The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ppd-x042-cm26, 2023-08-19 03:51:08

Buku Program Pemantapan Kepimpinan Pengetua dan Guru Besar

Anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran

KEPIMPINAN PENGETUA DAN GURU BESAR Anjuran : Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran 20 - 22 Ogos 2023 Beringgis Beach Resort, Papar SINERGI PPD Tuaran Cemerlang


Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Seuntai Tinta Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Malaysia Madani Salam Anak yang Baik lagi Cerdik Salam Sabah Maju Jaya Salam Sepakat Sabah Hebat Saya ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran kerana berjaya menganjurkan Program Pemantapan Kepimpinan Pengetua dan Guru Besar Daerah Tuaran 2023 dengan jayanya. Program seperti ini wajar dilaksanakan bagi memberikan peluang kepada semua Pengetua dan Guru Besar mengenalpasti kekuatan yang ada pada mereka dan seterusnya dapat membawa perubahan dan kemajuan kepada sekolah masingmasing. Pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sabah sentiasa menyokong program-program yang bermanfaat kepada pemimpin sekolah ke arah memperkasa pencapaian sekolah. Akhir kata, semoga program ini memberi impak besar kepada semua Pengetua dan Guru Besar. Moga jiwa dan roh sebagai seorang pemimpin serta pendidik akan terus tersemat dalam diri tuan puan. Sekian, Terima Kasih TUAN HAJI RAISIN BIN SAIDIN, Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah A.D.K


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Malaysia Madani Salam Sabah Maju Jaya Syukur ke hadrat Allah SWT kerana program anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran pada kali ini telah dapat direalisasikan mengikut perancangannya. Pihak IKRAR amat berbesar hati dapat menjalinkan kerjasama dan memberikan sumbangan yang diperlukan agar program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar. Dengan segala perancangan yang teliti, saya yakin program ini pasti mencapai objektifnya dalam usaha meningkatkan pencapaian sekolah dalam semua aspek. Sudah pasti kepimpinan yang berwibawa amat didambakan oleh subordinat yang perlu ditadbir urus. Pihak IKRAR berharap agar semua Pengetua dan Guru Besar akan terus bersemangat dalam mendepani cabaran sebagai seorang pemimpin di organisasi yang sedang diterajui. Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada pihak penganjur yang telah mengilhamkan program seperti ini sebagai usaha memantapkan kepimpinan Pengetua dan Guru Besar. Semoga kerjasama akan terus terjalin agar arena pendidikan akan terus mekar dan kemenjadian anak bangsa dapat dikembangkan. ENCIK AZRUL BIN IBRAHIM Pengarah Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR) Pengarah IKRAR Sekilas Bicara


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Malaysia Madani Salam Anak yang Baik lagi Cerdik Salam Sabah Maju Jaya Salam Sepakat Sabah Hebat Salam SINERGI PPD Tuaran Cemerlang Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT dengan limpah kurniaNya Program Pemantapan Kepimpinan Pengetua dan Guru Besar Daerah Tuaran 2023 dapat dilaksanakan pada kali ini. Syabas dan tahniah kepada semua Pengetua dan Guru Besar yang menyertai program ini dengan penuh komitmen. Terima kasih kepada barisan penceramah dan juga yang didatangkan khas daripada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk berkongsi dan membantu memantapkan kepimpinan pengetua dan guru besar di Daerah Tuaran. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk menghargai segala komitmen dan usaha warga kerja dalam memastikan program ini berjaya dirancang dan dilaksanakan dengan lancar. Ucapan penghargaan juga kepada pihak IKRAR yang telah memberikan sokongan penuh terutama dari segi implikasi kewangan sehingga program ini dapat dilaksanakan. Harapan saya agar program ini dapat membawa satu perubahan dan memberikan impak kepada semua Pengetua dan Guru Besar dalam menerajui kepimpinan di sekolah tuan puan selepas ini. Sekian, Terima Kasih PUAN INDANG KASI BINTI HAJI SIBIN, Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran Pegawai Pendidikan Daerah Tuaran Bingkisan Sukma A.D.K


