SENARAI SEMAK
PENGANJURA N
MAJLIS RASMI
SENARAI SEMAK
PENGANJURA N
MAJLIS RASMI
Disusun oleh:
Nurulhana binti Hussain
Jamilah binti Ismail
Dr. Ghazali bin Ismail
Ruziaton binti Jamros
Sharizan binti Abdul Hamid
Zaliyana binti Mohd Hanafiah
Syed Zainal Abidin bin Syed Ahmad
A’zizan bin Said
Mohamad Safie bin Basri
Penyunting:
Hapsah binti Majid (Munsyi Dewan)
Zanariah binti Ibrahim (Munsyi Dewan)
Edisi Pertama, Cetakan Ogos 2018
© Hak Cipta Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, 2018.
Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian daripada terbitan ini tidak
dibenarkan diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan
ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat pun, sama ada dengan
cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran
bertulis daripada Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
terlebih dahulu sekiranya digunakan untuk tujuan perdagangan.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU 1
Lembah Pantai, 59990 Kuala Lumpur
Laman sesawang: ipgkbm.moe.edu.my
2 IPGKBM
Kata Alu-aluan Pengarah
Kursus-kursus Pembangunan Profesionalisme
Berterusan (PPB) yang dikendalikan oleh Institut
Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM)
telah dirancang dan dilaksanakan secara kemas dan
tersusun. Hal ini bagi membolehkan penyampaian ilmu
dan kemahiran pedagogi dapat disalurkan dengan
lebih kemas dan terurus kepada peserta kursus yang
terdiri daripada guru-guru dalam perkhidmatan,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kursus-kursus PPB dianjurkan bagi membantu guru-guru Bahasa Melayu
mengukuhkan ilmu bukan sahaja dalam bidang pedagogi tetapi juga dalam
kemahiran komunikasi dan pengurusan pendidikan. Dengan adanya kursus-
kursus tersebut, diharapkan guru-guru Bahasa Melayu dapat meningkatkan
profesionalisme keguruan dan menjadi guru yang serba boleh.
Tahniah saya ucapkan kepada Jabatan Perhubungan Awam dan Jalinan
Luar dan Unit Multimedia IPGKBM kerana mengupayakan penerbitan
naskhah kecil ini. Buku ini dapat digunakan sebagai pelengkap kepada
Kursus Protokol dan Penganjuran Majlis Rasmi yang merupakan satu
daripada kursus PPB anjuran Jabatan Perhubungan Awam dan Jalinan Luar
IPGKBM.
Saya percaya buku senarai semak ini dapat memberi manfaat dan
menjadi rujukan serta panduan kepada semua pembaca dan warga pendidik
dalam mengendalikan sesuatu majlis rasmi.
Dr. Maridah binti Alias A.N.S, P.M.C.
Pengarah,
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
IPGKBM 23
Pengenalan
Buku kecil Senarai Semak Penganjuran Majlis Rasmi ini disusun
hasil daripada beberapa siri perbincangan antara pensyarah dari
Jabatan Perhubungan Awam dan Jalinan Luar dengan pegawai-pegawai dari
Unit Multimedia, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM)
berdasarkan kepakaran dan pengalaman yang luas dalam penganjuran
majlis rasmi sama ada pada peringkat kampus, zon, kebangsaan mahupun
pada peringkat antarabangsa.
Buku ini mengandungi senarai jawatankuasa induk dan
jawatankuasa kerja bersama-sama dengan spesifikasi tugasan setiap
jawatankuasa terbabit. Persembahan kandungan buku yang menggunakan
pendekatan senarai semak bertujuan memudahkan pembaca meneliti
keselarasan pembahagian dan perincian tugas setiap jawatankuasa demi
memastikan kelancaran penganjuran sesuatu majlis. Senarai semak ini
disediakan sebagai panduan bagi membantu penyelaras program
melaksanakan perancangan penganjuran majlis rasmi.
