The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ppgteslg1, 2024-06-13 03:27:35

RBT Tahun 6

RBT Tahun_6

Keywords: RBT Tahun 6

43 Nota Guru Murid perlu membuat pembentangan hasil reka bentuk produk robot penjaga air tanaman yang telah siap dibina. Pembentangan boleh dibuat secara lisan atau persembahan multimedia. Antara maklumat yang perlu ada dalam pembentangan termasuklah: MEMBUAT PEMBENTANGAN Pembentangan ini akan melatih kamu meningkatkan kemahiran komunikasi dan keyakinan diri. 1. Nama produk. 2. Elemen sistem robotik yang terdapat pada produk. 3. Fungsi produk yang dibina. 4. Menerangkan lakaran bermaklumat yang dipilih. 5. Langkah pemasangan perkakasan pada produk. 6. Kelebihan produk yang dibina. 7. Menyatakan kesesuaian tempat atau lokasi untuk penggunaan produk. • Bimbing murid membuat pembentangan. • Galakkan semua murid melibatkan diri semasa pembentangan. 6.5.10 Slaid ini menunjukkan kelebihan produk kami. Produk ini boleh dipasangkan pada takung tanaman. Bagi membentangkan hasil produk, murid boleh melakukan pelbagai aktiviti dan cara seperti Jalan Galeri, Tiga Lilau Satu Tetap, persembahan multimedia dan sebagainya. TAHUKAH KAMU


Nota Guru 44 Jawab semua soalan di bawah. 1. Nyatakan dua elemen sistem robotik. (a) __________________________ (b) ______________________ 2. Namakan fitur di bawah. (a) (b) 3. Mengapakah penyambungan wayar pada perkakasan robot perlu dilakukan dengan betul? 4. Penggunaan sistem robotik lebih baik berbanding dengan menggunakan kaedah manual dalam mengurus kehidupan harian. Berikan pendapat kamu untuk menyokong pernyataan tersebut. Menyatakan elemen sistem robotik. Menghuraikan elemen sistem robotik yang terdapat pada robot. Menjelaskan pemasangan perkakasan pada reka bentuk sebuah robot. Melakar reka bentuk produk yang mempunyai elemen sistem robotik. Menilai lakaran yang dipilih untuk membuat penambahbaikan. Membina reka bentuk produk dan penyambungan perkakasan berdasarkan lakaran yang dibuat menggunakan peralatan yang sesuai. Memindahkan atur cara yang telah dihasilkan pada perkakasan dan menguji kefungsiannya. Membuat rumusan dan membentangkan produk yang telah dibina. Menghasilkan carta alir sebuah robot yang akan dibina. Menghasilkan atur cara yang dikehendaki berdasarkan carta alir yang dibuat. • Minta murid menyatakan perkara penting yang telah dipelajari oleh mereka dalam unit ini. • Bincang jawapan bersama-sama murid untuk soalan di atas. IMBAS KEMBALI


Nota Guru UNIT 3 PEMBANGUNAN PRODUK 45 • Berbincang dengan murid berkenaan gabungan asas teknologi yang berbeza untuk menghasilkan produk baharu. • Produk yang ditunjukkan dalam buku ini adalah sebagai panduan sahaja. Penghasilan produk sebenar perlu mengikut kesesuaian sekolah masing-masing. Saya setuju. Apakah produk-produk yang sesuai untuk kita hasilkan? Cikgu, saya cadang kita gabungkan teknologi elektromekanikal dan reka bentuk pengaturcaraan. Selain produk-produk ini, apakah yang boleh kita hasilkan dengan menggabungkan asas teknologi yang pernah kita pelajari? Cikgu Siew Lee berbincang bersama-sama muridnya untuk menghasilkan produk baharu di bengkel.


