INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN, 06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN BMMB1114 PENGENALAN SISTEM EJAAN JAWI DAN RUMI NAMA : MUMTAZAH IZZATI BINTI MOHD KHORI NO. K/P : 030717081192 ANGKA GILIRAN : 2022182310060 PROGRAM : PPISMP AMBILAN : JUN 2022 UNIT : BAHASA MELAYU 3 NAMA PENSYARAH : ENCIK MOHD ZUHAIRI BIN RAFFIEN
PENGENALAN SISTEM EJAAN JAWI DAN RUMI PENGHASILAN PRODUK BMMB1 1 1 4
PENGENALAN SEJARAH KHAT JENIS-JENIS KHAT ISI KANDUNGAN MENULIS TEMA DALAM BENTUK KHAT RUJUKAN
PENGENALAN Khat berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud garisan. Seni khat pula ialah garisan yang halus dan indah. Khat juga bermaksud tulisan-tulisan (kitabah) yang terikat dengan peraturan dan kaedah yang telah dikaji oleh pihak yang terlibat dalam kesenian khat ini. Sehubungan itu, khat merupakan salah satu daripada kesenian yang indah dan halus. Seni ini lahir dan berkembang dalam penulisan Arab dan ia terkandung dalam ruang lingkup peradaban Islam. Seni khat juga merupakan salah satu kaedah dalam penyampaian wacana maklumat. Hal ini demikian kerana pada abad pertama dan kedua hijrah, khat merupakan salah satu ciri untuk memperindah sesuatu tulisan dan melalui khat sesuatu makna dapat diungkapkan. Seni khat salah satu seni yang dipertahankan dan masih kekal sehingga kini.
Sejarah Khat PERTUMBUHAN KHAT DAN TULISAN ARAB PADA ZAMAN JAHILIYAH ZAMAN RASULULLAH DAN PARA SAHABAT PERKEMBANGAN SENI KHAT SELEPAS ZAMAN PARA SAHABAT
Tulisan Arab merupakan tulisan wahyu dan orang pertama menulisnya adalah Nabi Adam a.s. Tulisan Arab telah ditulis dalam berbagai-bagai buku. Namun setelah banjir besar surut, setiap bangsa telah menerima buku masing-masing dan Nabi Ismail a.s telah menerima buku bertulisan Arab dan menjadi bahasa pertuturan Nabi Ismail a.s sekaligus merupakan bahasa pertuturan asal bapanya iaitu Nabi Ibrahim a.s. (M. Ugur Derman 2000). Menurut pendapat G.J Klehr pada pertengahan pertama abad ke-18 terdapat hubungan antara khat Arab dengan khat Nubti (172M). Menurut Th. Noldeke khat Arab berkembang daripada khat Nubti (1865M). Berdasarkan kepada kajian tentang hasil-hasil ukiran sebelum Islam dan pada abad pertama Hijrah, menuniukkan khat Arab terbit daripada khat Nibti. Ukiran tertua yang dapat dijadikan bukti peringkat-peringkat penyebaran dalam perkembangan khat Nibti yang berlaku pada penghujung abad yang ke-3 dan abad ke-4 mashi telah dijumpai di Umm al-Jamal (250M) dan Nammarah (328M). Kedua-dua ukiran ini dalam bahasa dan tulisan Nibti Ahli sejarah menjelaskan, tulisan yang dijumpai berdasarkan tangan menunjukkan pada suatu ketika dahulu bangsa Arab yang berada di timur tengah telah melalui zaman yang bertamadun, sekaligus menyokong sejarah tulisan Arab telah wujud sekitar 1400 sebelum Masihi (Abu al-Abbas Ahmad al-Qalqashandy 1913). Seni khat terdiri daripada khat alMusnad juga dikenali sebagai khat Arab Utara atau Khat Humairi. . Khat ini telah tersebar di persekitaran al Mundhir dan Syam (Syria) yang berlaku semasa rombongan perniagaan di antara orang Arab Yaman dan orang Arab yang bermukim di Syria, dan Iraq di utara Semenanjung Tanah Arab. Melalui mereka, khat in dibawa secara langsung ke bumi Hijaz. Pertumbuhan Khat dan Tulisan Arab Zaman Jahiliyyah
