The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Proposal untuk mewujudkan Digital Calssroom di SAM Muhammadiah Pekan Sabak.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MOHD AZHAR, 2019-03-25 22:10:43

SAMMPS DIGITAL CLASSROOM

Proposal untuk mewujudkan Digital Calssroom di SAM Muhammadiah Pekan Sabak.

UNIT ICT SAM MUHAMMADIAH PEKAN SABAK

PROPOSAL

bilik darjah
digital

'DIGITAL CLASSROOM'

DISEDIAKAN OLEH:

UNIT ICT,
SAM MUHAMMADIAH PEKAN SABAK

tajuk proposal

CADANGAN MEWUJUDKAN SEBUAH KELAS BERKONSEPKAN

DIGITAL CLASSROOM BAGI MEMENUHI KEPERLUAN

PEMBELAJARAN ABAD KE-21

tujuan Kertas cadangan ini disediakan untuk
pertimbangan pihak tuan dalam mendapatkan
sumbangan perolehan perkakasan dan
kelengkapan  yang diperlukan untuk mewujudkan
sebuah bilik darjah berkonsepkan “Digital
Classroom”.

Peruntukan yang dipohon adalah sebanyak 
RM 10 580 untuk Fasa Pertama termasuk kerja-
kerja pemasangan dan pengujian peralatan yang
dibekalkan.

01

latar belakang

Pendidikan pada masa kini mengalami evolusi perubahan
begitu pantas. Dunia teknologi dengan melihat kepada
perkembangan Revolusi Industri 4.0 turut memberi impak
dalam bidang pendidikan. Di kebanyakan negara maju,
pembelajaran yang mengguna pakai  kaedah lama tidak lagi
menjadi pilihan sekolah-sekolah di sana. Mereka telah
mengorak langkah memenuhi tuntutan semasa yang
menjurus kepada Pembelajaran Abad Ke-21 (21st Century
Learning) yang menekankan kepada kemahiran meneroka
maklumat dan berfikir aras tinggi.

Di Malaysia, dasar bagi memenuhi perubahan yang berlaku
ini telah mula diterapkan. Perkara ini memerlukan
kepimpinan sekolah yang mempunyai keazaman tinggi bagi
menyediakan keperluan-keperluan tertentu dalam usaha
menyokong konsep Pembelajaran Abad Ke-21. Antaranya
adalah kelengkapan perkakasan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) sebagai Alat Bantu Mengajar yang lebih
efektif dan memenuhi keperluan semasa.

Antara pendekatan yang boleh diambil bagi
merealisasikannya adalah dengan membangunkan  Bilik
Darjah Digital atau disebut sebagai “Digital Classroom”.
Digital classroom merupakan sebuah bilik darjah yang
mempunyai susun atur dan kelengkapan ICT yang mesra
pelajar bagi tujuan menarik minat pelajar untuk meneroka
pengetahuan secara kendiri (self exploration) dengan
bantuan serta pemantauan guru yang mengajar.

Konsep digital classroom akan memberi kesan yang besar
kepada susasana pembelajaran yang lebih menarik dengan
penggunanaan peralatan berteknologi seperti televisyen
pintar, tablet digital dan sebagainya  yang berupaya
merangsang pelajar supaya mereka dapat meneroka
maklumat secara meluas dan tidak hanya bergantung
kepada buku teks semata-mata seperti mana pembelajaran
tradisional sebelum ini.

Malah, dengan wujudnya Digital Classroom, tugas
mentadbir bilik darjah oleh guru dapat dipermudahkan
apabila aplikasi digital digunakan semasa proses
pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPC) dilaksanakan
secara terancang.

Justeru, idea bagi mewujudkan sebuah “Digital Classroom”
ini boleh menjadi perintis kepada sekolah selain menjadi
rujukan untuk pelaksanaan secara menyeluruh dari semasa
ke semasa.

02

objektif

1. Pelajar dapat mengakses maklumat dengan cepat dan
meluas tentang perkara yang dipelajari pada satu-satu
waktu.

2. Membina konsep belajar yang lebih berpusatkan pelajar

3. Menjadikan teknologi sebagai perantara dalam
meneroka ilmu serta berkongsi dengan rakan serta guru di

dalam bilik darjah

4. Memberi kesedaran bahawa maklumat boleh diteroka
dengan cepat dan meluas

5. Mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menarik
dan budaya inkuiri dalam diri pelajar

6. Menjimatkan masa pengurusan bilik darjah seperti
perekodan kehadiran pelajar, pemberian tugasan dan

sebagainya

7. Memberi pendedahan kepada pelajar tentang dunia luar
melalui akses internet

8. Menggalakkan penggunaan aplikasi pembelajaran yang
menarik di kalangan guru dan pelajar seperti plickers,
kahoot, vle frog, quizzes dan sebagainya.