46 Nota Guru • Berbincang dengan murid mengenai masalah dan penyelesaian berkenaan teknologi reka bentuk produk yang hendak dibina. • Galakkan murid untuk membina produk yang menggabungkan pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari sebelum ini. 8.1.1 PRODUK TABUNG SAYA Saya mahu kita menghasilkan sebuah tabung yang mempunyai bunyi dan cahaya. Saya ada idea. Tabung yang akan dihasilkan ini mempunyai penutup yang akan menjatuhkan duit syiling ke dalam tabung dan menghasilkan bunyi dan cahaya apabila duit dimasukkan. Bagus idea itu. Kita akan menggunakan sensor sentuh untuk membuka penutup tabung ini. Li Mei, Arjan dan Aggup sedang berbincang untuk membina tabung bagi mengumpul hasil jualan yang diperoleh pada hari kantin sekolah. Kita akan menghasilkan tabung yang mempunyai penutup yang terbuka secara automatik apabila duit syiling dimasukkan. Di samping itu, tabung juga akan mengeluarkan bunyi dan memaparkan ikon. Tabung yang akan dihasilkan ini mempunyai beberapa kepentingan. Contohnya, seperti yang berikut: Kepentingan Tabung Mendidik murid agar tidak menjadi boros dan membazir. Simpanan untuk masa hadapan. Memupuk amalan menyimpan duit. SUDUT RBT


47 Nota Guru Tabung yang akan dihasilkan ini menggabungkan elemen elektromekanikal dan reka bentuk pengaturcaraan. Produk tabung ini akan mengaplikasikan pelajaran yang telah dipelajari di Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. Tabung ini juga akan mengeluarkan bunyi dan cahaya apabila duit dimasukkan ke dalam tabung. Semua fungsi ini dikawal oleh atur cara pada papan mikropengawal. Reka Bentuk Pengaturcaraan • Berbincang dengan murid tentang teknologi yang diguna pakai pada produk yang akan dibina. • Guru boleh memberikan pilihan kepada murid untuk menggunakan papan mikropengawal yang telah dipelajari di Tahun 5 dan melihat hasilnya. 8.1.2 Elemen Elektromekanikal MARI KITA GABUNGKAN TEKNOLOGI Penutup tabung akan dihubungkan dengan sensor sentuh melalui pita perekat tembaga. Bilah motor servo akan membuka penutup secara automatik apabila sensor mengesan sentuhan. Pintu tabung akan menggunakan kunci pintu. Apabila suis pintu ditekan, kunci akan aktif dan pintu tabung terbuka. Motor servo Kunci pintu Papan mikropengawal


48 Nota Guru Lakaran Idea 1 Lakaran Idea 2 Lakaran idea ini dapat membantu murid untuk menghasilkan produk tabung. Pastikan murid membuat lakaran bermaklumat. 8.1.3 JOM, KITA LAKARKAN PRODUK ! Papan mikropengawal Paparan jumlah duit Klip buaya Motor servo Motor servo Pemegang bateri Pemegang bateri Ruang duit syiling Ruang duit kertas Ruang masuk duit Ruang duit Bod impra Ruang bukaan 3O cm 3O cm 15 cm 15 cm 15 cm 15 cm


49 Nota Guru Lakaran Idea 3 8.1.3 Pastikan murid membuat lakaran bermaklumat. Motor servo Pemegang bateri Cari maklumat berkaitan asas teknologi lain yang boleh digunakan untuk menghasilkan produk. JEJAK TMK JEJAK TMK Papan mikropengawal Pintu depan Klip buaya Sensor sentuh Ruang bukaan Batang aiskrim 18 cm 2O cm 2O cm


50 Nota Guru Lakaran Idea 3 dipilih sebagai lakaran yang terbaik. Yang berikut merupakan penilaian terhadap lakaran tersebut dan cadangan penambahbaikan yang sesuai: MENILAI LAKARAN Bimbing murid mengenal pasti masalah yang terdapat pada produk yang akan dibina dan cadangkan penyelesaian bagi masalah yang timbul. 8.1.4 Elemen Reka Bentuk Asas Teknologi Huraian Kesesuaian Catatan S TS Rupa Elektromekanikal Komponen mekanikal yang tersusun. / Susun komponen dengan kemas dan ikat wayar menggunakan pengikat kabel. Pengaturcaraan Menggunakan papan mikropengawal. / Bentuk Elektromekanikal Bentuk komponen mekanikal yang kecil tidak mengganggu fungsi produk. / Pengaturcaraan Papan mikropengawal yang nipis tidak menggunakan ruang yang banyak. / Saiz Elektromekanikal Saiz bilah motor servo tidak mencukupi untuk menjalankan fungsinya. / Ubah suai saiz bilah motor servo dengan menggunakan batang aiskrim. Pengaturcaraan Saiz papan mikropengawal yang kecil tidak mengganggu komponen lain. / Ruang Elektromekanikal Komponen tidak mengganggu fungsi produk. / Pengaturcaraan Papan mikropengawal tidak berada pada tempat yang sesuai. / Letakkan papan mikropengawal di bahagian depan tabung. (S - Sesuai / TS - Tidak Sesuai)


