The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

AMIR AMSYAR BIN NOOR AMALI_PT2S2-7_TUGASAN1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amiramali770, 2025-02-27 08:27:27

AMIR AMSYAR BIN NOOR AMALI_PT2S2-7_TUGASAN1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS 56000 KUALA LUMPURfi JABATAN PENGAJIAN MELAYUfi TUGASAN KERJA KURSUS 1 (INDIVIDU)fi SEMESTER : DUA TAHUN : DUAfi KODKURSUSfi BMMB3283fi KURSUSfi KESUSASTERAAN KANAK-KANAK DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYUfi Nama Pelajarfi AMIR AMSYAR BIN NOOR AMALIfi Angka Giliranfi 2022172440025fi No. Kad Pengenalanfi 041112140923fi Kumpulan/Unitfi PT2S2-7fi Pautan Nama Pensyarahfi PUAN NORANI BINTI ABDRAHIMfi Tarikh Hantarfi 27 FEBRUARI 2025fi Pengesahan Pelajar:fi Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami.fi Catatan (jika ada)fi Tanda Tangan Pelajar: Tarikh: 27/2/2025fi Markahfi


SAHABAT INKLUSIF PUISI KANAK-KANAK AMIR AMSYAR NOOR AMALI NORAINI ABD RAHIM


Buku ini kepunyaan ____________________________


SAHABAT INKLUSIF PUISI KANAK-KANAK


Hak Cipta Terpelihara Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi dan isi kandungan dalam buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara apapun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman dan cara lain sebelum mendapatkan keizinan daripada penerbit Terbitan: Institut PendidikanGuru Malaysia KampusIlmu Khas, Kuala Lumpur Jalan Yaacob Latif, 56000 Cheras, Kuala Lumpur ISBN Cetakan pertama 2025


Prakata Penulis Buku ini menghimpunkan sajak-sajak yang ceria dan penuh imaginasi, khas untuk dunia kanak-kanak. Setiap bait bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga menyemai nilai murni serta kecintaan terhadap bahasa dan sastera. Semoga sajak-sajak ini menjadi teman ceria yang membangkitkan rasa ingin tahu, kreativiti, dan kasih sayang dalam jiwa anak-anak. Selamat membaca dan menikmati keindahan kata-kata!


Orangnya kuat dan rajin, Tegasnya dalam diberi tugasan Ramah sentiasa bersama senyuman Lawak hambar menjadi tarikan. Fakrul suka berimaginasi Membayangkan diri sendiri Menjadi wira menyelamatkan bumi Fakrul yang hebat lagi berani Suka berucap di khalayak ramai, Lantang bersuara menegakkan keadilan Dunia dan akhirat sentiasa seimbang Agar tak jatuh dalam kegelapan Fakrul bijaksana Mampu mengubati hati yang luka Kembali ceria hidup bahagia Itulah sahabatku, fakrul. 1. Apabila Fakrul berimaginasi


Izzat ni orangnya ceria, Lawak dibuat tak kira masa, Gelak tawa riuh sekampung, Hilang penat, hilang murung. Anak jati negeri Cik Siti, Bahaso Kelate pekat sekali, Nasi kerabu hidangan bestari, Makan sekali, nak lagi-lagi! Di gelanggang pantas beraksi, Badminton smash tak beri simpati, Gaya kemas, langkah berani, Lawannya gementar, kalah pasti! Tampan orangnya, segak berseri, Ramai terpikat, senyum berseri, Tapi sahabat tetap di hati, Izzat oh Izzat, kaulah sahabatku 2. Izzat Si Pelawak Tampan


Aniq seorang yang luar biasa, Di padang sukan, dia sentiasa berjaya. Berlari laju, melompat tinggi, Semangatnya kuat, tak pernah berhenti. Dalam kelas, dia sangat pandai, Soalan susah pun dia jawab santai. Buku dan ilmu jadi sahabat baik, Kejayaan diraih, tak pernah terbalik. Walau hebat, dia tak pernah sombong, Selalu senyum, hati lapang tak kosong. Kawan-kawan semua sayang padanya, Kerana dia ceria, mesra dan setia. Aniq, sahabat yang kita banggakan, Kuat, bijak, ceria, dan sopan. Semoga terus maju, wahai teman, Jadi bintang bersinar di masa depan. 3. Aniq, sahabat hebat


