The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mumtazahcomel, 2024-04-23 07:28:16

Kisah Kerbau yang Bijak

Bahan Bantu Belajar Tahun 2

Kisah Kerbau yang Bijak


Dialog 1 Pengembala: Bounty, kau kerbau yang baik. Aku tidak dapat membalas jasa kau. Sekarang, kau tidak perlu bekerja lagi. Kau sudah bebas. Aku akan selalu rindukan kau sahabat. Pergilah kau meneroka alam ini! Kerbau: Mooooo Pengembala: Kau jangan buat aku menangis. Kau boleh pulang bila-bila masa. Kau tahu jalan kan? Muah. Dialog 2 Kerbau: Gua itu berhampiran kolam. Mooo la la. Gua ini besar, tempatnye juga selesa. Elok aku tinggal di sini. Oh, aku sungguh penat! Perjalanan ini buat aku kurus seperti zirafah. Hahaha. Kisah Kerbau yang Bijak


Kisah Kerbau yang Bijak Dialog 3 Musang: Kerbau ini sungguh berani untuk berkeliaran sendirian di dalam hutan ini. Mungkin, dia terlalu berani atau terlalu bodoh! Maksud saya, tidakkah dia tahu dia tinggal di dalam gua milik siapa? Hahaha. Ayuh berseronok! Musang: eh, helo! Kau baru di sini ke? Kerbau: Setiap hari aku meragut rumput di sini. Bagiku tidaklah terlalu baru. Musang: Oh, ha ha. Kau ni memang haiwan kecil yang cerdik. Kerbau: Ha ha. Dengan sini Si Musang boleh memanggil kerbau kecil.


Kisah Kerbau yang Bijak Musang: Berani kau mainkan aku? Aku raja di hutan ini. Gua itu adalah tempat tinggalku. Semua haiwan di sini mendapat belas kasihanku. Kalau kau mahu tinggal di sini, kau mesti tunduk hormat padaku. Kerbau: Aku setuju, aku baru di sini tapi tak bermakna aku bodoh untuk percaya semua cakap kau. Dengar sini musang, aku tahu kau bukan raja di hutan ini. Aku pasti kau juga tidak tahu betapa besarnya hutan ini. Aku cadangkan kau berhenti buang masa aku. Dialog 4 Kerbau: Musang licik itu tahu tempat tinggalku, ini bermakna dia selalu mengintip aku.


Kisah Kerbau yang Bijak Kerbau: Hmm, lagipun aku tidak pernah terfikir bahawa gua ini pasti milik sesiapa sebelumku. Apakah yang patut aku lakukan jika pemilik sebenar datang? Aku mesti berjaga-jaga. Dialog 5 Kerbau: Oh, tidak! Mesti gua ini kepunyaan harimau. Apa perlu aku buat? Dia akan makan aku. Nanti, nanti, fikir baik-baik. Bawa bertenang. Haaa! Aku nampak dia tapi dia tak nampak aku. Ini kelebihan aku! Kerbau: HAHAHA! Dia sudah datang. Apa masalah kau? Nanti dia dengar. Oh, baik maaf tapi tengoklah betapa lazatnya dia. Aku dah cakap siapa yang tinggal di sini pasti cukup besar untuk jadi makanan kita. Baiklah, kau betul! Hahaha. Kita sudah ada makan malam.


Kisah Kerbau yang Bijak Kerbau: Tepat sekali! Harimau: Haiwan apakah itu? Kerbau: Kenapa dia berhenti? Dah lama kita tunggu. Aku sangat lapar. Apa kata kita keluar dan serang dia. Dia tak boleh lawan kita berdua. Harimau: AAAAA! Dialog 6 Harimau: Kau terkejutkan aku. Musang: Ta...takut. Kejap. Aku takutkan kau? Tapi... kau harimau! Harimau: Aku tahu aku ialah kucing besar hutan ini tapi jangan kau ingat tiada haiwan lagi besar dan lebih menakutkan berbanding aku dalam hutan ini. Aku terjumpa dengan mereka semalam. Mereka ambil guaku. Aku terpaksa cari tempat baru.


Kisah Kerbau yang Bijak Dialog 8 Musang: Kejap. Apa? Haiwan yang tinggal di dalam gua kau lebih besar dan menakutkan? Kau bergurau? Itu kerbau. Dan apa maksud kau dengan ‘ mereka ’? Ada seekor saajaa kerbau tinggal di situ. Harimau: Kau ingat aku bodoh sampai nak lari daripada kerbau? Ada dua makhluk besar dalam gua itu. Musang: Makhluk? Haha. Harimau: Ya. Aku tak pasti siapa atau apa pun mereka. Aku tak masuk dalam gua, aku hanya dengar suara sahaja. Mereka hendak serang aku. Aku lari sebelum mereka sempat serang.


Kisah Kerbau yang Bijak Musang: HAHAHA. Kasihan kau, dia permainkan kau. Tiada makhluk dalam sana. Itu kerbau. Aku dah perhatikan sejak kali pertama dia jejakkan kaki di dalam hutan ini. Harimau: Diam musang! Berani kau hina aku? Kau ingat aku bodoh tidak tahu beza kerbau dengan yang lain? Musang: Aku boleh buktikan. Kau bukan mangsa dia. Dia tu mangsa kau. Ayuh lakukan sesuatu! Aku tolong kau. Kau masuk dalam gua dan aku akan tangkap sesiapa sahaj dalam gua nanti. Aku mahu selesaikan perhitungan dengan kerbau berlagak itu. Tapi sebagai balasan untuk aku, kau mestilah janji tidak akan serang aku sekali pun.


Kisah Kerbau yang Bijak Harimau: Adakah kau berkata benar? Sekejap. Macam mana kalau kau lari dan tinggalkan aku? Musang: Hmm aku tahu. Kita ikat tali pada badan kita. Sebelah di perut kau dan di sebelah lagi di perut aku. Dengan cara itu, kalau aku lari kau boleh tarik aku. Setuju? Dialog 9 Kerbau: Kau fikir kau pandai? Musang: Sekarang, biar aku uruskan boleh? Masuk ke dalam gua hanya bila aku suruh. Kerbau: Si musang bodoh! Aku suruh kau bawa dua harimau. Kau bawa satu saja?! Harimau: Hah? Musang: Apa?


Kisah Kerbau yang Bijak Kerbau: Kami belum lagi makan dari semalam. Sekarang kau nak kami kongsi seekor harimau saja? Harimau: Kau pakat dengan mereka? Musang: Tak, tak, tak! Ini tidak benar! Kerbau: Ah, tak guna langsung kau ini. Tidak apa. Bawa dia kemari sekarang! Harimau: Tidak! Musang: Sakitlah! Kerbau: Hahaha. Padan muka si musang. Aku sudah belajar benda penting hari ini. Jika aku tidak bertenang, tidak mungkin aku dapat mengusir mereka berdua. Tak kira sukar mana keadaan, kita mesti sentiasa bertenang.


Click to View FlipBook Version