51 Nota Guru Lakaran yang Ditambah Baik Berdasarkan penilaian yang telah dibuat, terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu dilakukan. • Gunakan sensor sentuh yang terdapat pada papan mikropengawal. • Kedudukan papan mikropengawal diubah ke bahagian hadapan tabung. • Tambah batang aiskrim untuk memanjangkan bilah motor servo. • Ubah pintu tabung ke bahagian belakang tabung. Berbincang dengan murid untuk membuat penambahbaikan yang boleh menjadikan produk lebih menarik. 8.1.4 Batang aiskrim Penutup Motor servo Suis tekan tutup Pita perekat Kunci pintu Pemegang bateri 12V Pemegang bateri 6V Wayar Papan mikropengawal 18 cm 2O cm 2O cm Pita perekat tembaga


52 Nota Guru • Galakkan murid menggunakan bahan kitar semula yang kukuh untuk menyokong binaan produk. • Berbincang dengan murid setiap alatan dan bahan yang disenaraikan. 8.1.5 1. Alas pemotong 2. Pensel 3. Pembaris keluli 4. Pisau boleh laras 5. Rod perekat panas 6. Pistol perekat panas 1. Papan mikropengawal 2. Motor servo 3. Kunci pintu 4. Pemegang bateri 6V 5. Pemegang bateri 12V 6. Bateri AA 7. Suis tekan tutup 8. Klip buaya 9. Pita perekat 10. Pita perekat dua muka 11. Pita perekat tembaga 12. Wayar penyambung male to male 13. Batang aiskrim 14. Bod impra Alatan Bahan ALATAN, BAHAN, ANGGARAN KOS DAN JADUAL KERJA Kita juga boleh menggunakan alatan dan bahan yang terdapat di bengkel atau di rumah untuk menjimatkan perbelanjaan. Yang berikut merupakan senarai alatan dan bahan yang digunakan untuk menghasilkan tabung. Papan mikropengawal yang digunakan dalam penghasilan produk ini mempunyai sensor sentuh, pembesar suara dan mikrofon yang terbina dalam (build in). TAHUKAH KAMU Mikrofon Sensor sentuh Pembesar suara 6 2 1 6 11 2 8 9 10 3 4 5 12 13 14 7 1 4 5 3


53 Nota Guru Kos yang dicadangkan ini adalah secara individu. Anggaran Kos Kos Alatan 8.1.5 Kos Bahan Kawan-kawan, amalkan sikap berjimat cermat ketika berbelanja. • Pastikan murid tidak melakukan pembaziran. • Minta murid mengira kos untuk kumpulan jika menjalankan aktiviti secara berkumpulan. • Harga alatan dan bahan di atas hanyalah anggaran sahaja. Bil. Perkara Kuantiti Harga seunit (RM) Jumlah (RM) 1. Alas pemotong 1 keping 8.00 8.00 2. Pensel 1 batang 0.50 0.50 3. Pembaris keluli 1 batang 2.00 2.00 4. Pisau boleh laras 1 bilah 1.50 1.50 5. Rod perekat panas 3 batang 1.00 3.00 6. Pistol perekat panas 1 unit 6.50 6.50 Jumlah 21.50 Bil. Perkara Kuantiti Harga seunit (RM) Jumlah (RM) 1. Papan mikropengawal 1 set 75.00 75.00 2. Motor servo 1 unit 10.50 10.50 3. Kunci pintu 1 unit 17.00 17.00 4. Pemegang bateri 6V 1 unit 1.40 1.40 5. Pemegang bateri 12V 1 unit 2.80 2.80 6. Bateri AA 6 biji 1.00 6.00 7. Suis tekan tutup 1 unit 2.00 2.00 8. Klip buaya 1 set 6.00 6.00 9. Pita perekat 1 gulung 3.80 3.80 10. Pita perekat dua muka 1 gulung 6.00 6.00 11. Pita perekat tembaga 1 gulung 11.00 11.00 12. Wayar penyambung male to male 1 set 2.00 2.00 13. Batang aiskrim 1 batang 0.10 0.10 14. Bod impra 1 keping 7.50 7.50 Jumlah 151.10