Nazriel, namamu penuh makna, Walau sukan bukan kekuatan utama, Di dewan ilmu kau berdiri megah, Bijak menjawab, akalmu cerah. Kawan-kawanmu sentiasa kau bantu, Senyuman ikhlas, budi tak jemu. Masalah mereka kau jadikan ringan, Hati sahabat kau jaga dengan aman. Pandai berniaga, ideamu berkilau, Bijak mengatur, usaha yang melangkau. Setiap langkah penuh perancangan, Kejayaan di depan jadi impian. Nazriel, kau contoh sahabat sejati, Pandai, penyayang, baik hati. Semoga terus bersinar di setiap laluan, Hidupmu ceria, penuh kejayaan. 4. Nazriel, sahabat bijaksana


Rose, namamu harum di hati, Rajin bekerja, gigih tak berhenti. Setiap tugas kau pikul dengan berani, Tegas langkahmu, penuh dedikasi. Di dewan ilmu, kau bersinar terang, Pandai berfikir, akalmu cemerlang. Soalan sulit kau jawab mudah, Ilmumu tinggi, bak bintang cerah. Ceria wajahmu menceriakan dunia, Kawan yang susah kau bantu sentiasa. Hati keibuan, kasihmu melimpah, Sikap penyayang menjadikan semua mesra. Walau hebat, kau tak pernah lupa, Rendah hati, sopan tutur kata. Rose, kau mawar yang tak pernah layu, Sahabat sejati, di hati selalu. 5. Rose, mawar kehidupan


Aina Fasihah, dari bumi Melaka, Petah berkata, tutur penuh makna. Kata-katamu bagaikan alunan irama, Menawan hati, menghapuskan duka. Wajahmu cantik, budi terserlah, Pandai pula, akalmu gagah. Ilmu di dada menjadi perhiasan, Cemerlang sentiasa, penuh kehebatan. Ceria sentiasa, senyummu indah, Membawa bahagia, meredakan gundah. Auramu terang, bersinar nyata, Seorang pendidik, harapan bangsa. Aina Fasihah, bintang yang gemilang, Bakal guru, bercahaya terang. Semoga terus melangkah ke puncak, Jadilah inspirasi, menjulang maruah. 6. Aina Fasihah, bintang Melaka


Akmal, kecil tubuhmu namun besar jiwa, Pandai akademik, bijak sentiasa. Hujahmu bernas, pemikiran mendalam, Ilmumu luas, menjadi pedoman. Dalam tenang, kau temui kekuatan, Apa jua situasi, kau hadapi dengan kesabaran. Tak pernah gelisah, wajahmu tersenyum, Ketenanganmu, umpama alunan mendung. Hati rakan kau jaga dengan ikhlas, Persahabatan erat, tiada yang lepas. Rajin bekerja, ceria setiap masa, Kehadiranmu umpama sinar pelita. Akmal, sahabat yang dihargai, Ceria dan bijak, kau tak pernah menyakiti. Semoga kau terus maju ke depan, Menggapai bintang, penuh kejayaan. 7. Akmal, sahabat tenang


Atif, si pelari cekal di padang, Kaki melangkah, semangat gemilang. Setiap acara, kau buktikan diri, Kuat bersukan, tak pernah berhenti. Jenakamu sering menceriakan suasana, Tawa bergema, hilangkan duka. Dalam kelas, kau umpama abang, Membimbing rakan dengan hati lapang Ceria wajahmu, tak pernah pudar, Rendah diri, mesra bersandar. Sombong jauh, ikhlasmu dekat, Sahabat sejati, kau jadi pelengkap. Atif, pelari dan sahabat setia, Aura abangmu membawa bahagia. Semoga terus bersinar di mana berada, Mencipta kejayaan dengan jiwa terbuka. 8. Atif, abang ceria