Memandangkan senarai semak ini disediakan mengikut konteks
yang lazim di IPGKBM, maka terdapat jawatankuasa yang berlainan daripada
jawatankuasa di sekolah atau di agensi-agensi lain. Oleh yang demikian,
senarai semak ini boleh diubah suai mengikut kesesuaian penganjuran majlis
yang dianjurkan. Namun, pengubahsuaian senarai semak ini tidak dibenarkan
bagi tujuan perdagangan. Buku ini diharapkan dapat dimanfaatkan oleh
sesiapa sahaja yang terlibat dalam penganjuran majlis rasmi.
4 IPGKBM 3
Senarai Semak Penganjuran Majlis Rasmi
PROGRAM:
TARIKH:
MASA:
TEMPAT:
PERASMI:
Bagi majlis berskala besar yang melibatkan peringkat negeri, kebangsaan dan
antarabangsa (contoh: Hari Inovasi Kebangsaan), perlu diwujudkan
jawatankuasa induk dan jawatankuasa kerja. Manakala bagi majlis berskala
sederhana atau kecil (contoh: Hari Inovasi Peringkat Institusi), jawatankuasa
induk dan jawatankuasa kerja boleh disatukan. Bagi satu-satu jawatankuasa
yang besar, jawatankuasa kecil boleh diwujudkan bagi memudahkan
pengurusan majlis.
Jawatankuasa induk: Jawatankuasa kerja:
1. Penaung / Penasihat 1. Pengerusi
2. Pengerusi 2. Timbalan Pengerusi
3. Timbalan pengerusi 3. Penyelaras program
4. Penyelaras program 4. Setiausaha
5. Setiausaha 5. Bendahari
6. Bendahari 6. Urus setia
7. Urus setia 7. Ketua Jawatankuasa Kerja
8. Ahli Jawatankuasa Kerja
Nota: Bagi institusi yang mempunyai pegawai eksekutif kanan dan
pegawai grafik, kedua-dua pemegang jawatan ini dicadangkan untuk
turut disenaraikan sebagai urus setia.
IPGKBM 45
BIL SPESIFIKASI TUGASAN TINDAKAN STATUS
1 PENASIHAT
Mengeluarkan arahan pelaksanaan program
Menjadi penasihat jawatankuasa induk
2 PENGERUSI
Mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa
Memberi arahan yang tepat dan jelas kepada
jawatan kuasa dalam melaksanakan tugas.
Membuat keputusan dan bertanggungjawab
menentukan hala tuju program
Memastikan program yang dirancang dapat
berjalan dengan lancar
3 TIMBALAN PENGERUSI
Membantu pengerusi dalam melicinkan
perlaksanaan aktiviti.
Memangku tugas pengerusi semasa
ketiadaannya.
4 PENYELARAS PROGRAM
Membuat perancangan program
Menyediakan dan membentangkan kertas kerja
Memohon kebenaran secara bertulis dan
mendapatkankelulusandaripada pengurusan
tertinggi
Menetapkan tema dan ciri-ciri berkaitan
(Logo, slogan, warna, dan sebagainya)
Menubuhkan jawatankuasa kerja
Menyelaras dan memantau semua
jawatankuasa kerja
5 SETIAUSAHA
Menyediakan surat lantikan jawatankuasa induk
dan jawatankuasa kerja
Menyediakan spesifikasi tugasan setiap
jawatankuasa
Menyedia dan mengurus memo panggilan
mesyuarat
6 IPGKBM 5
BIL SPESIFIKASI TUGASAN TINDAKAN STATUS
Menetapkan tarikh-tarikh mesyuarat
jawatankuasa
Menetapkan tarikh raptai
Menyediakan minit mesyuarat
Menyediakan atur cara keseluruhan program
Menyediakan atur cara majlis perasmian
Menyediakan atur cara pentadbiran
Menguruskan mesyuarat pascaacara