Gaya dan bentuk khat samada Khat Musnad dengan tulisan Nabati atau dengan tulisan Khat Kufiy Mushafiy sangat berkait rapat dengan tulisan surat Rasulullah SAW kepada Raja Cycrus untuk mengajaknya kepada Islam (Ibrahim Jum’ah 1981). Sebelum kedatangan Islam, bangsa Arab menulis tanpa menggunakan seni khat yang rapi dan cantik sebagaimana pada hari ini. Namun begitu, tulisan-tulisan mereka adalah asas kepada kelahiran pelbagai jenis khat yang cantik dan berseni. Tulisan yang timbul dan mempengaruhi gaya Khat Arab adalah seperti beberapa jenis tulisan iaitu Khat al-Hiiriy, Khat al-Anbaariy, Khat Makki dan Madaniy, Khat Kufi serta Khat Basriy. Kesemua tulisan tersebut telah digunakan untuk catatan sebelum dan pada awal kebangkitan Islam dan gaya serta lengguk tulisan kesemuanya tidak sama. Islam telah datang membawa perubahan yang besar terutama dalam bidang penulisan. Penulisan telah menjadi perantaraan terpenting dalam penetapan pencatatan, pengajaran dan penghebahan sehingga ia berkembang luas. Penurunan surah al-Alaq ayat 1-5 kepada junjungan mulia Nabi Muhammad telah menjadi titik tolak kepada penulisan. Penulisan menjadi penting apabila ia digunakan untuk menulls ayat-ayat suci al-Quran dan terpelihara sehingga kini. Kemudian turun pula ayat-ayat lain yang sering mengaitkan penulisan dengan sumber ketuhanan dan memerintahkan penggunaannya sehinggalah tulisan mendapat kedudukannya dalam kehidupan umat Islam sebagai salah satu keperluan asas. Khat Zaman Rasulullah dan Para Sahabat
Pada zaman Khulafa ' al-Rasyidin penulisan semakin bertambah dengan meluasnva penggunaan tulisan dalam urusan-urusan agama. pentadbiran dan muamalat harian. Apabila para penghafaz al-Quran semakin berkurangan disebabkan syahid di medan peperangan pada zaman pemerintahan khalifah Abu bakar al-slddiq, bellau telah mengarahkan Zaid bin Thabit mengumpu ldan menulis al-Quran. Tulisan khat Kufi digunakan untuk menulis nama Zaid bin Thabit pada batu nisan pada tahun 64 Hijrah dan tulisan di Bukit Salaa ' di Madinah ketika pemerintahan Khulafa ' al-Rasyidin. Pada zaman Khalifah Uthman bin Affan r.a. (23-53H /644- 656M) timbul kepelbagaian cara membaca al-Quran. maka bellau mengambil lembaranlembaran vang dicatat oleh Zaid bin Thabit dan diletakkan dalam simpanan Hafsah binti Umar r.a. Khalifah Uthman bin Affan telah mencatatkan sebuah mushaf yang dikenali sebagai Mushaf al-Imam. Beliau telah mengarahkan Zaid bin Thabit, Abdul Rahman bin Amru al-Asr, Abdullah bin al-Zubir, Ibn al-Abbas dan Abdul Rahman bin al-Harith bin Hisham menyalin semula naskhah untuk dihantar ke selurun pelosok negeri. Khat Zaman Rasulullah dan Para Sahabat
i. Zaman Pemerintahan Bani Umaiyah Bentuk tulisan pada ketika itu lebih lembut mempunyai nilai estetika yang tinggi. Tanda titik dan baris mula diperkenalkan untuk memudahkan orang-orang ajam (selain bangsa Arab) mengenali tulisan Arab. Ziad (Dato ' Bandar Basrah) merupakan penulis wahyu Rasullullah meminta Abu Aswad al-Du ' ali meletakkan tanda titik pada tahun 45 Hijrah kemudian perletakan baris disempurnakan oleh al-Khalil bin Ahmad al-Farahidi. Disamping itu penggunaan kertas yang terkenal dengan nama 'kertas Syami' adalah salah satu langkah positif dalam usaha meningkatkan penulisan seni khat. Khalifah Umaiyah telah berusaha untuk