURAN AM

1.1 Setiap pelajar hendaklah mematuhi semua undang-
undang dan peraturan yang terkandung di dalam buku
panduan ini serta peraturan yang akan dikeluarkan dari
semasa ke semasa.

1.2 Setiap pelajar hendaklah menghormati pengetua,
pengurus, bursar, housemaster, housemistress, guru,
warden, jururawat, staf sokongan kolej dan lain-lain
pekerja kolej.

1.3 Setiap pelajar perlu mengamalkan nilai-nilai akhlak
yang baik, bersopan santun dan berbudi bahasa pada
setiap masa.

1.4 Setiap pelajar perlu menghayati dan mengamalkan
prinsip-prinsip dalam Rukun Negara:

1.4.1 Kepercayaan kepada Tuhan
1.4.2 Kepercayaan kepada Raja dan Negara
1.4.3 Keluhuran Perlembagaan
1.4.4 Kedaulatan Undang-Undang
1.4.5 Kesopanan dan Kesusilaan

1.5 Setiap pelajar hendaklah bersih daripada kelakuan yang
boleh ditakrifkan atau dianggap sebagai perbuatan:

1.5.1 Mencemar nama baik kolej.

1.5.2 Mencemar nama baik individu.

1.5.3 Menceroboh atau merosakkan harta kolej,
harta awam atau harta perseorangan.

1.5.4 Mengganggu ketenteraman dan perpaduan
kolej.

1.5.5 Mencetuskan kegelisahan dan persengketaan
di dalam kalangan pelajar dan kakitangan
kolej.

1.5.6 Menghina mana-mana individu.
7

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

1.6 Setiap pelajar hendaklah mendapat kebenaran dari
pengetua, pengurus atau housemaster/housemistress
apabila keluar dari kawasan kolej.

1.7 Pelajar tidak dibenarkan membawa orang luar ke
dalam kawasan kolej tanpa kebenaran pengetua,
pengurus atau housemaster/housemistress.

1.8 Pelajar hendaklah menghormati antara satu sama lain
dan sentiasa mengelakkan diri daripada sebarang
pergaduhan.

1.9 Setiap pelajar hendaklah menghayati lagu kolej
‘Pelajar Berwawasan’ (Lampiran X - m/s 130) dan

moto kolej - Centre of Excellence.

1.10 Setiap pelajar hendaklah menyertai aktiviti-aktiviti
yang dirancang oleh kolej sama ada bercorak
akademik atau kokurikulum.

1.11 Pelajar perlulah mengelakkan diri daripada
melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan nilai
harga diri sebagai seorang pelajar seperti bercakap
kasar, berpakaian tidak senonoh, terlibat dengan
perbuatan tidak bermoral atau melakukan perbuatan
yang menyalahi undang-undang.

1.12 Setiap pelajar hendaklah menjaga nama baik kolej
sepanjang masa.

1.13 Pelajar hendaklah mengelakkan perbuatan sumbang
seperti duduk berdua-duaan di tempat sunyi atau
terbuka atau tertutup yang boleh menimbulkan syak
atau buruk sangka.

1.14 Komiti kolej, komiti rumah dan ketua dorm/
apartment hendaklah dihormati serta dipatuhi.

1.15 Pelajar mestilah menghormati guru-guru. Mereka
hendaklah memberi salam/ucap selamat setiap kali
bertemu.

8

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

1.16 Pelajar dilarang membuat bising atau bersorak
terutamanya di dalam pusat sumber, blok akademik,
blok pentadbiran, blok asrama, apartment dan
kawasan sekitarnya.

1.17 Pelajar tidak dibenarkan berkeliaran di luar kelas
atau di kawasan kolej semasa kelas akademik sedang
dijalankan.

1.18 Pelajar hendaklah berdisiplin, tertib, senyap dan
berdiri tegak semasa lagu-lagu rasmi dinyanyikan
dalam perhimpunan atau majlis-majlis rasmi kolej.

KESALAHAN DAN JENIS HUKUMAN / PROSEDUR

Jenis Kesalahan Hukuman Prosedur

1. Pelajar tidak Hukuman seperti Nama pelajar akan
mematuhi mana- pada Perkara 3.0 dan dicatat dan
mana peraturan 4.0 di muka surat tindakan oleh
am ( Perkara 1.1 100 dan 101 mengi- housemaster/
hingga 1.18) kut jenis dan seri- housemistress.
usnya sesuatu kes Surat makluman
tersebut. akan dihantar
kepada ibu bapa/
penjaga yang sah/
waris yang ber-
daftar.

9
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

PERATURAN 2 : KEHADIRAN

2.1 Setiap pelajar wajib hadir dan berada di kolej
mengikut jadual waktu persekolahan pelajar.
(Lampiran A1, A2 dan A3 - m/s 106, 107 dan 108)

2.2 Pelajar dikehendaki hadir ke kelas akademik mulai
jam 7.35 pagi hingga 4.20 petang dan kelas persediaan
mulai jam 8.00 malam hingga 10.00 malam. Waktu
kelas persediaan malam bagi pelajar Tingkatan 3, 4
dan 5 adalah dari jam 8.00 malam hingga 10.30
malam.

2.3 Pelajar yang tidak pulang ke kolej kerana sakit atau
hal-hal yang tidak dapat dielakkan, ibu bapa pelajar
perlulah memaklumkan kepada pihak kolej pada hari
yang sepatutnya pelajar melaporkan diri bagi
mengelakkan sebarang kekeliruan.

2.4 Surat perakuan doktor atau surat-surat lain yang
mengesahkan sebab-sebab seorang pelajar itu tidak
pulang ke kolej hendaklah diserahkan ke kolej pada
hari pelajar melaporkan diri.

2.5 Sijil cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta
tanpa sokongan oleh pegawai perubatan kerajaan
boleh diterima jika jumlah cuti sakit tidak melebihi
lima belas (15) hari dalam sesuatu sesi persekolahan

2.6 Pelajar diwajibkan hadir untuk menjalani aktiviti
sukan, permainan dan kokurikulum seperti yang
ditetapkan oleh kolej.

2.7 Permohonan Cuti Tambahan

2.7.1 Pelajar yang hendak bercuti perlu membuat
permohonan secara bertulis kepada pengetua
sekurang-kurangnya empat belas (14) hari
dari tarikh bercuti (kecuali atas hal
kecemasan)

10
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

2.7.2 Permohonan cuti tambahan boleh
dipertimbangkan untuk perkara-perkara yang
berikut:
i. Perubatan
Menjalani pembedahan, mendapat sijil cuti
sakit dari doktor (sijil sakit yang
dikeluarkan oleh doktor swasta tanpa
sokongan oleh pegawai perubatan kerajaan
diterima jika jumlah cuti sakit tidak
melebihi lima belas (15) hari dalam satu
kalendar persekolahan).
ii. Upacara Keagamaan
Menunaikan umrah pada bulan Ramadhan.
iii Kebudayaan / Perayaan
Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha,
Tahun Baru Cina, Deepavali /Tahun Baru
Hindu/ Hari Vesakhi /Thaipusam, Krismas ,
Hari Wesak, Pesta Keamatan Dan Hari
Gawai.
iv. Kecemasan
Urusan kematian , sakit tenat untuk
keluarga terdekat.
v. Majlis Rasmi
Menghadiri majlis Anugerah
Kecemerlangan UPSR dan seumpamanya.

