The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by surayasabri79, 2022-11-12 04:59:23

MODUL PEMBELAJARAN STEM NU-TECH

MODUL PEMBELAJARAN STEM NU-TECH

MODUL PEMBELAJARAN
STEM NU-TECH

TENAGA NUKLEAR
TINGKASTAAIN
NSEMPAT

ISI KANDUNGAN MODUL BERDASARKAN
FORMAT KSSM
1.Penggunaan Tenaga Nuklear
2.Impak Penggunaan Tenaga

Nuklear
3.Tenaga Nuklear di Malaysia
4.Penghasilan Tenaga Nuklear

ISI KANDUNGAN

INFORMASI MODUL
PENGGUNAAN TENAGA NUKLEAR
IMPAK PENGGUNAAN TENAGA NUKLEAR
TENAGA NUKLEAR DI MALAYSIA
PENGHASILAN TENAGA NUKLEAR

INFORMASI MODUL

Modul ini dibina berdasarkan konsensus pakar yang
berkaitan dalam bidang Sains, STEM dan tenaga nuklear.

Elemen KBAT diterapkan dalam aktiviti pembelajaran untuk
memenuhi tahap penguasaan pelajar mengaplikasi,
menganalisis, menilai dan mencipta. KBAT diasah melalui
pengenalpastian beberapa isu dan idea pelajar dikenalpasti
untuk menyelesaikan masalah.

Elemen STEM diselitkan dalam modul ini apabila pelajar
menggunakan alat dan media teknologi untuk mereka
bentuk infografik yang menarik melalui proses reka bentuk
kejuruteraan. Elemen Matematik pula boleh ditemui
semasa pelajar menghuraikan proses pembelahan dan
pelakuran nukleus.

Terdapat empat submodul dalam modul STEM Nu-Tech ini
di mana kandungannya adalah berdasarkan DSKP Sains
KSSM tingkatan empat. Setiap submodul mempunyai
maklumat dan arahan tugasan yang perlu diselesaikan oleh
pelajar.

SUBTAJUK 1:
PENGGUNAAN TENAGA NUKLEAR

OBJEKTIF PEMBELAJARAN:
Mewajarkan penggunaan tenaga nuklear bagi negara yang telah
dikenal pasti

STRATEGI PEMBELAJARAN PELAJAR:
Pendekatan inkuiri

KRITERIA KEJAYAAN:
Mengenal pasti negara-negara yang menggunakan sumber tenaga
nuklear
Menyatakan kebaikan dan keburukan sumber tenaga nuklear
berbanding sumber tenaga lain

KAEDAH PEMBELAJARAN PELAJAR:
Penghasilan peta minda

PENGENALAN

Tenaga nuklear ialah tenaga alternatif yang boleh menjanakan tenaga elektrik bagi
menggantikan atau mengurangkan penggunaan petroleum dan arang batu. Tenaga yang
dihasilkan lebih besar dan efisien berbanding dengan sumber tenaga lain.

INFORMASI

Pada tahun 2005, tenaga nuklear membekalkan 6.3% daripada jumlah tenaga dunia
dan 15% kuasa elektrik dunia.

Kini, terdapat lebih daripada 30 buah negara yang menggunakan tenaga nuklear
sebagai sumber tenaga seperti di Amerika Syarikat, Rusia, Jepun dan Perancis.

Selain daripada menjana tenaga elektrik, sumber nuklear juga digunakan dalam
pelbagai bidang lain. Bahan api nuklear digunakan sebagai alternatif terhadap bahan
api fosil yang semakin berkurangan.

AKTIVITI

Imbas QR Code untuk mengetahui
negara - negara di dunia yang
menggunakan tenaga nuklear

PENILAIAN

Mengapakah negara - negara ini menggunakan tenaga
nuklear berbanding sumber tenaga lain?
Layari laman sesawang daripada internet untuk mencari
maklumat mengenai negara yang menggunakan tenaga
nuklear.
Apakah kebaikan dan keburukan penggunaan tenaga nuklear
berbanding sumber tenaga lain?
Bina peta minda untuk menunjukkan manfaat dan kesan buruk
sumber tenaga nuklear berbanding dengan sumber tenaga lain

SUBTAJUK 2:

IMPAK PENGGUNAAN TENAGA NUKLEAR

OBJEKTIF PEMBELAJARAN :
Menceritakan impak penggunaan senjata nuklear kepada hidupan dan
persekitaran
Merumuskan impak ujian nuklear ke atas persekitaran.

