The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

T5P15U6 - NUSYUZ PEMUSNAH KEBAHAGIAAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shariza690, 2020-04-09 10:17:11

NUSYUZ PEMUSNAH KEBAHAGIAAN

T5P15U6 - NUSYUZ PEMUSNAH KEBAHAGIAAN

UNIT 6 : NUSYUZ PEMUSNAH KEBAHAGIAAN

Pengertian Nusyuz Dan Hukum Nusyuz
1 Bahasa : Derhaka atau ingkar.
2 Keengganan isteri menunaikan kewajipan terhadap suami tanpa alasan yang munasabah mengikut
hukum syarak.
3 Nusyuz adalah perbuatan yang diharamkan oleh syarak. Para malaikat melaknat isteri yang nusyuz.
4 Salah satu bentuk nusyuz ialah keengganan isteri melayani suami di tempat tidur tanpa sebab-
sebab yang munasabah mengikut syarak.
5 Bentuk yang lain ialah isteri melakukan kekasaran kepada suami sama ada dengan perkataan atau
perbuatan dan isteri melakukan kecurangan terhadap suami.

Perkara Yang Boleh Membawa Kepada Nusyuz
1 Isteri enggan melayan suami ke tempat tidur.
2 Keluar rumah tanpa izin suami tanpa sebab-sebab yang munasabah.
3 Melakukan kekasaran sama ada dengan perkataan atau perbuatan terhadap suami.
4 Ingkar perintah suami yang tidak bercanggah dengan syarak.
5 Membenarkan lelaki yang tidak disukai oleh suami memasuki rumah semasa ketiadaan suami.

Kesan Nusyuz
1 Isteri yang nusyuz akan hilang hak nafkah daripada suaminya.
2 Jika isteri tersebut bermadu dia akan kehilangan giliran bermalam bersama suaminya.
3 Hak-hak ini hilang sementara waktu sahaja. Apabila isteri kembali mentaati suaminya, isteri itu
akan mendapat semula haknya.
4 Nusyuz akan meninggalkan kesan kepada suami, keluarga dan masyarakat iaitu:

(a) Kesan terhadap suami.
- Suami yang tidak dihormati dalam rumahtangga akan merasa tercabar dan hilang
pertimbangan. Dia akan bertindak kasar terhadap isterinya dan menggunakan kekasaran
untuk melepaskan kemarahannya.

(b) Kesan terhadfap keluarga.
- Anak-anak akan hilang rasa hormat kepada ibu bapa. Jiwa dan minda mereka tertekan
dengan tindak-tanduk ibu bapa mereka.

(c) Kesan terhadap masyarakat.
- Kehancuran rumahtangga akan memberi kesan yang buruk dalam masyarakat.
Hubungan yang akrab antara keluarga suami dan isteri akan terjejas.

Adab Mendidik Isteri Yang Nusyuz
1 Langkah-langkah yang mesti diambil oleh suami terhadap isteri yang nusyuz ialah:

(a) Memberi nasihat dengan penuh hikmah.
- Suami wajib menasihati isterinya yang nusyuz dengan cara yang bijaksana dan
mengingatkannya tentang kewajipan kepada Allah, suami dan rumahtangga.
- Suami hendaklah memaafkan isterinya dan menunjukkan contoh teladan yang baik
kepadanya.

(b) Memisahkan tempat tidur.
- Jika langkah pertama tidak berjaya, suami hendaklah mengasingkan isteri dari tempat
tidurnya.
- Langkah ini mudah-mudahan dapat memberi kesan psikologi yang mendalam terhadap
isteri.

(c) Memukulnya dengan tujuan mendidik.
- Islam mengharuskan suami memukul isteri yang nusyuz untuk menginsafkannya tetapi
pukulan tersebut mestilah tidak memudaratkannya.


Click to View FlipBook Version