2.7.3 Pelajar tidak dibenarkan untuk mengambil
cuti tambahan selain dari sebab-sebab yang
dinyatakan pada perkara 2.7.2.

2.7.4 Pelajar dinasihatkan untuk membuat temu
janji dengan doktor pada hujung minggu atau
ketika cuti sekolah sahaja.
11

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

2.8 Tindakan tegas boleh diambil terhadap pelajar yang
ponteng sekolah (secara berturut-turut) selama 30 hari
atau berkala (tidak secara berturut-turut) selama 60
hari dalam1 tahun sesi persekolahan.

2.9 Pelajar dianggap sebagai ponteng sekolah jika tidak
menghadirkan diri ke kelas akademik, kelas
persediaan, perhimpunan rasmi kolej, perhimpunan
Rumah, perhimpunan batch, formal dinner, majlis
bacaan yassin/tahlil, union night, sesi latihan sukan/
permainan, perjumpaan kelab, persatuan dan unit
beruniform tanpa sebab.

KESALAHAN DAN JENIS HUKUMAN / PROSEDUR

Jenis Kesalahan Hukuman Prosedur

2. Pelajar tidak Hukuman seperti Nama pelajar
mematuhi mana- pada Perkara 3.0 dan akan dicatat dan
mana peraturan 4.0 di muka surat 100 tindakan oleh
kehadiran ( Perkara dan 101 mengikut housemaster/
2.1 hingga 2.9) jenis dan seriusnya housemistress.
sesuatu kes tersebut. Surat makluman
akan dihantar
kepada ibu bapa/
penjaga yang sah/
waris yang ber-
daftar.

12
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

PERATURAN 3 : KELUAR MASUK KOLEJ

3.1 Semua urusan keluar masuk kolej perlu mendapat
kebenaran bertulis dari pengetua/ pengurus atau
housemaster/housemistress.

3.2 Kebenaran balik bermalam (Overnight) diberi dua (2)
kali dalam sebulan mengikut tarikh yang ditetapkan
oleh pihak kolej.

3.3 Kebenaran keluar ke bandar (Outing) diberi satu (1
kali dalam sebulan iaitu bersama ibu bapa/ penjaga
yang sah atau waris yang berdaftar dengan pihak
kolej.

3.4 Pelajar dibenarkan keluar untuk Overnight selepas
tamat waktu akademik jam 4.20 petang.

3.5 Pelajar dibenarkan Outing pada hari Sabtu dari jam
12.30 tengahari hingga 6.00 petang manakala pada
hari Ahad atau cuti umum dari jam 10.00 pagi hingga
6.00 petang. Pelajar perlu melaporkan diri ke Kolej
sebelum jam 6.00 petang.

3.6 Permohonan Outing/Overnight perlu dibuat secara
atas talian pada laman web Student Outing System
(SOS).

3.7 Pelajar perlu menggunakan kad Outing (Student i-
Card) setiap kali keluar dan masuk kawasan kolej.
Namun pun begitu, kad Outing tidak digunakan bagi
urusan berikut:

3.7.1 Rawatan ke klinik/hospital

3.7.2 Solat Jumaat

3.7.3 Menghadiri aktiviti rasmi kolej di luar
kawasan kolej (dalam negeri Melaka)

3.7.4 Kes kecemasan

13
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

3.8 Bagi kes kecemasan yang berlaku di luar waktu
pejabat, pelajar perlu mengisi borang khas yang
boleh diperolehi di pondok pengawal utama. Pelajar
hanya akan dibenarkan keluar selepas mendapat
pengesahan dari pengetua atau housemaster/
housemistress.

3.9 Hanya ibu bapa/penjaga yang sah dan waris yang
berdaftar dengan pihak kolej sahaja dibenarkan untuk
membawa pelajar keluar dari kawasan kolej.

3.10 Pelajar tidak dibenarkan pulang awal untuk overnight
sekiranya ada program rasmi yang dianjurkan oleh
kolej.

3.11 Ibu bapa/ penjaga yang sah/ waris yang berdaftar serta
pelajar perlu melaporkan diri di pondok pengawal
utama setiap kali keluar dan masuk kawasan kolej.

3.12 Prosedur Outing dan Overnight Bersama Ibu Bapa/
Penjaga/ Waris ;

3.12.1 Ibu bapa /Penjaga atau pelajar yang akan
keluar untuk Overnight atau Outing
perlulah membuat permohonan secara
atas talian dengan melayari laman web
Student Outing System (SOS) di http://
kysm.edu.my/sos

3.12.2 Permohonan hendaklah dibuat sekurang-
kurangnya tiga (3) hari sebelum tarikh
keluar.

3.12.3 Ibu bapa atau pelajar perlulah mengisi
nombor Kad Pengenalan pelajar pada
ruangan Username dan menaip perkataan
kysm1234 pada ruangan Password.

(Pelajar boleh menukar password dengan
membuat permohonan secara lisan di
pejabat pentadbiran kolej).

14
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

3.12.4 Ibu bapa atau pelajar dinasihatkan untuk
3.12.5 mengisi maklumat tarikh dan masa keluar
3.12.6 dengan tepat bagi menggelakkan
3.12.7 penggunaan kad Outing disekat oleh
3.12.8 sistem.
Sistem akan memberi notifikasi kepada ibu
bapa/penjaga melalui Perkhidmatan
Pesanan Ringkas (SMS) dan e-mel untuk
permohonan Outing atau Overnight yang
dipohon.
Ibu bapa/penjaga perlu memberi respon
kepada Perkhidmatan Pesanan Ringkas
(SMS) yang diterima sebagai pengesahan
permohonan.
Permohonan yang berjaya akan mendapat
status Approve selepas pihak housemaster/
housemistress /mendapat pengesahan dari
ibu bapa / penjaga.
Pelajar perlu melaporkan diri dan
mengimbas kad Outing mereka di
pondok pengawal utama setiap kali keluar
dan masuk kawasan kolej.

3.13 Pihak pengawal keselamatan berhak menahan
mana-mana pelajar dari keluar Outing atau
Overnight sekiranya kad Outing pelajar gagal
melepasi proses imbasan system SOS.

3.14 Keselamatan kad Outing adalah di bawah
tanggungjawab pelajar. Kad Outing yang rosak
atau hilang perlu diganti dengan yang baharu. Caj
berjumlah RM40.00 akan dikenakan untuk permo-
honan kad Outing yang baharu. Permohonan kad
Outing yang baharu perlu dibuat di pejabat pentad-
biran kolej.

15
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

3.15 Ibu bapa / penjaga / waris pelajar perlu berhenti di
Pondok Pengawal Utama setiap kali keluar dan
masuk kawasan kolej.

KESALAHAN DAN JENIS HUKUMAN / PROSEDUR

Jenis Kesalahan Hukuman Prosedur

3. Tidak mematuhi Hukuman seperti Nama pelajar akan
mana-mana pera- pada Perkara 3.0 dan dicatat dan
turan keluar masuk 4.0 di muka surat tindakan oleh
kolej (Perkara 3.1 100 dan 101 mengi- housemaster/
hingga 3.15) kut jenis dan seri- housemistress.
usnya sesuatu kes Surat makluman
tersebut. akan dihantar
kepada ibu bapa/
penjaga yang sah/
waris yang ber-
daftar.

16
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

PERATURAN 4 : MAJLIS RASMI DAN
PERHIMPUNAN KOLEJ

4.1 Setiap pelajar diwajibkan untuk menghadiri semua
majlis rasmi Kolej. Majlis rasmi kolej adalah seperti
berikut :

4.1.1 Perhimpunan Kolej
4.1.2 Union Night
4.1.3 Sukan Tara Kolej
4.1.4 Kejohanan Sukan dan Olahraga
4.1.5 Kejohanan Merentas Desa
4.1.6 Kejohanan Renang
4.1.7 Mini Triathlon and Ironman
4.1.8 Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah
4.1.9 Lain-lain majlis Kolej yang
berkehendakkan pelajar hadir ke
majlis tersebut.