STRATEGI PEMBELAJARAN PELAJAR :
Pendekatan inkuiri
Pembelajaran koperatif

KRITERIA KEJAYAAN:
Mencari maklumat tentang sejarah pengeboman dan kemalangan nuklear di
Hiroshima,Nagasaki,Fukushima dan Chernobyl
Menjelaskan kesan ujian nuklear terhadap manusia dan persekitaran

KAEDAH PEMBELAJARAN PELAJAR :
Persembahan infografik

PENGENALAN

Terdapat banyak perbahasan tentang risiko sinaran radioaktif, kemalangan dan pengurusan
sisa bahan radioaktif.Apabila uranium mengalami proses pembelahan, sinaran radioaktif yang
dipancarkan boleh mengancam nyawa dan kesihatan manusia.

Sinaran yang berkuasa rendah akan menyebabkan kematian sel, mutasi gen, kanser dan
kecacatan. Manakala pendedahan kepada sinaran yang berkuasa tinggi boleh menyebabkan
kematian.

Pelupusan sisa radioaktif secara kekal adalah sukar. Oleh itu, sisa ini disimpan di dalam
stesen jana kuasa tenaga nuklear sementara menunggu cara pengendalian yang lebih baik.

INFORMASI

Penggunaan tenaga nuklear perlu dikawal selia dengan baik supaya memberikan manfaat kepada
manusia dan alam sekitar. Terdapat beberapa risiko berlakunya kemalangan di stesen jana kuasa
tenaga nuklear. Contohnya bencana Fukushima, Chernobyl dan kesan penggunaan bom nuklear di
Hiroshima dan Nagasaki, Jepun.

HIROSHIMA NAGASAKI

FUKUSHIMA CHERNOBYL

AKTIVITI

1.Pautan link di bawah merupakan gambaran impak yang berlaku di Fukushima dan Chernobyl.
Sila tonton video ini :

https://youtu.be/mUBxtTEOiPI
https://youtu.be/MjCFw3EQNBU
2. Kumpul maklumat daripada video tentang impak ujian nuklear terhadap manusia dan persekitaran
3. Bincangkan dapatan anda dalam kumpulan
4. Hasilkan persembahan infografik mengenai dapatan anda

PENILAIAN

Kongsi dan bentangkan hasil dapatan anda bersama-sama rakan di kelas.

SUBTAJUK 3:
TENAGA NUKLEAR DI MALAYSIA

OBJEKTIF PEMBELAJARAN :
Mewajarkan pembinaan stesen janakuasa nuklear di Malaysia.

STRATEGI PEMBELAJARAN PELAJAR :
Penyelesaian masalah

KRITERIA KEJAYAAN:
Menyatakan sekurang-kurangnya 2 kewajaran Malaysia membina stesen
janakuasa nuklear sebagai tenaga alternatif pada masa hadapan.

KAEDAH PEMBELAJARAN PELAJAR :
Persembahan infografik

PENGENALAN

Kerajaan Malaysia masih dalam pertimbangan untuk membina
reaktor nuklear bagi tujuan penjanaan tenaga elektrik. Teknologi
nuklear bukanlah suatu perkara yang asing kerana Malaysia
sudah pun mempunyai reaktor penyelidikan sendiri yang dikenali
sebagai Reaktor TRIGA PUSPATI (RTP).
RTP mula beroperasi pada tahun 1982 bagi tujuan penyelidikan
dan pembangunan yang memfokuskan kepada perubatan,
pertanian serta kajian neutron.

INFORMASI

Hujah yang menyokong pembinaan stesen jana kuasa nuklear:
Membekalkan tenaga elektrik lebih banyak dengan kos
operasi lebih murah
Menampung permintaan tenaga elektrik yang semakin
meningkat
Mengurangkan kebergantungan pada bahan api fosil
Tidak menyebabkan kesan rumah hijau, hujan asid,
perubahan iklim atau pencemaran udara

Hujah yang menentang pembinaan stesen jana kuasa nuklear:
Memerlukan kos yang tinggi untuk pembinaan dan mengambil
masa beberapa tahun untuk menyiapkannya
Walaupun risiko kemalangan rendah, tetapi kemalangan
yang berlaku dianggap sebagai satu bencana
Reaktor nuklear menghasilkan sisa radioaktif yang
membahayakan jika tidak dikendalikan dengan cermat
Kebocoran nuklear mendatangkan kesan buruk yang
berpanjangan kepada hidupan dan persekitaran

AKTIVITI



Ingat kembali definisi teknologi hijau yang telah anda
pelajari. Kemudian, kaitkan dengan proses penjanaan
tenaga nuklear.

SOALAN



Pada pendapat anda, mengapakah tenaga nuklear
merupakan salah satu penyelesaian teknologi hijau
dalam sektor tenaga?