menyatukan penulis khat dengan memberikan kedudukan istimewa kepada mereka. Pemerintahan Umaiyah di Sam (Syria) merupakan pemerintahan yang pertama menekankan penggunaan tulisan khat. Pemerintah Umaiyah telah mengambil langkah mengembangkan seni khat semenjak mula lagi dengen menggunakan ukiran di marmar dan lantai batu berbunga, ukiran huruf dan bungabunga di masjid seperti kubah Masjid Baitul Maqdis, Masjid Umawi di Damsyiq, Istana Khiar dan Istana Jusaq. Manakala golongan yang kaya pula berusaha menghiasi al-Quran dengan menjilidkannya serta menghiasi dinding-dinding istana dengan tulisan-tulisan Khat yang indah. Khat Selepas Zaman Rasulullah dan Para Sahabat
i. Zaman Pemerintahan Bani Umaiyah Kemuncak Estetika Seni Khat Keindahan seni khat telah sampai ke kemuncaknya pada tahun 300 Hijrah di tangan 'bapa ' khat Arab iaitu Abu Ali Muhammad bin Muqlah yang merupakan seorang penulis, penyair, khattat (penulis khat) dan seorang menteri di Baghdad (272-328H / 885-939M). Beliau mempelajari khat daripada al-Ahwal al-Muharral dan merupakan orang pertama mencipta kaedah menilai penulisan khat dengan menggunakan alif sebagai asas penentuan bentuk huruf, maka terhasillah daripadanya khat dan seterusnya berkembang sehingga ke timur dan barat. ii. Zaman Pemerintahan Abasiyah Zaman Pemerintahan Abbasiyah Terdapat dua tokoh yang terkenal iaitu al-Dhahlaq bin Ajalan semasa pemerintahan Abu al-Abbas al-Saffah dan Khattat Ishaq bin Hammad pada masa pemerintahan khalifah al-Mansur dan al-Mahdi. Pada zaman pemerintahan keduadua khalifah, terdapat sebelas jenis khat antaranya Khat Al-Sijillat, Khat Al-Jalil, Khat Al-Dibaj, Khat Al-Tumar, Khat Al- Thuluthain, Khat Zanbur (dari Thagil Thuluth), Khat Al-Mufattah, Khat Al-Mudammirat, Khat Al-Uhud (dari khat Al-Haram), Khat Al-Qasas dan Khat Al-Khirfaj (dari khat Dibaj). Khat Selepas Zaman Rasulullah dan Para Sahabat
iii. Zaman Pemerintahan Kerajaan Turki Pada zaman kerajaan Turki, seni Khat diperindah dan dikembangkan dengan masyarakat memberikan penilaian yang tinggi kepada seni khat. Kemudian kerajaan Turki telah menggunakan pelbagai jenis khat dalam pentadbiran kerajaan, urusan diraja dan ketenteraan. Seterusnya, pemerintahan kerajaan Turki amat menyanjungi tokoh khat dan seni khat di samping kerajaan Uthmaniyah menonjolkan seni khat sebagai satu ciri publisiti untuk mengukuhkan dasar pemerintahan terhadap rakyat. Gereja-gereja banyak dihiasi dengan patung-patung dan gambar-gambar, lalu kerajaan Uthmaniyah menampilkan imej Islam melalui pendekatan menghiasi masjidmasjid dengan tulisan khat. Tulisan khat juga diabadikan untuk memperindah temboktembok istana, kolam mandi, bangunan di perkuburan, air pancutan,peralatan, barang-barang kemas dan pakaian. Khat Selepas Zaman Rasulullah dan Para Sahabat
Setelah pembaharuan serta evolusi berlaku dalam tulisan Arab, seni khat turut melalui zaman perubahan sehingga terhasilnya pelbagai gaya dan jenis tulisan khat. Perkembangan Islam ke seluruh rantau Arab, Eropah, Afrika, Hindi, China dan Asia Tenggara telah membawa agama Islam bersama-sama seni khat untuk disebarkan kepada masyarakat. Pada asalnya tulisan Arab dan seni khat menjadi tulisan utama bangsa Arab, namun setelah wilayah Islam berkembang luas, aksara dan perkataan Arab turut mempengaruhi