54 Nota Guru Bil. Proses Kerja Tempoh Masa (Minggu) 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 1. Menjanakan idea 2. Mencari maklumat 3. Melakarkan idea 4. Membina atur cara (uji) 5. Menanda dan memotong 6. Memasang bahan (uji) 7. Menguji kefungsian produk 8. Membuat dokumentasi dan pembentangan Jadual Kerja Penyediaan jadual kerja adalah untuk memastikan setiap aktiviti yang dijalankan mematuhi jumlah jam kerja yang ditetapkan. Yang berikut merupakan contoh jadual kerja pelaksanaan produk: Pastikan murid menghasilkan produk mengikut jadual kerja yang telah disediakan mengikut kesesuaian. 8.1.5 Galakkan murid menggunakan perisian komputer untuk menghasilkan jadual kerja. Bincangkan bersama murid jadual kerja yang telah dihasilkan di dalam kelas. JEJAK TMK JEJAK TMK MEDAN AKTIVITI


55 Nota Guru Langkah-langkah Langkah 1 a. Klik New Project. b. Taip nama projek. Kemudian, klik Create. Langkah 2 a. Klik blok fungsi Basic. b. Pilih show icon [ ] dan masukkan ke dalam on start. c. Pilih ikon senyum. Blocks Palette Scripts Area Langkah 3 a. Klik blok fungsi Basic. b. Pilih forever dan tarik ke ruang Scripts Area. c. Susun forever di sebelah on start. Langkah 4 a. Klik blok fungsi Logic. b. Pilih if [ ] then, dan tarik ke ruang Scripts Area. c. Masukkan ke dalam forever. Langkah 5 a. Klik blok fungsi Input. b. Pilih logo is pressed dan tarik ke ruang Scripts Area. c. Masukkan ke dalam if [ ] then. A. Membina Atur Cara IMBAS SAYA 8.1.6 Murid boleh membina atur cara yang berbeza menggunakan contoh produk yang berlainan. Untuk menghasilkan tabung ini, kita akan membina atur cara terlebih dahulu berdasarkan situasi pada halaman 46. Yang berikut ialah langkah-langkahnya: Carta Alir Atur Cara Tabung MARI BINA TABUNG


56 Nota Guru Langkah-langkah Blocks Palette Scripts Area Langkah 6 a. Klik blok fungsi Music. b. Pilih start melody [dadadum] repeating [once] dan tarik ke ruang Scripts Area. c. Masukkan ke dalam if [ ] then. d. Pilih melodi entertainer. Langkah 7 a. Klik blok fungsi Advanced. Kemudian, klik Extensions. b. Klik blok fungsi Servos. c. Pilih set servo [P0] angle to [90]° dan tarik ke ruang Scripts Area. d. Susun di bawah start melody [entertainer] repeating [once]. e. Tukar [P0] kepada [P2]. Langkah 8 a. Klik blok Basic. b. Pilih pause (ms) [100] dan tarik ke ruang Scripts Area. c. Susun di bawah set servo [P2] angle to [90]°. d. Tukar nilai milisaat 100 kepada 1000 (1 saat). Langkah 9 a. Klik kanan pada set servo [P2] angle to [90]° dan pilih Duplicate. b. Susun di bawah pause (ms) [1000]. c. Tukar nilai sudut 90° kepada 0°. Bimbing murid menggunakan blok fungsi yang betul supaya tidak berlaku kesilapan meletakkan blok fungsi. 8.1.6