4.2 Perhimpunan kolej diadakan seperti berikut:
4.2.1 Perhimpunan mingguan kolej diadakan pada
hari Isnin mulai jam 7.30 pagi hingga 9.00 pagi
bertempat di Dewan Besar Kolej.
4.2.2 Perhimpunan mingguan rumah diadakan pada
hari Khamis mulai jam 7.15 pagi hingga 7.30
pagi bertempat di perkarangan Dewan Besar
Kolej.
4.2.3 Perhimpunan biasa diadakan pada hari Selasa
dan Rabu mulai jam 7 .15 pagi hingga 7.30 pagi
bertempat di hadapan tiang bendera Kolej.
4.2.4 Perhimpunan mingguan Batch diadakan
pada hari Jumaat mulai jam 7.15 pagi hingga
7.30 pagi di tempat-tempat yang telah
ditetapkan.

17
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

4.3 Pada perhimpunan mingguan kolej, semua pelajar
dikehendaki menyanyikan lagu-lagu berikut:
4.3.1 Lagu Kebangsaan
4.3.2 Lagu Negeri Melaka
4.3.3 Lagu Kolej

4.4 Pelajar perlu menghormati majlis perhimpunan
dengan senyap dan mendengar dengan teliti semua
ucapan, pengumuman dan arahan yang diberikan.

4.5 Perhimpunan mingguan kolej dikendalikan oleh
Komiti Kolej manakala Perhimpunan mingguan
rumah dikendalikan oleh Komiti Rumah dengan
pengawasan housemaster/housemistress rumah
masing-masing.

KESALAHAN DAN JENIS HUKUMAN / PROSEDUR

Jenis Kesalahan Hukuman Prosedur

4. Pelajar tidak Hukuman seperti Nama pelajar akan
mematuhi mana- pada Perkara 3.0 dicatat dan tindakan
mana peraturan dan 4.0 di muka oleh housemaster/
perhimpunan surat 100 dan 101 housemistress.
(Perkara 4.1 mengikut jenis dan Surat makluman
hingga 4.5) seriusnya sesuatu akan dihantar
kes tersebut. kepada ibu bapa/
penjaga yang sah/
waris yang berdaftar.

18
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

PERATURAN 5 : PAKAIAN SERAGAM
5.1 Pelajar dikehendaki mengikut kod etika berpakaian

seperti yang telah ditetapkan disepanjang berada
dalam kawasan kolej.
5.2 Semua pakaian yang dipakai hendaklah sentiasa dalam
keadaan yang bersih, kemas, sopan dan sesuai
mengikut sesuatu majlis, tempat dan masa.
5.3 Pelajar lelaki dilarang memakai sebarang jenis
t-shirt (singlet putih tidak bercorak dibenarkan) di
sebelah dalam pakaian sekolah dan pakaian rasmi
kolej.
5.4 Kod etika pakaian seragam kolej adalah seperti
berikut :

5.4.1 Pakaian Sekolah Sesi Akademik
a) Pelajar Lelaki (Lampiran C - m/s 110)
i. Baju kemeja putih lengan pendek

(satu saku terbuka pada bahagian kiri baju)
ii. Seluar panjang : berwarna khaki kolej

(straight-cut)
iii. Tali pinggang kolej
iv. Tali leher kolej
v. Tanda nama rasmi kolej
vi. Kasut hitam bertali
vii. Stoking hitam melebihi 10 cm dari buku lali.

b) Pelajar Perempuan (Lampiran D - m/s 111)
i. Baju kemeja putih lengan panjang
ii. Vest : warna khaki kolej
iii. Seluar panjang khaki (straight cut)
iv. Tali leher kolej
v. Tanda nama rasmi kolej
vi. Kasut hitam bertutup, tidak bertali dan tumit

tidak melebihi 2.5cm
vii. Skin socks melebihi 10 cm dari buku lali
viii. Tudung putih kolej (optional)

19

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

5.4.2 Pakaian Rasmi
Majlis Rasmi
a) Pelajar Lelaki (Lampiran E - m/s 112)
i. Sut hitam kolej
ii. Kasut hitam bertali dan tumit tidak melebihi
2.5cm
iii. Stoking hitam melebihi 10 cm dari buku lali
b) Pelajar Perempuan (Lampiran F - m/s 113)
i. Sut hitam kolej
ii. Kasut hitam bertutup, tidak bertali dan tumit
tidak melebihi 2.5cm
iii. Skin socks melebihi 10 cm dari buku lali
iv. Tudung putih (optional)

High Table
a) Pelajar Lelaki (Lampiran G - m/s 114)

i. Baju melayu rasmi kolej
ii. Sampin kolej
iii. Songkok hitam
iv. Kasut hitam bertali dan tumit tidak melebihi

2.5cm
v. Stoking hitam melebihi 10 cm dari buku lali
vi. Tanda nama rasmi kolej
b) Pelajar Perempuan (Lampiran H - m/s 115)
i. Baju kurung dan kain sarung kolej
ii. Tudung putih kolej/selendang hitam
iii. Kasut hitam bertutup, tidak bertali dan tumit

tidak melebihi 2.5cm
iv. Skin socks melebihi 10 cm dari buku lali
v. Tanda nama rasmi kolej

20

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

5.4.3 Pakaian ‘Outing/Overnight’
a) Pelajar Lelaki (Lampiran I - m/s 116)
i. T-shirt putih kolej
(kolar putih lengan pendek)
ii. Seluar jeans biru tua ( straight cut )
iii. Tali pinggang kolej
iv. Kasut sukan (70% putih)
v. Stoking putih melebihi 10 cm dari buku lali
b) Pelajar Perempuan (Lampiran J - m/s 117)
i. T-shirt putih kolej
( kolar putih lengan pendek )
ii. Seluar jeans biru gelap ( straight cut )
iii. Kasut sukan (70% putih)
iv. Stoking putih melebihi 10 cm dari buku lali

5.4.4 Pakaian Hari Sabtu
(untuk aktiviti kokurikulum)
a) Pelajar Lelaki (Lampiran K - m/s 118)
i. T-shirt hitam kolej
( kolar hitam lengan pendek )
ii. Track bottom hitam kolej
iii. Kasut sukan (70% putih)
iv. Stoking putih melebihi 10 cm dari buku lali
b) Pelajar Perempuan (Lampiran L- m/s 119)
i. T-shirt hitam kolej
( kolar hitam lengan pendek )
ii. Track bottom hitam kolej
iii. Kasut sukan (70% putih)
iv. Stoking putih melebihi 10 cm dari buku lali
v. Tudung putih Kolej

5.4.5 Pakaian Sukan
a) Pelajar Lelaki (Lampiran M - m/s 120)
i. T-shirt putih kolej
(kolar hitam lengan pendek)
ii. Seluar pendek/track bottom hitam kolej
iii. Kasut sukan (70% putih)
iv. Stoking putih melebihi 10 cm dari buku lali

21

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

b) Pelajar Perempuan (Lampiran N - m/s 121)
i. T-shirt putih kolej
(kolar hitam lengan pendek)
ii. Track bottom hitam kolej
iii. Kasut sukan putih
iv. Stoking putih melebihi 10 cm dari buku lali
v. Tudung putih (optional)