Menyediakan pelaporan program
6 URUS SETIA
Membuat tempahan tempat (Bilik mesyuarat,
Dewan, Bilik-bilik khas, Bilik menunggu untuk
tetamu kehormat, Bilik sidang media, Bilik
jamuan)
Membuat tempahan perkhidmatan audio visual
Membuat tempahan perkhidmatan mekanikal
dan elektrikal
Membuat tempahan walkie talkie daripada Unit
Multimedia sekurang-kurangnya dua hari
sebelum tarikh acara
Mengurus penyediaan alat tulis (jika perlu)
Menentukan senarai jemputan dan tetamu
kehormat mengikut susunan keutamaan
Menentukan senarai penerima hadiah / sijil /
cenderamata
Menyediakan draf surat dan kad jemputan
Menyediakan surat penghargaan kepada pihak
luar yang terlibat (agensi / penaja)
Menyediakan pelekat keselamatan
kenderaan (jika perlu)
Menyediakan buku pelawat dan pen
Menempah sijil yang diperlukan
IPGKBM 76
BIL SPESIFIKASI TUGASAN TINDAKAN STATUS
Menyediakan / memberi khidmat nasihat Pereka
tentang reka bentuk: grafik
- latar pentas
- kain rentang
- gegantung
- kad jemputan
- bukuprogram
- sijil
- gimik perasmian
- muka surat khas buku pelawat
Mengurus sebut harga dantempahan
latar pentas, kain rentang, gegantung, kad
jemputan, buku program dan sijil
Melantik runner / penyampai maklumat untuk
majlis perasmian atau penutupan
Menyediakan salutasi / senarai sapaan untuk
perasmi, penyampai kata alu-aluan dan
pengacara majlis
7 BENDAHARI
Memberikan taklimat prosedur kewangan
semasa mesyuarat
Membuat penyelarasan perbelanjaan semua
jawatankuasa
Membuat semakan bil tuntutan untuk
pengesahan pembayaran
Mengurus pembayaran LO kepada
pembekal
Menyediakan penyata kewangan
Menyimpan resit dan invois
8 JAWATANKUASA PENGURUSAN 7
ACARA (Floor manager)
Merancang atur cara pentadbiran dengan
setiausaha
Menentukan pergerakan tetamu kehormat
semasa di dewan / pentas
Memberi taklimat kepada tetamu kehormat di
bilik menunggu
8 IPGKBM
BIL SPESIFIKASI TUGASAN TINDAKAN STATUS
Memastikan perkara berikut disediakan di bilik
menunggu tetamu kehormat
- Buku cenderamata
- Buku tandatangan pelawat dan pen
- Kudapan ringan
Mengurus raptai sebelum acara
Memberi taklimat kepada semua jawatankuasa
tentang perjalanan majlis sebelum raptai
bermula
Memberi taklimat terkini kepada ketua
jawatankuasa satu jam sebelum majlis
sebenar bermula
Menerima walkie talkie daripada urus setia
Memastikan semua jawatankuasa
melaksanakan peranan masing-masing
semasa acara berlangsung
9 JAWATANKUASA PENGACARAAN MAJLIS
Menentukan pengacara majlis
Menyediakan teks pengacaraan majlis
Menentukan pembaca doa
Memastikan teks bacaan doa disediakan sesuai
dengan majlis
Memastikan salinan skrip pengacaraan
diserahkan kepada urus setia, pengurus acara,
jawatankuasa hadiah dan jawatankuasa teknikal
audio visual
10 JAWATANKUASA JEMPUTAN
Menyediakan senarai jemputan mengikut
susunan keutamaan dengan kerjasama urus setia
Mendapatkan alamat lengkap jemputan
Mendapatkan draf surat jemputan daripada