9. Menggalakkan komunikasi dua hala di kalangan pelajar
dan guru.

03

impak

DENGAN BERJAYANYA MEWUJUDKAN
DIGITAL CLASSROOM INI, PARA
PELAJAR AKAN  MELALUI PROSES
PEMBELAJARAN YANG LEBIH
PRODUKTIF DAN MEMBERI KESAN
KEPADA PSIKOLOGI MEREKA UNTUK
MENGIKUTI SESI PEMBELAJARAN.

SELAIN ITU PROJEK INI JUGA AKAN
MENJADI PERANGSANG KEPADA USAHA
MEWUJUDKAN LEBIH BANYAK LAGI
BILIK DARJAH YANG BERKONSEPKAN
DIGITAL CLASSROOM APABILA MELIHAT
KEPADA KEJAYAAN PROJEK RINTIS INI.

justifikasi

Perkembangan kepada teknologi maklumat dan perkakasan
yang mengaplikasikan sistem digital adalah sesuatu yang
pesat membangun. Keadaan ini akan terus berkembang dari
semasa ke semasa. Justeru, menjadi sesuatu yang
merugikan sekiranya faedah daripada perkembangan tidak
dimanfaatknkan sebaiknya.

Malah, para pelajar yang mempunyai potensi dalam
mengembangkan pengetahuan dan bakat mereka akan
terbatas berikutan kekurangan sumber dan perkakasan yang
dapat menyokong perkembangan diri mereka.

Oleh yang demikian, satu usaha yang bersungguh-sungguh
perlu dijalankan agar matlamat dan objektif
membangunkan Digital Classroom ini dapat diterjemahkan.

04

maklumat cadangan

KELAS YANG AKAN DIGUNAKAN

Kelas yang akan digunakan untuk projek ini adalah Kelas 4 Ibnu Sina

KELUASAN KELAS

Kelas ini mempunyai keluasan 750 kaki persegi (30 kaki X 25 kaki)

JUMLAH PELAJAR

Bilangan pelajar untuk kelas yang dipilih ini adalah seramai 15 orang (pada
tahun ini)

KEDUDUKAN KELAS

Kelas ini berada di tingkat bawah dan bersebelahan dengan Bilik ICT.
Kedudukan kelas ini adalah sesuai kerana berada pada kawasan yang mencapai
liputan talian internet dan mudah bagi pantauan keselamatan.

05 06

cadangan SUSUN ATUR KELAS

06

senarai jawatankuasa

BERIKUT ADALAH SENARAI JAWATANKUASA :

TN HJ KHIRUL ANUAR BIN LAKIMIN
PENGERUSI

TN HJ KHIRUN NIDZAM BIN TARMIJI TN HJ MOHD FAUZI BIN IBRAHIM
naib pengerusi naib pengerusi

PN SURAYA BINTI ABDL GHAFFAR TN HJ SHARUDDIN BIN JAMAL
naib pengerusi naib pengerusi

PN FADZILAH BINTI SAAT EN MOHD AZHAR BIN ABD RAHMAN CIK SITI SUHADA BINTI MASTOR
bendahari setiausaha penolong setiausaha

PN NOR KHAFIDZOH BT MAT NOR PN ASMAH BINTI JUSOH
ajk ajk

PN SITI ZARINA BT BAHARON PN NAWED FATIMA BT ABDUL HANAN
ajk ajk

PN BIBI MELOR BINTI MOHD FAKEH EN GHADZALI BIN ISMAIL
ajk ajk

07

anggaran kos pelaksanaan

PERKAKASAN YANG DIPERLUKAN BAGI MELENGKAPKAN
DIGITAL CLASSROOM INI DIPECAHKAN KEPADA 3 FASA.
BAGI FASA PERTAMA, PERKAKASAN DAN PERALATAN
YANG DIPERLUKAN ADALAH SEPERTI BERIKUT;