5.4.6 Pakaian Kelas Persediaan (Prep Class)
a) Pelajar Lelaki (Lampiran O - m/s 122)
i. Baju melayu kebangsaan (kolar cekak
musang) berbutang lengkap (sebarang
warna).
ii. Sampin ( kain songket/pelekat)
iii. Songkok hitam
iv. Sandal (bertali bahagian belakang) atau
kasut hitam (berserta stoking hitam yang
dibenarkan)
b) Lelaki-Bukan Bumiputera
(Lampiran P - m/s 123)
i. Baju kemeja putih lengan panjang
ii. Seluar panjang hitam
iii. Tali pinggang hitam
iv. Sandal (bertali bahagian belakang) atau
kasut hitam
c) Perempuan (Lampiran Q- m/s 124)
i. Baju kurung berbutang /kebarung
ii. Tudung putih
iii. Sandal (bertali bahagian belakang) atau
kasut hitam
iv. Skin socks melebihi 10 cm dari buku lali

22
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

5.4.7 Pakaian Solat Harian (Solat Berjemaah
Rasmi)
a) Pelajar Lelaki

i. Baju melayu kebangsaan (kolar cekak
musang) berbutang lengkap (sebarang
warna)

ii. Sampin kain songket/pelikat (sampin kolej
tidak dibenarkan)

iii. Songkok hitam
iv. Sandal (bertali bahagian belakang)/ kasut

hitam (berserta stoking hitam yang
dibenarkan)
b) Perempuan
i. Baju kurung
ii. Telekung warna putih
iii. Sandal (bertali bahagian belakang) atau
kasut hitam
iv. Skin socks melebihi 10 cm dari buku lali

5.4.8 Pakaian Solat Jumaat
i. Baju melayu kebangsaan warna putih serta
berbutang lengkap
ii. Sampin kolej
iii. Songkok hitam
iv. Sandal ( bertali bahagian belakang)/ kasut
hitam (berserta stoking hitam yang
dibenarkan)

23
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

5.4.9 Pakaian pada hari Sabtu petang, hari Ahad dan
Cuti Umum ( Semasa keluar dari blok asrama/
apartment)
a) Pelajar Lelaki
i. T-shirt kolej ( tuck in )
ii. Slack/ track bottom/ jeans
iii. Sandal (bertali bahagian belakang)/
sport shoes (berserta stoking sukan yang
dibenarkan)
b) Pelajar Perempuan
i. Sebarang t-shirt kolej ( tuck in )
ii. Slack/ track bottom/ jean.
iii. Sandal (bertali bahagian belakang))/ sport
shoes (berserta stoking sukan yang
dibenarkan)

KESALAHAN DAN JENIS HUKUMAN / PROSEDUR

Jenis Kesalahan Hukuman Prosedur

5. Pelajar tidak Hukuman seperti Nama pelajar akan
mematuhi mana pada Perkara 3.0 dicatat dan
-mana peraturan dan 4.0 di muka tindakan oleh
pakaian seragam surat 100 dan 101 housemaster/
(Perkara 5.1 hingga mengikut jenis dan housemistress.
5.4) seriusnya sesuatu Surat makluman
kes tersebut. akan dihantar
kepada ibu bapa/
penjaga yang sah/
waris yang ber-
daftar.

24
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

PERATURAN 6 : PENAMPILAN DIRI

6.1 Rambut

6.1.1 Pelajar lelaki hendaklah berambut pendek dan
tidak dibenarkan menutupi telinga dan dahi
serta mencecah kolar baju. (Lampiran R - m/s
125)

6.1.2 Rambut hendaklah sentiasa disikat dengan rapi,
kemas dan sentiasa bersih.

6.1.3 Pelajar tidak dibenarkan menyimpan misai,
janggut atau jambang.

6.1.4 Rambut pelajar perempuan yang panjang
perlulah diikat dengan kemas.
(Lampiran S - m/s 126)

6.1.5 Pelajar perempuan yang bertudung perlu
mengikut tatacara pemakaian tudung yang
ditetapkan oleh pihak kolej. (Lampiran T - m/s
127)

6.1.6 Sebarang fesyen rambut tidak dibenarkan
seperti rambut punk, skinhead, flat-top, spiky,
faux hawk, rambut berekor atau lain-lain
fesyen terkini.

6.1.7 Pelajar dilarang membotakkan rambut tanpa
sebab yang wajar.

6.1.8 Semua pelajar DILARANG mewarnakan
rambut.

6.2 Persolekan dan Perhiasan Diri
6.2.1 Pelajar tidak dibenarkan menyimpan kuku yang
panjang dan mewarnakan kuku.
6.2.2 Pelajar tidak dibenarkan mencabut bulu kening
atau mencukur bulu kening.
25

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

6.2.3 Pelajar tidak dibenarkan membawa, memakai
atau menjual alat kosmetik di sekolah.

6.2.4 Bagi pelajar perempuan, hanya pengikat rambut
dan klip rambut berwarna hitam sahaja
dibenarkan semasa sesi persekolahan.

6.2.5 Pelajar tidak dibenarkan memakai anting-anting.
Pemakaian subang adalah dibenarkan. Saiz
subang hendaklah tidak melebihi ukuran
diameter 1.5 cm dan tebal gelangnya tidak
melebih 2 mm. (Lampiran U - m/s 128)

6.2.6 Pelajar tidak dibenarkan memakai lebih daripada
sepasang anting-anting atau subang.

6.2.7 Pelajar juga tidak dibenarkan memakai barang
kemas.

6.3 Cermin mata
6.3.1 Cermin mata yang gelap tidak dibenarkan.
6.3.2 Cermin mata tinted atau photogrey hanya
dibenarkan sekiranya ada surat akuan doktor
yang bertauliah.
6.3.3 Pelajar tidak dibenarkan memakai contact
lens yang berwarna.
6.3.4 Bingkai cermin mata berwarna gelap sahaja
dibenarkan.

6.4 Tali pinggang
6.4.1 Pelajar lelaki hendaklah sentiasa memakai tali
pinggang kolej semasa mengikuti kelas
akademik.

26
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

6.4.2 Hujung tali pinggang tidak boleh melebihi
ukuran 4 ½ inci (11.5 cm) jarak dari tepi
buckle. (Lampiran V - m/s 129)

6.5 Tanda Nama (Lampiran W - m/s 129)

6.5.1 Setiap pelajar perlu memakai tanda nama
rasmi kolej ketika berpakaian seragam
sekolah.

6.5.2 Tanda nama bagi pelajar lelaki mesti
disematkan pada bahagian sebelah kiri dada
baju iaitu 2.5 cm dari atas saku.

6.5.3 Logo kolej, warna dan tulisan pada tanda
nama tidak boleh diubahsuai atau dirosakkan.

6.5.4 Tanda nama pelajar mesti dipakai sepanjang
sesi persekolahan.

6.5.5 Pelajar tidak dibenarkan memakai tanda nama
pelajar lain.

6.6 Pin Lencana Anugerah

6.6.1 Pin Lencana Anugerah kolej perlu disematkan
pada bahagian sebelah kiri dada Sut Hitam
kolej.

6.6.2 Pelajar tidak dibenarkan memakai Pin Lencana
Anugerah kolej pelajar lain.

6.7 Kasut

6.7.1 Pelajar hendaklah sentiasa memastikan semua
kasut dalam keadaan baik, bersih dan tidak
berbau.

27
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

6.7.2 Kasut hitam perlu digilap (polish) pada
setiap hari.

6.7.3 Kasut sukan hendaklah dibasuh pada setiap
minggu.

6.8 Stoking
6.8.1 Stoking atau skin socks hendaklah ditukar
pada setiap hari.
6.8.2 Pelajar tidak dibenarkan memakai stoking
atau skin socks yang koyak, kotor atau berbau.
6.8.3 Pelajar hendaklah memakai warna dan saiz
stoking yang telah ditetapkan olej kolej.