Aizat, namamu penuh erti, Rajin bekerja, tekun berdiri. Di meja ilmu kau bijak berfikir, Setiap soalan kau jawab mahir. Sebilik denganmu, tenang terasa, Diammu bukan sunyi, tapi berharga. Walau pendiam, hatimu peka, Rajin membantu, tiada berkira. Ceria wajahmu membawa damai, Tak pernah sombong, mesra terpancar sampai. Teman seperti dirimu sukar dicari, Hadirnya membawa erti yang sejati. Aizat, sahabat yang dihormati, Rajin, bijak, rendah hati. Semoga langkahmu terus berjaya, Mencipta masa depan penuh bahagia. 9. Aizat, teman yang diam bererti


Zaidah, si pendiam penuh rahsia, Bibir terkunci, namun bijak bersuara, Sekali berbicara, semua terpana, Kata-kata ibarat mutiara berharga. Bijak mengira, mengurus kewangan, Dalam kelas, dia jadi sandaran, Kewibawaannya, tak pernah gentar, Berdedikasi, langkahnya sentiasa benar. Tubuh kecil, namun hati gagah, Ceria meniti, walau dunia pasrah, Tak mudah hanyut dengan arus sepi, Kehormatannya menjaga diri. Pandai dalam ilmu, pelita yang terang, Namun tetap rendah, tak pernah bermegah, Zaidah, mawar yang sentiasa menyeri, Hadirnya tenang, sahabat sejati. 10. Zaidah, bunga dalam diam


Di medan kehidupan, kau melangkah berani, Langkahmu teguh, pendirianmu tidak tergoyah. Ujian datang bagai ombak menghentam pantai, Namun kau tetap berdiri, tabah tak ternilai. Kecantikanmu bukan sekadar di wajah, Ia terpancar dari hati, menawan dan indah. Comel dalam tutur, anggun dalam laku, Menyentuh jiwa setiap yang mendekatimu. Panahanmu tepat, kau ratu di arena, Bidikanmu sempurna, melambangkan jiwa perkasa. Dalam kewangan kau bijak mengatur, Setiap sen di tangan, tak pernah terhambur. Berdikari, kau wanita hebat, Menjadi teladan, inspirasi memikat. Nuradila, namamu terukir di hati, Wanita sejati, pelita abadi. 11. Nuradila, wanita perkasa


Danish namanya, ceria orangnya, Setiap tawa, penawar duka, Lawaknya ringan, penuh mesra, Menceriakan semua tanpa dipinta. Tidak tinggi, tapi besar jiwanya, Sabar menerima setiap yang ada, Tiada hina, tiada cela, Baginya semua berhak bahagia. Bijak mengira, cekap mengatur, Wang di tangan, tak pernah kabur, Bukan berkira, bukan kedekut, Cuma pandai, bijak mengaut. Tidak sombong, tidak angkuh, Senyuman manis, wajah bersuluh, Bersama Danish, dunia cerah, Rakan sejati, jiwa indah. 12. Danish, si ceria pemurah


Aqil melangkah penuh wibawa, Tinggi tegap, segak bergaya, Ketampanannya bukan hiasan semata, Tapi disertai budi dan bahasa. Rajin bekerja, tiada jemu, Demi hidup yang lebih maju, Peluh menitis, usaha tak henti, Mengejar impian, membina diri. Sopan tutur, santun bicara, Hormat orang, rendah suaranya, Tidak angkuh, tidak mendabik, Hatinya baik, ikhlas memutik. Suka berkongsi kisah dan cerita, Bercerita dengan riang di mana-mana, Bersama Aqil, hati terbuka, Sahabat sejati, jiwa selesa. 13. Aqil, pemuda berwibawa


Zikri melangkah tenang berwibawa, Masjid peneman, iman dijaga, Ilmu dicari, hati diperkaya, Dunia sementara, akhirat utama. Tampan rupa, indah akhlak, Senyum manis, hati pun tertarik, Bukan sekadar wajah menawan, Tapi budi, itulah kekuatan. Tangan memberi, ringan bersedekah, Tiada lokek, murah rezeki melimpah, Rajin usaha, tiada malas, Hidupnya berkat, jalannya jelas. Tutur dijaga, aurat dipelihara, Berjenaka, tapi ada batasnya, Menegur sahabat jika terlupa, Mengajak ke jalan yang diredha. Zikri, pemuda penuh cahaya, Dunia digenggam, akhirat dipelara, Dalam jenaka, dalam bicara, Ada hikmah, ada makna. 14. Zikri, permata bersinar


