latihan
bacaan
sukukata
kvkkvk
TEMA : SAYUR-SAYURAN
BERSAMA TEACHER ERIN
Lobak.
Ini lobak merah.
Lobak merah ini manis.
Tina suka minum jus lobak merah.
Lobak merah ini bagus untuk
mata sihat.
Teacher Erin
Timun.
Ini timun.
Ini timun jepun.
Timun ini segar dari kebun.
Emak petik timun segar di kebun .
Emak mahu masak lemak timun
campur suhun dan tauhu.
Teacher Erin
Bayam.
Ini bayam merah.
Bayam merah ini segar.
Ahmad petik sayur bayam merah
di kebun tepi rumah.
Ahmad minta ibu masak tumis air
sayur bayam merah.
Teacher Erin
Kubis
Ini sayur kubis.
Sayur kubis ini rasa manis.
Meimei kutip sayur kubis di kebun.
Meimei suka makan mentah sayur
kubis ini sebagai ulam.
Teacher Erin
Salad
Ini sayur salad.
Amira beli salad di pasar.
Amira suka makan nasi ayam
bersama salad sebagai ulam.
Sayur salad ini mahal tetapi
sedap.
Teacher Erin
Ubi kayu.
Ini ubi kayu.
Abah gali ubi kayu di kebun.
Ubi kayu warna coklat.
Abah minta ibu rebus ubi kayu.
Abah makan ubi kayu rebus cicah
gula dan minum kopi panas.
Teacher Erin
Bendi.
Ini sayur bendi.
Sayur bendi ini segar.
Emak suka masak asam rebus
sayur bendi campur ikan.
Emak ajak ayah makan nasi lauk
asam rebus sayur bendi.
Teacher Erin
Pucuk paku.
Ini sayur pucuk paku.
Haziq bantu nenek kutip pucuk
paku di tepi paya.
Daun pucuk paku ada warna
merah dan hijau.
Nenek suka masak bubur lambuk
campur pucuk paku dan ikan.
Teacher Erin
TAHNIAH! KAMU
TELAH BERJAYA
MEMBACA
SUKUKATA
Kvkkvk DENGAN
CEMERLANG.