KESALAHAN DAN JENIS HUKUMAN / PROSEDUR

Jenis Kesalahan Hukuman Prosedur

6. Pelajar tidak Hukuman seperti Nama pelajar akan
mematuhi mana- pada Perkara 3.0 dicatat dan
mana peraturan dan 4.0 di muka tindakan oleh
penampilan diri surat 100 dan 101 housemaster/
(Perkara 6.1 hingga mengikut jenis housemistress.
6.7) dan seriusnya Surat makluman
sesuatu kes terse- akan dihantar
but. kepada ibu bapa/
penjaga yang sah/
waris yang ber-
daftar.

28
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

PERATURAN 7 : KELAS DAN LOKER AKADEMIK

7.1 Kelas adalah bilik-bilik yang digunakan untuk sesi
pengajaran dan pembelajaran. Bilik-bilik yang
dijadikan kelas adalah seperti bilik theatrette, bilik
Geografi, bilik Sejarah, bilik Matematik, bilik Akaun,
bilik Bahasa Inggeris, bilik Bahasa Melayu, bilik-bilik
di blok Akademik dan di blok Girls Prep.

7.1.1 Keceriaan dan kebersihan semua kelas adalah
di bawah tanggungjawab ketua kelas serta
pelajar yang menggunakan kelas tersebut.

7.1.2 Semua kelas hendaklah dibersihkan sebelum
dan selepas kelas. Segala sampah sarap
hendaklah dimasukkan ke dalam tong
sampah yang disediakan.

7.1.3 Semua artikel yang dipamerkan pada papan
kenyataan dalam kelas hendaklah
mendapat kebenaran dari guru yang
berkenaan dan perlu sentiasa dikemaskini.

7.1.4 Sebarang bentuk tampalan pada dinding kelas
tidak dibenarkan sama sekali.

7.1.5 Papan putih hendaklah dibersihkan setiap kali
tamat waktu kelas atau sebelum
meninggalkan kelas.

7.1.6 Pastikan semua suis kipas, pendingin hawa,
lampu, semua tingkap dan pintu ditutup
sebelum meninggalkan kelas.

7.1.7 Pelajar dilarang berada di dalam kelas selain
dari waktu akademik dan waktu kelas
persediaan (prep class) kecuali dengan
kehadiran guru.

29
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

7.1.8 Pelajar dilarang membawa minuman dan
makanan ke dalam kelas.

7.1.9 Pelajar tidak dibenarkan mengguna laptop,
notebook, netbook, iPhone, iPod,
smartphone, handphone, camcorder, kamera
atau sebarang peralatan elektronik yang lain
di dalam kelas kecuali untuk tujuan
pengajaran dan pembelajaran selepas
mendapat kebenaran bertulis dari guru
berkenaan.

7.1.10 Pelajar dilarang memindahkan perabot dan
peralatan yang ada di dalam kelas ke mana-
mana bahagian premis kolej tanpa mendapat
kebenaran bertulis dari pihak
pengurusan kolej.

7.2 Loker Akademik
7.2.1 Setiap pelajar adalah bertanggungjawab untuk
menjaga kebersihan, kekemasan dan
keselamatan loker akademik masing-masing.
7.2.2 Buku-buku dan barang-barang lain di dalam
loker perlulah sentiasa disusun dengan kemas
dan teratur.
7.2.3 Dinding dan pintu loker adalah dilarang dari
sebarang bentuk tulisan dan tampalan.
7.2.4 Pintu loker perlulah sentiasa tertutup dan
berkunci pada setiap masa.
7.2.5 Pelajar dilarang meninggalkan buku-buku dan
barang-barang lain di atas loker dan kawasan
sekitar loker akademik.
7.2.6 Semua jenis makanan dan minuman adalah
dilarang disimpan di dalam loker akademik
kecuali air mineral.

30
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

7.2.7 Pelajar dilarang meletakkan peralatan
elektronik seperti smartphone, laptop, iPad,
VCR, kamera, wang tunai atau sebarang
barangan berharga di dalam loker atau
sekitarnya.

7.2.8 Pihak kolej tidak bertanggungjawab di atas
sebarang kehilangan barang-barang milik
pelajar yang diletakkan di loker akademik.

KESALAHAN DAN JENIS HUKUMAN / PROSEDUR

Jenis Kesalahan Hukuman Prosedur

7. Pelajar tidak Hukuman seperti Nama pelajar akan
mengikut mana- pada Perkara 3.0 dicatat dan
mana peraturan ke- dan 4.0 di muka tindakan oleh
las dan loker akade- surat 100 dan 101 housemaster/
mik (Perkara 7.1 dan mengikut jenis dan housemistress.
7.2) seriusnya sesuatu Surat makluman
kes tersebut. akan dihantar
kepada ibu bapa/
penjaga yang sah/
waris yang
berdaftar.

31
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

PERATURAN 8 : KAWASAN / BILIK LARANGAN

8.1 Pejabat pentadbiran, bilik guru, bilik
mesyuarat, bilik khas (specialist room), bilik
simpanan kertas peperiksaan, pusat sumber, dewan
besar, dewan peperiksaan atau blok A-Level
kecuali mendapat kebenaran pengetua.

8.2 Gelanggang squash, gelanggang tenis,
gimnasium, kolam renang, dewan serbaguna
(multipurpose hall), padang olahraga, padang
ragbi, padang bola jaring atau amphitheater selepas
jam 6.30 petang.

8.3 Gelanggang squash, gelanggang tenis,
gimnasium, kolam renang, dewan serbaguna
(multipurpose hall), padang olahraga, padang
ragbi, padang bola jaring atau amphitheater pada
hari Sabtu, Ahad dan cuti umum kecuali mendapat
kebenaran bertulis pengetua atau housemaster/
housemistress.

8.4 Blok kediaman pengetua, pengurus, bursa, guest
house, housemaster, housemistress, warden,
jururawat dan kakitangan kolej kecuali mendapat
kebenaran bertulis pengetua atau housemaster/
housemistress.

8.5 Bilik stor kolam renang, bilik stor dewan
serbaguna (multipurpose hall), bilik pencawang
elektrik TNB, bilik kawalan penyaman udara
AHU, rumah pam air, tangki air, loji
kumbahan, kawasan parkir bas, dusun atau kawasan
luar pagar sekeliling kawasan kolej.

8.6 Blok pentadbiran, blok akademik dan bilik - bilik
khas (kecuali mendapat kebenaran bertulis
daripada pengetua atau housemaster/
housemistress) pada waktu-waktu berikut :

32
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

8.6.1 Selepas jam 4.30 petang pada hari
8.6.2 persekolahan Isnin hingga Jumaat.
8.6.3 Selepas jam 12.30 tengahari pada hari
Sabtu.
Hari Ahad dan Cuti Umum.

8.7 Pelajar lelaki dilarang memasuki kawasan asrama/
apartment pelajar perempuan manakala pelajar
perempuan dilarang memasuki kawasan asrama/
apartment pelajar lelaki dalam jarak 10 meter dari
bangunan tersebut pada bila-bila masa.

8.8 Dorm, asrama dan apartment ketika sesi
persekolahan, waktu kelas persediaan, union night,
malam tayangan, malam tahlil & bacaan yassin,
waktu latihan sukan & permainan kecuali mendapat
kebenaran pengetua atau housemaster/
housemistress.