penulisan dan pertuturan warga setempat. Sebagai contoh apabila Islam berkembang ke wilayah utara Afrika seperti Maghribi, Islam tidak sekadar menjadi agama bagi masyarakat di sana, tetapi turut berlaku migrasi budaya melalui perkahwinan, bahasa, adat budaya dan gaya penulisan. Bangsa Maghribi telah memperkenalkan sejenis gaya khat iaitu Khat Kufi Maghribiy berbentuk mirip Khat Kufi. Bahkan tulisan tersebut menjadi salah satu daripada tulisan khat yang diiktiraf. Asas seni Khat yang timbul pada awalnya hanya seni Khat Kufi, namun setelah perkembangan tulisan Arab yang begitu hebat, maka lahirlah pelbagai gaya khat bertujuan untuk mengindahkan lagi seni khat (Mohd Tohir Bin Abd al-Qadir al-Kurdiy al-Makkiy al-Khattat, 1939). Perkembangan Seni Khat
Manakala di Nusantara, kedatangan Islam adalah seiring dengan percambahan ilmu di dalam Islam sama ada dari segi Fiqh, Tauhid, Tasawwuf dan Nahu. Tidak terkecuali seni khat turut menjadi pengajian utama masyarakat Islam di Nusantara yang mengandungi kerajaan Melayu Kelantan, Melaka, Pattani, Sulu, Jawa, Sunda dan Acheh. Kesan daripada pengaruh seni khat telah mempengaruhi gaya tulisan seni manuskrip di dalam kitab-kitab Jawi silam. Ini dapat dilihat di dalam Nazham Syair Shufi yang dikarang oleh Syeikh Ahmad al-Fathani sekitar tahun 1323 Hijrah yang ditujukan kepada Raja Kelantan telah menggunakan pelbagai jenis khat dan juga gaya tulisan tangan yang biasa. Contohnya, syair Syeikh Ahmad al-Fathani di Maqam ibn Abbas, gaya seni khat yang digunakan sangat mirip kepada gaya Khat Nasakh (Wan Mohd Shagir Abdullah, 1993). Perkembangan Seni Khat
JENIS-JENIS KHAT
KHAT AQLAM AL-SITTAH Seni khat mempunyai pelbagai gaya yang cantik serta aliran pandangannya. Seni khat yang utama disebut sebagai A’qlam al-Sittah, bermaksud enam jenis khat. Jeni-jenis khat tersebut ialah Khat Nasakh, Khat Thuluth, Khat Riq’ah, Khat Diwani, Khat Kufi dan Khat Farisi.
Khat Nasakh Asal-usul Ciri-ciri Khat Nasakh merupakan seni khat yang sangat halus bahkan menjadi gaya yang paling mudah untuk dibaca serta difahami. Hal ini demikian kerana Khat Nasakh merupakan tulisan utama untuk mushaf al-Quran. Bentuk Khat Nasakh ini telah diubahsuai oleh Ibnu Muqlah sehingga tulisannya menjadi seperti sekarang. Tulisan ini telah muncul pada abad ke 3 Hijrah atau 8 Masihi dan telah berkembang meluas pada hujung abad ke 4 Hijrah atau 9 Masihi. Tulisannya mudah dibentuk. Lembut dan praktikal. Mudah dibaca kerana mempunyai baris. Ciri khusus bagi gaya penulisan ini ialah
Khat Thuluth Asal-usul Ciri-ciri Thuluth bermaksud 1/3. Ia dinakan sebagai Khat Thuluth adalah kerana huruf menegaknya ditulis dengan mata pen khat yang mempunyai ukuran tertentu iaitu mestilah mempunyai kelebaran sebanyak 1/3 (thuluth) lebar mata pen semasa ingin menulisnya. Selain itu, nama lain bagi Khat Thutluth ini ia dikenali sebagai Ummul Khat (ibu tulisan). Khat Thuluth adalah pecahan daripada cabang Khat Kufi. Khat Kufi yang hampir sama dengan Khat Thuluth adalah Khat Tumar. Orang yang telah melakukan pembaharuan sehingga melahirkan seni Khat Thuluth adalah Ishaq Bin Ibrahim dan sebelum daripada beliau adalah Ibn Muqlah. Kemudian Khat Thuluth makin diindahkan lagi oleh Yazidi (922 H), Ibn Sa’ad (410 H), dan Ibn Bawwab (Afif al-Bahnasiy 1979). Tulisannya mudah dibentuk. Lembut. Mudah dibaca kerana mempunyai baris. Bersifat dekoratif. Mempunyai seni tersendiri. Khat ini amat sesuai dijadikan perhiasan di masjid, rumah, bangunan, papan tanda. Ciri khusus bagi gaya penulisan ini ialah
