The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Panggilan Mesyuarat, Minit Mesyuarat Bil.1/2019, Maklum balas

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MOHD AZHAR, 2019-06-18 23:51:42

MESYUARAT KOR KADET POLIS DAERAH SABAK BERNAM

Panggilan Mesyuarat, Minit Mesyuarat Bil.1/2019, Maklum balas

KOR KADET POLIS DAERAH SABAK BERNAM
SELANGOR DARUL EHSAN

______________________________________________________________________

Rujukan Kami: KKPDSB 2019 ( 07 )

Tarikh : 14 Jun 2019

Pegawai Pendidikan Daerah,
Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam,
Lot 25 & 27, Jalan Besar,
45200 Sabak Bernam,
Selangor.

Tuan,
MESYUARAT KOR KADET POLIS DAERAH SABAK BERNAM BIL. 2/2019

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kor Kadet Polis Daerah Sabak Bernam akan mengadakan

Mesyuarat Penyelarasan bagi membincangkan aktiviti Perkhemahan Negeri dan Kebangsaan pada

ketetapan berikut:

Tarikh : 19 Jun (Rabu)

Tempat : Bilik Simulasi, SMK Sungai Besar

Masa : 3.00 Petang

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut;
3.1 Ucapan Aluan Pengerusi Mesyuarat
3.2 Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat
3.3 Perkara berbangkit
3.4 Perkara baharu
3.5 Hal-hal lain

4. Sehubungan itu, mohon kerjasama tuan untuk memberi pelepasan kepada pegawai yang
berkenaan (seperti di Lampiran) untuk hadir ke mesyuarat.

Kerjasama pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,

………………………………………………………..

AHMAD NUR AZHAR BIN AHMAD AZIZ
PEGAWAI TEKNIK
KOR KADET POLIS DAERAH SABAK BERNAM

s.k 1. BPJKK IPD Sabak Bernam – U/P: ASP Iek Ren Chong

1

MINIT MESYUARAT KOR KADET POLIS DAERAH SABAK BERNAM 1/2019

Tarikh : 11 Mac 2019
Masa : 3.00 petang
Tempat : Bilik Dahlia SMK Seri Bedena, Sungai Besar

Kehadiran : - Penyelia Kelab, Sukan & Badan
1. En. Fathul Hanif Md Danu (Pengerusi Mesyuarat) Beruniform, PPD Sabak Bernam
- Wakil IPD Sabak Bernam
2. Pn Nurul Adila - Pengerusi/PT (SMJK Yoke Kuan)
3. En. Ahmad Nur Azhar bin Ahmad Aziz - Timbalan Pengerusi (SMK B.Terap)
4. En. Mohd Amin Ramli - Setiausaha (SAMMPS)
5. En. Mohd Azhar bin Abd Rahman - AJK (SMKA Tun Rahah)
6. En. Mohd Firdaus Muhamad Nur - AJK (SMK Ungku Aziz)
7. En. Mohd Sujairi bin Zakaria - AJK (SAMTSAAS)
8. En. M. Rahim bin Said Mohammad - AJK (SMK Dato’ Mustaffa)
9. En. Mohd Shyful Annuar bin Suaid - AJK (SMK Sungai Besar)
10. En. Salihin bin Amat - AJK (SMK Pancang Bedena)
11. En. Ahmad Badri bin Abd Wahid - AJK (SMK Munshi Abdullah)
12. En. Muhammad Asraf bin Md. Lazi - AJK (SAMPP)
13. En. M. Rusnizam Ahmad Taus - AJK (SMK Pancang Bedena)
14. Pn. Noor Alawiyah binti Mohd Sedik - AJK (SMJK Yoke Kuan)
15. Pn. Norliza bt Abdul Razak - AJK (SBPI Sabak Bernam)
16. Pn. Nurqatrunnada Haryanti bt Abd Basir - AJK (SAMTAJ)
17. Pn. Norazrina bt Mezeli