urus setia
Menyediakan surat jemputan yang lengkap
Mendapatkan reka bentuk kad jemputan daripada
urus setia
8
IPGKBM 9
BIL SPESIFIKASI TUGASAN TINDAKAN STATUS
Menentukan ayat pada kad jemputan
Mendapatkan sebut harga dan menempah
cetakan kad jemputan
Mengedarkan surat dan kad jemputan
(fax /pos /e-mel)
Mendapatkan maklum balas pengesahan
kehadiran daripada jemputan
Menyerahkan senarai nama jemputan yang akan
hadir kepada urus setia
Menyusun jadualpengangkutan jemputan
(jika perlu)
Menyusun jadual penginapan jemputan
(jika perlu)
11 JAWATANKUASA TEKS UCAPAN & KATA
ALU-ALUAN
Menyediakan senarai isi penting setiap ucapan
Menyediakan teks ucapan Pengarah / wakil
penganjur
Menyediakan teks ucapan perasmi
Menyediakan senarai isi penting setiap kata
alu-aluan
Menyediakan kata alu-aluan Pengarah / wakil
penganjur
Menyediakan kata alu-aluan perasmi
Mendapatkan pengesahan semakan teks
daripada Munsyi Dewan / Adiguru / pensyarah
Bahasa Melayu
Menghubungi pembantu khas tetamu kehormat
(VVIP) untuk semakan dan mendapatkan
kelulusan teks kata alu-aluan atau teks ucapan
12 JAWATANKUASA SAMBUTAN
Mendapatkan senarai pengesahan kehadiran 9
daripada jawatankuasa jemputan
Menentukan dan menyediakan gimik sambutan
(kompang / gendang 9/ bunga manggar / bunga
pahar/ sirih junjung/ silat dan sebagainya)
10 IPGKBM
BIL SPESIFIKASI TUGASAN TINDAKAN STATUS
Menyediakan / menempah keperluan sambutan
Menyediakan petugas sambutan
Menyelaraskan tempat bertugas petugas
sambutan
Mengenal pasti tempat duduk tetamu jemputan
Memberi taklimat kepada petugas sambutan
Memastikan bilik menunggu untuk tetamu
kehormat dalam keadaan bersih dan selesa.
Memastikan kemudahan di bilik menunggu
tetamu kehormat disediakan (tisu, minuman,
makanan ringan, buku cenderamata)
Memastikan buku pelawat dan pen disediakan
di bilik menunggu tetamu kehormat
Menunjuk arah tempat duduk tetamu jemputan
Membantu mengedarkan buku / beg cenderamata
Memastikan tandas tetamu kehormat bersih
Menyelaraskan komunikasi dengan pengurus
acara menggunakan walkie talkie
13 JAWATANKUASA PEGAWAI PERHUBUNGAN
(LIAISON OFFICER) DAN PROTOKOL
Mengenal pasti tetamu kehormat
Menyediakan pasukan pegawai perhubungan
Mendapatkan pelan pergerakan tetamu
kehormat yang terkini daripada pengurus acara
Memberi taklimat kepada ahli pasukan tentang
pergerakan tetamu kehormat
Menentukan pegawai pengiring tetamu
kehormat
Mengetuai pergerakan tetamu kehormat
mengikut ketetapan pengurus acara
Mengiringi tetamu kehormat sepanjang majlis
berlangsung hingga majlis berakhir (dari saat
tiba hingga pulang)
IPGKBM 111
0
BIL SPESIFIKASI TUGASAN TINDAKAN STATUS
Memakai tanda nama dan pakaian yang seragam
Membantu urus setia menyediakan salutasi
untuk perasmi, penyampai kata alu-aluan dan
pengacara majlis
Memastikan label tempat duduk tetamu kehormat
di dewan atau di bilik jamuan khas disusun
dengan betul mengikut kekananan.