Khat Riq'ah Asal-usul Ciri-ciri Khat Riqa’ah adalah tulisan pantas serta ditulis di atas daripada garisan lurus melainkan beberapa aksara huruf sahaja yang ditulis daripada atas garisan ke bawah iaitu )م، غ، ع، خ، ح، ج )huruf jim , ha pedas. kho, ain, ghin dan mim Khat ini mula diperkenalkan semasa era kerajaan Turki. Othmaniah semasa pemerintahan Sultan Abd al-Majid Khan (1280 H). Penulis Khat yang telah mula menulis gaya Khat Khat ini telah diciptakan pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid Khan oleh penulis khat yang bernama Turki Mumtaz Bik pada tahun 1280H. Tujuan utama khat ini diciptakan adalah untuk menyeragamkan bentuk penulisan dalam semua urusan rasmi di kalangan kakitangan kerajaan Riq’ah mengikut Kamus Bahasa ialah cebisan kertas yang ditulis Huruf kecil dan tegak. Tidak menggunakan baris. Lebih cepat dan mudah ditulis jika dibandingkan dengan tulisan khat yang lain. Tulisan khat ini menjadi tulisan harian masyarakat Arab pada masa kini. Khat ini tertumpu untuk menulis nota. Ciri khusus bagi gaya penulisan ini ialah
Khat Diwani Asal-usul Ciri-ciri Khat Diwani ini telah dicipta oleh Muhammad Munif dan disempurnakan oleh Syahla Pasya serta al-Hafidz Othman. Khat ini mula terkenal pada tahun 857H iaitu setelah Konstantinopel (Istanbul) yang ditawan oleh Sultan Muhammad al-Fateh. Khat ini dicipta untuk menulis surat-surat rasmi, keputusan dan surat pekeliling pentadbiran kerajaan. Tulisan ini menjadi tulisan rahsia kerajaan untuk menyampaikan maklumat kepada gabenor-gabenor mereka demi mengelakkan rahsia kerajaan bocor ke tangan musuh yang berkemungkinan berniat jahat kepada kerajaan Islam. Khat Diwani terbahagi kepada dua jenis iaitu Diwani biasa dan Diwani Jali. Penulisan ini berbentuk condong ke kiri. Lembut, bindar dan melengkung. Bersusun dan bertindih-tindih serta tidak berbaris. Tulisan ini selalu digunakan untuk menulis sijil, watikah. Dijadikan tulisan hiasan sama ada di rumah dan masjid. Ciri khusus bagi gaya penulisan ini ialah
Khat Kufi Asal-usul Ciri-ciri Seni khat Kufi adalah salah satu seni khat purba Islam, seni khat ini merupakan antara skrip khat yang paling awal digunakan dalam seni kaligrafi Islam. Khat Kufi sudah bertapak berabad-abad lamanya di muka bumi ini. Khat Kufi secara keseluruhannya boleh didapati dalam beberapa bentuk termasuk bentuk 'old archaic', 'flora geometric', 'square geometric' dan beberapa bentuk lain. Khat Kufi adalah berasal dari tulisan Nabati, Hirah dan Anbari. Dinamakan sebagai Khat Kufi disebabkan khat tersebut terkenal di daerah Kufah, Iraq. Pada zaman awal kebangkitan Islam, para sahabat telah menggunakan khat ini untuk menyalin mushaf, menulis surat untuk dihantar kepada kerajaan-kerajaan besar seperti Kisra di Parsi, Hercules di Rom dan raja Mesir. Khat ini tersebar sehingga pelusuk Arab bahkan telah lahir gaya setempat seperti Khat Kufi Maghribi atau Khat Kufi Andalusi (Yahya Wahhab al-Jabburi 1994). Sebelum wilayah Islam belum tersebar luas, Khat Kufi adalah tulisan yang tidak mempunyai titik ataupun baris, bahkan