8.9 Bilik Rawatan (Sick Bay) kecuali untuk rawatan
dan mendapat kebenaran bertulis dari jururawat.

8.10 Ruang dapur di dewan makan atau di kafeteria.
8.11 Surau atau Musholla ketika waktu akademik

(kecuali dengan kehadiran guru) dan selepas jam
11.00 malam.
8.12 Semua tandas lelaki adalah kawasan larangan
bagi pelajar perempuan manakala tandas perempuan
adalah kawasan larangan bagi pelajar lelaki.
8.13 Semua tandas guru adalah kawasan larangan bagi
pelajar.
8.14 Bahagian atas siling bumbung di semua bangunan
kolej.

33
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

KESALAHAN DAN JENIS HUKUMAN / PROSEDUR

Jenis Kesalahan Hukuman Prosedur

8. Pelajar tidak me- Hukuman seperti Nama pelajar akan
matuhi mana-mana pada Perkara 3.0 dicatat dan
peraturan kawasan / dan 4.0 di muka tindakan oleh
bilik larangan surat 100 dan 101 housemaster/
(Perkara 8.1 hingga mengikut jenis dan housemistress.
8.14) seriusnya sesuatu Surat makluman
kes tersebut. akan dihantar
kepada ibu bapa/
penjaga yang sah/
waris yang ber-
daftar.

34
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

PERATURAN 9 : BARANGAN LARANGAN
Senarai barang yang tidak boleh dibawa, dimiliki atau
digunakan oleh pelajar di dalam kawasan kolej;

9.1 Bahan-bahan yang dikategorikan sebagai dadah
atau yang boleh mendatangkan kemudaratan
kepada kesihatan dari segi fizikal, mental, emosi
atau tingkah laku.

9.2 Bahan-bahan cetakan sama ada teks atau gambar
atau grafik berupa huruf, angka, tanda, simbol,
isyarat, lambang atau apa jua bentuk yang
mempunyai unsur-unsur perjudian, keganasan,
fitnah, hasutan, perkauman atau politik.

9.3 Sebarang bentuk senjata atau peralatan yang boleh
dijadikan senjata berbahaya termasuk pisau,
gunting berhujung tajam, pemutar skru dan
seumpamanya.

9.4 Sebarang jenis racun serangga, racun rumpai, bahan
kimia, minuman yang mengandungi alkohol, ubatan
atau bahan-bahan yang boleh mengkhayalkan.

9.5 Semua jenis produk tembakau termasuk rokok,
cerut, rokok gulung dan daun ketum.

9.6 Semua jenis rokok elektronik atau vape termasuk
cecair dan aksesori vape, mancis api, pemetik api
atau sebarang bahan bakar.

9.7 Mercun atau sebarang bahan yang mengeluarkan
percikan api, letupan atau asap.

9.8 Semua jenis barangan berharga seperti barang
kemas termasuk rantai leher, cincin, gelang, anting-
anting dan jam tangan berjenama.

35
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

9. 9 Semua jenis peranti elektronik termasuk
laptop, iPad, notebook, iPod, VCR, kamera dan
seumpamanya kecuali mendapat kebenaran dari
pihak kolej.

9.10 Sebarang jenis daun terup ( playing cards).
9.11 Peralatan memasak seperti water heater, sandwich

maker, toaster, kattle, rice cooker, portable gas
stove dan seumpamanya.
9.12 Semua peralatan yang menggunakan tenaga
elektrik melainkan seterika.
9.13 Bekalan makanan atau minuman kecuali di
Kafetaria dan Dewan Makan. Air mineral adalah
dibenarkan.
9.14 Tali pinggang yang berwarna-warni atau
mempunyai buckle yang besar atau mempunyai
lambang atau perkataan yang tidak bermoral.
9.15 Wang tunai melebihi RM20.00 (Ringgit Malaysia:
Dua Puluh Sahaja)
9.16 Alat permainan ekstrim seperti roller
skates, skateboard, mini scooter dan seumpamanya.
9.17 Alat permainan kawalan jauh seperti drone dan
yang seumpamanya.
9.18 Penyembur cat (aerosol spray paint)
9.19 Cecair pemadam kertas (liquid paper correction
fluid)
9.20 Chewing gum

36
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

KESALAHAN DAN JENIS HUKUMAN / PROSEDUR

Jenis Kesalahan Hukuman Prosedur
9. Pelajar tidak Hukuman seperti Nama pelajar akan
mematuhi mana- pada Perkara 3.0 dicatat dan tin-
mana peraturan dan 4.0 di muka dakan oleh
barangan larangan surat 100 dan 101 housemaster/
(Perkara 9.1 hing- mengikut jenis dan housemistress.
ga9.20) seriusnya sesuatu Surat makluman
kes tersebut. akan dihantar kepa-
da ibu bapa/penjaga
yang sah/waris
yang berdaftar.
Barangan rampasan
direkod dan disim-
pan di pejabat
untuk satu tempoh
tertentu.

37
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

PERATURAN 10: KELAS PERSEDIAAN (Prep Class)

10.1 Kelas persediaan diadakan seperti ketetapan yang
berikut:

Masa Hari Tingkatan

8.00 malam - Isnin, Selasa, 1 dan 2
10.00 malam Rabu, Khamis, 3, 4 dan 5
8.00 malam -
10.30 malam Jumaat dan
Ahad

10.2 Semua pelajar adalah diwajibkan menghadirkan diri
ke kelas persediaan pada waktu dan hari yang telah
ditetapkan pada perkara 10.1 atau pada waktu-
waktu lain yang ditentukan oleh pihak kolej

10.3 Kelas persediaan tidak diwajibkan pada hari Sabtu
dan hari pulang bermalam (overnight).

10.4 Pelajar perlu mematuhi kod etika pemakaian yang
telah ditetapkan pada Peraturan 5.4.6 di muka surat
22.

10.5 Pelajar tidak dibenarkan meninggalkan kelas
persediaan sebelum jam 10.00 malam (Tingkatan
1 dan 2) dan jam 10.30 malam (Tingkatan 3, 4 dan
5).

10.6 Pelajar dikehendaki berada di kelas persediaan
mengikut bilik-bilik yang telah ditetapkan.

10.7 Pelajar perlu memanfaatkan kelas persediaan
untuk menyiapkan homework dan membuat
ulangkaji pelajaran.

10.8 Pelajar tidak dibenarkan membuat bising dan
sentiasa menjaga tingkah laku dan disiplin
sepanjang tempoh kelas persediaan.

10.9 Pelajar perlu memastikan semua susunan meja dan
kerusi di dalam kelas dalam keadaan baik semasa
dan selepas kelas persediaan.
38

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

10.10 Sebarang kerosakan pada kerusi, meja, perabot dan
peralatan lain yang terdapat di dalam kelas perlulah
dilaporkan segera kepada pihak pengurusan kolej/
housemaster/housemistress/warden.

10.11 Pelajar yang merosakkan barang-barang yang
terdapat di dalam kelas persediaan dikehendaki
membayar ganti rugi berdasarkan nilai harga
barang yang dirosakkan atau kos membaiki
barang-barang tersebut.

10.12 Pelajar perlu memastikan kelas dalam keadaan
bersih semasa dan selepas kelas digunakan. Segala
sampah sarap hendaklah dimasukkan ke dalam
tong sampah yang disediakan.

10.13 Pelajar tidak dibenarkan membawa makanan
dan minuman semasa kelas persediaan kecuali
air mineral.

10.14 Pelajar tidak dibenarkan membawa sebarang
peralatan elektronik semasa kelas persediaan
kecuali dengan kebenaran bertulis dari pengetua a
tau housemaster/housemistress.