14 JAWATANKUASA PERSIAPAN TEMPAT DAN
PENTAS
Menyediakan pelan lantai tempat acara
(dewan, pentas, ruang pameran, bilik-bilik
pertandingan dan bilik-bilik lain mengikut
keperluan acara)
Menyediakansenaraikelengkapan keperluan
tempat
Menyusun dan melabel kerusi dan meja
berdasarkan pelan lantai
Menyusun set sofa tetamu kehormat, meja kopi,
meja sisi, alas meja dan bunga hiasan
Menyediakan meja hadiah dan rostrum
Mengurus tempahan hiasan tempat dan pentas
berdasarkan peruntukan yang diperoleh
Mengurus tuntutan bayaran keperluan hiasan
tempat dan pentas
Menyusun hiasan tempat dan pentas
Menetapkan lokasi untuk sistem audio visual.
Menyediakan meja pendaftaran dan alas meja
15 JAWATANKUASA PENGURUSAN PENTAS
(Stage Manager)
Berperanan sebagai pengurus pentas dan
bertugas di pentas sepanjang acara berlangsung
Mengawal selia semua pergerakan di pentas
semasa raptai dan semasa acara
berlangsung
12 IPGKBM 1
1
BIL SPESIFIKASI TUGASAN TINDAKAN STATUS
Mengambil tindakan segera jika berlaku sesuatu
perkara di luar jangkaan di pentas
Menunjukkan kedudukan VIP di atas pentas
Menentukan kedudukan kelengkapan / peralatan
di atas pentas seperti berikut:
- Rostrum VIP di atas pentas sebelah kanan
- Rostrum tuan rumah dan pembaca doa di
atas pentas sebelah kiri
- Rostrum pengacara majlis di sebelah kiri
bawah pentas
Mendapatkan salinan teks pengacaraan /
atur cara pentadbiran daripada urus setia
Membuat koordinasi dengan pengurus peserta /
penerima hadiah
16 JAWATANKUASA SERANTA DAN PUBLISITI
Mendapatkan salinan reka bentuk latar pentas,
kain rentang dan gegantung daripada urus setia
Mendapatkan sebut harga, menempah,
mendapatkan dan memasang latar pentas, kain
rentang dan gegantung seminggu sebelum acara
serta menurunkannya sehari selepas acara
Mendapatkan kelulusan memasang dan
menggantung gegantung daripada pihak
berkuasa tempatan jika melibatkan luar premis
Mengurus hebahan media dan promosi sebulan
sebelum acara
Menghubungi Unit Komunikasi Korporat
/ Bahagian Khidmat Pengurusan KPM untuk
mendapatkan slot bual bicara televisyen dan
radio
Menyediakan kenyataan media untuk televisyen
dan radio dengan merujuk kepada urus setia
Menghubungi dan mengundang media massa
dan media elektronik
Mengurus sidang media sebelum acara, semasa
acara dan selepas acara
IPGKBM 1123
BIL SPESIFIKASI TUGASAN TINDAKAN STATUS
Mendapatkankan soalan dan jawapan serta
visual berkaitan untuk slot wawancara
Mengiringi Pengarah / wakil ke slot wawancara
Menyediakan kit wartawan (artikel, atur cara
majlis, risalah, pamplet, buku cenderamata, teks
ucapan perasmi dan cenderamata)
Memastikan bilik sidang media dibuka dan kemas
Memastikan jamuan khas untuk media disediakan
17 JAWATANKUASA TEKNIKAL AUDIO VISUAL
Menyediakan keperluan teknikal audio visual
Mengurus dan mengendalikan sistem audio
visual
Membuat penyediaan teknikal audio visual
berdasarkan lokasi dan jumlah kehadiran
Membuat rakaman video dan fotografi (atas
permintaan)
Menerima dan menayangkan bahan- bahan
persembahan
Mendapatkan salinan teks pengacaraan / atur
cara pentadbiran daripada urus setia
18 JAWATANKUASA TEKNIKAL MEKANIKAL
DAN ELEKTRIKAL
Memastikan segala keperluan mekanikal dan
elektrikal sesuai disediakan, mencukupi dan
berfungsi dengan baik
Menyediakan jadual penolong jurutera bertugas
sebelum dan semasa acara
19 JAWATANKUASA PENGURUSAN PESERTA /
PENERIMA HADIAH
Mendapatkan senarai nama penerima hadiah
daripada urus setia
Memberi taklimat kepada penerima hadiah
tentang tatacara menerima hadiah
14 IPGKBM 1
0
BIL SPESIFIKASI TUGASAN TINDAKAN STATUS
Memastikan tempat duduk penerima hadiah
disediakan.