Program ini dilaksanakan oleh Sektor Psikologi dan Kaunseling dengan kerjasama Sektor Pengurusan Sekolah,Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan semangat dan motivasi kepada barisan kepimpinan sekolah dalam daerah Tuaran ( Menengah dan Rendah ). Semangat dan motivasi ini diharapkan akan mampu membawa kepada pembangunan gerak kerja yang cemerlang dalam kalangan pemimpin sekolah di daerah Tuaran sekaligus membawa kepada kejayaan yang cemerlang dalam pelabagai aspek. Seorang pemimpin perlu mempunyai visi dan misi terhadap organisasi yang dipimpin, menyusun strategi bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dalam usaha mencapai apa dirancang. Organisasi memerlukan pemimpin berwibawa untuk membawa anak buah mahupun kumpulan dipimpin ke arah kejayaan. Lantas, visi dan misi yang jelas perlu diketengahkan dan dibincangkan bersama ahli organisasi supaya mereka dapat menyumbang ke arah kejayaan organisasi. Jesteru, program ini diharap akan dapat memantapkan lagi kualiti kepimpinan para Senior Leader Team ( SLT ) dalam daerah Tuaran. Pengenalan


Objektif utama program ini untuk melahirkan SLT yang berpengetahuan tinggi dan cemerlang berdasarkan set kemahiran, ilmu serta teknik yang diperolehi dalam kursus ini. 1. Mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap peranan, tanggungjawab dan harapan yang telah diamanahkan berdasarkan oleh majikan. 2. Tahu bagaimana untuk mendorong diri sendiri di dalam menggunakan teknik perkasakan diri sepertimana latihan yang diberikan sepanjang kursus. 3. Mampu mengupayakan kepimpinan berdasarkan GROW Model. 4. Mengetahui cara-cara membangun dan memajukan organisasi berdasarkan Data Driven Decision Making (DDDM). 5. Mampu menangani stress dan beban kerja yang pelbagai. 6. Bijak menggunakan pelbagai peluang bagi memajukan diri melalui rahsia komunikasi memukau . 7. Mengetahui bagaimana membina keseronokan semasa bekerja dan merasai ketenangan ketika berada di tempat kerja dan mampu mengendalikan emosi. 8. Melahirkan Senior Leader Team (SLT) yang sabar, mahir dan cemerlang berdasarkan kemahiran, ilmu dan teknik yang diperolehi sepanjang kursus. OObbjjeekkttiiff


Tarikh / Hari / Masa Aktiviti 20.8.2023 (Ahad) 2.00 petang - 4.00 petang 4.00 petang - 5.45 petang 6.00 petang - 8.00 malam 8.00 malam - 10.00 malam 10.00 malam -Daftar masuk ke penginapan -Taklimat program -Makan Malam/Solat -Slot 1 : DDDM /Pemantapan Kepimpinan PGB– BPSH -Minum malam 21.8.2023 (Isnin) 6.30 pagi - 7.45 pagi 8.00 pagi - 10.00 pagi 10.00 pagi -10.30 pagi 10.30 pagi-12.30 tengahari 12.30 tengahari -2.00 petang 2.00 petang - 4.00 petang 4.00 petang -5.30 petang 5.30 petang - 8.00 malam 8.00 malam -10.00 malam 10.00 malam - Sarapan Pagi - Slot 2- Topik: Mr Happy- BPsK - Rehat/ minum pagi. - Slot 3 - Topik : Mr Happy- BPsK - Rehat / Solat Zohor / Makan Tengahari. - Slot 4 - Topik : Mr Happy- BPsK - Riadah Santai Petang. - Persiapan diri / Solat / Makan Malam - Slot 5 - Topik : Mr Happy- BPsK - Minum malam Aturcara Program


Tarikh / Hari / Masa Aktiviti 22.08.2023 (Selasa) 6.30 pagi -7.45 pagi 8.00 pagi - 9.00 pagi 9.15 pagi - 10.15 pagi 10.15 pagi -10.30 pagi 10.30 pagi -12.30 tengahari 1.30 petang -Sarapan pagi. -Slot 6 - Topik : Dr Zakaria bin Othman (SIP +) PPD Tuaran -Slot 7 - Canvas – Puan PPD Tuaran -Rehat Minum Pagi -Majlis Penutupan -Daftar Keluar Hotel / Makan tengahari / Perjalanan Pulang Aturcara Program