Dhia namanya, indah berseri, Cantik luar, cantik di hati, Budi bahasa lembut berseri, Menjadi cahaya dalam memori. Tangan dihulur, ringan membantu, Hati terbuka mendengar selalu, Segala keluh, segala ragu, Dhia mendengar tanpa jemu. Rajin berusaha, gigih bekerja, Dalam akademik, dia juara, Ilmu dikutip, impian dikejar, Tiada malas, tiada gentar. Dan bila di dapur, ajaib jadinya, Masakannya enak, penuh bahagia, Seperti dirinya, penuh kasih, Setiap suapan, enak rasanya. Dhia, sahabat, insan mulia, Cantik rupa, cantik jiwa, Dalam gelak, dalam bicara, Ada kasih, ada makna. 15. Dhia, cahaya dalam persahabatan


Daniel gagah, tubuhnya sasa, Kuat semangat, tiada lelahnya, Rajin menimba ilmu berharga, Demi masa depan yang cerah sentiasa. Senyumannya manis, tak pernah pudar, Membawa tenang, hati terhibur, Di sisi aku, dia sentiasa hadir, Teman setia, takkan mungkir. Dalam susah, dalam tawa, Daniel tetap ada bersama, Menemani tanpa jemu, Menjadi sandaran di waktu sayu. Kereta mainan, minatnya besar, Seperti impian yang ingin dikejar, Kecil di tangan, besar di hati, Membawa bahagia setiap hari. Daniel sahabat, tiada dua, Kuat di luar, baik di jiwa, Dalam hidup, dalam cerita, Dia tetap ada, selamanya. 16. Daniel, sahabat perkasa


Aisyah itu bagai mentari pagi, Hangat menyinar, menenangkan hati, Cantiknya bukan hanya rupa, Tapi budi yang tiada tara. Tawanya riuh, menghidupkan suasana, Setiap gurauan penuh makna, Mudah ketawa, mudah mesra, Membuang resah, mencipta ceria. Kucing-kucing manja dalam dakapannya, Disayangi dengan penuh setia, Lembut hatinya, kasih mendalam, Buat insan, buat haiwan. Bijak bicara, tenang jiwanya, Emosi dikawal penuh hikmah, Sahabat sejati, tiada ganti, Aisyah, kau istimewa sekali. 17. Aisyah, ratu senyuman


Aariz di dapur, lincah tangannya, Menghidang kasih dalam setiap rasa, Aroma masakan membelai jiwa, Menyatukan hati, mencipta bahagia. Tawanya mesra, senyumnya terang, Menyebar ceria ke setiap ruang, Peramah tutur, manis bicara, Membuat semua rasa selesa. Hormatnya tinggi pada yang tua, Budi dan akhlak tiada cela, Rajin bekerja, tiada lelah, Usaha keras, impian cerah. Di padang dia lincah berlari, Tenaga dan semangat tak pernah mati, Murah hati, tak lokek memberi, Aariz sahabat yang sukar dicari. 18. Siapakah Aariz?


Afnan melangkah penuh percaya, Rezeki Tuhan, dia serah segalanya, Tidak berkira, murah hatinya, Memberi tanpa mengharap semula. Wajahnya tampan, tutur beradab, Nada suaranya lembut menyerap, Setiap kata penuh hikmah, Menunjukkan akal yang indah. Di padang hijau dia beraksi, Lincah mengatur langkah berani, Bola di kaki bagai menari, Kehebatannya sukar ditandingi. Bijak minda, tenang jiwanya, Ke mana pergi disenangi semua, Afnan bukan sekadar nama, Tapi sahabat yang istimewa. 19. Pesona Afnan


Nazhan itu baik hatinya, Lembut wajah bak kanak-kanak, Namun mindanya tajam bersinar, Ilmu di dada kuat di hati. Dalam tugas dia teguh berdiri, Tegas, cekal, tak mudah lari, Setiap kerja dibuat rapi, Tiada ruang untuk main-main lagi. Masa baginya bukan sekadar detik, Kerja lebih, tak pernah letih, Usaha keras, matlamat jelas, Demi kejayaan yang ingin diraih. Tak suka boros, bijak berbelanja, Setiap sen ada nilainya, Nazhan bukan sekadar sahabat, Tapi contoh dalam hidup nyata. 20. Jiwa Nazhan