Membariskan penerima hadiah mengikut
susunan yang akan diumumkan oleh pengacara
Memastikan ada wakil penerima jika penerima
tidak dapat naik ke pentas
Menyelaras susunan penerima hadiah dengan
jawatankuasa hadiah dan pengacara majlis
20 JAWATANKUASA PERSEMBAHAN
Menentukan jenis, bentuk, tempoh dan bilangan
persembahan
Menguruskan latihan persembahan dan kostum
Menyediakan dan menguruskan alat muzik
untuk persembahan
Menyelaraskan sistem bunyi dan cahaya
Memastikan semua yang terlibat dalam
persembahan hadir semasa raptai
Menguruskan undangan dan bayaran artis
jemputan (jika berkenaan)
21 JAWATANKUASA BUKU CENDERAMATA
Menyediakan draf kandungan buku cenderamata
Memastikan buku cenderamata mengandungi:
- Kata alu-aluan wakil penganjur (jika perlu)
- Kata alu-aluan Pengarah IPGKBM
- Kata alu-aluan perasmi
- Senarai nama JK Induk & JK Pelaksana
- Atur cara majlis
- Objektif program
- Latar belakang program
- Senarai penerima anugerah (jika berkenaan)
- Senarai penghargaan / penaja program
- Lain-lain kandungan yang berkaitan dengan
acara
1
IPGKBM 115
BIL SPESIFIKASI TUGASAN TINDAKAN STATUS
Mendapatkan sebut harga buku cenderamata
Menguruskan cetakan dan tuntutan bayaran
buku cenderamata
Menyediakan petugas untuk edaran buku
cenderamata kepada tetamu kehormat
Menyediakan hiasan untuk buku cenderamata
tetamu kehormat
Menyerahkan buku cenderamata kepada
Jawatankuasa pendaftaran untuk edaran
22 JAWATANKUASA HADIAH, CENDERAMATA
DAN PENYAMPAIAN SIJIL
Menentukan bentuk hadiah dan cenderamata
yang diperlukan
Mendapatkan sebut harga hadiah dan
cenderamata
Mendapatkan bilangan hadiah, cenderamata dan
sijil yang diperlukan daripada urus setia
Menguruskan tempahan hadiah, cenderamata
dan sijil mengikut bilangan penerima
Mendapatkan hadiah dan cenderamta daripada
pembekal
Memastikan meja hadiah disediakan di bahagian
tepi pentas
Menyediakan peralatan penyampaian hadiah
yang mencukupi
(dulang, alas dulang, troli, alas meja hadiah)
Menyediakan petugas penyampaian hadiah,
cenderamata dan sijil
Mendapatkan senarai nama dan nombor kad
pengenalan penerima sijil
Menguruskan cetakan sijil
Mendapatkan salinan teks pengacaraan / atur
cara pentadbiran daripada urus setia
16 IPGKBM 1
2
BIL SPESIFIKASI TUGASAN TINDAKAN STATUS
23 JAWATANKUASA PENDAFTARAN
Menyediakan kelengkapan pendaftaran
Mendapatkan senarai akhir jemputan / peserta
daripada urus setia
Menyediakan alat tulis untuk pendaftaran
Menyediakan label pada meja pendaftaran
Mengedarkan bahan-bahan yang berkaitan
dengan acara (buku cenderamata,
borang penilaian, tag nama, cenderamata
dan sebagainya)
Memaklumkan dan menyerahkan senarai
kehadiran kepada urus setia.