Tidak Hadir :
1. Ketua Guru Penasihat SAM Parit Baru

AGENDA MESYUARAT
1. UCAPAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Quran, Al-Fatihah
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang hadir.
1.3 Mesyuarat pertama pada tahun ini diharapkan dapat membincangkan untuk
mengatur dan menyusun jadual aktiviti selaras dengan aktiviti negeri dan
kebangsaan
1.4 Pengerusi mengingatkan supaya penggunaan kewangan untuk aktiviti mestilah
mematuhi prosedur dan sumber yang betul.
1.5 Pengerusi juga mengharapkan agar aktiviti yang bakal dirancang dapat berjalan
dengan baik seperti tahun-tahun sebelumnya.

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
Minit Mesyuarat Kor Kadet Polis Daerah Sabak Bernam Bil. 3/18 dibentang oleh Pn Noor
Alawiyah bt Mohd Sedik.
En Ahmad Badri mencadangkan minit mesyuarat diterima dan disahkan.
En Amin menyokong minit mesyuarat diterima dan disahkan.

2

3. PERKARA BERBANGKIT
3.1 Pelantikan Jawatankuasa Baharu
3.1.1. Mesyuarat memutuskan supaya pelantikan jawatankuasa baru dibuat
terutamanya Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari
berdasarkan kepada permintaan agar jawatan Pengerusi dan Pegawai
Teknikal diselaraskan.

3.1.2 Senarai 4 jawatan tersebut, mesyuarat sebulat suara bersetuju :

Pengerusi/PT : Ahmad Nur Azhar bin Ahmad Aziz (SMJK Yoke Kuan)
Timb. Pengerusi: Mohd Amin bin Ramli (SMK Bagan Terap)
Setiausaha : Mohd Azhar bin Abd Rahman (SAM Muhammadiah)
Bendahari : Puan Suhana (SMK Sungai Besar).

3.1.3 Bagi senarai AJK yang lain, mesyuarat memutuskan semua ahli mesyuarat
yang hadir menjadi AJK bagi mewakili sekolah masing-masing.

3.2 Sijil Kenaikan Pangkat
3.2.1 Sijil Kenaikan Pangkat hendaklah disediakan oleh pihak Jawatankuasa dan
mengikut prosedur yang ditetapkan bagi mendapatkan tandatangan Ketua
Polis Daerah.

3.3 Data Ahli Kadet
3.3.1 En Ahmad Nur Azhar memaklumkan bahawa pihak IPD dan Jawatankuasa
Negeri memerlukan data ahli kadet mengikut platun.
3.3.2 En Ahmad Nur Azhar memaklumkan pihak negeri akan meminta data ahli
daerah apabila maklumat tersebut diperlukan
3.3.3 En Ahmad Nur Azhar juga meminta agar maklumat data mestilah lengkap
mengikut contoh yang disediakan oleh pihak negeri

4. PERKARA-PERKARA BAHARU
4.1 Aktiviti Tahunan
4.1.1 En Ahmad Nur Azhar memaklumkan senarai aktiviti yang akan dijalankan
adalah berdasarkan cadangan daripada negeri. Cadangan aktiviti adalah
seperti berikut :
i. Ujian Kecergasan (Larian 2.4 km)
ii. Kursus Musketry
iii. Ujian Kenaikan Pangkat
iv. Kunjungan hormat ke IPK
v. Kursus Profesionalisme KKP Negeri
vi. Pertandingan Kawad Kaki
vii. Perkhemahan Peringkat Negeri
viii. Latihan Pusat
ix. Perkhemahan Peringkat Kebangsaan
x. Jamuan Akhir Tahun

3

4.1.2 Puan Nurul Adila meminta agar semua aktiviti dipercepatkan
4.1.3 pelaksanaannya supaya tidak berlaku pertindihan
Puan Nurul Adila juga meminta supaya aktiviti yang memerlukan khidmat
4.1.4 anggota di IPD dimaklumkan lebih awal beserta surat bagi melancarkan
urusan menyediakan anggota untuk membantu aktiviti.
En Ahmad Nur Azhar meminta supaya surat panggilan aktiviti turut memberi
makluman kepada pelajar sesi petang bagi sekolah yang mempunyai 2 sesi.