tulisan Kufi ini mempunyai dua cabang pecahannya iaitu ditulis secara bebas yang disebut sebagai gaya Tahrir ataupun secara menggunakan geometri iaitu menggunakan ukuran berserta darjah kesesuaian. Bentuk huruf dan susunannya berbentuk empat segi apabila ditulis. Terhasillah huruf yang berbentuk lurus yang tidak bulat dan tidak melengkung sama sekali. Pembaris dan pensil mesti digunakan semasa membuat khat ini. kerana sifat-sifat yang ada pada khat ini ialah berbentuk segi empat, tidak mempunyai baris serta hurufnya tersusun rapat. Khat ini sesuai digunakan sebagai hiasan dalam bentuk geometrik pada bangunan-bangunan dan logo. Ciri khusus bagi gaya penulisan ini ialah
Khat Farisi Asal-usul Ciri-ciri Khat Farisi merupakan gaya khat yang agak berbeza gaya penulisan dan kecondongannya berbanding khat yang lain. Khat Farisi kecondongannya lebih ke kiri daripada atas menjadikan seni tersebut agak unik. Kaligrafi gaya penulisan Farisi dikembangkan oleh orang Parsi dan menjadi tulisan rasmi bangsa ini sejak di zaman Kerajaan Safawiyyah sehingga ke hari ini. Mengikut Afif al-Bahnasiy (1979), Khat Ta’liq mula ditulis oleh Hasan alFarisi sekitar abad ke-4 Hijrah dan menjadi tulisan utama bagi mereka yang berbangsa Farsi dan juga mempengaruhi bangsa Hindi. Sesetengah pendapat menyatakan Khat Farisi juga dikenali sebagai Khat Urdhu. Mengutamakan unsur garis, ditulis tanpa baris. Kepiawaian penulisannya ditentukan pada kelincahannya mempermainkan tebal-tipis sesuatu huruf dalam ‘lakaran’ yang tepat. Gaya ini banyak digunakan sebagai hiasan masjid di Iran, biasanya dikukuhkan lagi dengan warna-warni Arabis. Ciri khusus bagi gaya penulisan ini ialah
MENULIS TEMA MENGGUNAKAN KHAT FARISI Tema : Pemanfaatan Digital Menjana Kompetensi Guru
Rujukan Nazrul Akram. (2012, 3 Ogos). Seni Khat Kufi. Diambil daripada http://www.nazrulakram.com/2012/08/seni-khat-kufi.html Liyana Syamimi. (2023, 6 Mac). Jenis-Jenis Seni Tulisan Khat Dalam Islam. Diambil daripada Jenis-Jenis Seni Tulisan Khat Dalam Islam (taqwa.my) Zamri Ba’labka, 1981. al-Kitabah al-A’rabiyyah wa al-Samiyyah, Beirut: Dar al-Ilmi Lilmalayyin Mustafa Ughur Darman, 1999. Amsyaq al-Khattat Muhammad Syauqi fi al-Thuluth wa alNasakh, Istanbul: International Commission For The Preservation Of Islamic Cultural Heritage. M. Ugur Derman, 2000. Fann al-Khat, Istanbul: The Research Centre For Islamic History Art And Culture. Raffles, Thomas Stamford, 1982. The History Of Java, Kuala Lumpur: Oxford University Press. Abdul Rahman al-Ahmadi, 2003. Perluasan Penggunaan Tulisan Khat (Jawi) Sebagai Lambang Dan Hiasan, Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan, Kesenian, Dan Warisan Malaysia.
Rujukan Afif Bahnasiy, 1979. Jamaliyah Fan al-A’rabiy, Kuwait: Salsilah Kutub al-Thaqafiah Syahriyah Yasdiruha al-Majlis al-Watoniy Li al-Athaqafah wa al-Funnu wa al-Adab. Asmah Haji Omar, 2005. Alam Dan Penyebaran Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka Hj. Wan Mohd Shagir Abdullah, 1993. Penjelasan Nazham Syair Shufi Syeikh Ahmad al-Fathani Jawapan Surat Raja Kelantan Thariqah Ahmadiyah Analisis Perbandingan Karya Beberapa Tokoh, Kuala Lumpur: Khazanah Fathaniyah. Abu al-Abbas Ahmad al-Qalqashandy, 1913. Subhu al-A’sya Fi Sina’ah al-Insya, Kaherah: Dar al-Kutub al-Khadawiyyah.