Fasa 1MAC 2019-JUN 2019
HARGA/
PERKARA UNIT UNIT JUMLAH

1 TELEVISYEN PINTAR 1 RM 2700 RM 2700
LG 60" 60UK6200 UHD 4K TV
60UK6200

WIRELESS DISPLAY 1 RM 300 RM 300
ADAPTER 1
RM 350 RM 350
2 AUDIO AND VIDEO RECEIVER PAIRING
WITH MULTIPLE DEVICES LPCM AUDIO
FORMAT SUPPORT RF RANGE: UP TO
6.98 METRES

PEMEGANG TELEVISYEN
BOLEH UBAH

3 PORTABLE MOBILE TV SCREEN MONITOR
TROLLEY STAND WITH SHELF MOVABLE LCD
LED PLASMA TV FLOOR TRIPOD BRACKET

MICROSOFT SURFACE PRO 4 1 RM 3000 RM 3000

4 INTEL CORE I5 6300U
2.5GHZ
8GB RAM

PRINTER

5 EPSON INKJET L3110 3 IN 1 PRINTER 1 RM 500 RM 500

TABLET 4 RM 1000 RM 4000

6 HUAWEI MEDIAPAD T5 (4GB RAM + 32GB RM 10 850.00

ROM)

TOTAL

0 86

Fasa 2JULAI 2019-DISEMBER 2019
HARGA/
PERKARA UNIT UNIT JUMLAH

1 TABLET 6 RM 1000 RM 6000
HUAWEI MEDIAPAD T5 (4GB RAM + 32GB
ROM)

PORTABLE PA SYSTEM 1 RM 800 RM 800
1
2 DENN SE-676UR(HH) AC/DC PORTABLE PA RM 1400 RM 1400
VOICE RECORD SYSTEM
RM 8200.00
3 VIDEO CAMERA
PANASONIC HD VIDEO CAMCORDER HC-
V385

TOTAL

Fasa 3JANUARI 2020-MAC 2020
HARGA/
PERKARA UNIT UNIT JUMLAH

1 TABLET 5 RM 1000 RM 5000
HUAWEI MEDIAPAD T5 (4GB RAM + 32GB
ROM)

WIRELESS ROUTER 1 RM 300 RM 300

2 TP-LINK ARCHER WIRELESS DUAL BAND RM 5300.00
GIGABITS ROUTER A7 AC1750
TOTAL

Keseluruhan peruntukan yang diperlukan bagi memenuhi semua

keperluan adalah sebanyak RM 24 350.00. Namun, tumpuan

Jawatankuasa bagi projek ini pada ketika ini adalah pada Fasa 1 iaitu

peruntukan kewangan sebanyak RM 10 850.00 untuk pembelian

GRAND TOTAL peralatan yang diperluka$n 1.50,000.00

09

KELESTARIAN

SAM Muhammadiah pada masa depan akan
 menjadi sebuah sekolah yang menawarkan
program tahfiz dalam kurikulum
pembelajarannya. Bermula pada tahun hadapan,
pengambilan pelajar Tingkatan 1 adalah dari
kalangan pelajar terpilih yang mempunyai rekod
akademik yang cemerlang dalam akademik dan
mempunyai keupayaan untuk menghafaz 30 juzuk
Al-Quran.

Menjadi hasrat pihak sekolah untuk menyediakan
suasana pembelajaran yang kondusif dan
dilengkapi dengan peralatan bantu mengajar
yang lengkap dan terkini agar pelajar-pelajar
tahfiz yang dilahirkan bukan hanya mampu
menghafaz AL-Quran malah turut berupaya
menguasai ilmu akademik dengan cemerlang.

Sudah semestinya usaha ini akan berterusan dan
diharapkan mampu memberi pendedahan kepada
pelajar berkaitan kemahiran ICT semasa sesi
pembelajaran dijalankan di samping menjadikan
sesi pembelajaran lebih menarik.

Pada jangka masa panjang kami mensasarkan
kesemua bilik darjah dapat dilengkapi dengan
peralatan ICT seperti mana projek rintis ini dan
memberi peluang kepada semua pelajar
menjalani pembelajaran yang lebih berkualiti.
InsyaAllah.

10

PENUTUP

Semoga usaha untuk merealisasikan projek ini
mendapat sokongan dari semua pihak dan dapat
dibangunkan seperti yang dirancang demi manfaat
pelajar-pelajar di sini.

11

lampiran

11


Click to View FlipBook Version