Bavanesh namanya, budi terpuji, Senyuman terukir, hati berseri, Peramah tutur, ikhlas berbudi, Menjadi sahabat, tiada berganti. Rajin berusaha, cekal bekerja, Tiada mengeluh, sentiasa sedia, Amanah dipikul, tugas dijaga, Menjadi contoh, inspirasi semua. Di gelanggang sukan, semangat menyala, Lincah melangkah, pantas bergaya, Menang kalah bukan cerita, Asalkan usaha, hati gembira. Hidup bersederhana, tiada bermegah, Harta dan nama bukan anugerah, Jiwa yang luhur, budi yang indah, Itulah dia, sahabat berhemah. 21. Bavanesh, sahabat sejati


Kozin namanya, berbangsa cina Comel rupanya, manis senyumnya, Budi pekerti indah belaka, Menjadi sahabat, tiada tandingnya. Rajin berusaha tanpa lelah, Tugas diberi, semua dilaksana, Tiada rungutan, tiada resah, Usahanya tinggi, penuh bermakna. Ceria selalu, suka menyapa, Di mana berada, suasana bahagia, Berjenaka manis, mencuit rasa, Senyuman terukir, tawa bersama. Hidup berseri dengan kehadirannya, Hati bersih, tiada dusta, Kozin sahabat, setia selamanya, Membawa cahaya di setiap masa. 22. Kozin, si periang


Aidil jiran di sebelah rumah, Hitam manis, tampan sudah, Senyum ramah, tutur bersahaja, Sahabat sejati, tiada gundah. Di padang bola, lincah beraksi, Tendangan padu, lawan terhenti, Bijak mengatur, mahir strategi, Menjadi kebanggaan, pujian diberi. Rajin membantu tanpa diminta, Keluarga didahulukan, itulah nyata, Beban dipikul, hati terbuka, Kasih dan hormat, tiada tara. Motosikal gagah, minatnya dalam, Mengenal enjin, bunyi didengar, Pandai berniaga, rezeki dicari, Aidil berjaya, usaha tak lari. 23. Aidil, jiran setia


Imran dan Irwan, kembar seiras, Baik hatinya tiada terbatas, Sentiasa tersenyum, penuh ikhlas, Dalam persahabatan, setia jelas. Dulu bersama, di padang berlari, Seiring langkah, semangat berapi, Sepasukan kita, bersatu hati, Menjulang hoki, dengan berani. Lego dan figura, minat sejati, Membina dunia, penuh kreativiti, Setiap perincian, penuh erti, Tanda fikiran yang bijak bestari. Tidak kedekut, suka memberi, Sikap pemurah, semua menyenangi, Sahabat sejati, sukar dicari, Imran dan Irwan, takkan kulupai. 24. Imran dan Irwan, kembar seiras


Nabil melangkah penuh berhemah, Sopan santun, tutur berlemah, Bicara lembut, hati pun ramah, Menjadi sahabat, sungguh indah. Di trek berlari, pantas beraksi, Langkah teratur, teguh berdiri, Mahir mengatur rentak sendiri, Mengejar impian tanpa henti. Tidak bermegah, tidak berlebih, Sederhana hidup, hati bersih, Tiada angkuh, tiada sedih, Syukur di hati, tenang bersilih. Nabil sahabat yang sukar dicari, Rendah diri, namun bererti, Semangatnya terus berseri, Menginspirasi selamanya di hati. 25. Nabil yang sederhana


Nurin melangkah tenang berseri, Santai gayanya, senyum berseri, Comel rupanya, manis berseri, Hadirnya selalu menceriakan hari. Di gelanggang, lincah bermain, Bola tampar tangkas dikendali, Sasaran tepat, lawan terpusing, Semangat juang tak mudah lari. Rajin menolong, ringan tangan, Membantu ibu tanpa keluhan, Berniga cekap, penuh kesabaran, Usaha gigih jadi teladan. Nurin sahabat yang menyenangkan, Hati baik, jiwa menawan, Sama bersusah, sama bergembira, Kenangan bersamanya takkan pudar. 26. Nurin, senyum dan semangat


Click to View FlipBook Version