22 OGOS 2023 (SELASA) Aturcara Majlis Perasmian Penutupan Aturcara Majlis Perasmian Penutupan 10.45 pagi Ketibaan Pengarah IKRAR 11.00 pagi Ketibaan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah 11.05 pagi Nyanyian Lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku 11.10 pagi Bacaan Doa 11.15 pagi Ucapan wakil peserta 11.30 pagi Ucapan alu-aluan Pegawai Pendidikan Daerah Tuaran 11.40 pagi Ucapan Pengarah IKRAR 11.50 pagi Ucapan perasmian penutupan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah 12.10 tengahari Penyampaian sijil dan cenderahati 1.00 petang Majlis selesai


Penasihat : YBrs.Tuan Haji Raisin bin Saidin Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Pengerusi : YBrs. Puan Indang Kasi binti Haji Sibin Pegawai Pendidikan Daerah Tuaran Timbalan Pengerusi : Encik Jamdin bin Haji Jeman Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pengurusan Sekolah Naib Pengerusi : Puan Rozalind Joannes @ Norzalin Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Perancangan Encik Rusdih bin Linah Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pembelajaran Encik Mohd.Hanim bin Mohammad Goss Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pembangunan Murid Dr Rutil bin Taising Pengerusi Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Cawangan Tuaran Encik Mohamad Juin @ Mohd bin Nauli @ Moli Pengerusi Persatuan Guru Besar Malaysia Cawangan Tuaran Penyelaras : Encik Sulaiman bin Hj Awang. (K.B.P.A) Kaunselor Pendidikan Daerah SPsK Setiausaha : Encik Zufaini bin Karim Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pengurusan Sekolah Bendahari : Puan Latipah binti Sidin Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pengurusan Sekolah Jawatan Jawatankkuuasasa I a Inndduukk


AJK Pendaftaran / Penginapan Puan Ramsi binti Lani Puan Noorhayati binti Bongsu AJK Kerohanian Ustaz. Alias bin Haji Idris AJK Jamuan Puan Latipah binti Sidin AJK Riadah Puan Zaliha binti Baharuddin Puan Sharifah binti Thani Encik Matin bin Setoh AJK Makan Malam Puan Valentina Edwin AJK P.A Sistem dan Teknikal Razmee bin Asaali AJK Sijil & Cenderahati Dr Asnia binti Kadir Puan Winnie Ulut Puan Ernayati binti Eddie AJK Teks Ucapan Pengarah & PPD Puan Hani @ Helerita binti Usop Puan Noorhayati binti Bongsu AJK e Banner / e Backdrop /gegantung & Dokumentasi Puan Nor Asmah binti Mohd Salleh JJaawwaattaannkkuuaassaa KKeerrjjaa AJK Buku Aturcara Puan Nor Asmah binti Mohd Salleh Encik Zufaini bin Karim Juru acara Majlis Penutupan Encik Latin bin Misil AJK Majlis Penutupan Encik Matin bin Setoh AJK Keselamatan Ustaz Alias bin Hj. Idris Encik Sulaiman bin Hj Awang Puan Zaliha binti Baharuddin Fasilitator 1. Encik Jamdin bin Haji Jeman 2. Puan Rozalind Joannes @ Norzalin 3. Encik Rusdih bin Linah 4. Encik Mohd Hanim bin Mohammad Goss 5. Dr Zakaria bin Haji Othman 6. Puan Alizizah binti Sipil 7. Datin Dr Siti Raisah binti Bungsu Peserta Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran 1. Ustaz Alias bin Haji Idris 2. Puan Zaliha binti Baharuddin 3. Puan Sharifah binti Thani 4. Encik Matin bin Setoh 5. Dr Asnia binti Kadir 6. Puan Winnie Ulut 7. Puan Ernayati binti Eddie 8. Puan Hani @ Helerita binti Usop 9. Puan Nor Asmah binti Mohd Salleh 10. Encik Latin bin Misil 11. Puan Ramsi binti Lani 12. Puan Noorhayati binti Bongsu 13. Puan Latipah binti Sidin 14. Puan Valentina Edwin


SSeekkaalluunngg BBuuddii


Singgah sebentar membeli lokan, Lokan dibeli di pasar tamu, Jutaan penghargaan kami titipkan Tidak terbalas jasa bakti mu Terima Kasih SSeekkaalluunngg BBuuddii SINERGI PPD Tuaran Cemerlang


Buku Program Pemantapan Kepimpinan Pengetua dan Guru Besar Daerah Tuaran 2023 Anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran 20-22 Ogos 2023


Click to View FlipBook Version