57 Nota Guru Langkah-langkah Blocks Palette Scripts Area Langkah 10 a. Klik blok fungsi Basic. b. Pilih show icon [ ] dan tarik ke ruang Scripts Area. c. Susun di bawah set servo [P2] angle to [0]°. Langkah 11 a. Klik kanan pada pause (ms) [1000] dan pilih Duplicate. b. Susun di bawah show icon [ ]. c. Tukar nilai milisaat 1000 kepada 2000 (2 saat). Langkah 12 a. Klik blok fungsi Basic. b. Pilih clear screen dan tarik ke ruang Scripts Area. c. Susun di bawah pause (ms) [2000]. Langkah 13 a. Klik Save untuk simpan fail pengaturcaraan yang telah siap dibina. b. Muat turun atur cara ke papan mikropengawal. Tabung Duit IMBAS SAYA 8.1.6 Tunjukkan contoh simulasi papan mikropengawal yang berbeza kepada murid. Pengaturcaraan Menggunakan mBlock


58 Nota Guru Potong bod impra mengikut ukuran seperti gambar rajah di bawah. Kemudian, tandakan setiap bahagian. Lekatkan bahagian A1, A2, B dan C dengan menggunakan pistol perekat panas. Lekatkan pita perekat tembaga pada sensor sentuh papan mikropengawal dan pita perekat dua muka pada sebelah kiri dan kanan papan mikropengawal. 1 2 3 A2 A1 • Murid juga boleh menggunakan konduktor selain pita perekat tembaga dan lihat keberkesanan dalam memberikan tindak balas kepada sensor sentuh. • Murid boleh membuat pemasangan sensor sentuh yang berasingan jika papan mikropengawal tidak tersedia dengan sensor sentuh. 8.1.6 18 cm 18 cm 20 cm 18 cm 20 cm 18 cm 20 cm 20 cm 20 cm 20 cm 20 cm 20 cm E F 2 cm x 2 cm 3 cm x 3 cm A1 A2 B C D 4 cm 0.5 cm 4 cm 0.5 cm Tembaga merupakan konduktor atau bahan yang dapat mengalirkan arus elektrik dan haba dengan baik. Secara umumnya, kabel elektrik banyak diperbuat daripada tembaga. C C A1 B A2 Pita perekat tembaga Pita perekat dua muka Sensor sentuh STEM Pandangan hadapan mikropengawal. B. Menghasilkan Tabung


59 Nota Guru Lekatkan papan mikropengawal pada bahagian C dan pemegang bateri 6V pada bahagian A2. Kemudian, sambungkan wayar pemegang bateri kepada soket papan mikropengawal. Sambungkan klip buaya ke papan mikropengawal. • Wayar hitam ke jalur pin bumi (GND). • Wayar merah ke jalur pin kuasa 3V. • Wayar kuning ke jalur pin 2. Pandangan belakang papan mikropengawal. 4 5 • Minta murid membuat pemasangan dan penyambungan dengan betul. • Bimbing murid untuk melekatkan bahan dengan menggunakan perekat yang sesuai. 8.1.6 C C B B A2 A2


Sambungkan wayar penyambung male to male ke klip buaya dari papan mikropengawal. • Wayar hitam ke tamatan hitam. • Wayar merah ke tamatan merah. • Wayar kuning ke tamatan putih. 6 60 Nota Guru 8.1.6 Lekatkan batang aiskrim pada bilah motor servo. Kemudian, potong bod impra bersaiz 4 cm x 4 cm dan lekatkan di atas batang aiskrim untuk dijadikan penutup seperti gambar di bawah. Sambungkan wayar dari motor servo ke wayar penyambung male to male. 7 8 • Minta murid membuat pemasangan dan penyambungan bahan dengan betul. • Bimbing murid untuk melekatkan bahan dengan menggunakan perekat yang sesuai. • Pemasangan wayar penyambung male to male ke motor servo boleh dibuat dengan menggunakan soket penyambung. A1 A2 A2 C C B B


61 Nota Guru 8.1.6 Lekatkan pita perekat tembaga ke penutup dari motor servo. Lekatkan bahagian D di atas tabung. Kemudian, lekatkan motor servo pada kedudukan yang sesuai dengan penutup tabung. Lekatkan pita perekat pada bahagian A1 dan bahagian E. 9 10 11 D D C B A1 B A2 E A1 • Bimbing murid untuk melekatkan bahan dengan menggunakan perekat yang sesuai. C