4.2 Dokumentasi
4.2.1 En Ahmad Nur Azhar memaklumkan setiap aktiviti KKP Daerah Sabak
Bernam perlu didokumentasikan dan dihantar kepada Jawatankuasa KKP
Negeri. Maklumat yang diperlukan adalah data statistik setiap program.

4.3 Tapak Pengisian Data Ahli Kadet
4.3.1 Pengerusi mencadangkan satu tapak mengumpul data ahli kadet secara atas
talian disediakan.
4.3.2 Pengerusi memohon supaya semua guru penasihat mestilah mempunyai
data tersebut dan bertanggungjawab untuk mengisi maklumat yang
diperlukan apabila tapak data tersebut disediakan.

4.4 Tabung KKPDRM Sabak Bernam
4.4.1 En Ahmad Nur Azhar mencadangkan Tabung KKP Daerah Sabak Bernam
disediakan bagi menampung kos perbelanjaan aktiviti.
4.4.2 Mesyuarat dimaklumkan bahawa kewangan KKP Daerah Sabak Bernam
setakat ini mempunyai sebanyak Rm 650.00.

4.5 Urusan Surat-Menyurat
4.5.1 Pengerusi meminta bagi setiap urusan yang memerlukan surat panggilan
mestilah dihantar ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak PPD akan
memanjangkan surat tersebut ke sekolah-sekolah.
4.5.2 Pengerusi memaklumkan bagi sekolah yang memerlukan khidmat anggota
IPD untuk aktiviti sekolah, surat hendaklah dihantar kepada Pegawai
Perhubungan Sekolah yang telah dilantik.

5. HAL-HAL LAIN
5.1 Membuka Kumpulan Whatsapp Baharu
5.1.1 Pengerusi mencadangkan satu kumpulan Whatsapp AJK yang baru
ditubuhkan bagi memudahkan penyampaian maklumat kepada AJK.

6. PENUTUP
6.1 Ahli mesyuarat diingatkan supaya dapat memberi komitmen dalam menjayakan
aktiviti yang dirancang.
6.2 Pengerusi memaklumkan bahawa KKP Sabak Bernam mempunyai kelebihan kerana
mendapat kerjasama yang baik dengan pihak IPD.
6.3 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang hadir dan berharap
supaya dapat bekerjasama untuk menjayakan program yang dirancang pada tahun
ini.

4

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.45 petang dengan bacaan Tasbih Kaffarah dan Surah Al-
Asr.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

…………………………………………………… ………………………………………………

(MOHD AZHAR BIN ABD RAHMAN) (EN AHMAD NUR AZHAR BIN AHMAD AZIZ)
Setiausaha Pengerusi
Kor Kadet Polis Kor Kadet Polis
Daerah Sabak Bernam Daerah Sabak Bernam

5

MAKLUM BALAS MINIT MESYUARAT KOR KADET POLIS
DAERAH SABAK BERNAM BIL. 1/2019

BIL MUKA SURAT PERKARA TINDAKAN MAKLUM BALAS
Telah dicadangkan
1 3 Senarai Ahli Jawatankuasa KKP Daerah Pengerusi/PT
Sudah dilaksanakan
(3.1.3) Sabak Bernam 2019/20 Sudah dilaksanakan
(data belum lengkap)
23 Sijil Kenaikan Pangkat AJK Sijil
Sudah dilaksanakan
(3.2.1)

33 Pelaksanaan aktiviti tahunan Pegawai Teknik

(4.1.1) (Rujuk m/s 2 minit mesyuarat)

44 Dokumentasi aktiviti kepada Pegawai Teknik

(4.2.1) KKP Negeri Setiausaha

54 Tapak Pengisian Data Ahli Kadet Setiausaha

(4.3)

64 Urusan surat-menyurat Pengerusi

(4.5) PPD

74 Membuka kumpulan Whatsapp Setiausaha

(5.1) Baharu

6


Click to View FlipBook Version