KESALAHAN DAN JENIS HUKUMAN / PROSEDUR

Jenis Kesalahan Hukuman Prosedur

10. Pelajar tidak Hukuman seperti Nama pelajar akan
mematuhi mana- pada Perkara 3.0 dicatat dan tindakan
mana peraturan dan 4.0 di muka oleh housemaster/
kelas persediaan surat 100 dan 101 housemistress.
(Perkara 10.1 hingga mengikut jenis dan Surat makluman
10.14) seriusnya sesuatu akan dihantar kepa-
kes tersebut. da ibu bapa/penjaga
yang sah/waris yang
berdaftar.

39

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

PERATURAN 11 : ASRAMA/APARTMENT
11.1 Peraturan Am Tinggal di Asrama

11.1.1 Setiap pelajar yang tinggal di asrama/
apartment tertakluk kepada peraturan yang
telah ditetapkan oleh pihak kolej.

11.1.2 Pelajar hendaklah mematuhi jadual waktu
harian pelajar. (Lampiran A1, A2 dan A3 di
muka surat 106 - 108)

11.1.3 Pelajar tidak dibenarkan bertukar dorm,
apartment, loker atau katil yang telah
ditetapkan.

11.1.4 Kebersihan dan kekemasan dorm/asrama/
apartment adalah menjadi tanggungjawab
semua pelajar.

11.1.5 Setiap pelajar dikehendaki menjaga
keselamatan barang miliknya sendiri.

11.1.6 Poster atau gambar tidak dibenarkan
ditampal di mana-mana bahagian dinding
dorm, asrama atau apartment.

11.1.7 Pelajar tidak dibenarkan mengubah,
menambah atau mengurangkan kemudahan
yang sedia ada.

11.1.8 Semua jenis aktiviti sukan tidak
dibenarkan di dorm, asrama atau
apartment.

11.1.9 Pelajar hendaklah menemui pelawat di
Kafetaria atau tempat-tempat lain yang
dibenarkan oleh pihak kolej.

11.1.10 Pelajar tidak dibenarkan membuat bising,
bersorak atau mengganggu ketenteraman
penghuni asrama lain dengan apa cara
sekalipun.
40

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

11.1.11 Pelajar yang melakukan kerosakan ke atas
harta benda asrama dikehendaki
membayar ganti rugi berdasarkan nilai
harga barang yang dirosakkan atau kos
membaiki barang-barang tersebut.

11.1.12 Pelajar tidak dibenarkan membawa atau
menyimpan sebarang jenis makanan atau
minuman di asrama kecuali air mineral.

11.1.13 Semasa kerja-kerja fogging sedang
dijalankan, pelajar dikehendaki
mengosongkan bangunan asrama/
apartment.

11.1.14 Pelajar perlu mengosongkan loker masing-
masing semasa pulang bercuti akhir tahun
persekolahan atau pada tarikh cuti yang
diarahkan oleh pihak kolej.

11.1.15 Sebarang masalah yang timbul seperti
kebocoran air, kerosakan peralatan,
gangguan litar elektrik dan sebagainya
hendaklah dilaporkan segera kepada
warden atau housemaster/housemistress.

11.1.16 Pelajar adalah dilarang mengadakan
sebarang majlis keraian atau sambutan hari
lahir atau seumpamanya di asrama /
apartment.

11.2 Waktu Solat /Beribadat

11.2.1 Pelajar beragama Islam diwajibkan solat
secara berjemaah.

11.2.2 Solat Jumaat diwajibkan kepada semua
pelajar lelaki beragama Islam dengan
memakai baju melayu kebangsaan
berwarna putih (berbutang penuh),
memakai songkok hitam serta bersampin
kolej.

41
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

11.2.3 Pelajar yang bukan beragama Islam
hendaklah beribadat mengikut
kepercayaan dan kehendak agama
masing-masing.

11.3 Dorm/Asrama/Apartment

11.3.1 Katil dan loker mestilah disusun dengan
teratur dan kemas.

11.3.2 Semua katil dan loker perlulah mengikut
susunan yang telah ditetapkan oleh pihak
kolej. Pelajar dilarang menukar susunan
katil dan loker mereka.

11.3.3 Cadar, selimut dan sarung bantal mestilah
dipasang sepanjang masa dalam keadaan
kemas (tidak berkedut) dan tersusun.

11.3.4 Cadar, selimut dan sarung bantal perlu
dicuci dan ditukar pada setiap minggu.

11.3.5 Pelajar dilarang menukar atau mengubah
sebarang kelengkapan yang ada di dalam
asrama dan apartment.

11.3.6 Sebarang gambar rajah, jadual dan
seumpamanya tidak dibenarkan ditampal
pada bahagian dalam atau luar loker.

11.3.7 Semua barang-barang atau pakaian pelajar
yang disimpan dalam loker mestilah
disusun dengan teratur dan kemas.

11.3.8 Pelajar perlu memastikan pintu loker
sentiasa dalam keadaan bertutup dan
berkunci.

11.3.9 Kebersihan dorm/asrama/apartment adalah
menjadi tanggungjawab pelajar sepanjang
masa.

42

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

11.3.10 Semua tingkap dan pintu asrama
mestilah ditutup dengan sempurna pada
jam 6.00 pagi hingga 7.00 pagi dan 5.30
petang hingga 6.30 petang.

11.3.11 Pelajar dilarang tidur di atas katil pelajar
lain atau berkongsi tidur bersama pelajar
lain di atas satu katil.

11.3.12 Kasut sekolah, kasut sukan dan sandal
mestilah sentiasa disusun dengan teratur
dan kemas di rak kasut yang telah
disediakan dalam luggage room asrama.

11.3.13 Pakaian, tuala, kasut TIDAK boleh
disidai, dijemur atau digantung pada
tingkap dan koridor asrama.

11.3.14 Pelajar tidak dibenarkan berada di asrama
pada masa - masa berikut :
a) Selepas sarapan pagi pada hari
persekolahan.
b) Waktu kelas biasa dan waktu
bersukan.
c) Waktu kelas persediaan dan waktu
bermain.
d) Selepas makan malam.

11.3.15 Sebarang perkakasan atau pakaian peribadi
pelajar tidak dibenarkan diletak di atas
loker atau disidai pada pintu loker.

11.3.16 Pelajar dilarang berkumpul dan membuat
bising di asrama/apartment.

11.3.17 Pelajar dilarang membawa penyambung
plag elektrik (extension plug) kecuali
setelah mendapat kebenaran bertulis dari
housemaster/ housemistress.

43

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

11.3.18 Pelajar wajib menyertai gotong-royong
membersihkan asrama mengikut jadual
yang ditentukan oleh pihak kolej.

11.4 Penggunaan Lampu dan Kipas

11.4.1 Semua lampu dan kipas di asrama mestilah
dipadamkan apabila tidak digunakan.

11.4.2 Semua lampu mesti dipadam tepat jam
11.00 malam (pelajar tingkatan 1 & 2) dan
jam 11.30 malam (pelajar tingkatan 3, 4 &
5).

11.4.3 Lilin, pelita dan sebarang lampu tidur tidak
boleh digunakan di asrama.

11.4.4 Pelajar dilarang menggantungkan sebarang
perkakasan atau pakaian pada lampu atau
bilah kipas.

11.5 Koridor Asrama
11.5.1 Pelajar dilarang menjemur kasut atau
menyidai pakaian di tembok koridor.
11.5.2 Semua jenis kerusi, meja, perabot,
perkakasan atau peralatan adalah dilarang
diletakkan di koridor.
11.5.3 Perbuatan meludah di koridor atau dari
atas koridor adalah amat dilarang.