62 Nota Guru • Minta murid membuat pemasangan dan penyambungan dengan betul. • Bimbing murid untuk melekatkan bahan dengan menggunakan perekat yang sesuai. • Bimbing murid untuk menebuk lubang dengan menggunakan alatan yang sesuai. 8.1.6 Lekatkan pemegang bateri 12V pada bahagian luar A1. (a) Masukkan wayar pemegang bateri 12V ke dalam tabung. (b) Muatkan dengan suis tekan tutup. 12 Sambungkan wayar merah dari pemegang bateri 12V ke kedua-dua kaki suis tekan tutup. 13 A1 A1 E Mengapakah pemegang bateri 12V untuk kunci pintu dilekatkan di luar badan tabung?


63 Nota Guru • Minta murid membuat pengujian produk untuk memastikan pemasangan bahan dilakukan dengan betul. • Bimbing murid untuk melekatkan bahan dengan menggunakan perekat yang sesuai. 8.1.6 Lekatkan kunci pintu pada bahagian E. Sambungkan wayar pemegang bateri 12V ke wayar kunci pintu. Lekatkan bahagian F pada bahagian A2 untuk dijadikan selak penahan pintu seperti gambar di bawah. 14 15 A1 A1 E E A2 F IMBAS SAYA Video Pintu Belakang Tabung Solenoid ialah gulungan dawai tembaga yang menjadi magnet apabila dihubungkan dengan arus elektrik. Solenoid juga boleh digunakan sebagai kunci pintu. WADAH ILMU


64 Nota Guru Tabung yang telah siap dibina. • Minta murid membuat pengujian produk untuk memastikan pemasangan bahan dilakukan dengan betul. • Setelah produk berjaya diuji, murid perlu membuat kemasan. 8.1.6 IMBAS SAYA Selain bod impra, minta murid fikirkan bahan yang berbeza untuk badan tabung. Video Tabung Berfungsi MEDAN AKTIVITI Pandangan hadapan dan sisi kanan Pandangan hadapan Pandangan atas Pandangan belakang


65 Nota Guru Bimbing murid menggunakan kaedah pembentangan yang pelbagai mengikut kreativit masing-masing. 8.1.7 Kita akan membuat dokumentasi dan pembentangan produk yang telah dihasilkan. SENARAI SEMAK ADA / TIADA Lakaran awal Analisis produk Lakaran yang ditambah baik Senarai alatan dan bahan Anggaran kos Jadual kerja Membina atur cara Penghasilan produk Yang berikut ialah pelaksanaan pembentangan secara berkumpulan: 1. Melantik ketua kumpulan. 2. Ketua kumpulan bersama-sama ahli kumpulan membentangkan perincian produk. 3. Sesi soal jawab. DOKUMENTASI DAN PEMBENTANGAN


Nota Guru 66 Minta murid menyalin dan menjawab soalan di dalam buku latihan. Menyatakan produk yang hendak dibina berdasarkan situasi. Menyediakan senarai peralatan, bahan, anggaran kos dan jadual kerja. 1. Senaraikan asas teknologi yang pernah kamu pelajari. 2. Nyatakan asas teknologi yang sesuai dengan gambar yang diberikan. 3. Nyatakan fungsi lakaran bermaklumat produk. 4. Mengapakah kita perlu membuat analisis produk sebelum penghasilan produk sebenar? 5. Bandingkan produk konvensional dengan produk yang telah kamu bina dari aspek penggunaan teknologi. Menghuraikan gabungan asas teknologi yang sesuai digunakan dengan reka bentuk produk yang akan dibina. Membina produk berfungsi berdasarkan lakaran yang dibuat. Melakar reka bentuk produk yang hendak dibina. Membuat dokumentasi mudah proses penghasilan produk dan pembentangan secara kreatif menggunakan pelbagai media. Menilai dan membuat penambahbaikan pada lakaran yang dipilih. Jawab semua soalan di bawah. Perkakasan Asas Teknologi IMBAS KEMBALI


BT35001 ISBN 978-983-49-3283-1 RM6.70 9 789834 932831


Click to View FlipBook Version