SUBTAJUK 4:
PENGHASILAN TENAGA NUKLEAR

OBJEKTIF PEMBELAJARAN:
Mewajarkan penggunaan tenaga nuklear bagi negara yang menggunakannya.
Memerihalkan penghasilan tenaga nuklear melalui pembelahan nukleus dan
pelakuran nukleus.
Memerihalkan penjanaan tenaga elektrik daripada tenaga nuklear.

STRATEGI PEMBELAJARAN PELAJAR:
Pembelajaran koperatif
Pendekatan inkuiri

KRITERIA KEJAYAAN:
Menjelaskan proses pembelahan nukleus dan pelakuran nukleus dengan
menggunakan gambar rajah.
Menjelaskan penghasilan tenaga elektrik daripada reaktor nuklear
Mencari maklumat penggunaan tenaga nuklear oleh beberapa negara di dunia

KAEDAH PEMBELAJARAN PELAJAR:
Latih tubi

PENGGUNAAN TENAGA NUKLEAR
DI SELURUH DUNIA

PENGENALAN

Sehingga kini, tenaga nuklear terus menjadi pilihan bagi
negara-negara di dunia sebagai sumber alternatif tenaga
elektrik. Terdapat beberapa sebab mengapa negara-negara
ini memilih tenaga nuklear sebagai sumber tenaga elektrik.

Pada tahun 2007, Badan Tenaga Atom Antarabangsa
(IAEA) melaporkan terdapat 439 reaktor nuklear di seluruh
dunia yang beroperasi di 31 buah negara.

INFORMASI

Kurang sumber
tenaga lain

Keluasan
negara yang
besar serta

kepadatan
penduduk yang

tinggi

Mengelakkan Teknologi Sumber
penyusutan yang canggih pendapatan
bahan api fosil
negara

AKTIVITI




1.Kumpul maklumat tentang penggunaan tenaga nuklear di beberapa
buah negara di dunia.

2.Anda boleh mencari maklumat tambahan di internet.
3.Bincangkan dapatan anda bersama-sama rakan dalam kumpulan.




PENILAIAN




1.Huraikan kewajaran beberapa negara di dunia menggunakan tenaga
nuklear sebagai satu jalan penyelesaian untuk sumber utama tenaga
elektrik

PENGHASILAN TENAGA NUKLEAR

PENGENALAN

Tenaga nuklear bermaksud tenaga yang terhasil daripada tindak balas dalam
nukleus atom
Tenaga nuklear dihasilkan melalui dua proses iaitu pembelahan nukleus dan
pelakuran nukleus

INFORMASI

Pelakuran nukleus

Proses percantuman atau penggabungan dua nukleus radioaktif yang
ringan membentuk satu nukleus yang lebih berat disertai dengan
pembebasan tenaga.
Suhu yang tinggi diperlukan dalam proses ini.
Tenaga nuklear yang dibebaskan dalam proses ini jauh lebih tinggi
berbanding pembelahan nukleus.

Pembelahan nukleus

Proses pemecahan satu nukleus radioaktif yang berat kepada dua atau lebih
nukleus yang ringan dan lebih stabil disertai dengan pembebasan tenaga.
Tenaga nuklear kemudiannya berubah kepada tenaga haba dan sinaran
radioaktif.
Proses ini membebaskan lebih banyak tenaga.

AKTIVITI

1.Kumpulkan maklumat lanjut tentang pembelahan nukleus dan pelakuran
nukleus daripada mana-mana sumber.

2.Buat perbezaan antara pembelahan nukleus dan pelakuran nukleus.
3.Bincangkan dapatan anda bersama-sama rakan dalam kumpulan.

PENILAIAN

1.Mengapakah pelakuran nukleus memerlukan suhu yang tinggi?
2.Banding bezakan antara pembelahan nukleus dan pelakuran nukleus.

PENJANAAN TENAGA ELEKTRIK
DARIPADA TENAGA NUKLEAR

PENGENALAN

Penjanaan tenaga elektrik dilakukan di dalam stesen jana
kuasa tenaga nuklear yang terdiri daripada reaktor nuklear
dan penjana.

INFORMASI

1.Bahan radioaktif yang digunakan dalam reaktor nuklear ialah uranium-235.
2.Proses yang berlaku membebaskan banyak tenaga haba.
3.Tenaga haba yang dibebaskan digunakan untuk menghasilkan stim.
4.Stim akan memutarkan turbin dan menggerakkan penjana elektrik.
5.Tenaga elektrik yang terhasil diagihkan kepada pengguna melalui kabel

elektrik.

TUGASAN

Kumpulkan maklumat penjanaan tenaga elektrik oleh reaktor nuklear
daripada mana-mana sumber.

PENILAIAN

1.Huraikan perubahan tenaga dalam stesen jana kuasa nuklear.
2.Huraikan bagaimana tenaga elektrik dijana daripada reaktor

nuklear.


Click to View FlipBook Version