24 JAWATANKUASA MAKANAN & JAMUAN
Menentukan menu (termasuk menu ‘vegetarian’)
Memilih pembekal yang sesuai dan harga 1
berpatutan IPGKBM 137
Mendapatkan sebut harga menu dan membuat
tempahan
Menentukan jenis hidangan (hidang/ buffet /
bungkus)
Memastikan hidangan tersedia di bilik jamuan
30 minit sebelum waktu makan
Memastikan makanan mencukupi dan
dihidangkan dengan kemas
Memastikan kebersihan tempat dan persekitaran
Memastikan proses menjamu tetamu kehormat
mengikut tertib.
Memastikan meja makan VIP dalam keadaan
yang sempurna
Menyediakan air dan gelas di set sofa tetamu
kehormat dan rostrum
Memastikan jamuan ringan tetamu kehormat
disediakan di bilik menunggu
BIL SPESIFIKASI TUGASAN TINDAKAN STATUS
Memastikan pramusaji bertugas di bilik tetamu 1
kehormat 4
Menyelaraskanpenyediaan bilik-bilik jamuan
Memastikan jamuan untuk petugas media
disediakan
Memastikan label tunjuk arah ke bilik jamuan
disediakan
Memastikan label di meja jamuan tetamu
kehormat disediakan
Memastikan kebersihan dan susun atur bilik-bilik
jamuan kembali seperti asal selepas habis
acara
Menguruskan tuntutan pembayaran jamuan
25 JAWATANKUASA KENDERAAN DAN
PENGANGKUTAN
Menyediakan senaraikeperluan kenderaan
Membuat tempahan kenderaan
Membuat permohonan kenderaan daripada IPG
/institusi berdekatan.
Menyusun atur jadual penggunaan kenderaan
Menyusun atur pengangkutan untuk tetamu
kehormat, peserta dan petugas.
26 JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN
LALULINTAS
Menyediakan pandu arah jalan ke tempat majlis
Menyediakan label parkir tetamu kehormat
Mendapatkan bantuanpengawal keselamatan /
badan beruniform / RELA
Mengawal keselamatan lalu lintas sepanjang
acara berlangsung
Membantu urus setia mengedarkan pelekat
keselamatan kenderaan
Menempah perkhidmatan ambulans (jika perlu)
18 IPGKBM
BIL SPESIFIKASI TUGASAN TINDAKAN STATUS
Menyediakan peralatan/ peti pertolongan cemas
Memastikan ruang rehat untuk pesakit dalam
keadaan sempurna
27 JAWATANKUASA PENGINAPAN (JIKA PERLU)
Mendapatkan senarai nama tetamu / peserta /
petugas yang memerlukan penginapan daripada
urus setia
Menyediakan maklumat pemilihan penginapan
Membuat tempahan penginapan tetamu,
petugas, peserta / pegawai pengiring
Membuat penyelarasan dengan jawatankuasa
pengangkutan
Menguruskan pendaftaran masuk dan keluar
bilik penginapan
Menguruskan sebut harga, tuntutan &
pembayaran
28 JAWATANKUASA PAMERAN
(JIKA BERKAITAN)
Mendapatkan pelan lantai untuk ruang pameran
daripada jawatankuasa persediaan tempat
Menentukan susun atur ruang pameran
Menyediakan senarai keperluan kelengkapan
pameran
Menyusun kelengkapan pameran
Mendapatkan sebut harga sewaan reruai
pameran (sekiranya ada peruntukan)
Membuat tempahan reruai pameran
Mendapatkan senarai agensi / syarikat pempamer
Menyediakan kelengkapan tambahan untuk
pempamer (meja / kerusi tambahan jika perlu)
Memastikan ruang pameran bersih dan kembali
kepada keadaan asal sehari selepas acara.