11.6 Pemeriksaan Kebersihan Asrama
11.6.1 Pemeriksaan asrama akan diadakan pada
hari Isnin hingga Jumaat mulai jam 7.30
pagi dan 8.00 malam.
11.6.2 Pemeriksaan ini akan dilakukan oleh
warden bertugas dan dipantau oleh
housemaster/housemistress.
44

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

11.6.3 Pelajar perlu memastikan dorm, bilik air/
tandas, washing room, luggage room,
recreation room, ampaian pakaian dan rak
tuala dalam keadaan kemas dan bersih.

11.6.4 Pelajar yang gagal mematuhi kebersihan
asrama yang telah ditetapkan oleh pihak
kolej boleh dikenakan demerit.

11.7 Pemeriksaan Dorm/Apartment

11.7.1 Pemeriksaan dorm/apartment diadakan
pada hari Sabtu mulai jam 7.30 pagi.
Pemeriksaan akan dilakukan oleh
housemaster/housemistress, warden dan
dibantu oleh house tutor.

11.7.2 Pelajar wajib hadir ketika pemeriksaan
dorm/apartment dijalankan.

11.7.3 Semasa pemeriksaan dorm/apartment ,
pelajar dikehendaki:

a) membuka pintu loker pakaian.

b) menyusun uniform sekolah, peralatan
peribadi dan toiletries di atas katil.

c) berdiri di tepi katil masing-masing.

11.7.4 Pakaian dan peralatan peribadi pelajar
yang perlu dipamerkan semasa pemerik-
saan dorm/apartment dijalankan adalah
seperti dalam Jadual 1 (muka surat 46)
bagi pelajar lelaki dan Jadual 2 (muka surat
47) bagi pelajar perempuan.

11.7.5 Pelajar yang gagal mempamerkan pakaian
dan peralatan peribadi semasa pemeriksaan
dijalankan boleh dikenakan demerit.

45

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

Jadual 1 - Senarai Pakaian dan Peralatan Peribadi Yang Perlu
Dipamerkan oleh Pelajar Lelaki

Semasa Pemeriksaan Dorm/Apartment

Uniform Sekolah Pakaian Hari Sabtu

1. Baju kemeja putih lengan 15. T-shirt hitam kolej lengan
pendek pendek
Seluar panjang warna
2. khaki 16. Track bottom hitam kolej

3. Tali pinggang kolej

4. Tali leher kolej Pakaian Sukan

5. Tanda nama kolej 17. T-shirt putih kolej lengan
pendek (Kolar hitam)

Kasut hitam bertali 18. Seluar pendek hitam kolej
6. (tumit tidak melebihi
19. T-shirt sukan rumah lengan
2.5 cm) pendek
7. Stoking hitam

Pakaian Majlis Rasmi Pakaian Kelas Persediaan
(Union night/ high table)
Baju Melayu sebarang
8. Baju Melayu Rasmi Kolej 20. warna
(berkolar cekak musang)
(berkolar cekak musang)

9. Sampin kolej 21. Sampin (songket/pelekat)

10 Songkok (hitam) Baju kemeja putih lengan
22. panjang
(pelajar bukan bumiputera)
Seluar panjang hitam
23. (pelajar bukan bumiputera)

Pakaian Outing/ 24. Sandal (bertali bahagian
Overnight belakang)

11. T-shirt putih kolej lengan Pakaian Solat Jumaat
pendek (Kolar putih)

12. Seluar jeans warna biru 25. Baju melayu putih
gelap (straight cut) (berkolar cekak musang)

13. Kasut sukan (70% putih)

14. Stoking putih

46
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

Jadual 2 - Senarai Pakaian dan Peralatan Peribadi Yang Perlu
Dipamerkan oleh Pelajar Perempuan
Semasa Pemeriksaan Dorm/Apartment

Uniform Sekolah Pakaian Hari Sabtu
1. Baju kemeja putih lengan 15. T-shirt hitam kolej lengan

panjang pendek
2. Vest warna khaki kolej 16. Track bottom hitam kolej
3. Seluar panjang warna khaki
Pakaian Sukan
Kolej 17. T-shirt putih kolej lengan
4. Tali leher kolej
5. Tanda nama kolej pendek (Kolar hitam)
18. T-shirt sukan rumah lengan
6. Kasut hitam bertutup tidak
bertali (tumit tidak melebihi pendek
2.5 cm) Pakaian Kelas Persediaan
Malam
7. Skin socks 19. Baju kurung
20. Sandal (bertali bahagian
8. Tudung putih kolej belakang)

Pakaian Majlis Rasmi Pakaian Solat Harian
(Union night/ high table) 21. Telekung warna putih
9. Baju Kurung Rasmi kolej

10. Kain songket kolej

Pakaian Outing/Overnight
11. T-shirt putih kolej lengan

pendek
(Kolar putih)
12. Seluar jeans warna biru
gelap (straight cut)
13. Kasut sukan (70% putih)

14. Stoking putih

47
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

11.8 Bilik mandi / Tandas

11.8.1 Pelajar dilarang menggunakan bilik mandi
atau tandas di dorm/apartment lain kecuali
berlaku kerosakan dan selepas mendapat
arahan dari pihak kolej.

11.8.2 Semua kepala paip air perlu digunakan
dengan sebaik mungkin dan ditutup dengan
sempurna selepas digunakan.

11.8.3 Pelajar perlu flush mangkuk tandas dengan
sempurnanya setiap kali selepas
digunakan.

11.8.4 Pelajar dilarang keras membuang sebarang
bahan seperti plastik, kertas, tisu, tuala
wanita atau sebarang bahan lain di dalam
singki, mangkuk tandas dan saluran keluar
air.

11.8.5 Singki tidak boleh digunakan sebagai
tempat merendam pakaian atau apa-apa
barangan lain.

11.8.6 Pelajar tidak dibenarkan meninggalkan
toilettries, peralatan atau pakaian peribadi
yang lain di dalam bilik mandi dan tandas.

11.8.7 Kebersihan bilik mandi dan tandas adalah
tanggungjawab semua pelajar.

11.8.8 Lampu-lampu di bilik mandi dan tandas
perlu ditutup mulai jam 7.00 pagi.

11.8.9 Semua selipar perlu disusun dengan kemas
di atas lantai laluan ke bilik mandi dan
tandas.

48
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

11.9 Luggage Room

11.9.1 Pelajar perlu menyimpan dengan kemas
dan teratur semua beg pakaian, kasut dan
sandal mereka pada rak yang disediakan di
dalam luggage room.

11.9.2 Pelajar dilarang meletakkan beg pakaian,
kasut atau sandal mereka pada lantai
luggage room.

11.9.3 Pelajar perlu memastikan luggage room
adalah bersih dan kemas pada setiap hari.

11.10 Recreation Room
11.10.1 Pelajar perlu menggunakan bilik ini
sebagai tempat untuk mengulang kaji
pelajaran, menyiapkan homework atau
melakukan aktiviti indoor game seperti
catur dan karom sahaja.
11.10.2 Pelajar tidak dibenarkan melakukan
aktiviti bersukan atau permainan seperti
ping pong atau dart di dalam recreation
room.
11.10.3 Pelajar dilarang menggunakan bilik ini
selepas waktu light off kecuali mendapat
kebenaran bertulis dari pihak kolej.
11.10.4 Pelajar hendaklah menutup suis lampu
dan kipas selepas digunakan.
11.10.5 Semua buku-buku teks/rujukan/bahan
bacaan perlu disusun dengan kemas dan
rapi pada rak yang disediakan.
11.10.6 Semua pelajar bertanggungjawab untuk
memastikan bilik ini sentiasa bersih dan
kemas pada setiap masa.

49
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA


Click to View FlipBook Version