Menguruskan tuntutan bayaran reruai pameran
1
IPGKBM 159
BIL SPESIFIKASI TUGASAN TINDAKAN STATUS
29 JAWATANKUASA GERAI JUALAN
(JIKA BERKAITAN)
Mendapatkan pelan lantai untuk gerai jualan
daripada jawatankuasa persediaan tempat
Menyusun perabot / kelengkapan gerai jualan
Menentukan jenis gerai dan barang jualan
Mendapatkan penyewa gerai
Menentukan kadar sewa tapak gerai
Memastikan bayaran sewa diserahkan kepada
bendahari dan resit diserahkan kepada penyewa
Memastikan tempat-tempat acara dalam
keadaan bersih sebelum dan selepas acara
30 JAWATANKUASA PENAJAAN
Menyediakan senarai keperluan bagi
mendapatkan sumbangan daripada penaja.
Menyediakan senarai nama individu / syarikat
yang berpotensi untuk menjadi penaja.
Menyediakan surat permohonan penajaan yang
telah ditandatangani oleh Pengarah
Mengedarkan surat permohonan penajaan
(lampirkan kertas cadangan jika perlu) kepada
individu /syarikat yang telah disenarai pendek
Membuat tindakan susulan kepada
permohonan penajaan yang dihantar
Menyerahkan semua barang tajaan yang
diperoleh kepada urus setia
31 JAWATANKUASA PENGURUSAN
PERTANDINGAN (JIKA BERKAITAN)
Menyediakan format dan syarat-syarat
pertandingan terkini
Menyediakan, mengedarkandan mendapatkan
semula borang penyertaan pertandingan
20 IPGKBM 1
6
BIL SPESIFIKASI TUGASAN TINDAKAN STATUS
Menyediakan jadual pertandingan
Menguruskan undian giliran pertandingan
Menyediakan borang-borang pertandingan
Menyediakan pembantu pertandingan (boleh
minta bantuan pelajar)
Menyediakan penjaga masa, pengacara
pertandingan dan jadual tugasan mereka
Memastikan persiapan tempat dan teknikal bagi
pertandingan disediakan
Memberikan taklimat kepada peserta / pengurus
pasukan
Memastikan bilik urus setia pertandingan
disediakan
Memberikan taklimat penggunaan
borang- borang pertandingan kepada ketua
pasukan dan runner
Menyediakan dan mengumumkan senarai
peserta yang layak ke pusingan seterusnya
Menyerahkan borang keputusan pertandingan
akhir kepada urus setia / pengurus acara
Menyimpan dan merekod keputusan
pertandingan
Mengurus tuntutan perjalanan, penginapan,
makan, minum dan cenderamata hakim
pertandingan
32 JAWATANKUASA PENGHAKIMAN
Menyediakan format pemarkahan yang standard
Mengenal pasti dan melantik hakim mengikut bidang
Memastikan juri rayuan dilantik jika perlu
Memastikan surat undangan hakim disediakan
dan diedarkan
Mendapatkan pengesahan penerimaan lantikan
hakim-hakim pertandingan
1
IPGKBM 271
BIL SPESIFIKASI TUGASAN TINDAKAN STATUS
Memastikan bilik perbincangan hakim
pertandingan disediakan
Memberikan taklimat penyelarasan kepada hakim
Menyediakan jadual giliran hakim pertandingan
Menyediakan borang-borang penghakiman dan
alat tulis
Menyusun sesi penghakiman secara bersilang untuk
memastikan kesahihan markah
Menyerahkan keputusan penghakiman kepada
jawatankuasa pertandingan
Menyelaraskan pemberian cenderamata dan sijil
kepada hakim
Menguruskan ulasan dan pelaporan hakim semasa
majis perasmian penutupan
1
8
22 IPGKBM
Penutup
Senarai semak ini boleh digunakan sebagai panduan pelaksanaan sesuatu majlis /
program yang sistematik. Sebarang pengubahsuaian tertakluk kepada keperluan dan
kesesuaian sesebuah organisasi.
1
IPGKBM 239
Catatan
24 IPGKBM 2
1
0